Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar kecaman AS terhadap lawatan Haneyya ke Lubnan

Rabu , 23-09-2020 –  Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Nathan Sales, duta AS di Jabatan Negara, tentang lawatan ketua biro politik gerakan itu, Ismail Haneyya, ke Lubnan.

Hamas berkata dalam kenyataannya pada Ahad yang ini merupakan provokasi ke atas gerakan itu dan para pemimpinnya, dan pentadbiran AS memikul tanggungjawab sepenuhnya atas akibat yang ditimbulkan.Hamas menekankan yang ia adalah gerakan pembebasan kebangsaan Palestin yang mempertahankan kebebasan, hak dan maruah rakyat Palestin dalam menghadapi rejim zionis yang perkauman dan ini adalah hak yang dijamin oleh undang-undang langit dan antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : Nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap kanak-kanak dan yang lain dari al-Khalil dan Baitulmaqdis

Rabu , 23-09-2020 –  Rejim Zionis (IOF) menahan seorang kanak-kanak di pusat pemeriksaan Abu Al-Rish di pekarangan Masjid Ibrahimi, al-Khalil pada tengah hari Isnin.

Pihak Berkuasa Pendudukan Israel telah menutup Masjid Ibrahimi sejak petang Sabtu dan mengenakan kawalan yang ketat di Kota Lama di pusat al-Khalil dengan
alasan untuk mengadakan perayaan peneroka Tahun Baru Yahudi.

Di Baitulmaqdis, polis Israel telah menahan Malik Mustafa setelah mereka menyerbu kota Issawiya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas meminta rejim Arab untuk mendengar suara rakyat mereka

Selasa , 22-09-2020 –  Gerakan Hamas menyokong bantahan anti normalisasi yang dianjurkan di negara-negara Arab termasuk Bahrain, dan menyeru kerajaan Arab agar mendengar suara rakyat mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata yang bantahan-bantahan itu menggambarkan kesedaran dan penolakan semua bentuk normalisasi dengan rejim Israel.

“Mereka sedar, dengan rasa tanggungjawab kebangsaan, tentang bahaya perjanjian normalisasi dengan rejim,” jurucakap Qasem menambah.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : Nur idawati

Categories
Berita Semasa

Keadaan Penahanan Yang Teruk Untuk 20 Tahanan Bawah Umur di Penjara Damon

Selasa, 22-9-2020 –  20 kanak-kanak bawah umur Palestin yang ditahan di penjara Damon Israel mengalami keadaan penahanan yang sangat sukar dan sering diabaikan.

Suruhanjaya Urusan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menggambarkan bahagian di mana remaja tersebut ditahan sebagai “tidak layak untuk kehidupan manusia.”

Menurut Suruhanjaya berkenaan, mereka ditahan di bilik-bilik yang dipenuhi serangga dan tikus, tanpa pengudaraan dan pencahayaan yang cukup dan berbau busuk serta bilik mandi tanpa pintu.

Remaja-remaja tersebut juga tidak diberikan air panas dan keperluan-keperluan penting lain, sementara halaman yang mereka gunakan untuk berjalan-jalan setiap hari adalah semata-mata  laluan sempit di luar bilik mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Serangan Amerika Atas Kunjungan Haniyah Ke Lebanon

Selasa , 22-09-2020 –  Hamas mengecam keras kenyataan Duta Amerika Nathan Sales, berkaitan kunjungan ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyah ke Lebanon yang menyatakan bahawa Hamas sebagai organisasi teroris.

Dalam keterangannya Hamas menyatakan provokasi langsung terhadap Hamas dan pimpinannya akan memberi kesan besar yang harus ditanggung penuh akibatnya oleh pemerintah Amerika.

Hamas menegasakan bahawa mereka adalah gerakan pembebasan nasional Palestin yang membela kemerdekaan rakyat dan hak-haknya serta kehormatannya dalam menghadapi penjajah rasis zionis, sebagai kewajiban sah yang dijamin undang-undang antarabangsa.

Hamas menyatakan bahawa terorisme hakiki iaitu apa yang dilakukan penjajah Israel sejak 70 tahun disokong Amerika secara politik, militan dan kewangan. Ia adalah penglibatan langsung dengan pihak teroris.

Hamas meminta pemerintah Amerika untuk berhenti menerapkan tindakan double standard dan menuntutnya menghormati undang-undang antarabangsa dan hak bangsa Palestin untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kemuliaan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tiga Pemuda Jerusalem Dibebaskan, Ditahan di Rumah

Selasa , 22-09-2020 –  Polis penjajah Israel pada hari Sabtu membebaskan tiga pemuda Jerusalem dari daerah Silwan dengan syarat dikenakan tahanan di rumah selama beberapa hari.

Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, Mahdi Khadour, Amer al-Muhtaseb dan Abed Odeh dibebaskan oleh polis dengan syarat tidak meninggalkan rumah selama lima hari.

Pasukan polis menculik tiga pemuda itu semasa berkempen di kejiranan Bir Ayoub di Silwan, selatan Masjidil Aqsa. Tidak ada maklumat mengenai sebab penahanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

9 kematian, 683 kes baru akibat corona di Palestin dalam tempoh 24 jam

Selasa , 22-09-2020 –  Kementerian kesihatan Palestin melaporkan sembilan kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 683 ujian positif baru, dan 254 pulih di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan harian kementerian, mangsa baru yang meninggal akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan 45 dari kes baru itu berasal dari Semenanjung Gaza.

42 pesakit kritikal juga telah dimasukkan ke unit rawatan rapi, dan sembilan daripadanya telah ditempatkan di ventilator.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu dan membuat tangkapan di serata Tebing Barat

Isnin , 21-09-2020 –  Tentera rejim Israel (IOF) melancarkan kempen serbuan dan penahanan di sekitar kawasan Tebing Barat pada Khamis.

Di al-Khalil, IOF menahan enam warga, dua dari kota al-Khalil, tiga dari kem Al-Aroub camp, dan satu dari bandar Yatta.

Di Jenin, IOF menahan empat warga dari pelbagai kawasan setelah mereka menyerbu rumah-rumah dan menggeledahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

COVID-19: 2 Kematian Baharu, 966 Kes Baharu di Palestin Dalam Masa 24 Jam

Isnin , 21-09-2020 –  Kementerian kesihatan Palestin pada hari Khamis melaporkan dua kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 966 ujian positif baharu, dan 959 kes pemulihan di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian, mangsa COVID-19 baharu dikenal pasti sebagai warganegara berusia 58 tahun dari bandar Kharbatha al-Misbah di Bethlehem dan seorang lagi dari kejiranan Umm Lisun di Baitulmaqdis timur.

32 pesakit kritikal juga telah dimasukkan ke unit rawatan rapi, dan 11 daripadanya telah dirawat dengan menggunakan ventilator.

70.5 peratus dari keseluruhan kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencecah 28.9 peratus, manakala kadar kematian adalah 0.6 peratus dari jumlah kes.

222 pesakit yang pulih telah direkodkan di daerah al-Khalil, 13 di Tulkarem, 90 di Nablus, 7 di Tubas, 219 di Bethlehem, 236 di pinggir kota Baitulmaqdis, 108 di kota Baitulmaqdis dan 64 di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pemimpin Emiriah dan Bahrain mengkhianati Palestin dan Baitulmuqaddis

Jumaat , 18-09-2020 –  Gerakan Hamas menyatakan yang pemimpin Emiriah dan Bahrain mengkhianati Palestin dan Baitulmuqaddis apabila mereka mengambil keputusan untuk menormalkan hubungan dengan rejim Israel.

“Perjanjian Emiriah dan Bahrain  dengan rejim adalah selari dengan musuh, kerjasama dengan rejim memudharatkan rakyat kita dan hak Palestin,” pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri berkata dalam kenyataan akhbarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Cemar Masjidil Aqsa

Jumaat , 18-09-2020 –  Puluhan peneroka Yahudi ekstremis yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjidil Aqsa di Jerusalem yang dijajah pada pagi Rabu.

Menurut Jabatan Awqaf Islam di kota suci itu, sekurang-kurangnya 126 peneroka haram memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba secara berkumpulan dan mengelilingi halamannya di kawal polis.

Masjidil Aqsa terdedah dengan penghinaan setiap hari oleh peneroka Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Badan Koordinasi Pejuang Beri Komitmen, Serangan Dibalas Serangan

Jumaat , 18-09-2020 –  Badan Koordinasi Pejuang Palestin menegaskan komitmen membalas serangan Israel  dan tidak akan membiarkan musuh menyerang bangsa Palestin mahupun lokasi pejuang.

Dalam keterangan bertulisnya, Badan Koordinasi Pejuang menyatakan, respon balasan atas serangan Israel hari ini akan diteruska dan siapsiaga menghadapi kemungkinan serangan lain.

Pihak pejuang Palestin pada Rabu pagi melepaskan tembakan beberapa roket ke penempatan Israel di sekitar Gaza, sebagai respon atas serangan yang dilakukan penjajah Israel ke Gaza.

Sejumlah sumber Israel menyebutkan, alat peringatan berbunyi di beberapa penempatan Israel di sekitar Gaza termasuk di Siderot dan terdengar suara ledakan di sana.

 Militan Israel menyatakan, sejumlah penempatan Israel di sekitar Gaza menjadi sasaran gempuran roket dari Gaza.

Radio militan Israel memaklumkan bahawa serpihan roket menyebabkan kerosakan di sejumlah bangunan di penempatan Shaer Hanegef.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

COVID-19: 15 Kematian, 963 Kes Baharu di Palestin Dalam Masa 24 Jam

Jumaat, 18-9-2020 –  Kementerian kesihatan Palestin pada hari Rabu lalu melaporkan 15 kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 963 ujian positif baharu, dan 552 kes pemulihan di kawasan Palestin di dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut kementerian kesihatan, 13 dari mangsa baharu yang meninggal akibat virus berkenaan berasal dari beberapa kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan dua yang lain berasal dari Semenanjung Gaza dan kota Anata di Baitulmaqdis.

662 pesakit COVID-19 baharu berasal dari Tebing Barat, 207 dari Baitulmaqdis dan 94 dari Gaza.

69.8 peratus daripada jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif adalah 29.5 peratus dan kadar kematian adalah 0.7 peratus dari keseluruhan kes.

Menurut kementerian itu juga, 30 pesakit kritikal telah dimasukkan ke unit rawatan rapi, dan 11 daripadanya telah diletakkan di bawah rawatan ventilator.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Lebih 1 juta orang menandatangani “Piagam Palestin” bagi menentang normalisasi

Jumaat , 18-09-2020 –  Dalam tempoh kurang dari 20 jam, lebih daripada 1 juta orang, termasuk aktivis pro-Palestin, tokoh media dan akademik, telah menandatangani  “Piagam Palestin” yang merupakan sebuah dokumen menolak normalisasi hubungan negara-negara Arab dengan Israel.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menteri luar Bahrain menandatangani perjanjian normalisasi dengan Israel di White House Selasa lalu,
yang menjalin hubungan penuh yang melanggar Inisiatif Damai Arab.

Teks piagam – yang diterbitkan di “charterofpalestine.com/campaign” – menyatakan: “Mempercayai keadilan perjuangan Palestin dan mengikuti tanggungjawab saya terhadapnya, saya dengan hormatnya menandatangani Piagam Palestin, di mana saya menegaskan bahawa Palestin sebuah negara Arab yang diduduki dan pembebasannya adalah suatu kewajipan.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi pagar tanah di Lembah Jordan.

Khamis , 17-09-2020 –  Sekumpulan pelampau Yahudi memagar sebidang tanah dusun milik penduduk Palestin yang terletak di utara Lembah Jordan.

Aktivis Hak Asasi Manusia, Arif Daraghmeh berkata bahawa pelampau Yahudi telah mempertingkatkan kehadiran di atas tanah yang mereka rampas itu dengan menanam pokok Zaitun dua bulan lalu dan pada pagi Ahad kelmarin mereka datang memasang pagar pula. 

Tambah beliau lagi, petani tempatan tidak dapat pergi ke kawasan tanah yang dirampas itu sejak berapa tahun kerana pendatang Yahudi bertindak ganas ke atas mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin