Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serbu Rumah Banduan Warga Jerusalam, Tangkap Suami

Isnin, 27-06-2016 – Tentera Penjajah Israel (IOF) menyerbu pagi Rabu rumah guru warga Jerusalam Khadijah Khuwais di Masjid Aqsa, yang ditahan di penjara Israel, dan menahan suaminya. Quds Press melaporkan bahawa polis Israel bersama-sama dengan pegawai perisikan merampas beberapa komputer peribadi dan tablet di samping barang-barang lain milik guru Khuwais setelah menyerbu rumahnya.

Ejen perisikan Israel menahan suaminya, Ibrahim Abu Ghaliyeh, 48, selepas mereka menggeledah rumah mereka. Beliau telah dibawa ke pusat siasatan al-Maskobiya di sebelah barat Jerusalam Dijajah. Pasangan itu akan dibicarakan pada hari Khamis, Quds Press berkata.

Guru Khuwais ditahan Rabu lalu dari rumahnya. Pihak berkuasa Israel lanjutkan tahanan itu dua kali untuk menyiapkan prosedur siasatan tanpa mempedulikan dan menafikan hak lima orang anak kecil mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

80% penduduk Baitulmuqaddis, miskin.

Isnin, 27-06-2016 – Satu laporan yang diterbitkan oleh Institut Kajian bagi Baitulmuqaddis milik Israel, menunjukkan berlakunya peningkatan kadar kemiskinan yang sangat ketara di kalangan penduduk warga Palestin yang tinggal di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel.

Laporan itu mendedahkan, 82 peratus penduduk Baitulmuqaddis hidup di bawah garis kemiskinan.

Menurut akhbar Israel, Haaretz hasil dari analisa data yang dibuat, didapati kira-kira 300, 000 penduduk yang tinggal di bandar Baitulmuqaddis telah lama menjadi kumpulan penduduk paling miskin di Israel. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi mereka yang semakin menurun secara drastik di sepanjang beberapa dekad yang lalu.

” Punca utama pekara tersebut berlaku adalah disebabkan oleh pembinaan tembok pemisah yang memisahkan penduduk Baitulmuqaddis dengan Tebing Barat, ” tambah akhbar itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Forum Media menyelar sikap berdiam diri antarabangsa terhadap jenayah Israel

Isnin, 27-06-2016 – Pada Rabu, Forum Media Palestin mengutuk sikap berdiam diri antarabangsa terhadap jenayah Israel yang semakin menjadi-jadi ke atas wartawan Palestin.

Dalam satu kenyataan akhbar, Forum Media berkata, 22 wartawan sedang ditahan di penjara Israel. Sikap berdiam diri itu memberikan lampu hijau untuk Israel meneruskan penderaan mereka ke atas wartawan Palestin.

Forum itu turut mengingatkan tentang serangan Israel ke atas wartawan Palestin yang semakin meningkat terutamanya selepas pembaharuan penahanan tanpa bicara ke atas 5 orang wartawan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Presiden Reuven Rivlin Tegaskan Kesan Buruk Berlanjutnya Pemboikotan Terhadap Israel

Khamis, 23-06-2016 – Presiden Entiti Zionis, Reuven Rivlin, Isnin (20/6), memperingatkan akibat dan kesan yang terjadi akibat berlanjutnya aktiviti gerakan “pemboikotan antarabangsa terhadap Israel” yang dikenali dengan BDS (Boycot, Divestment and Sanction), setelah pengaruh boikot tersebut memberi kesan negatif pada indikator politik, ekonomi dan militan Israel.

Radio Zionis menyebutkan bahawa pertemuan Reuvin Rivlin dengan PM Belgium Charles Michel di Brussels, Presiden Reuven Rivlin memperingatkan akibat yang terjadi dari aktiviti gerakan BDS. Kunjungan Reuven Rivlin ini berlaku ketika meluasnya gerakan BDS di Eropah, iaitu perkara yang sering disampaikan presiden Zionis di banyak petemuan.

Pada akhir bulan Mei lalu, berjalan konferen menentang BDS di pejabat PBB di New York, yang dilaksanakan secara rasmi oleh pemerintah Zionis. Konferen ini dijalankan sebagai usaha pemerintah Zionis untuk meyakinkan negara-negara dan para tokoh untuk menilai semula tindakan pemboikotan terhadap Israel, serta mencegah menyebarnya gerakan BDS serta menghentikan bertambahnya para pendukung gerakan ini dalam segala bentuknya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Abbas temui Raja Arab Saudi di Jeddah

Selasa, 21-06-2016 – Presiden Palestin, Mahmud Abbas yang dalam perjalanan pulang dari Qatar telah singgah di Arab Saudi bagi mengunjungi Raja Salman bin Abdul Aziz di Kota Jeddah pada hari Ahad, kelmarin. Pertemuan itu turut disertai Putera Mahkota, Mohammad bin Najey dan beberapa putera lain serta ahli jemaah menteri.

Menurut agensi berita rasmi Arab Saudi, dalam pertemuan itu, Raja Salman turut mengadakan perbincangan dengan Abbas dan menegaskan bahawa kerajaan Arab Saudi tetap memberi sokongan berhubung kedudukan dan persoalan Palestin serta hak-hak rakyatnya.

Tambah agensi berita itu lagi, Abbas turut memberi penerangan berkaitan perkembangan terkini pembangunan wilayah Palestin di sebalik serangan berterusan pihak rejim Israel terhadap rakyat dan tempat-tempat suci di sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

51 pendatang menyerbu Masjid Aqsa

Selasa, 21-06-2016 – 51 pendatang Yahudi, termasuk 27 pelajar memecah masuk dataran Masjid Aqsa dengan perlindungan oleh polis rejim Israel yang membuka pintu Magharebah untuk mereka.

Akhbar Quds mendedahkan yang para pengawal Aqsa memaksa polis rejim mengeluarkan seorang pendatang dari Aqsa setelah dia cuba melakukan upacara berdasarkan Talmud di kawasan suci umat Islam itu. Polis Israel membenarkan para pendatang untuk menyerbu Masjid Aqsa pada bulan Ramadhan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Liga Arab menolak pencalonan Israel sebagai presiden jawatankuasa anti keganasan PBBc

Khamis, 16-06-2016 – Liga Arab menolak pencalonan Israel sebagai presiden di Mesyuarat Umum Anti Keganasan Keenam PBB. Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi memaklumkan wakil-wakil negara Arab tentang pendirian itu.

Al-Arabi berkata, dalam kenyataannya pada Selasa, Israel melaksanakan tindakan haram termasuk membina tembok pemisah, perlanggaran hak warga Palestin dan menahan orang awam. Beliau menyifatkan pencalonan Israel itu sebagai malapetaka ke atas PBB.

Menurut protokol, presiden jawatankuasa itu selalunya dilantik secara bergilir dan pada tahun ini merupakan giliran Eropah Barat yang bersetuju untuk mencalonkan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel roboh rumah penyerang Tel Aviv.

Khamis, 16-06-2016 – Tentera rejim Israel telah memberitahu ahli keluarga kedua-dua pemuda Palestin yang terlibat dalam serangan di bandar Tel Aviv, baru-baru ini, bahawa rumah mereka yang terletak di pekan Yatta, di bahagian selatan bandar Al-Khalil akan dirobohkan.

Menurut kata Penyelaras, Jawatankuasa Penduduk bagi Menentang Tembok Pemisah dan Penempatan Haram, Ratib Al-Jabir, pihak tentera rejim Israel telah mengepung seluruh pekan tersebut pada waktu malam sebelum mengeledah masuk kebanyakkan rumah dan menahan kedua-dua mereka.

Tambah beliau lagi, tentera rejim didapati turut memberi amaran lisan kepada ahli keluarga Mohamed dan Khalid Makhamrih yang keduanya merupakan sepupu supaya meninggalkan rumah mereka terlebih dahulu sebelum ianya dirobohkan. Walau bagaimanapun, pihak tentera tidak menyatakan bila kerja-kerja meroboh itu akan dijalankan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Israel berpuas hati dengan kenyataan penutup di persidangan damai Paris

Isnin, 13-06-2016 – Kerajaan Israel telah membuat kenyataan secara tidak langsung yang menyatakan mereka berpuas hati dengan kenyataan penutup yang dikeluarkan oleh persidangan damai Timur Tengah yang diadakan di Paris pada hari Jumaat.

Menurut saluran 10 Israel, seorang pegawai kanan kerajaan yang mahu namanya dirahsiakan berkata, kenyataan penutup persidangan Paris itu tidak menyentuh apa-apa mengenai sempadan 1967 negara Palestin atau Jerusalem sebagai ibu negara Palestin.
Beliau berkata persidangan itu juga tidak menuntut Israel untuk mengambil langkah-langkah segera ke arah proses damai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang dan rabbi mencemarkan Masjid Aqsa

Isnin, 13-06-2016 – Sejumlah 120 orang pendatang Yahudi yang diketuai oleh para rabbi pada pagi Ahad memasuki kawasan dataran dengan perlindungan ketat oleh polis.

Salah seorang pendatang cuba melakukan ritual Talmud ketika melawat kawasan suci Islam itu. Tetapi penjaga masjid menghalangnya.
Hasil undangan tokoh-tokoh keagamaan dan kebangsaan Palestin di Baitulnuqadddis, puluhan warga menyerbu masjid pada awal pagi untuk menghalang usaha kuil melaksanakan kemasukan beramai-ramai di dataran pada ulang tahun penjajahan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pembinaan penempatan haram Yahudi sampai ke kemuncaknya.

Isnin, 13-06-2016 – Sebuah berita yang diterbitkan pada hari Sabtu, kelmarin mengingatkan bahawa kerja-kerja pembinaan bagi projek penempatan haram Yahudi di sepanjang wilayah Palestin yang diceroboh Israel yang siap dengan begitu cepat, adalah salah satu rancangan penghapusan kaum secara besar-besaran terhadap bangsa Palestin.

Menurut berita dari Pejabat Negara bagi Melindungi Tanah dan Menentang Penempatan Yahudi di Wilayah Palestin, kegiatan pembinaan penempatan itu telah sampai ke kemuncaknya dan pada tarikh 5 Jun itu, ia telah menjadi tarikh peringatan bahawa Baitulmuqaddis akhirnya berjaya diduduki sepenuhnya oleh Israel sejak ia mula diceroboh pada tahun 1967.

Menurut berita itu, pihak kerajaan rejim Israel telah mengadakan satu mesyuarat di bandar tersebut pada petang Ahad dan ia merupakan penanda yang mengesahkan bahawa pihak Israel telah menguasai Bandar Suci Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Penumpang Bas Penduduk Yahudi Cedera DiLempar Batu

Isnin, 13-06-2016 – Seorang penduduk Yahudi tercedera setelah bas yang dinaikinya menjadi sasaran serangan lempar batu di al-Quds. Sementara itu sebuah bas Zionis mengalami serangan penembakan di selatan kota Nablus, wilayah utara Tebing Barat, namun tidak ada yang tercedera dan hanya menimbulkan kerosakan pada bas.

Sumber keselamatan Zionis mengatakan bahawa sebuah bas penumpang bernombor 144 yang membawa para penduduk Yahudi mengalami serangan lemparan batu di desa Hazma di al-Quds. Serangan ini mengakibatkan pemandu bas mengalami kecederaan.

Disebutkan bahawa sejak meletus Intifadhah Al-Quds pada awal Oktober 2015 lalu, serangan lemparan batu terjadi secara intensif terhadap para pendudk Yahudi dan kenderaan mereka, sebagai reaksi atas meningkatnya serangan terhadap warga Palestin dan masjid al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel melakukan pemetaan semula Tebing Barat bagi meluaskan kawan penempatan haram

Isnin, 13-06-2016 – Pentadbiran Sivil Israel melakukan pemetaan semula lebih 15,000 ekar kawasan di Tebing Barat yang diceroboh dalam usaha mewajarkan pengembangan penempatan haram di dalam kawasan tersebut, mengikut laporan akhbar harian Israel, Ha’aretz pada hari Selasa. Menurut Haaretz, langkah itu diambil untuk menghalalkan aktiviti penempatan dalam wilayah Israel yang sebelum ini didakwa dimiliki oleh Israel.

Saiz projek itu juga menarik perhatian apabila Haaretz mengatakan kerajaan Israel telah memetakan hanya 5,000 ekar pada tahun 2014, dan sedikit melebihi 3,000 ekar pada tahun sebelumnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Rivlin: Penempatan Ariel akan tetap menjadi sebahagian Israel

Isnin, 06-06-2016 – Presiden Israel, Reuven Rivlin pada Selasa berjanji yang penempatan haram Ariel akan terus berada di bawah kawalan Israel, walaupun kedudukannya di dalam Tebing Barat.

Rivlin membuat kenyataan tersebut ketika perjumpaannya dengan wakil Universiti Ariel di pejabatnya di Baitulmuqaddis, dengan menyatakan sokongannya ke atas pembinaan pusat perubatan di penempatan itu dekat bandar Salfit, Palestin. “Adalah jelas bagi semua orang yang Ariel tidak dapat dipisahkan daripada Israel hingga pada masa depan,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Wartawan berkumpul di pusat bandar Al-Khalil nyata sokongan pada Abu Zaid.

Isnin, 06-06-2016 – Berpuluh-puluh wartawan Palestin, berkumpul di pusat bandar Al- Khalil bagi memberi sokongan kepada rakan mereka, Tarek Abu Zaid yang dikenakan tahanan atas alasan langkah-langkah keselamatan selama 2 minggu oleh pihak Berkuasa Palestin.

Para peserta turut mengangkat gambar Abu Zaid dan sepanduk, membantah dasar pihak Berkuasa Palestin melakukan penahanan bermotifkan politik itu dan meminta agar beliau segera dibebaskan. Mereka juga menyatakan bahawa tuduhan (Cuba menyiarkan berita palsu yang boleh menjejaskan imej negara ) yang dikenakan terhadap beliau adalah tidak benar.

Semasa perhimpunan yang disertai oleh anggota parlimen, pemberita, bekas tahanan dan para aktivis itu, mereka turut membuat ucapan mengesa agar Pergerakan Wartawan Palestin mengambil pendirian tegas dan bertekad untuk membebaskan Abu Zaid serta berusaha menghentikan dasar yang diamalkan oleh pihak berkuasa yang cenderung melakukan menahan bermotifkan politik yang boleh dianggap sebagai satu jenayah terhadap wartawan dan bekas tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin