
Selasa, 19/07/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis telah mengenakan denda berjumlah $900 ribu ke atas kanak-kanak Palestin di Silwan yang terletak di Baitulmaqdis atas kesalahan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan tentera rejim Zionis serta pendatang haram Yahudi sejak 10 bulan lepas.
Fakhri Abu Diab, salah seorang ahli jawatankuasa pertahanan hartanah Silwan berkata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, bahawa Mahkamah rejim Zionis telah melakukan penganiayaan ke atas penduduk Silwan dengan mengenakan denda yang melampau ke atas kanak-kanak mereka kerana pihak rejim tahu ahli keluarga kanak-kanak terbabit terpaksa membayar denda tersebut dengan apa cara sekalipun jika mahu anak-anak mereka dibebaskan.
Menurut Fakhri, ramai penduduk Baitulmaqdis terpaksa meminjam wang yang banyak untuk membebaskan anak-anak mereka sementara mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak mereka terus dipenjarakan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Selasa, 19/07/2011 – Tentera Pendudukan Israel (IOF) telah menahan seorang pemuda Palestin di kampung Nablus Til pada subuh hari Khamis selepas tentera itu memusnahkan rumah pemuda itu dan rumah-rumah lain di kampung tersebut.
Askar IOF Lain-lain menyerbu bandar Al-Khalil, telah memasang sekatan jalan raya dan memeriksa kerakyatan melalui ID mereka. Sumber-sumber tempatan berkata bahawa tentera menahan beberapa pemuda untuk disoal siasat latar belakang mereka dan kemudian membebaskan mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Selasa, 19/07/2011 – Tuntutan ikat jamin Sheikh Raed Salah akan didengar di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat 15 Julai 10.30 pagi.Satu protes akan dijalankan di luar Mahkamah Keadilan Diraja di the Strand, London WC2A 2LL pada 10 pagi.Protes tersebut menyeru pembebasan Sheikh Raed yang ditahan di HMP Bedford, meski tekanan politik semakin meningkat ke atas Setiausaha Theresa May.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Selasa, 19/07/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah melakukan 2 serangan udara ke atas sebuah kilang membuat besi yang terletak di timur Gaza. Serangan yang dilakukan pada waktu Subuh, Rabu lepas telah sama sekali memusnahkan kilang tersebut dan mencederakan seorang wanita Palestin, kata sumber tempatan.
Kata sumber itu lagi, beberapa buah jet tentera rejim Zionis, F-16 telah melancarkan peluru berpandu ke arah kilang membuat besi terbabit yang terletak di pinggir Bandar Tufah, timur Gaza sehingga memusnahkan kilang terbabit serta beberapa buah rumah yang terletak berhampirannya dan sebuah paip air utama sehingga menyebabkan bekalan air ke kawasan kejiranan tersebut terputus.
Adham Abu Salmiya, seorang jurucakap khidmat perubatan berkata wanita Palestin yang tercedera dalam serangan itu telah dibawa ke Hospital Syifa. Manakala jet tentera terbabit kembali lagi 2 jam kemudian dan melakukan serangan ke atas kilang besi yang sama sehingga mengakibatkan lebih banyak kemusnahan di kawasan tersebut, kata sumber tempatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Jumaat, 15/07/2011 – Pendudukan polis Israel menyerbu kampung Aisawiye di Jerusalem yang diduduki pada petang Rabu dan melepaskan gas pemedih mata dan bom menyebabkan penduduk awam pengsan, kata sumber-sumber tempatan.
Mereka berkata bahawa anak-anak muda di kampung membaling batu dan botol kosong terhadap pasukan polis dan memusnahkan tetingkap perisai sebuah kereta polis. Sebilangan warganegara telah mengalami kecederaan dalam konfrontasi itu akibat hasil penggunaan banyak gas pemedih mata kanister serta bom tangan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Jumaat, 15/07/2011 – Lima cedera manakala enam lagi syahid selepas serangan udara oleh Zionis pagi Khamis (14 Julai) yang ditujukan ke atas terowong berdekatan Pintu Salahuddin Rafah dekat sempadan Palestin-Mesir di utara Tebing Gaza. Serangan ini adalah yang ketiga ke atas Gaza sejak malam semalam.
Sumber tempatan kepada Pusat Informasi Palestin di Rafah berkata, jet Zionis membedil terowong yang digunakan untuk membawa masuk bahan binaan ke Hayyu Qasthoh DEKAT Pintu Salahuddin menyebabkan 5 cedera dan 6 syahid sewaktu mereka berada di daam terowong dan dihempap runtuhan secara langsung.
Salah seorang koresponden memberitahu bahawa ambulan telah membawa mereka yang tercedera ke Hospital Abu Yousef An-Najjar di bandar, dan kecederaan mereka dilaporkan sederhana, sementara usaha pencarian mangsa masih diteruskan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Jumaat, 15/07/2011 – Pihak keselamatan Zionis-Israel telah melakukan tangkapan besar-besaran terhadap remaja bawah umur. Mereka ini telah dituduh membuat dan melontar molotov dan batu ke arah rakyat Zionis-Israel. Remaja yang berumur 11 hingga 17 tahun telah ditangkap dengan penuh zalim, namun tiada bukti dapat dikemukakan. Terdapat juga beberapa kedai yang diserbu kerana dituduh menjual bahan-bahan membuat molotov kepada remaja Palestin ini.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Jumaat, 15/07/2011 – Hamas di Tebing Barat mengakui bahawa pejuang As-Syahid Ibrahim Sarhan (22 Tahun) adalah “anak” mereka dan pejuang mereka di kawasan Mukhayyam (kem) Al-Far’ah.
Hamas dalam kenyataanya pagi hari ini mengenang As-Syahid Sarhan yang syahid yang ditembak hendap oleh pasukan khas Zionis dalam perjalanannya menuju ke masjid di mukhayyam untuk menunaikan solat Subuh.
Hamas turut menerangkan dalam kenyataannya bahawa penyerang Zionis itu kemudian membawa As-Syahid masuk ke salah sebuah rumah di Mukhayyam dan membiarkan beliau dalam pendarahan serta menghalang beliau diterima oleh ambulan Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : salwa

Jumaat, 15/07/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) pada pagi Selasa lalu telah memusnahkan 6 telaga air milik para petani Palestin di Kampung Nasariya yang terletak di Lembah Jordan dengan alasan kononnya telaga-telaga itu dibina di Kawasan C yang termasuk dalam wilayah Tebing Barat, yang mana menurut perjanjian Oslo, ia termasuk di bawah kawasan pentadbiran kerajaan haram rejim Zionis.
Sumber-sumber tempatan berkata bahawa dengan memusnahkan telaga-telaga air tersebut bermakna memusnahkan ladang-ladang pertanian di kawasan itu sedangkan kampung terbabit merupakan “bakul makanan” bagi seluruh wilayah itu.
Mohammed Obaid, seorang aktivis social yang tinggal di kampung terbabit memaklumkan wartawan Pusat Informasi Palestin bahawa sejak pendudukan haram rejim Zionis ke atas Tebing Barat pada tahun 1967, rejim itu sentiasa mensasarkan sumber air di bahagian timur dan 133 telaga air yang terdapat di
wilayah tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Khamis, 14/07/2011 – Kementerian di Gaza yang diwujudkan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) serta perkhidmatan penjara bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 1500 tahanan Palestin di penjara padang pasir Negev selepas 25 orang daripada mereka menjadi mangsa keracunan makanan.
Riyadh Al-Ashqar, jurucakap kementerian itu, berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa hampir keseluruhan banduan bergantung kepada kantin penjara untuk keperluan makanan mereka serta keperluan lain.
Beliau berkata bahawa pentadbiran penjara mengeksploitasi pergantungan banduan di kantin dengan meletak dua kali ganda harga dan menghidangkan makanan yang tidak elok dan kadang-kadang busuk kepada mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Khamis, 14/07/2011 – Hamas membantah tindakan Presiden Mahmoud Abbas yang mengalu-alukan kedatangan President Greek Karolos Papoulias sedangkan Karolos Papoulias telah melarang kapal rombongan Flotilla berlabuh di pelabuhannya.
Kapal-kapal tersebut bertujuan untuk bertahan daripada serangan Israel di Semenanjung Gaza dan sedang membawa bantuan yang sangat diperlukan. Pegawai kanan Hamas Salah Al-Bardawil berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, “Ketika rakyat Palestin marah dengan tindakbalas Greece terhadap tekanan Israel, Abbas pula mengejutkan kami dengan menerima Karalos Papoulias di Ramallah.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Khamis, 14/07/2011 – Seorang mahasiswa Palestin di Universiti Nasional an Najah, Nablus, Ibrahim Serhan (19), Rabu (13/7) pagi, meninggal dunia ditembak pasukan zionis Israel dalam penyerbuan kem pelarian Alfaria di utara kota Nablus di samping mengeledah dan merosakkan peralatan rumah.
Para saksi mengatakan lebih dari 11 kenderaan militan zionis Israel menyerbu kem pelarian pada pukul 2 pagi tadi. Salah seorang anggota pasukan melepaskan tembakan secara tepat ke arah Ibrahim Serhan ketika mangsa berjalan untuk solat subuh. Tembakan tersebut mengenai pehanya.
Para saksi juga menambah bahawa mangsa berusaha untuk berlindung di salah satu rumah, namun pasukan penjajah zionis Israel terus memburunya kemudian menyeret dan meninggalkannya tergeletak di tanah hingga kehabisan darah. Militan Israel juga mencegah pasukan perubatan dari Bulan Sabit Merah untuk mendekati mangsa hingga menghembuskan nafas yang terakhir.
sumber : COMES
penterjemah : osman
Khamis, 14/07/2011 – Mursyidul ‘Am Jamaah Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Muhammad Badi, telah menerima delegasi kerajaan Palestin pimpinan perdana menteri Ismail Haniyah. Delegasi Palestin diwakili oleh Dr. Muhammad Askul (setiausaha dewan menteri) dan Dr. Yusuf Rizqa (penasihat politik PM Ismail Haniyah).
Syaikh Badi menegaskan urgensi isu Palestin bagi Mesir secara umum dan bagi Ikhwanul Muslimin secara khusus. Dia menegaskan perlunya kedua gerakan Hamas dan Fatah segera menyelesaikan pakatan antara mereka demi untuk merealisasikan kemaslahatan rakyat Palestin. Delegasi Palestin turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan kerana berjaya menubuhkan parti politik yang diharapkan akan memperjuangkan rakyat Mesir.
sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Khamis, 14/07/2011 – Pendudukan tentera Israel (IOF) telah mencabut 450 pokok zaitun di wilayah barat Salfit pada hari Isnin, lapor sumber-sumber tempatan.
Seorang pegawai Palestin di daerah itu berkata bahawa askar IOF menyekat petani dari menuju ke tanah mereka di kawasan itu selepas mengisytiharkan zon tentera telah ditutup.
Beliau berkata bahawa dia cuba untuk mengiringi petani kepada tanah mereka, tetapi askar-askar menafikan mereka masuk.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada