Categories
Berita Semasa

Tahanan tanpa bicara teruskan mogok lapar untuk hari yang ke 41

Jumaat , 06-06-2014 – Para tahanan yang ditahan tanpa bicara meneruskan mogok lapar pada Selasa 3 Jun 2014 untuk hari yang ke 41 kerana bimbangkan keadaan kesihatan mereka yang semakin teruk.

120 tahanan tanpa bicara memulakan mogok lapar tanpa menetapkan tempoh pada April lepas untuk menekan pihak penjara agar melepaskan mereka dan membatalkan fail-fail sulit yang menurut pihak perisikan Israel dimiliki mereka. Setelah itu, sejumlah 1,500 tahanan Palestin menyertai mogok lapar itu sebagai tanda sokongan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tibi Menggesa Siasatan Terhadap Serangan Israel ke atas Seorang Lelaki tua Palestin di Al Aqsa.

Jumaat , 06-06-2014 – Ahli Arab Knesset, Ahmad Tibi menghantar surat penting kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Yitzhak Aharonovic menggesa siasatan segera dibuat terhadap keganasan yang dilakukan pihak keselamatan Israel di dataran Al Aqsa beberapa hari lepas.

Berdasarkan sumber rakaman video, tujuh orang tentera Israel telah menjatuhkan seorang tua rakyat Palestin dan menyepaknya secara agresif dan tidak berperikemanusiaan menggunakan kasut but mereka sehingga lelaki tua itu akhirnya diseret dan dicampak ke tanah.

“Semua rayuan daripada mereka yang berada di sekeliling tidak dihiraukan dan pihak polis bertegas untuk menjatuhkan lelaki tersebut. Oleh itu, Sisatan segera punca kekasaran tersebut amatlah diharapkan dari pihak anda. Kesalahan-kesalahan Israel telah melampaui had nilai-nilai etika, pegangan agama dan kemanusiaan yang digariskan.” Tibi berkata di dalam surat yang dihantarnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Presiden Tunisia Ucap Selamat Pada Haniyah Atas Terwujudnya Kesatuan

Jumaat , 06-06-2014 –Presiden Tunisia Moncef Marzouki menyampaikan ucapan selamat dan tahniah kepada mantan PM Palestin Ismail Haniyah, wakil Ketua Biro Politik Gerakan Perjuangan Islam Hamas, atas terbentuknya Kesatuan Nasional Palestin.

Marzouki menegaskan bahawa langkah tersebut adalah langkah yang positif. Beliau melihat tindakan tersebut sebagai langkah penting bagi bangsa Palestin dan bangsa-bangsa Arab serta gerakan-gerakan pembebasan nasional.

Beliau menegaskan bahawa Tunisia sentiasa mendukung bangsa Palestin. Marzouki menngingatkan tentang peripentingnya menyempurnakan tiang-tiang kesatuan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

45 orang peserta mogok lapar dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui

Rabu , 04-06-2014 – Servis Penjara Israel (IPS) telah memindahkan berpuluh rakyat Palestin yang menyertai mogok lapar termasuk tahanan pentadbiran dari penjara Negev ke destinasi yang tidak diketahui.

Pengarah Pusat Pengajian Banduan Palestin, Osama Shaheen memberitahu wartawan PIC, bahawa empat banduan termasuk MP Yasser Mansour, telah dipindahkan dari penjara Negev ke satu tempat yang tidak dikenal pasti.

41 banduan yang telah disabitkan, telah berada di penjara Negev juga telah dipindahkan ke tempat rahsia selepas mengumumkan mogok lapar bersama dengan tahanan pentadbiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

5200 tahanan Palestin adakan mogok lapar bersepadu

Rabu , 04-06-2014 – Mogok lapar besar-besaran telah diadakan oleh sejumlah 5200 tahanan Palestin di penjara-penjara Israel pada hari Khamis secara bersepadu dengan tahanan-tahanan pentadbiran.

Tahanan-tahanan pentadbiran Palestin telah memulakan mogok lapar ini sejak 29 hari berturut-turut, yang juga dikenali sebagai Battle of Empty Stomachs, sebagai tanda protes terhadap penahanan pentadbiran yang dilakukan secara rambang. Kes kematian dikhuatiri akan meningkat dalam masa beberapa hari akan datang.

Kementerian tahanan di Ramallah berkata dalam satu sidang akhbar pada Rabu lalu, ribuan tahanan berikrar untuk memulakan mogok lapar terbuka minggu hadapan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Perbicaraan pasangan Shaibani ditangguhkan

Rabu , 04-06-2014 – Mahkamah tentera Salam telah menangguhkan perbicaraan tahanan wanita Fida Shaibani dan suaminya Ahmed Shaibani selama 8 hari, untuk penyiasatan lanjut. Sumber dari ahli keluarga memberitahu wartawan PIC pada Khamis bahawa perbicaraan akan diadakan di kem tentera Salem pada Rabu.

Fida, 37 telah ditahan pada 12 Mei setelah rumahnya diserbu. Beliau kemudiannya dipindahkan ke pusat penyiasatan Jalama. Suaminya yand ditahan juga dipindahkan ke Jalama dari penjara Eshel untuk soal siasat. Ahmed Shaibani, bapa kepada dua anak telah ditahan pada 27/7/2003, dan dijatuhkan 3 hukuman penjara seumur hidup kerana menentang rejim Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF Tahan Sejumlah Rakyat Palestin di AL Khalil dan Jerusalem

Rabu , 04-06-2014 – Tentera Israel (Israeli Occupational Forces -IOF) menahan seorang remaja dari Bandar Dura, Selatan Al Khalil pada hari Rabu, dan memeriksa beberapa rumah di dalam bandar tersebut, sementara itu tiga rakyat Jerusalem ditahan di dua bandar berhampiran dengan Jerusalem yang diduduki mereka.

Mohammed Shaher Al-Namureh, remaja 17 tahun itu telah ditahan diluar kediaman kedua ibu bapanya, setelah bandar Dura diserang, sumber dari pihak keselamatan Palestin mengesahkannya.

Sumber menambah Tentera Isarel juga turut menyerang Kawasan Hanina di dalam bandar tersebut dan menahan beberapa orang rakyat untuk beberapa jam selepas memeriksa kad pengenalan mereka. Beberapa rumah diserbu dan diperiksa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Kos Mossad dan Shabak Meningkat USD2 Billion

Rabu , 04-06-2014 – Harian ‘Israel’ Haaretz edisi Khamis (22/5) menyiarkan data dari Kementerian Kewangan ‘Israel’ berkenaan anggaran badan perisikan yang mengalami kenaikan 10% dimana sepanjang tahun 2013 naik menjadi USD1.9 billion.

Dalam data tersebut ditegaskan anggaran badan perisikan umum Shabak dan badan perisikan luar negeri Mossad mencapai USD6.5 billion tahun ini namun belum menyebutkan anggaran tambahan untuk perbelanjaan tertentu.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dan penahanan tidak sah selepas serbuan IOF di Baitul Maqdis yang dijajah.

Rabu , 04-06-2014 – Beberapa penduduk asal Palestin cedera pada Rabu berikutan serbuan Tentera Penjajah Israel (IOF) ke dalam Bandar Kafr Aqab, utara Baitul Maqdis.

Mengikut saksi, kawasan itu menjadi sasaran serangan IOF untuk tiga hari berturut-turut di bawah misi mempertahan Kafr Aqab. Kamera pemerhati juga telah dipasang supaya dapat menghalang akses pemuda Palestin ke Baitul Maqdis.

Berpuluh remaja Baitul Maqdis dibiarkan cedera teruk manakala yang lain menderita masalah pernafasan yang teruk apabila IOF melepaskan peluru hidup ‘tutu’, yang diharamkan dunia antarabangsa.

Dua orang pemuda Baitul Maqdis juga ditahan pada hari dan operasi yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redzwan

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi Bakar Tanah Pertanian Palestin

Rabu , 04-06-2014 – Dianggarkan sepuluh unit keluasan tanah pertanian rakyat Palestin di timur Bandar Yatta (selatan al-Khalil) telah dibakar oleh pendatang Yahudi pada hari Khamis semalam.

Ratib al-Jabour, seorang penggerak pembantahan terhadap Tembok Pemisah dan Kependudukan Haram di selatan al-Khalil telah melaporkan kepada agensi berita SAFA bahawa kawasan serangan tersebut dimiliki oleh Khaled al-Najjar.

Dia memaklumkan yang penduduk setempat telah gagal memadam api di kawasan tersebut, walaupun telah berusaha secepat mungkin.

Dia turut mengecam perbuatan pendatang Yahudi ke atas petani-petani dan harta penduduk Palestin tersebut, dan mendakwa perbuatan ini sebagai muslihat Yahudi untuk mendiami kawasan berkenaan setelah ditinggalkan oleh penduduk Palestin akibat kejadian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Tangkapan rambang, kecederaan teruk berikutan serbuan IOF

Rabu , 04-06-2014 – Beberapa warga Palestin dibiarkan dalam keadaan kecederaan parah manakala yang lain telah disasarkan dengan kempen penahanan rambang berikut serbuan Israel di kawasan Nablus dan Jenin pada subuh Khamis.

Para saksi memberitahu wartawan PIC, bahawa letupan kuat kedengaran di bandar lama Nablus berikutan serbuan yang dilancarkan oleh berpuluh-puluh kenderaan tentera Israel. Seorang pemuda Palestin di tengah-tengah Akouba mengalami kecedearaan parah dan dibawa ke hospital selepas anggota badan beliau telah dipotong.

Beberapa kedai terbakar akibat daripada letupan dan krew kebakaran dipanggil serta-merta untuk menyelamatkan kedai-kedai yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

PESAWAT ISRAEL MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS GAZA

Jumaat , 23-05-2014 – Pesawat perang Israel melancarkan satu siri serangan ke atas Semenanjung Gaza pada pagi selasa (5-20).

Pemerhati kawasan Quds Press berkata bahawa pesawat perang jenis “F-16” itu menjatuhkan beberapa bom di permukaan laut bandar Gaza dan Khan Younis serta kawasan-kawasan yang lain. Bunyi letupan tinggi kedengaran di seluruh bandar itu dikenali sebagai “pemindahan udara”.
Menurut sumber keselamatan Palestin, bunyi letupan itu terjadi akibat daripada serangan yang dilancarkan pesawat Israel secara berterusan ke atas Semenanjung Gaza bagi menakut-nakutkan penduduk Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang pemuda Palestin berdekatan Tembok Pemisah di kawasan Samiramees

Jumaat , 23-05-2014 – Sekurang-kurangnya empat pemuda Palestin telah mengalami cedera parah akibat serangan peluru hidup oleh Rejim Zionis di kejiranan Samiramees (yang telah dipisahkan oleh Tembok Pemisah bahagian timur Jurusalem) pada Isnin yang lalu.

Wakil wartawan daripada Pusat Informasi Palestin (PIC) Palestenian information center (PIC) di Tebing Barat melaporkan yang pertembungan tercetus selepas askar Israel membuat serangan di penempatan tersebut ketika membuat kerja membaik pulih Tembok Pemisah.

Lapornya lagi, empat pemuda tersebut telah mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kaki dalam insiden serangan tersebut, akibat ditembak peluru hidup dan getah. Penduduk yang lain juga turut terkesan akibat terdedah gas pemedih mata ketika kejadian tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Pusat bandar Yatho dicerobohi rejim Zionis.

Jumaat , 23-05-2014 – Aparat rejim Zionis melakukan pencerobohan ke atas pusat bandar Yatho,selatan Khalil, selain memenuhi jalan dan menahan sebilangan pemuda.

Seorang saksi memberitahu PIP, lebih daripada 5 buah kenderaan termasuk trak tentera menceroboh bandar dan berhenti di hadapan Majlis
Perbandaran bersebelahan Baladiah dan segitiga But. Dan mereka menahan beberapa orang pemuda dan menyoalsiasat mereka. Tentera Zionis turut membawa bersama mereka peta dan kamera serta senarai nama kedai dan senarai nama penduduk.

Menurut saksi itu lagi, tentera tersebut menceroboh kedai yang mendaftar di bawah nama keluarga Abu Suhbah, dalam masa yang sama,
kenderaan mereka memenuhi jalanan dan bangunan sekitar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

24 Tahun Peristiwa Serangan “Uyun Qarah”.

Jumaat , 23-05-2014 – Hari ini bertepatan dengan peringatan ke 24 serangan Uyun Qarah yang dilakukan warga Israel terhadap para pekerja Palestin di Wilayah Palestin 48, yang menyebabkan ramai yang tercedera dan syahid.

Serangan dilakukan warga Israel terhadap para pekerja Palestin yang sedang menuju tempat kerja mereka, tepatnya pada pukul 6:15 pagi, 20 Mei 1990.

Kronologi Serangan:

Seorang warga Israel bergerak menuju terminal tempat para pekerja Palestin berangkat, dan meminta pemandu turun dari kenderaan, kemudian beliau memandu kenderaan tersebut ke arah para pekerja Palestin yang berjumlah sekitar 100 orang. Pekerja Palestin kemudiannya diminta berbaris 3 barisan dan menunjukkan kad pekerja.

Ketika warga Israel tersebut mengetahui bahwa mereka adalah pekerja Palestin, dia segera melepaskan tembakan secara semberono, 7 orang meninggal di tempat kejadian dan puluhan yang lain cedera, korban semuanya berasal dari Gaza.

Korban yang gugur syahid adalah: Abdul Rahim Muhammad Salim Barkah (23), Zayid Zaidan Abdul Hamid Amur (23), Sulaiman Abdul Raziq Abu Anzah (22), Umar Hamdan Ahmad Dahlis (27) Zakarian Muhammad Qadih (35) Yunus Manshur Ibrahim Abu Diqah dari Khan Yunis, dan Ziyad Musa Suwaid (22) dari Rafah, Gaza Selatan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman