Khamis, 26-10-2023 Briged Al-Qassam telah membebaskan dua orang lagi tahanan wanita setelah proses rundingan dijalankan oleh Qatari dan Mesir, walaupun Israel sebelum ini menolak usul berkenaan.
“Dengan bantuan Mesir dan Qatar selaku perantara, kami melepaskan dua tahanan atas sebab-sebab kemanusiaan, biarpun pihak musuh sebelum ini menolak rundingan berkenaan,” kata Abu Obeida, jurucakap Briged Al-Qassam, dalam kenyataan di rangkaianTelegram. Pasangan berkenaan tuirut disahkan sebagai Nurit Yitzhak berusia 79 tahun dan Yocheved Lifshitz berusia 85 tahun.
Abu Obeida menambah bahawa pembebasan dua tahanan tersebut adalah atas “sebab-sebab kemanusiaan dan perubatan yang mendesak, walaupun pihak Israel melakukan lebih dari lapan pelanggaran prosedur (dalam proses berkenaan).”
“Telah dipersetujui bersama dengan perantara bahawa pihak Israel akan mematuhi prosedur semasa penyerahan dua tahanan itu, tetapi ia [Israel] melanggarnya,” katanya, tanpa menjelaskan syarat-syaratnya.
Pembebasan pasangan berkenaan berlaku beberapa hari selepas penglibatan Qatar sebagai pengantara yang berhasil membebaskan dua tahanan Amerika, yang dikenal pasti sebagai Judith Raanan dan Natalie Raanan—pasangan ibu dan anak perempuan.
Pada Jumaat yang lalu, Abu Obeida memberitahu Qatar bahawa Al-Qassam sedia untuk melepaskan dua tahanan wanita tambahan “atas sebab-sebab kemanusiaan,” tetapi tindakan itu ditolak oleh Israel.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul
Khamis, 26-10-2023 Omar Hamza Hassan Daraghmeh, berumur 58 tahun, meninggal dunia di penjara Megiddo pada malam Isnin dalam keadaan yang misteri. Omar adalah rakyat Palestin yang menjadi tahanan pentadbiran.¹
Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan bersama Persatuan Banduan Palestin dalam kenyataan bersama mengatakan bahawa tentera Israel menahan Daraghmeh bersama dengan anaknya, Hamza, pada 9 Oktober, dan menempatkan mereka di bawah tahanan pentadbiran selama enam bulan.
Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa sesi mahkamah diadakan untuk Daraghmeh lebih awal hari ini melalui video konferens di Mahkamah Tentera Ofer, dengan kehadiran peguamnya, Ashraf Abu Sneineh, yang bertanya tentang keadaan kesihatan beliau dan beliau menjawab bahawa beliau dalam keadaan sihat.
Kenyataan itu menegaskan bahawa naratif Israel mengenai keadaan kematian beliau adalah dan akan kekal dipertikaikan.
Kenyataan bersama itu menegaskan tentera Israel sepenuhnya bertanggungjawab atas jenayah itu, yang bermula dengan penahanan pentadbiran Daraghmeh tanpa tuduhan, di bawah alasan “fail rahsia.”
Beberapa banduan yang baru-baru ini ditahan mengesahkan bahawa mereka dikenakan penderaan dan dibelasah teruk.
Angkatan Hamas meratapi kematian Omar Daraghmeh, menyalahkan tentera Israel atas pembunuhan beliau.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Sofia
Khamis, 26-10-2023 Puak-puak penentang Palestin mengarahkan serangan peluru berpandu baharu ke arah penempatan penduduk dan tentera, ketika pertempuran Taufan Al-Aqsa memasuki hari kelapan belas, ketika barisan Lubnan terus terbakar dan mungkin lebih ramai disebabkan oleh pembunuhan beramai- ramai yang dilakukan oleh penjajah di Semenanjung Gaza.
Briged Al-Qassam melancarkan serangan roket ketiga di Tel Aviv sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam. Media Ibrani melaporkan 60 peluru berpandu menyasarkan Tel Aviv. Briged Al-Qassam memperbaharui pengeboman mereka ke atas Tel Aviv dan Beersheba yang dijajah dengan peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap Zionis yang menyasarkan orang awam.
Akhbar Maarif melaporkan bahawa peluru berpandu jatuh ke atas penempatan Alfei Menashe, yang didirikan secara haram di tanah timur Qalqilya. Ini membawa kepada kerosakan dan kemusnahan beberapa bangunan.
Pada petang Selasa, Briged Al-Qassam melepaskan bedilan roket ke arah Tel Aviv sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam. Briged Al-Qassam mengebom Beersheba yang dijajah dengan bedilan roket sebagai tindak balas kepada sasaran orang awam, dan pengerahan musuh berhampiran Mufkai’m. Jurucakap tentera Israel mengakui pelancaran peluru berpandu dari Lubnan ke arah penempatan Shtula.
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas, mengumumkan pengeboman kompleks Miftahim dengan bedilan roket pada pagi Selasa. Briged Al-Quds, sayap tentera Jihad Islami, melepaskan tembakan roket ke arah pendudukan haram Kissufim dan Third Eye. Sebelum itu, pasukan ini mengumumkan bahawa pembentukan tentera di tapak Sufa yang dibedil dengan mortar.
Briged Penentangan Kebangsaan (Pasukan Syahid Omar Al-Qasim) juga mengumumkan bahawa mereka mengebom – pada Selasa – sekumpulan pasukan musuh di selatan markaz tentera Malka dengan tiga peluru mortar berkuasa tinggi.
Malam tadi, Hizbullah mengebom lebih banyak kedudukan tentera di pendudukan haram sempadan Lubnan. Semalam juga menyaksikan berbilang operasi oleh Briged Al-Qassam, derngan pelancaran dua pesawat serangan berani mati yang menyasarkan pasukan pendudukan Zionis. Jurucakap Hamas, Abdul Latif Al-Qanou berkata, tentangan itu padu, kuat, mampu menguruskan pertempuran dan sangat bersedia untuk menghadapi sebarang pencerobohan darat ke atas Gaza.
Sejak bermulanya pertempuran taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober, 2,000 orang Israel (tentera dan peneroka tanah haram) telah terbunuh, ditangkap dan hilang, dan lebih daripada 5,600 yang cedera,
termasuk 1,200 orang tentera kurang upaya, berpuluh-puluh kes yang tiada harapan, dan beratus-ratus kes serius, selain pemusnahan Bahagian Gaza dalam operasi ketenteraan terhadap pendudukan haram sepenuhnya, dan perpindahan ratusan ribu peneroka haram dari Gaza dan dari dalam entiti pendudukan haram, selain mengganggu ekonomi Israel dengan ketara.
sumber; https://arabic.palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Khamis, 26-10-2023Seorang ahli Persatuan Ulama Palestin, Syeikh Muhammad Khair Musa berkata, “Hari ini kita perlu menyerbu sempadan Palestin, dan jangan biarkan saudara-saudara kita terus menerus diratah oleh serigala (Rejim Zionis), kerana jika mereka (Rejim Zionis) berterusan meratah saudara kita, kelak mereka akan memakan kita semua pula. ”
Tambahnya lagi “Jihad kerana Allah perlu dilaksanakan semaksimum mungkin, bukan sekadar apa yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja.”
Dia turut berkata, “Setelah Taufan Al-Aqsa datang, setiap Muslim mesti berada di atas bahtera kebenaran, kerana di Gaza hari ini terdapat pelajaran penting tentang iman (dalam diri kita).”
Beliau turut menekankan, “Tugas kita hari ini adalah berada di atas bahtera jihad, atau lebih jelas lagi, tugas setiap negara adalah untuk terlibat dalam jihad samaada dengan jiwa, wang, usaha, atau perkataan.”
Beliau menegaskan, “dalam keadaan kemanusiaan semakin terhakis dari jiwa dan sanubari, di mana perlumbaan didalam mencipta senjata-senjata canggih yang memusnahkan semakin meningkat, tercetusnya insiden ini mungkin untuk memulihkan keseimbangan cara kita berfikir dan berurusan dengan nilai kemanusian, iaitu dengan cara realistik dan praktikaliti dan bukan dengan hanya slogan semata-mata lagi.”
Musa turut menambah, “Seseorang tidak sepatutnya menjadi pengecut apabila (melihat) musuhnya mempunyai senjata, sebaliknya perlu rasa takut apabila dia kehilangan semangat untuk mempertahankan haknya, kerana keberanian tidak lagi bernilai apabila tanah air tidak lagi menjadi milik kita, manakala maruah yang telah hilang tidak mungkin akan kembali walau dengan darah yang ditumpahkan.”
Beliau turut menegaskan bumi Gaza yang serba kekurangan berbanding lawannya pada hari ini, telah memberitahu kita bahawa ia tidak akan lenyap dari muka bumi selagimana sesebuah negara itu, memiliki anak watan yang mempunyai keyakinan dalam dirinya sebagai seorang pejuang yang berjuang demi kebebasannya, malah sanggup menjadikan diri-diri mereka sebagai perisai demi mempertahankan maruah tanah air mereka, walau bagaimana dahsyat sekalipun serangan yang dilakukan.
Beliau melanjutkan lagi “Terciptanya kemenangan di bumi Gaza hari ini sehingga tercetusnya taufan ini, bukanlah berasaskan senjata atau peluru berpandu, sebaliknya (kekuatan jiwa) manusia (yang berjuang) demi sebuah kehidupan, itulah fakta Gaza, bukan mengikut logik para penzalim yang menindas.”
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Simpunk
Rabu, 25-10-2023 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran, Hussein Amir-Abdollahian pada petang Ahad lalu.
Semasa perbualan tersebut, Haneyya memberi taklimat kepada menteri luar Iran mengenai perkembangan terkini berkaitan pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan membincangkan tentang usaha serantau untuk menamatkan jenayah perang Israel terhadap penduduk Gaza.
Kepimpinan Hamas sentiasa berhubung dengan pihak yang berbeza demi membendung pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap penduduk di Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Rabu, 25-10-2023 – Media Syria menyatakan pada Ahad yang tentera rejim zionis mengebom lapangan terbang di Damsyik dan Aleppo pada subuh, mengakibatkan kedua-duanya lumpuh untuk kali kedua dalam masa dua minggu ketika pengeboman berterusan di Gaza.
Menurut agensi berita SANA, serangan udara Israel membunuh seorang pekerja lapangan terbang Damsyik dan mencederakan seorang lagi.
Kerosakan di lapangan terbang menyebab ia tidak dapat berfungsi.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai
Rabu, 25-10-2023 – Rejim Zionis telah menembak dan membunuh dua rakyat Palestin dan mencederakan empat yang lain di kem pelarian Jalazoun, utara Ramallah, pada subuh Isnin.
Dalam satu kenyataan ringkas Kementerian Kesihatan Palestin, dua pemuda Palestin terbunuh dalam serbuan tentera Israel ke kem pelarian Jalazoun.
Manakala empat yang lain cedera parah semasa serbuan itu, tambah kenyataan itu.
Sumber tempatan juga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 20 pemuda telah ditangkap di kem tersebut.
Sejak 7 Oktober lalu 95 rakyat Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh tembakan Israel di seluruh Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf
Selasa, 24-10-2023 – Pusat Informasi Palestin Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza mengumumkan pada hari minggu lalu bahawa pasukan penjajah Zionis telah menghancurkan lima buah masjid lagi malam tadi.
Kementerian Wakaf mengatakan, “Jumlah masjid yang hancur sejak serangan agresif di Gaza dimulakan pada 7 Oktober telah bertambah menjadi 31 buah masjid.”
Kementerian juga mengumumkan bahawa keganasan Zionis menyebabkan kerosakan besar pada tiga gereja akibat pengeboman berterusan. Sebelum ini, Kementerian Wakaf menyatakan bahawa peluru berpandu dan bom penjajah sudah meratakan dan menghancurkan sepenuhnya 31 masjid, selain Masjid Imad Aql dan Al-Tawbah.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah
Selasa, 24-10-2023 – Khaled Meshaal, Presiden Gerakan Hamas di luar negara, mendesak dunia untuk memberikan sokongan lebih banyak bagi mempertahankan Gaza dan untuk memperkuatkan pertentangan, seraya menggesa untuk memperkukuhkan sikap Arab agar menjadi lebih padu dan kukuh.
Meshaal berkata dalam wawancara televisyen pada malam Ahad: Kami ingin lebih banyak dari seluruh dunia untuk mempertahankan Gaza dan perlawanan, dan berdiri bersama kami dengan segala kekuatan serta mengajak semua orang untuk memperkukuhkan pendirian rasmi Arab agar menjadi padu dan kuat.
Beliau juga memberi harapan kepada ummah dengan berkata: Ummah kita di seluruh dunia, apabila kamu menang untuk Palestin, kamu sebenarnya menang untuk diri sendiri dalam pertempuran yang merupakan kebanggaan dan keagungan.
Beliau mengajak kepada gerakan politik di dalam dunia Arab dan Islam, serta bersama semua orang yang merdeka untuk mempertahankan Baitul Maqdis, Masjidil Aqsa, dan Gaza.”
Mashal berkata: Kami bercakap dari posisi yang pasti dan yakin bahawa Allah akan menolong kami. Kami telah berdiri kukuh dalam 5 peperangan terdahulu dan membalas tipu daya musuh kembali ke batang leher mereka sendiri.
Beliau menyatakan bahawa musuh ini, yang ditakuti negara dan tentera, telah berjaya dikalahkan dengan pertentangan dan dihancurkan kemegahannya.
Beliau bertanya: Di mana kita dalam pemandangan agung ini dan tanggungjawab yang besar, di mana kita apabila Allah bertanya kepada kita, “Apa yang kamu lakukan untuk membantu Gaza, wanita-wanitanya, orang tuanya, dan keluarganya?”
Beliau menekankan bahawa Al-Aqsa adalah masjid kita bersama, kiblat Nabi kita, identiti dan kebanggaan kita. Tanpa Al-Aqsa, umat ini akan kehilangan nilai.
Beliau kembali bertanya: Haruskah kita menunggu sehingga Al-Aqsa dirobohkan dan dihancurkan? Haruskah kamu menunggu nasib Al-Aqsa seperti masjid, hospital, dan gereja di Gaza yang dirobohkan?
Pemimpin Palestin menunjukkan bahawa musuh telah mendapat lampu hijau dari Amerika dan beberapa negara Barat, beliau berkata: Mereka berkumpul untuk memberikan sokongan terbuka kepada musuh untuk menghancurkan Gaza, ini adalah politik bumi terbakar, pemusnahan menyeluruh, dan politik pengusiran.
Beliau memperingatkan bahawa dunia melihat dengan mata buta terhadap kepentingan Zionis, mereka beranggapan bahawa mereka mampu untuk menindas perjuangan, menindas Hamas, dan menghancurkan wilayah Gaza, serta memecahkan kawasan yang didiami rakyat agung.
Beliau menekankan bahawa ini adalah pertempuran yang bermula dengan Al-Aqsa, diikuti oleh kemenangan Gaza, kemudian kita menyaksikan balasan Zionis terhadap penduduk Gaza, kemudian Amerika muncul memimpin peperangan, dan Presiden Amerika datang untuk menyokong penjajah dan memberikan mereka berbilion-bilion dan senjata untuk menghancurkan Gaza.”
“Beliau berkata: Amerika kini memimpin pertempuran dan merancang untuk mencapai matlamatnya dengan menindas Hamas dan membongkar struktur penduduk Gaza, dan jika mereka berjaya sepertimana mereka harapkan, mereka akan mengamalkan dominasi mereka ke atas kawasan ini, tetapi di manakah mereka dari ummah besar ini?
Beliau menekankan bahawa Gaza kini menderita dengan kemusnahan, kelaparan, dan cubaan pengusiran, sedang melalui pertempuran global dengan entiti yang disokong oleh Amerika dan kekuatan Barat.
Beliau menggesa media untuk menyampaikan gambaran yang jelas dan menolak mesej palsu daripada media Zionis yang tercemar.”
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Razisatul
Selasa, 24-10-2023 – Pejabat berita pemerintah Palestin menyebutkan bahawa penjajah Zionis dengan sengaja memusnahkan bangunan tempat tinggal, prasarana dan kemudahan awam di Semenanjung Gaza dengan skala besar.
Ketua Pejabat media Otoriti Paleastin, Salama Maarouf menjelaskan dalam pernyataannya hari ini, Ahad bahawa 50% penempatan di Semenanjung Gaza musnah seluruhnya atau sebahagian akibat intensiti pengeboman dan sasaran seluruh kawasan penempatan Palestin dengan ribuan tan bom berkuasa ledakan tinggi.
Beliau memberi contoh kerosakan yang pelbagai tercatat di lebih dari 165,000 unit rumah.Hampir 20,000 unit rumah musnah keseluruhannya atau tidak layak huni.Beliau menyataakan bahawa 70% penduduk Semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka di lebih dari 220 pusat pelindungan atau tempat awam yang dimanfaatkan untuk menampung orang ramai yang ingin mendapatkan perlindungan.
Beliau menekankan bahawa bencana kemanusiaan ini terjadi di depan mata dan telinga seluruh dunia tanpa ada yang melakukan apa-apa tindakan untuk menghentikan serangan brutal dan kejahatan genosid terhadap rakyat palestin. Tiada seruan bantuan dan menamatkan kejahatan tersebut yang sepatutnya dilakukan sebagai tindakan kolektif bagi menghadapi bencana kemanusiaan.
sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip
Selasa, 24-10-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) telah menculik sekurang-kurangnya 65 warga Palestin, termasuk bekas tahanan, semalam dan awal pagi Ahad di Wilayah Tepi Barat.
Menurut Masyarakat Tahanan Palestin, kempen penahanan berlaku di pelbagai kawasan di Wilayah Tepi Barat, terutamanya di Ramallah, al-Khalil, dan Jerusalem.
Sejak Briged Al-Qassam Hamas memulakan operasi ketenteraan “Banjir Al-Aqsa” terhadap tentera Israel, IOF telah meningkatkan kempen penahanannya di Wilayah Tepi Barat dan Jerusalem dengan menculik lebih daripada 1,130 warga.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin
Isnin, 23-10-2023 – Ketua biro politik Hamas Khaled Mishaal berkata pada Khamis yang Kumpulan itu menahan sejumlah tentera rejim yang cukup untuk berunding membebaskan semua tahanan Palestin di penjara Israel.
Mishaal membuat komen tersebut dalam satu temuramah dengan rangkaian berita Al Arabiya TV.
Mishaal berkata, perang Banjir Aqsa ke atas Israel merupakan tindakan terancang dan para pejuang sedar akan akibatnya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 23-10-2023 – Jurucakap bagi Al-Qassam Brigades, Abu Obeida, memberi amaran dalam kenyataan televisyen baharu bahawa musuh akan membayar untuk jenayahnya, dan bahawa perlawanan tidak akan mengendahkannya.
“Kami meyakinkan rakyat dan negara kita bahawa perlawanan dalam keadaan sempurna dan masih mengawal perkembangan di lapangan serta tahu bila perlu melancarkan serangan dan bila perlu meningkatkan ketegangan,” katanya.
“Kami bersedia untuk pertempuran yang panjang dengan penjajah ini,” Abu Obeida berjanji, mengatakan bahawa tiada kekuatan di dunia ini boleh menghapuskan perlawanan.
Di sisi lain, dia dengan tegas mengutuk sokongan AS yang “memalukan” kepada Israel, katanya ia tidak akan membantu penjajahan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Isnin, 23-10-2023 – Kementerian kesihatan di Gaza berkata pada Khamis lalu bahawa pengepungan dan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza menyebabkan empat hospital tidak beroperasi dan 25 yang lain mengalami kerosakan.
Pengarah Hospital Shuhada Al-Aqsa, Iyad al-Jaabari berkata, ubat-ubatan dan bekalan perubatan di Gaza kehabisan stok akibat penutupan ketat yang dikenakan oleh Rejim Zionis ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Jaabari memberi amaran bahawa keadaan kesihatan di Gaza amat membimbangkan dan nyawa ribuan orang awam yang sakit dan cedera berisiko, serta terdapat juga kekurangan kakitangan perubatan yang amat membimbangkan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Isnin, 23-10-2023 – Pasukan penjajah Israel malam Khamis (19/10) melakukan pembantaian mengerikan dengan menghujani bom yang mensasarkan para penduduk yang berlindung di dalam Gereja Ortodoks Rom di Kota Gaza.
Ia mengakibatkan banyak mangsa terkorban dan cedera parah.
Kementerian Dalam Negeri di Gaza mengatakan bahawa pihak penjajah Israel melakukan kejahatan terhadap ratusan penduduk di dalam Gereja Ortodoks Rom di Kota Gaza dan menyebabkan banyak mangsa terkorban dan tercedera parah.
Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa di antara yang terkorban ramai penganut Kristian yang berlindung di dalam gereja kerana mengira ia adalah tempat yang selamat.
Serangan ini terjadi dua hari setelah serangan yang dilakukan oleh pasukan penjajah ketika mereka mensasarkan ribuan penduduk di dalam Hospital Nasional Arab Al-Mamadani (Baptis) di Gaza, yang mempunyai hubungan dengan Gereja Episkopal Anglikan di Jerusalem (Al-Quds) dan dianggap sebagai salah satu hospital tertua di Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman