Categories
Berita Semasa

PASF bertekad untuk menghalang sebarang perhimpunan ketika proses rayuan PBB

Khamis, 22/09/2011 – Jurucakap Bahagian Keselamatan PIhak Berkuasa Palestin Adnan al-Damiri telah memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap sebarang demonstrasi ketika rayuan memohon keahlian penuh Palestin PBB.

Dalam satu kenyataan kepada agensi berita Wafa, beliau berkata perarakan aman yang dijadualkan pada Jumaat anjuran parti Fatah dan Presiden Mahmoud Abbas adalah tidak berbahaya.

Damiri juga memberi amaran agar tidak cuba bertelingkah dengan tentera Israel, “Kami tidak akan membenarkan sesiapa pun meninggalkan kawasan di bawah seliaan kami dan juga semua kawasan di kawasan bergolak yang bukan di bawah seliaan kami.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Oghlu Potong Pidato Ayalon Di Persidangan “Memerangi Terorris” di New York

Khamis, 22/09/2011 – Menteri Luar Turki, Ahmad Daud Oghlu, memotong pidato wakil Menteri Luar Israel, Danny Ayalon pada Persidangan “Memerangi Teroris” yang diselenggarakan pada Selasa (20/9) di pejabat PBB di New York.

Laman web “TRT” Turki melaporkan bahawa Daud Oghlu terus meninggalkan dewan persidangan segera setelah selesai menyampaikan pidatonya yang menegaskan pentingnya bekerjasama memerangi “Teroris”, aksi ini bertepatan dengan naiknya wakil Menteri Luar Israel ke podium untuk menyampaikan pidatonya.

Disebutkan bahawa Ayalon adalah pihak yang terlibat dengan tindakan meremeh dan memperlekeh Duta Besar Turki di Tel Aviv pada awal tahun 2010, dimana Duta Besar Turki sengaja dipersilakan duduk di kerusi yang rendah. Ayalon juga berperanan dalam meningkatkan krisis diplomasi antara Ankara dan entiti Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Dweik: Kita tidak seharusnya terlalu optimis dengan resolusi PBB

Khamis, 22/09/2011 – Speaker Majlis Perundangan Palestin Aziz Dweik memberi penekanan dalam surat kepada Pengerusi Majlis Negara Palestin, Salim Za’noun bahawa apa-apa tindakan politik yang melibatkan nasib rakyat Palestin mesti dibuat dengan konsensus kebangsaan dan barisan bersatu Palestin.

Kenyataan itu datang dengan cabaran berikutan langkah unilateral PLO untuk mendapatkan keahlian penuh di PBB dengan berkompromi dalam pengurangan sempadan 1967.

PLC, badan perundangan sementara kerajaan Palestin yang diwujudkan semasa Perjanjian Oslo tahun 1993, ditinggalkan tanpa aktif disebabkan kekejaman Israel selepas Hamas mendapat majoriti kerusi dalam pilihan raya 2006. PNC merupakan cawangan perundangan PLO yang menandatangani Perjanjian Oslo dan ia juga termasuk ahli-ahli PLC.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Penguasa Fatah lanjutkan penahanan pimpinan Hamas di Tebing Barat

Rabu, 21/09/2011 – Pihak berkuasa Fatah di Jenin dan Tubas melanjutkan tepoh penahanan 3 peimpin Hamas selama 2 minggu, selepas perbicaraan mereka di mahkamah dekat kedua-dua tempat.

Sumber khas Pusat Informasi Palestin melaporkan : “Mahkamah Majistret di Jenin melanjutkan tempoh tahanan menteri Dr. Muhammad Ezzat As-Sayyid (46 tahun) selama 15 hari di bawah Badan Keselamatan, yang telah menahan beliau pada hari Ahad selepas di soal siasat.”

Dr. As-Sayyid berkhidmat sebagai pensyarah di Al-Quds Open University dekat Jenin, dan pernah ditahan Fatah beberapa kali sebelum ini, yang mencapai tempoh 6 bulan kesemuamya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Gabenor Nablus ikrar ambil sekatan terhadap pihak yang menentang bidaan keanggotaan PBB

Rabu, 21/09/2011 – Nablus Gabenor, Jibrin al-Bakri mengancam untuk mendakwa semua kakitangan kerajaan yang berkecuali daripada aktiviti-aktiviti yang menyokong bidaan Pihak Berkuasa Palestin untuk menganggotai PBB.

Saksi-saksi yang menghadiri mesyuarat terbuka di Nablus pada Isnin lalu seperti dipetik Bakri berkata Pihak Berkuasa Palestin akan memburu dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pekerja di institusi PA yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijadualkan pada Rabu dan Jumaat ini.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Salam Fayyad Saeed Abu Ali dan pegawai-pegawai kanan daripada PASF.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Gaza: Hamas-Fatah Sepakat Tidak Berdemo Ketika Tuntutan Pengiktirafan Palestin Ke PBB

Rabu, 21/09/2011 – Gerakan Hamas dan Fatah di Gaza sepakat tidak melakukan demonstrasi pada September bertepatan dengan langkah Abbas ke PBB, hal itu dilakukan untuk menghindarkan perpecahan dalaman Palestin di Gaza.

Pemimpin Hamas dalam keterangan bertulis yang diterima Pusat Informasi Palestina menyatakan, “Untuk melindungi perpaduan nasional dan mengakhiri situasi perpecahan serta memperkuat persefahaman nasional. Hamas dan Fatah sepakat menghindari perpecahan baru di Gaza.”

Sumber tersebut menjelaskan bahawa kesepakatan untuk tidak melakukan tindakan massa sama ada oleh pendukung mahupun pemprotes atas usaha ke PBB yang diketuai Mahmud Abbas pada bulan ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Serangan pendatang semakin menjadi-jadi di Tebing Barat

Rabu, 21/09/2011 – Tembakan dilepaskan ke arah kediaman dan seorang warga tempatan di selatan Nablus telah dilanggar oleh sebuah kereta dalam satu serangan pada Isnin setelah pihak berkuasa rejim Israel menyeru para pendatang Yahudi di Tebing Barat untuk mempertingkatkan usaha penentangan terhadap rakyat Palestin.

Tiada kecederaan dilaporkan setelah para pendatang Yahudi itu melepaskan tembakan ke arah rumah milik Saeed al-Najjar, seorang penduduk Burin, selatan Nablus, demikian menurut Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang ditugaskan memantau kegiatan pendatang di Tebing Barat.

Daghlas menambah, bahawa sekumpulan pendatang Yahudi cuba memasuki kampung Awarta yang juga terletak di selatan Nablus, namun berjaya dihalang oleh para penduduk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang terbunuh, empat cedera dalam letupan di dalam terowong penyeludupan Gaza

Rabu, 21/09/2011 – Seorang pekerja lelaki Palestin meninggal dunia manakala empat yang lain cedera dalam letupan gas silinder dalam penyeludupan terowong timur Gerbang Salaheddin di selatan Semenanjung Gaza.

Pasukan menyelamat di Rafah berjaya menemui lima pekerja terowong selepas letupan berlaku di dalam terowong itu yang membunuh Ashraf al-Qara, 27, dari Khan Younis. Menurut sumber dari Jabatan operasi di Pertahanan Awam Gaza itu, empat yang cedera berada dalam keadaan terkawal.

Terdahulu, jawatankuasa kecemasan tertinggi Gaza berkata orang awam mengalami kecederaan yang serius dalam letupan di dalam terowong di sempadan Mesir itu, tanpa menyatakan punca letupan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Seorang pekerja Palestin terbunuh dan seorang cedera dalam kejadian terowong runtuh

Selasa, 20/09/2011 – Seorang pekerja Palestin telah terbunuh dan seorang lagi cedera pada Pagi Ahad dalam kejadian terowong runtuh di Semenanjung Gaza yang bersempadan dengan Mesir.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Jihad al-Riyati, telah disahkan meninggal dunia oleh Jawatankuasa Tinggi Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Gaza, selepas sebahagian terowong runtuh di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Lebih daripada 160 rakyat Palestin telah meninggal dunia dalam kemalangan terowong. Rakyat Palestin Semenanjung Gaza bergantung kepada terowong – terowong itu untuk mendapatkan bahan komoditi seperti Israel menguatkuasakan pengepungan lima tahun yang lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyyeh sifatkan langkah Abbas sebagai “cabaran politik”

Selasa, 20/09/2011 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyyeh, menyifatkan langkah Mahmoud Abbas melibatkan Majlis Keamanan untuk pengiktirafan Negara Palestin sebagai “cabaran politik”, yang sememangnya bercanggah dengan pendirian Palestin-Arab, serta menyimpang daripada kebangkitan Arab.

Haniyyeh menegaskan di dalam ucapannya sewaktu perhimpunan Majlis Legislatif yang diadakan di Gaza, hari Ahad (18 September) : “anda tidak mempunyai autoriti untuk merosakkan hak Palestin, atau mana-mana individu yang mahukan konsesi.”

Beliau berkata : “Kami akan mendirikan negara di mana-mana di atas tanah Palestin ini seperti yang disepakati rakyat Palestin, dan tidak kan mengiktiraf Zionis, dan mengembalikan setiap inci dari tanah ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Mungkin Cedera Dalam Letupan di Tebing Barat

Selasa, 20/09/2011 – Askar Israel dijangka mengalami kecederaan akibat letupan yang berlaku di jalan Zawata-Nablus di utara Tebing Barat. Saksi-saksi berkata letupan itu boleh didengar dari kampung berhampiran pada 23:00 sebagai konvoi peronda Israel yang dijadual menyerbu Nablus serbuan yang melalui kawasan tersebut.

Saksi-saksi memberitahu wartawan kami bahawa tentera Israel segera mengepung kawasan tersebut dan menghalang petugas media. Mereka menambah bahawa bunyi kenderaan kecemasan boleh didengar bergegas ke tempat kejadian dan kecederaan dijangka telah berlaku. Tetapi belum lagi muncul pengakuan pengeboman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Sabri: Israel bertanggungjawab atas serbuan di Masjid Al-Aqsa

Selasa, 20/09/2011 – Pengerusi Suruhanjaya Agung Islam di Baitulmuqaddis, Ekrima Sabri mendakwa pihak berkuasa rejim Israel bertanggungjawab ke atas tindakan kumpulan pelampau Yahudi yang merancang untuk menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Ahad.

“Kumpulan pelampau Yahudi terus memburukkan situasi di Masjid Al-Aqsa dengan mendakwa mereka ada hak ke atas Masjid Al-Aqsa dari masa ke semasa,” kata Sheikh Sabri dalam satu kenyataan pada Sabtu yang menekankan bahawa keseluruhan masjid tersebut hanyalah milik Muslim, suatu fakta yang tidak dapat diubah oleh mahkamah dan rundingan.

Manakala, Imam Besar Universiti Al-Azhar di Kaherah, Ahmed al-Tayyib mengeluarkan kenyataan menyeru semua Muslim dan dunia Arab agar bersatu untuk menghadapi perancangan Zionis yang menyasarkan Masjid  Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  idawati

Categories
Berita Semasa

Kelompok Yahudi Serbu al Aqsa dengan Perlindungan Polis Israel

Selasa, 20/09/2011 – Kelompok-kelompok Yahudi, Ahad (18/9) menyerbu masjid al Aqsa dan berjalan-jalan di pelataran masjid dengan kawalan pasukan polis Israel. Dalam pada itu ramai pasukan militan berkawal di sekitar pintu-pintu masuk dan di Baldah Qadimah.

Sumber-sumber Palestin menyebutkan, kelompok-kelompok kecil Yahudi yang dikawal khas polis Israel, mulai Ahad pagi, melakukan pernyerbuan secara bergantian ke dalam masjid al Aqsa dari gerbang barat dalam rangka apa yang disebut oleh otoriti penjajah Zionis Israel sebagai “program lawatan asing”.

Sementara itu di jalan-jalan kota Al Quds kelihatan tentera dan polis Israel berkawal di sekitar daerah tersebut. Sementara pasukan yang lain mendirikan pos-pos pemeriksaan militan baru di jalan-jalan utama dan arteri yang menuju masjid al Aqsa dan menahan bas-bas Palestin di samping melakukan pemeriksaan ketat terhadap para penumpang.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

PFLP minta Abbas bina perpaduan sebelum pergi ke PBB

Isnin, 19/09/2011 – Anggota Jawatankuasa Pusat Popular bagi Pembebasan Palestin, Jamil Mizher meminta pemimpin PA yang juga ketua Fatah, Mahmoud Abbas untuk terlebih dahulu mebina perpaduan dalaman Palestin sebelum pergi ke PBB bagi meminta pengiktirafan negara berdaulat Palestin.

Mizher berkata dalam satu kenyataan media bahawa seluruh penduduk Palestin mesti bersatu-padu menuju ke PBB dan melupakan episode lama. Beliau mencadangkan supaya ditubuhkan 5 jawatankuasa bagi memantau perkembangan proses perpaduan.

Katanya lagi, ketua bagi kerajaan perpaduan negara Palestin mestilah bersifat patriotik, demokratik, professional, tidak terlibat dengan politik, serta masalah kewangan dan moral.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Syeikh Raed Salah saman Britain

Isnin, 19/09/2011 – As-Syeikh Raed Salah, pengerusi gerakan Islam di bumi Palestin terjajah tahun 1948, membuat keputusan bersama-sama barisan peguam untuk mendakwa Kerajaan Britain dan menyemak semula fail kes, serta beliau enggan meninggalkan London sehinggalah mahkamah bertindak mengumumkan sebab yang memerlukan tindakan menyemak semual fail tersebut.

Menteri Dalam Negara Britain, Teresa May, mengeluarkan isu bertarikh 29 Jun lepas yang menggesa pengeluaran dan pengusiran As-Syeikh Salah daripada tanah Britain dengan tuduhan bahawa beliau bersikap anti-semitism.

Mahkamah Imegresen Britain meletakkan tarikh 26 dan 27 September depan untuk menyemak arahan yang diterima Pengerusi gerakan Islamiah dalam Palestin, As-Syeikh Raed Salah supaya beliau meninggalkan Britain ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen