Categories
Berita Semasa

Mahkamah rejim Zionis jatuhkan hukuman buang negeri ke atas remaja Jerusalem

Isnin, 26-03-2012 – Mahkamah Mejistret milik rejim Zionis di Jerusalem telah menjatuhkan hukuman ke atas Elias Al-Awar pada Rabu, yang mana mangsa dibuang daripada daerahnya, Silwan.

Mahkamah memerintahkan remaja berusia 16 tahun itu diletakkan di bawah kurungan di rumah di Jabal Al-Mukabar sehingga perbicaraannya yang seterusnya dan mesti membayar denda sebanyak 5000 shekels. Manakala 4 orang saudaranya pula
diperintahkan menandatangi afidavit yang menyatakan mereka wajib membayar sebanyak 5000 shekel seorang sekiranya remaja terbabit melanggar perintah kurungan di rumah.

Dalam perkembangan lain, mahkamah tersebut juga melanjutkan penahanan 3 lagi remaja Jerusalem sehingga Ahad depan. Dua daripada mangsa ini telah ditahan pada waktu Subuh, hari Rabu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi menyerbu Nablus bersama perlindungan tentera Israel

Isnin, 26-03-2012 – Beratus-ratus peneroka Yahudi bersama-sama dengan seorang menteri Israel membuat serbuan di bawah perlindungan tentera bandar Nablus untuk melaksanakan upacara agama yang didakwa di dalam Makam Yusuf.
Sumber-sumber tempatan berkata bahawa penyelarasan dengan pasukan keselamatan Palestin pihak berkuasa, beratus-ratus peneroka diiringi oleh tentera telah dibenarkan untuk memasuki Nablus dimana ia sepatutnya di bawah kawalan penuh oleh Palestin.

Pengangkutan menteri Yisrael Katz yang datang bersama-sama dengan peneroka yang ditempatkan di pintu masuk Makam. Sejumlah anggota ketenteraan dan politik kanan yang lain juga turut berada di situ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pihak Keselamatan Kampus Tangkap Mahasiswa Peringati Syahidnya Syaikh Yasin

Isnin, 26-03-2012 – Fraksi Islam di Universiti Hebron semalam menyebarkan risalah kepada mahasiswa untuk memperingati lapan tahun syahidnya Syaikh Ahmad Yasin, pengasas gerakan Hamas.

Pihak mahasiswa menegaskan komitmennya untuk terus berjuang walaupun dihalang pihak pemerintah. Mereka menegaskan kembali janjinya untuk terus memperjuangkan cita-cita Syaikh Yasin dalam perjuangan. Imam Syahid Syaikh Ahmad Yasin adalah mujahid yang berjuang di jalan agama dan bangsanya membawa panji perjuangan.

Dalam pada itu, fraksi mahasiswa Islam mengingatkan kepada para pemimpin perjuangan, terutama Kholid Misy’al, Ismael Haneya, Mahmud Zehar untuk meneruskan perjuangan dan tidak meninggalkan pelajaran daripada Syaikh Ahmad Yasin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu bandar Jenin, geladah rumah orang kanan Islamic Jihad

Isnin, 26-03-2012 – Rejim Zionis (IOF) telah menyerbu Bandar Jenin pada waktu subuh, Khamis lepas dan menggeledah rumah pegawai Islamic Jihad, Bassam Assa’di yang ditahan di penjara Israel.

Sumber tempatan melaporkan, sejumlah besar tentera Israel telah dikerahkan berpusat di kawasan berbeza sekitar Jenin sebelum menyerang kem pelarian.

Mereka menambah, tentera penceroboh Israel telah memecah masuk dan merempuh rumah Assa’di selepas memecahkan pintu depan serta memaksa kanak-kanak dan wanita keluar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Keselamatan Para Pelajar Universiti Hebron Yang Mengikuti Persatuan Islam Berlatarbelakangkan Memperingati Yassin.

Isnin, 26-03-2012 – Diedarkan oleh Persatuan Islam di Universiti Hebron,satu kenyataan hari ini keatas pelajar,sempena ulang tahun kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin yang ke-8,pengasas “Hamas”,dan mengesahkan terhadap kenyataan di atas komitmen dan kesabaran dalam menghadapi ribut taufan yang telah cuba untuk menumbangkan dan terdapat sumpah janji setia,mati untuk dia Syeikh Ahmad Yassin,iaitu menghampiri rintangan.

Beliau berkata bahawa “Kami mempunyai syahid kerana agama dan negara dan mujahid serta membawa bendera rintangan dan bersemangat meniup ribut menghadapi segala rintangan.

Sepertimana ucapan pada ulang tahun ini kepada pemimpin-pemimpin Hamas di rumah dan diluar negara seperti presiden pemimpin politik Khaled Masyaal dan Perdana Menteri Ismail Hanayeh dan bapa yang mati syahid,dan Dr.Mahmoud Zahar,presiden Majlis Undangan yang diculik dalam penjara.Dan menyifatkan mereka sebagai pemimpin yang tidak akan menyimpang dari jalan Syeikh Ahmad Yassin dan membentangkan kepada anak-anak mereka demi Tuhan”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis beri notis perobohan di Al-Khalil

Jumaat, 23-03-2012 – Tentera Zionis Israel (IOA) telah memberi suatu notis perobohan kepada pemilik rumah di timur kampung Halhul utara Al-Khalil, menurut sumber tempatan.

Pusat penyelidikan tanah di wilayah itu berkata IOA telah memaklumkan Muhanad Al-Aqrat, pemilik rumah, yang beliau harus berhenti membina rumah dua tingkat yang hampir siap kerana ia dibina tanpa permit. Kenyataan yang dipetik daripada saudara Muhanad Iyad sebagai berkata ejen IOF telah menampal notis itu di rumah pada Isnin lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menangguhkan keputusan mengenai pemogok kelaparan

Jumaat, 23-03-2012 – Mahkamah tentera Israel di Ofer telah menangguhkan keputusan mengenai permintaan untuk melepaskan tahanan mogok lapar Hana’a Shalabi hingga minggu depan. Peguam Jawad Boulus berkata pada hari Selasa di perbicaraan yang diadakan di hadapan hakim rayuan tanpa mencapai apa-apa hasil.

Katanya dalam satu siaran akhbar bagi Persatuan Banduan Palestin itu, pihak pembela telah memberitahu hakim bahawa ia tidak boleh mencapai satu penyelesaian kompromi terhadap pendakwaan yang tentera dalam kes Shalabi yang melalui hari ke 34 mogok lapar dan kesihatannya merosot teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik seorang pemuda Palestin ketika serbuan di Al-Khalil

Jumaat, 23-03-2012 – Tentera Israel (IOF) telah menyerbu bandar Al-Khalil awal pagi Selasa lalu dan menculik seorang pemuda Palestin semasa serbuan di beberapa kediaman di bandar-bandar yang berbeza.

Seorang pemuda bernama Mu’taz Sa’di dari Halhoul telah dibawa ke pusat soal-siasat Etzion selepas rumahnya digeledah. Kempen ketenteraan turut mensasarkan bandar-bandar lain di Al-Khalil seperti Sa’eer, dan Bani Na’im. Kenderaan Israel dilihat sentiasa melakukan rondaan di jalan-jalan dan kawasan kejiranan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Ofer lanjutkan tahanan tidak sah atas Haj Ali

Jumaat, 23-03-2012 – Isnin lepas mahkamah tentera Israel di Ofer melanjutkan penahanan pentadbiran ahli parlimen Palestin, Ahmed Al-Haj Ali, 72, selama enam bulan lagi, walaupun beliau sedang mogok lapar serta menunjukkan tahap kesihatan yang semakin teruk

Mahkamah menolak bantahan yang dikemukakan oleh peguam bela Haj Ali dan menegaskan hukuman tidak berasas itu. Kumpulan hak asasi manusia dan Ahli Parlimen Palestin menyuarakan rasa kebimbangan terhadap hayat Haj Ali atas faktor usia dan tahap kesihatan beliau yang tidak membolehkan beliau menjalani mogok lapar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Wanita Muda Palestin Antara Yang Ditangkap oleh IOF

Jumaat, 23-03-2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) menangkap 6 rakyat Palestin pada waktu subuh hari Selasa di wilayah-wilayah Nablus, Al-Khalil, Jenin, dan Ramallah.

Saksi-saksi di Nablus berkata bahawa askar IOF memecah masuk ke rumah Mohammed Al-Khandakji di pinggir bandar barat bandar sebelum subuh hari ini dan menahan anak perempuannya Amani, 27.  Bapa beliau memberitahu Akhbar Quds bahawa askar itu dengan ganasnya memberkas anak perempuannya dan merampas komputer peribadinya.

Amani adalah saudara Basem Khandekji, yang sedang menjalani tiga hukuman penjara seumur hidup di Israel yang merupakan ahli jawatankuasa pusat parti Shaab.  Ayah beliau berkata bahawa askar-askar yang menahan anaknya memaki dengan kata-kata kesat semasa operasi, dan berpendapat bahawa penahanan anak perempuannya bertujuan untuk memberi tekanan kepada anaknya yang sedang menerbitkan artikel dari penjara mengenai penderitaan banduan di dalam penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Laporan PBB: Israel musnahkan 574 bangunan rakyat Palestin pada tahun lepas

Jumaat, 23-03-2012 – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB mengkritik rejim Israel kerana menggunakan senjata terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata serta kerana meningkatkan pemusnahan harta benda.

Organisasi antarabangsa itu memaklumkan dalam satu laporan bahawa rejim Israel memusnahkan 574 bangunan rakyat Palestin dalam tempoh Disember 2010 hingga pertengahan November 2011 termasuk 203 kediaman dan menyebabkan 957 warga Palestin merempat.

Laporan tersebut juga menyatakan Israel berdegil dengan polisi pemusnahannya terhadap kediaman-kediaman rakyat Palestin sehingga mengenakan syarat ketat dalam mengeluarkan permit bangunan baru. Laporan itu turut menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang dan doktrin antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Gaza Terancam Bencana Akibat Krisis Elektrik

Jumaat, 23-03-2012 – Kementerian Kesihatan di Gaza memperingatkan tentang ancaman langsung akibat ayanan kesihatan di beberapa hospital dan pusat kesihatan, akibat krisis elektrik yang terus berjalan sejak lebih sebulan lalu.

Dalam berita yang diterima, Selasa (20/3) Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Qudrah menyatakan, “Sejumlah pesakit terancam akibat terputusnya arus elektrik lebih dari 12 jam setiap hari, akibat sukarnyanya mendapatkan kuasa solar untuk mengoperasikan aliran elektrik, yang memerlukan sekitar 6000 sehingga 8000 watt setiap harinya.

Sebanyak 39 ruang operasi di hospital di Gaza terancam tidak dapat beroperasi dalam beberapa hari kehadapan jika krisis ini terus berlanjutan. Di bahagian ibu bersalin, terdapat sekitar 40 kes bersalin cesar setiap hari di Gaza.

Seramai 60 pesakit di bahagain rawatan jantung yang sangat memerlukan perhatian sejak sekatan Gaza enam tahun lalu. Menurut Qudrah, lebih dari 100 anak-anak yang lahir pra matang akan menghadapi masalah besar akibat terputusnya bekalan elektrik.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Shalabi Dipindahkan ke Hospital Selepas Tahap Kesihatan Turun Mendadak

Jumaat, 23-03-2012 – Menteri Tahanan Palestin, Issa Qarage’ berkata pada lewat Isnin, Hana’ Ash-Shalabi, tahanan yang melakukan mogok lapar selama 34 hari, telah dipindahkan ke Hospital Meir Israel di Kfar Saba, setelah tahap kesihatannya merosot secara mendadak. Menurut Qarage’, Ash-Shalabi telah dimasukkan ke wad setelah diperiksa oleh pasukan perubatan dari Physicians for Human Rights (PHR). Doktor-doktor tersebut terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum mereka dibenarkan masuk bertemu Shalabi, tambah beliau. Qaraqe’ turut menyatakan bahawa para doktor yakin bahawa Ash-Shalabi tidak mampu untuk berdiri, mabuk, sakit dibahagian perut, pening kepala, degupan jantungnya dibawah paras normal, dan kandungan gula yang rendah.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Pertahanan Awam: “85 Kebakaran Di Gaza Berpunca Daripada Litar Janakuasa Dalam Masa Dua Bulan”

Jumaat, 23-03-2012 – Jabatan Pertahanan Awam di Semenanjung Gaza mengesahkan bahawa 85 kebakaran tercetus di Semenanjung Gaza pada bulan Januari dan Februari disebabkan oleh litar janakuasa, dan isu-isu berkaitan tenaga, dan juga dua kebakaran terakhir berpunca daripada penjana kuasa yang rosak.

Dalam laporannya, jabatan tersebut menyatakan bahawa 10 kebakaran berlaku pada bulan Januari dan Februari disebabkan oleh letupan daripada dua janakuasa utama.

Ia juga melaporkan bahawa 75 kebakaran berlaku disebabkan oleh kerosakan elektrik, gangguan bekalan kuasa, transformer yang terbakar, kerosakan wayar elektrik, dan lilin yang digunakan di rumah. Anggaran 51 kebakaran yang berlaku di Gaza disebabkan oleh faktor-faktor lain yang juga berkaitan dengan gangguan bekalan kuasa yang berterusan dan berulang-ulang.

Semenanjung Gaza mengalami krisis yang meruncing sejak satu-satunya stesen janakuasa di Gaza terhenti kerana kekurangan bahan api diesel, kesan daripada pengepungan haram Israel ke atas kawasan pesisiran pantai.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Presiden Tunisia akan jadi Penaung Persidangan Rakyat Palestin di Eropah

Jumaat, 23-03-2012 – Presiden Tunisia, Al-Muncef Al-Marzouki bersetuju untuk menjadi Penaung kepada Persidangan Rakyat Palestin di Eropah, yang dijadualkan akan diadakan di Denmark pada 28 April 2012. Adel Abdullah, Setiausaha Agung bagi persidangan tersebut memaklumkan Media Quds pada Sabtu lalu selepas bermesyuarat dengan Presiden Tunisia, bahawa presiden itu memang ‘bersama’ dengan rakyat Palestin yang hidup ditindas.

Katanya lagi, pendirian Marzouki itu tidak mengejutkan kerana beliau memang terkenal melakukan aktiviti-aktiviti hak kemanusian dan sentiasa menyokong aspirasi Palestin. Abdullah juga memberitahu bahawa semua ahli politik Tunisia menyokong aspirasi negara dan rakyat Palestin. Mereka semua menzahirkan rasa hormat terhadap rakyat Palestin dan penentangan mereka terhadap penjajahan rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa