Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin menderita kebuluran.

Rabu,  28/07/2010 – Beberapa orang tahanan penjara Israel memaklumkan bahawa makanan yang diberikan kepada mereka adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh seorang manusia kerana ianya diproses dengan teruk sekali, kotor, sangat sedikit dan tidak elok.

Pusat kajian ke atas tahanan-tahanan penjara menyatakan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini bahawa, “Halangan untuk mendapatkan yang dikenakan ke atas para tahanan penjara samada melalui pelawat-pelawat mereka ataupun membeli makanan di kantin, serta dana yang diperuntukkan untuk para tahanan penjara adalah tidak tetap, terutamanya yang berasal dari Semenanjung Gaza telah menyebabkan krisis makanan. Makanan untuk mereka adalah tidak mencukupi dan memberi kesan kepada kesihatan mereka.

Pengarah pusat tersebut, Rafaat Hamdouna berkata, “Pihak pengurusan penjara menetapkan undang-undang yang mana mereka mengawal peruntukan kewangan untuk setiap tahanan sebagai satu usaha mengenakan tekanan ke atas para tahanan. Para tahanan juga tidak dibenarkan masuk ke dalam dapur penjara bagi membolehkan mereka memasak dengan cara mereka sendiri.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Ha’aretz: Seksaan fizikal dan mental berlaku di penjara-penjara Zionis

Rabu,  28/07/2010 – Akhbar Israel Haaretz, telah menyebutkan Zionis Israel dan pakar interogasi “Shin Bet” telah menggunakan tekanan fizikal dan mentak terhadap tahanan Palestin. Ini berlaku di seluruh penjara Zionis Israel. Pakar integorasi yang dikenali “Shin Bet” ini menggunakan pelbagai kaedah dalam mencuba mendapatkan maklumat. Antaranya penggunaan bahasa kesat, mencabul kehormatan tahanan dan ahli keluarga mereka serta mengancam keselamatan keluarga tahanan.

Kumpulan “Shin Bet” turut menggunakan bahasa Arab yang fasih. Selain itu, keadaan penjara yang amat kecil dan tahanan tidak tahu siang atau malam ketika dalam penjara.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

30 doktor dari Malaysia akan memasuki Gaza Ramadhan nanti.

Rabu,  28/07/2010 – Konvoi 30 doktor dan doktor pakar daripada 55 sukarelawan Malaysia akan memasuki Semenanjung Gaza semasa bulan Ramadhan. Agensi berita melaporkan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata misi sukarelawan terdiri daripada doktor selain sepuluh wartawan yang lain akan menghabiskan 13 hari di Jalur Gaza dari hari kelapan hingga ke dua puluh dalam bulan Ramadhan dengan diselenggarakan oleh Kelab “Putera 1 Malaysia”.

Selepas pertemuan dengan delegasi media, beliau menambah pasukan perubatan Bulan Sabit Merah Malaysia juga turut serta memberikan perkhidmatan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Misi kemanusiaan melalui pasukan doktor mencerminkan perasaan rakyat Malaysia terhadap nasib penduduk di Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin bantah penahanan Syaikh Solah


Selasa,  27/07/2010 – Syaikh Raed Solah, ketua gerakan Islam di al-Aqsa telah di tahan selama 5 bulan oleh Zionis Israel akibat kesalahannya meludah tentera Zionis pada 2007 yang lalu. Berikutan penangkapan ini, rakyat Palestin membantah dan berhimpun bagi menyatakan bantahan. Dr. Sami Abu Zuhri pemimpin HAMAS, menyatakan penangkapan itu bertujuan mematikan momentum rakyat Palestin mempertahankan al-Aqsa. Syaikh Solah dianggap ikon dalam menggerakkan massa menentang Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Rakyat Gaza protes UNRWA kerana penangguhan bantuan.

Selasa,  27/07/2010 – Puluhan penduduk Gaza yang rumah mereka dihancurkan (oleh Israel selama perang terhadap Gaza antara 2008-2009) dan penerima khidmat agensi bantuan untuk pelarian UNRWA berdemonstrasi di depan ibu pejabat agensi tersebut di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza kerana memprotes penangguhan dalam projek pembinaan.

Para penunjuk perasaan mengeluh berikutan penurunan prestasi perkhidmatan yang diberikan oleh UNRWA dan didesak untuk terus memberikan bantuan seperti sebelum ini dengan menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan di pusat kesihatan dan cawangannya. UNRWA diminta penunjuk perasaan untuk memenuhi semua tanggungjawabnya bagi mempercepatkan pembinaan semula bangunan yang musnah sambil berkata tidak masuk akal ketika musim sejuk akan tiba kelak sedangkan mereka hidup dalam kehmah-khemah dan menyewa apartmen.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz & ameen

Categories
Berita Semasa

Israel Buka Muzium Baru Di Al-Quds

Selasa,  27/07/2010 – Pusat Informasi Al-Quds menjelaskan bahawa penguasa daerah Israel di Al-Quds akan membuka muzium baru di wilayah Malihah dengan nama Muzium Israel. Ia bertepatan dengan rancangan Zionis untuk meyahudikan kota tersebut dan mengusir warga Palestin.

Pusat Info Al-Quds menyatakan, penguasa daerah Zionis telah memulakan projek pembangunan muzium tersebut sejak 2007, dengan menambah ruang pameran di dalamnya. Muzium ini dijangka akan dibuka hari ini, Isnin (26/7). Keluasan muzium tersebut melebihi 80 000 meter persegi menjangkau kawasan tanah milik warga Palestin di Al-Quds. Projek pembangunan muzium ini merupakan hasil sumbangan dari para penyumbang Zionis antarabangsa serta pemerintah Israel. Dana yang terkumpul mencapai USD100 juta.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Amnesti kritik pemusnahan rumah-rumah penduduk Palestin di Tebing Barat

Sabtu,  24/07/2010 – Pertubuhan Amnesti Antarabangsa menggesa pihak berkuasa rejim Zionis berhenti merobohkan rumah-rumah penduduk awam Palestin dan bangunan-bangunan lain di Tebing Barat, selepas 74 buah rumah dan bangunan dirobohkan di Lembah Jordan awal minggu ini.

Pemusnahan besar-besaran itu dilakukan oleh tentera rejim Zionis (IOF) di Kampung Hmayyir dan ‘Ein Ghazal yang terletak di wilayah al-Farisiya pada Isnin lalu sehingga menyebabkan 107 orang awam termasuk 52 orang kanak-kanak hilang tempat tinggal.

Menurut perangkaan PBB, sekurang-kurangnya 198 buah bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat telah dimusnahkan pada tahun ini, sehingga menyebabkan kira-kira 300 orang penduduk awam Palestin hilang tempat tinggal dan berteduh, separuh daripadanya adalah kanak-kanak. Sementara itu, dalam kejadian yang sama, 600 orang penduduk awam Palestin lagi turut terjejas.

sumber : PNN
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Britain Pinda Undang-Undang Demi Menjaga Elit Israel

Sabtu,  24/07/2010 – Harian Israel Haaretz, Khamis (22/7) menegaskan bahawa kerajaan Britain berusaha meminda undang-undang jenayah perang di wilayah kerajaan itu demi melindungi elit Israel. Britain berusaha mencegah perintah tahanan terhadap elit Israel atas dakwaan jenayah perang di Gaza ketika berada di Britain.

Seperti disiarkan harian Israel, pindaan tersebut akan dilakukan sehingga akhir September ini atau awal Oktober. Jika perkara tersebut berlaku (pindaan undang-undang) ia merupakan kemenangan bagi entiti Israel yang menekan kerajaan Britain agar melakukan pindaan tersebut.  Duta besar Israel di Britain, Roon Prosor menyambut baik langkah kerajaan Britain. Beliau mengatakan, “Langkah ini menuju ke arah yang benar yang boleh mencegah kesan buruk sistem undang-undang untuk kepentingan politik.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Lima Pengintip Israel di Lubnan Larikan Diri

Sabtu,  24/07/2010 – Rasan al-Jud dan empat yang lain melarikan diri dari Lubnan setelah mereka dituduh sebagai mata-mata Israel di syarikat telekomunikasi Alfa, akhbar Ad-Diyar Lubnan melaporkan pada hari Khamis.

Ini menurut pengumuman kerajaan Lubnan yang akan mengajukan aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan PBB terhadap Israel tentang jumlah yang ketara dari mata-mata Israel itu yang ditemui baru-baru ini. Rasan al-Jad dipercayai salah satu mata-mata atas dalam syarikat telekomunikasi selular.

Dia dan pengikutnya menempatkan dengan perisian Israel dan cip di stesen telekomunikasi Alfa, lapor agensi berita Hizbullah, Al-Manar.Al-Jud adalah bekas perwira Tentera Darat Lubnan dengan pengetahuan kejuruteraan yang luas. Dia dipercayai melarikan diri ke Jerman dengan pesawat komersial dan begitu juga yang lain telah meninggalkan Lubnan, lapor Haaretz. Kerajaan Lubnan secara rasmi telah mendakwa lebih daripada dua puluh mata-mata Israel pada tahun lepas, kebanyakan dari mereka yang ditemui di Alfa.

Penangkapan mata-mata terkemuka Alfa Qazzi dan Tareq Raba’a telah mempercepatkan penyelidikan tentang al-Jad. Hizbullah mendakwa bahawa mata-mata Alfa telah menyabotaj penyelidikan pembunuhan Allahyarham Perdana Menteri Lubnan Rafik Hariri. Mereka mendakwa bahawa mata-mata Israel membantu Alfa mengumpulkan perisikan palsu dalam rangka untuk menuduh Hizbullah, Ynet melaporkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Bintang bolasepak dan tennis akan menyertai Floatilla 2.

Sabtu,  24/07/2010 – Bintang bola sepak, Iker Casillas dan legenda tenis, Rafael Nadal mungkin akan menghulurkan tangan bantuan bagi menamatkan kepungan Gaza, lapor akhbar al-Hayat yang berpusat di London hari ini.

Kepungan ini dilakukan oleh Israel sejak tahun 2007 selepas parti Hamas dipilih secara demokratik. Bintang sukan itu mungkin akan menyertai Flotilla Freedom 2 dengan lebih banyak kapal bantuan dijangka terlibat ke Gaza awal musim panas ini. Bantuan kemanusiaan pada Mei lalu terhenti seketika apabila sembilan anggota Flotilla maut di tangan tentera Israel.

sumber : PNN
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Pisahkan Gaza dari Palestin

Sabtu,  24/07/2010 – Anggota Parlimen Mesir, wakil al Ikhwan al Muslimin, Dr. Hamdi Hasan, mengecam sikap berdiam diri regim Arab terhadap apa yang dinyatakan Liberman, Menteri Luar Israel berkenaan rancangan rahasia Israel untuk memisahkan Gaza dari wilayah Palestin kerana dianggap sebagai entiti yang terpisah.

Hamdi menyatakan, Rabu (21/7), bahawa rancangan ini bertujuan untuk memadamkan persoalan pokok berkenaan isu Palestin. Beliau menyatakan bahawa entiti Zionis Israel bergerak sesuai visi masa depan demi kewujudan dan kepentingannya di kawasan tersebut dengan sokongan dan jaminan Amerika. Sebaliknya pemerintahan Arab hidup tanpa visi dan tujuan yang jelas untuk mencapai penyelesaian yang adil berkenaan isu Palestin.

Hamdi mengatakan, “Tidak diragukan bahawa persoalan Palestin telah melalui fasa-fasa sangat berat namun yang pasti penjajah bergerak menuju kehancuran. Oleh karena itu para pemimpin Arab dan mereka yang setia kepada Zionis agar menarik kembali keputusan dan sikap yang tidak mendukung persoalan sebenar Palestin. Bangsa dan sejarah tidak akan mengasihi kehinaan mereka terhadap isu Palestin.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

2 terbunuh, 6 cedera dibom Zionis di Utara Gaza

Sabtu,  24/07/2010 – 2 orang penduduk Palestin terbunuh sementara 6 orang lagi cedera pada Rabu lepas setelah dibom rejim Zionis yang mensasarkan Bandar Beit Hanon, utara Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa kereta-kereta kebal Zionis mengebom rumah-rumah penduduk tempatan yang terletak berhampiran sempadan Negara haram Israel. Tidak lama kemudian, sebuah jet pejuang Zionis melepaskan peluru berpandu ke arah sekumpulan orang awam sehingga mengorbankan 2 nyawa dan mencederakan 6 orang lagi termasuk kanak-kanak.

Dr. Mo’awyiah Hassanie dari Kementerian Kesihatan Palestin berkata bahawa Mohamed Kafarnah, 20, telah terkorban dalam pengeboman itu. Katanya lagi, 3 orang yang cedera mengalami luka yang parah.

sumber : PNN
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Ceroboh Hebron, Tangkap 2 Warga Palestin

Sabtu,  24/07/2010 – Tentera Zionis Israel malam tadi menangkap beberapa warga Palestin selepas menyerang beberapa rumah di bandar “Thahereyeh” dan kampung Alasja Abu selatan Hebron di Tebing Barat.

Sumber-sumber keselamatan berkata bahawa tentera Zionis juga menangkap Bassem Idul Tal (37 tahun) selepas memasuki rumah ayahnya dan rumah abangnya Mohammed Mohammed dan lakukan operasi penggeledahan. Mereka juga menangkap Abu Ahmed Salem Sondos dari desa Abu Alasja berhampiran bandar Dura, selatan Hebron dan membawanya ke suatu lokasi yang tidak diketahui.  Tentera Zionis mendirikan sebuah pos pemeriksaan di pintu masuk ke kampung Kirza selatan Hebron dan tentera Israel menggeledah kenderaan warga di sana.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Serangan Zuionis terhadap Beit Hanoun: 2 syahid dan 7 cedera

Sabtu,  24/07/2010 – Dua rakyat Palestin telah syahid dan tujuh lagi cedera, termasuk empat orang kanak-kanak pada petang hari Rabu (21/7) akibat serangan udara dan meriam yang dilancarkan oleh tentera Zionis secara serentak terhadap perkampungan Beit Hanoun (utara Genting Gaza).

Dr Muawiyah Hasanain, Pengarah Jabatan Bantuan dan Kecemasan Kementerian Kesihatan menegaskan dalam satu kenyataan kepada Pusat Media Palestin bahawa seorang rakyat Palestin, Muhammad Sabir Kafarnah, 23 dan Qasim Muhammad al-Shanbari, 19 telah syahid, manakala 7 orang lagi cedera termasuk 4 kanak-kanak, setelah jet Zionis melancarkan paling kurang satu peluru berpandu serentak dengan pengeboman oleh kereta kebal Zionis di timur Beit Hanoun yang terletak di utara Genting Gaza.

Beberapa sumber Kementerian Kesihatan di Hospital Beit Hanoun menyebutkan bahawa dua orang yang telah syahid dan beberapa yang tercedera dibawa ke hospital dan setelah pemeriksaan dilakukan, beberapa paku logam dikeluarkan dari tubuh mereka.

Categories
Berita Semasa

2 Syahid dan 7 cedera serangan Zionis di Gaza

Sabtu,  24/07/2010 – Dua rakyat Palestin syahid dan 7 yang lain cedera akibat serangan udara tentera Zionis Israel di kawasan Beit Hanun. 2 yang syahid itu adalah di kalangan remaja Palestin. Menurut hospital Beit Hanun, doktor-doktor menjumpai paku menembus tubuh badan mereka.  Jihad Islam menyatakan salah seorang yang syahid merupakan kader Jihad Islam.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair