Selasa, 21/03/2006 –
Tiga pejuang Palestin dari Briged Nasser Salahudin terselamat daripada percubaan bunuh pesawat tanpa juruterbang (drone) di Timur Rafah
Selasa, 21/03/2006 –
Tiga pejuang Palestin dari Briged Nasser Salahudin terselamat daripada percubaan bunuh pesawat tanpa juruterbang (drone) di Timur Rafah
Selasa, 21/03/2006 –
Calon Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA), Ismael Haniya, telah mengemukakan kabinet beliau kepada Presiden Mahmoud Abbas untuk pengesahan. Abbas dijangka mengesahkan kabinet tersebut dalam masa 24 jam, menurut sumber terdekat presiden.
Selasa, 21/03/2006 –
Hamas akan menculik beberapa askar Israel untuk ditukarkan dengan banduan Palestin yg berada di penjara Israel. Tindakan Hamas ini sebagai tindakbalas yg dibuat oleh Israel yg mengepong penjara Jericho dan menangkap Ahmed Saadat, setiausaha PFLP dan lima orang yang lain.
Selasa,
21/03/2006 – Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz mengakui wujudnya hubungan antara
pihak Israel dengan Britain dalam tindakan penyerbuan penjara Jericho, Selasa (14/03/06), dalam usaha penculikan dan pembunuhan Ahmad Sa’dat dan rakannya.
Khamis,
16/03/2006 – Penjajah Israel pada hari Rabu mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga maksima terhadap kemungkinan berlaku serangan balas Palestin berikutan pencerobohan penjara Jericho seterusnya penangkapan Ahmed Saadat, setiausaha agung PFLP, pada hari Selasa.
Khamis, 16/03/2006 –
Pihak polis Israel menyerahkan surat arahan dari pemerintah Israel di al-Quds kepada Taufiq al-Khatib berkenaan pembaharuan larangan masuk ke Masjid al-Aqsa bagi warga al-Quds selama enam bulan ke hadapan. Surat pembaharuan ini merupakan kali yang kelapan secara berturut-turut, semenjak meletusnya intifadhah al-Aqsa pada tahun 2000 yang lalu
Khamis,
16/03/2006 –
MP Saeed Siyam, salah seorang pemimpin Hamas pada hari Selasa mengutuk tindakan tentera Israel menyerang penjara Jericho dalam memberkas Ahmed Sa’dat, setiausaha agung PFLP dan ahlinya tetapi tindakan PA menahan mereka pada mulanya merupakan satu kesilapan besar dan merupakan kelemahan sistem politik PA dahulu.
Rabu,
15/03/2006 – Ketua Majlis Perwakilan Pelajar yang baru di Universiti Islam Gaza, Sharif Abu Shammala, berkata kemenangan blok Islamik yang merupakan sayap akademik Hamas akan dapat merangsang program politik Hamas di kawasan Palestin
Rabu, 15/03/2006 – Hamas menunda mesyuarat dgn semua ahli parlimen di Bandar Gaza kerana Israel telah menangkap Ahmed Sa?dat, setiausaha PFLP dan beberapa org yg lain.
Rabu, 15/03/2006 – Israel telah mengadakan pertemuan pertama dengan Mahmoud Abbas semenjak kemenangan
HAMAS dalam pilihanraya Januari lalu.
Pertemuan rahsia tersebut diadakan di Jordan antara Shimon Peres dan Mahmoud Abbas.
Rabu, 15/03/2006 –
Keadaan di Jericho semakin meruncing dan tegang berikutan jet-jet pejuang Israel melepaskan peluru berpandu pada penjara Jericho PA di mana Ahmed Saadat, ketua setiausaha PFLP, dan rakan politiknya ditahan.
Selasa, 14/03/2006 – Sebilangan kakitangan Pihak Berkuasa Palestin, menurut laporan yang diedarkan, kementerian kewangan tidak memberikan kebenaran mengeluarkan gaji mereka yang telah dimasukkan ke dalam bank lebih daripada seminggu yang lalu.
Selasa, 14/03/2006 –
Tahanan Palestin di penjara padang pasir Negev mengisytiharkan pada hari Isnin mogok lapar sehari sebagai tanda protes terhadap layanan buruk yang diberikan oleh pegawai penjara. Banduan-banduan tersebut melaporkan langkah itu diambil kerana terlalu banyak kegagalan dalam perbincangan diantara wakil-wakil mereka dan pihak berkuasa penjara.
Isnin, 13/03/2006 – Pihak pentadbiran Bush mengurangkan tanggapan retorik keatas Hamas dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan mengecam dan mengugut pihak pergerakan Islam Palestin yang telah mencapai kejayaan yang gemilang didalam pilihanraya pada 25 Januari lepas.
Isnin, 13/03/2006 –
Beberapa delegasi Kristian Palestin bertemu dengan pimpinan Hamas di rumah Dr. Mahmoud Zahar berbincang mengenai perpaduan kebangsaan.