Categories
Berita Semasa

Dua orang pemuda Palestin cedera dalam serbuan IOF di barat Jenin.

Selasa, 25-07-2023 – Dua orang pemuda Palestin cedera pada petang Ahad ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di barat Tebing Barat, kota Jenin.

Sumber tempatan melaporkan yang dua orang pemuda cedera akibat tembakan peluru getah bersalut besi dan serangan bom tangan di rumah-rumah warga Palestin di Kampung Rummanah.

Dalam perkembangan lain, tentera IOF menyekat jalan pertanian di Kampung Wadi Fukin, barat Bethlehem, menghalang para petani Palestin daripada pergi ke tanah mereka, demikian menurut Ibrahim al-Hroub, Ketua Kampung.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Tangkap 570 kanak-kanak Palestin Separuh Pertama 2023

Selasa, 25-07-2023 – Pasukan pendudukan Zionis menangkap 570 kanak-kanak Palestin di bawah umur pada separuh pertama tahun 2023, 435 daripadanya berasal dari Baitulmaqdis yang dijajah.

Pengarah Pusat Pengajian Tahanan Palestin, Riyad Al-Ashqar berkata, 570 remaja bawah umur Palestin ditahan pada separuh pertama tahun semasa, peningkatan 15 peratus berbanding tahun yang sama sebelumnya.

Al-Ashqar menggariskan bahawa 29 kanak-kanak dalam kalangan remaja bawah umur yang ditahan berusia bawah 12 tahun, termasuk Rayyan Abu Rayyan, 10, dan Omar an-Natshah, 10.

Beliau menambah bahawa mahkamah Ofer mengenakan jumlah denda mencecah 175,000 shekel ke atas kanak-kanak Palestin pada separuh pertama tahun semasa.

“Berpuluh-puluh kanak-kanak telah ditahan di rumah selepas dibebaskan pada separuh pertama 2023,” kata al-Ashqar, sambil menambah bahawa mahkamah Israel mengeluarkan 23 perintah penahanan pentadbiran terhadap kanak-kanak Palestin dalam tempoh yang sama.

160 kanak-kanak Palestin kini ditahan di penjara Megiddo, Ofer, dan Damon dalam keadaan yang sukar kerana mereka tidak mendapat keperluan asas manusia mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin di Ramallah menuntut pembebasan tahanan politik

Selasa, 25-07-2023 – Warga Palestin menyertai perhimpunan di bandar Ramallah, Tebing Barat pada hari Ahad untuk menuntut pembebasan tahanan politik yang ditahan di penjara-penjara Otoriti Palestin di Tepi Barat.

Para peserta perhimpunan menyeru agar tahanan politik dibebaskan untuk mencapai perpaduan nasional Palestin, sambil menekankan bahawa penangkapan pejuang-pejuang perlawanan Palestin merupakan suatu jenayah terhadap rakyat Palestin.

Keluarga tahanan politik mengulangi seruan mereka kepada rakyat Palestin untuk menyertai aktiviti-aktiviti solidariti dengan tahanan politik di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Dua peneroka haram Yahudi mencemari Gereja Orthodoks di Jerusalem.

Selasa, 25-07-2023 – Dua peneroka haram Yahudi menyerbu gereja Orthodoks di Gunung Zion di kawasan kepungan Jerusalem dan menyatakan keinginan mereka untuk menetap di kawasan berikut.

Video yang tular di media sosial menunjukkan peneroka haram duduk di atas hamparan  di kawasan perkarangan gereja.  Mereka juga membawa beberapa buku dan peralatan perkhemahan bersama mereka.

Dua peneroka haram menuntut bahawa kawasan tersebut milik orang yahudi dan mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai gereja yang meminta mereka untuk berundur dari kawasan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi cedera dalam serangan tikaman di Baitulmuqaddis

Isnin, 24-07-2023 – Seorang pendatang Yahudi telah cedera dalam serangan tikaman di Baitulmuqaddis pada petang Khamis.

Akhbar Ibrani Israel Hayom melaporkan yang seorang pendatang Yahudi telah cedera teruk setelah ditikam di penempatan Gilo, selatan Baitulmuqaddis.

Ia menekankan bahawa seorang penyerang meninggalkan tempat kejadian, dan menambah yang Shin Ben akan menyiasat kejadian itu. Manakala polis rejim mula mencari penyerang itu, tanpa memberikan maklumat lanjut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sheikh Kiswani menyeru Muslim meningkatkan keberadaan di Masjid Aqsa

Jumaat, 21-07-2023 – Sheikh Omar al-Kiswani menggesa para Muslim agar meningkatkan keberadaan di Masjid Aqsa untuk melindunginya daripada dicemari polis rejim dan pendatang Yahudi.

Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Sheikh Kiswani, pengarah Dataran Masjid Aqsa berkata, keberadaan berkekalan Muslim di Masjid Aqsa adalah sangat penting untuk melindungi legasi Nabi dan hak asasi Muslim terhadap tempat suci itu.

Beliau memuji warga Baitulmuqaddis atas kesungguhan mereka mengunjungi Masjid Aqsa dan mengerjakan solat di dalamnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF menahan seorang lelaki Palestin di tenggara Tulkarem

Khamis, 20-07-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) menahan dan mencederakan seorang lelaki Palestin pada petang Ahad selepas menyerbu kampung Shufa, di tenggara bandar Tulkarem, di Tepi Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa seorang lelaki Palestin ditahan selepas cedera di kakinya akibat peluru hidup IOF, tanpa memberikan maklumat mengenai identitinya.

Dalam perkembangan lain, pendatang Yahudi menghalang petani dan gembala Palestin daripada menjejaki tanah mereka atau memberikan makanan rumput kepada kambing mereka di bandar Bartaa, di barat laut Jenin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

PRC menyampaikan kepada UNHRC tentang keganasan Israel terhadap kanak-kanak Palestin

Isnin, 17-07-2023 – Pusat Kembali Palestin (PRC) di London menyampaikan kenyataan lisan sebagai sebahagian daripada Bahan 2 Agenda Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) di Geneva pada Khamis.

“Rakyat Palestin terus menjadi sasaran bom dan polisi pembunuhan tembakan Israel pada kadar yang mengejutkan,” PRC memberitahu UNHRC.PRC memberi amaran bahawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus berada di dalam keadaan yang tegang dan mengejutkan akibat kematian ibu bapa, sahabat baik, saudara-mara dan jiran mereka dalam serangan udara berdarah oleh Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi Serbu Masjid Al Aqsa, Warga Palestin Melakukan Ribat

Isnin, 17-07-2023 – Puluhan penduduk pendatang Yahudi pada hari Khamis (13/7/2023), menyerbu halaman Masjid Al-Aqsha. Mereka mendapat kawalan ketat dari pasukan penjajah Zionis Israel.

Para penduduk pendatang Yahudi melakukan ritual Talmud di halaman masjid dan melakukan tindakan provokatif setelah menyerbu dari Gerbang Mughrabi (gerbang barat masjid yang dikuasai penjajah Zionis Israel).

Sumber Al-Quds melaporkan bahawa 69 penduduk pendatang Yahudi dan 22 anggota perisikan penjajah Zionis Israel menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsha hari ini.

Sehubungan dengan serbuan penduduk pendatang Yahudi, bas-bas yang membawa warga Palestin didatangkan dari wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948 (Palestin 48) untuk melakukan perjalanan ke Masjid Al-Aqsha untuk bersiap-siaga (ribat) di dalamnya dan mengerjakan solat di sana.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Islam dan Kristian menuduh Israel melakukan pembersihan etnik

Jumaat, 14-07-2023 – Pihak berkuasa Islam dan Kristian Baitulmuqaddis dan Tempat Suci telah mengutuk rejim zionis kerana merampas rumah keluarga Sob Laban family di kota lama Baitulmuqaddis dan menyerahkannya kepada pendatang Yahudi pada Selasa.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pihak berkuasa Islam dan Kristian berkata, tindakan ke atas keluarga Sob Laban mengesahkan lagi yang rejim meningkatkan polisi pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin, dan menyifatkannya sebagai “jenayah ke atas kemanusiaan”.

Pihak berkuasa Islam dan Kristian mengesahkan yang warga Baitulmuqaddis terdedah kepada serangan pengganas yang menyasarkan untuk mengusir mereka dari kota mereka serta  menanda keberadaan para pendatang di kejiranan mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penahanan politik hanya menguntungkan rejim

Khamis, 13-07-2023 – Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya polisi tidak adil pihak berkuasa Palestin (PA) tentang penahanan politik terhadap pelajar dan aktivis yang berkait dengan pihak pembangkangnya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Gerakan Hamas menyatakan yang PA itu melakukan demikian ketika rakyat Palestin menghadapi jenayah dan keganasan rejim yang tidak terjangka.

Gerakan itu turut menyatakan yang kempen hasutan PA dan peningkatan jumlah penahanan politik adalah keji dan pengecut yang menggugat keamanan individu dan masyarakat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Hamas Hassan Yousef berikrar untuk terus mempertahankan Baitulmaqdis

Rabu, 12-07-2023 – Pegawai kanan Hamas Hassan Yousef telah menegaskan bahawa beliau akan terus mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa dengan segala cara yang mungkin.

Dalam satu kenyataan selepas dibebaskan pada Ahad, pemimpin Hamas itu mengulangi kesanggupannya untuk terus mempertahankan Baitulmaqdis, sambil menambah bahawa penahanan terakhirnya adalah atas tuduhan bahawa dia menyertai pengebumian seorang syahid Palestin di Baitulmaqdis.

Awal hari ini, pihak berkuasa Regim Zionis Israel membebaskan Sheikh Yousef selepas beliau menghabiskan 20 bulan di penjara Ofer, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Baraka seru pertahankan Masjid Al-Aqsa daripada dicemari Israel

Rabu, 12-07-2023 – Ahli biro politik Gerakan Hamas di luar negara, Ali Baraka, menyeru agar menentang jenayah Israel dan pencerobohan berulang oleh pendatang Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, Baraka berkata, serbuan oleh pendatang Israel yang semakin meningkat ke atas Masjid Al-Aqsa Mosque menuntut rakyat Palestin dan umat Islam agar melindungi masjid tersebut daripada dicemari Israel.

“Rejim zionis dan pendatang Yahudi bukan sahaja mencemarkan kesucian tempat suci Islam dan Kristian, malah mereka turut menyerang kempen kesatuan rakyat Palestin yang berisiko diusir dan ditahan tanpa sebab,” Baraka menekankan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 380 orang pendatang mencemarkan Masjid Aqsa dengan kawalan polis

Isnin, 10-07-2023 – Kumpulan pendatang pelampau Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Khamis dan kemudiannya pada waktu petang.

Menurut laman sesawang berita al-Qastal, sekurang-kurangnya 383 orang pendatang memasuki masjid dalam kumpulan menerusi pintu masuk Maghariba dengan kawalan ketat polis.

Ketika mereka berada di tempat suci Islam itu, para pendatang mendengar ceramah oleh para rabbi tentang kuil yang didakwa dan sejumlah daripada mereka mengerjakan ibadat Talmud di kawasan timur masjid.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan Israel di Jenin Akibatkan Keroskan Teruk Infrastruktur dan Kediaman

Isnin, 10-07-2023 – Kerosakan dan kemusnahan besar berlaku di kem pelarian Jenin yang melibatkan infrastruktur, rumah, jaringan air dan elektrik akibat daripada serangan biadab dilancarkan penjajah Zionis yang berterusan selama 48 jam.

Jurucakap pemerintah kota Jenin, Bashir al-Tawahin mengungkapkan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menghancurkan jalan raya sekitar 15 kilometer dan menghancurkan jaringan pembuangan sisa pepejal dan penyaringan air hujan serta saluran transmisi elektrik dan air utama di darat sehingga hancur sepenuhnya.

Beliau menjelaskan bahawa sekitar 15 hingga 20 kilometer jaringan air sebahagiannya musnah selain stesyen penyaluran dan sambungan air.

Tentera penjajah Zionis Israel menembak 10 transfomer elektrik dan tangki air di atas atap.

Beliau menyatakan 300 rumah di Jenin tidak dapat dihuni akibat pengeboman, letupan dan dirobohkan oleh jentolak.

Tawahin mengatakan bahawa pekerja Majlis Perbandaran bekerja keras semaksimum mungkin untuk memulihkan kehidupan seperti sediakala namun keadaan sangat sukar. Beliau menyatakan bahawa proses baik pulih dan pembangunan semula menelan belanja jutaan dollar dan ia melebihi kapasiti dan kemampuan pihak Majlis Perbandaran.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman