Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin menghalang penjajah dari membina tembok di Hebron.

Isnin, 25/02/2013 – Satu kumpulan penjajah Zionis, membina sebuah tembok dinding di kawasan baru berhampiran Al Shuhada Street di Hebron (West Bank), yang telah ditutup sejak 1994 selepas pembunuhan beramai-ramai Masjid Ibrahimi, cubaan untuk membina dinding di sekelilingnya dan membuka jalan antara penyelesaian “Ramat Yishai “dan Shuhada Street.

Telah berkata “seorang lelaki penentang penyelesaian” dalam satu kenyataan bahawa penjajah cuba membina satu tembok baru dan tempat rehat bagi pekerja Zionis yang melawat Hebron, tetapi rakyat Palestin akan menghalang mereka daripada membina dinding dan memaksa mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Ahmed Amr merayu daripada “pemuda penentang penyelesaian ” dan semua rakyat untuk mempertahankan tanah mereka dan mencegah penjajah dari mengawal wilayah Palestin, kerana campur tangan awal untuk melindungi tanah dan pengusiran penjajah,merupakan hak pemilik tanah dalam undang-undang untuk mempertahankan tanah mereka.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Jihad Islam dan saudaranya mogok lapar di penjara PA

Jumaat , 21-02-2013 – Salah seorang pemimpin jihad Islam dan saudaranya yang ditahan di penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengumumkan untuk menyertai mogok lapar sehingga mereka dibebaskan.

Pemimpin tersebut, Ayman Tabich, 32 dan saudaranya Khalid dari Dura al-Khalil di selatan Tebing Barat telah ditahan pada petang Ahad oleh perisikan PA dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui.

Gerakan Islam tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpinnya Tabich dan saudaranya mengumumkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hakim Mahkamah Agung Mesir Bekerjasama Dengan Polis Antarabangsa Tangkap Ahmad Syafik

Jumaat , 21-02-2013 – Hakim Mahkamah Agung Mesir, Thal’at Abdullah menyampaikan permintaan kepada polis antarabangsa untuk menangkap dan menyerahkan bekas calon presiden, Ahmad Syafik ke Mesir, setelah pihak mahkamah memutuskan bahawa beliau terlibat kes korupsi, seperti yang disiarkan akhbar Syarqul Aushat.

Menurut Jurucakap kehakiman, Musthafa Duwaidar, keputusan ini setelah kes Syafik dipindahkan ke pihak pengadilan berkait kes korupsi.

Pihak hakim mendakwa Ahmas Syafik dengan tuduhan menguasai harta awam dan kes lainnya seperti isu tanah pihak tentera. Hakim yang menjalankan pengadilan meminta pemerintah Emiriayah Arab menyerahkan Syafik kepada Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Persatuan Wa’ed merayu agar kumpulan hak asasi manusia menyelamatkan nyawa Abu Sisi

Khamis ,21-02-2013 – Kesatuan Wa’ed untuk tahanan dan bekas tahanan meyeru kumpulan-kumpulan hak asasi manusia agar masuk campur untuk menyelamatkan nyawa seorang tahanan ialitu Dirar Abu Sisi yang telah berada di dalam tahanan pengasingan selama 2 tahun.

Menurut Wa’ed, keadaan kesihatan Abu Sisi semakin buruk tambahan pula semenjak beliau menderita sakit kronik.

Ia berkata, Abu Sisi diasingkan dalam tahanan pengasingan selama 23 jam dan cuma dibenarkan keluar selama sejam untuk berada di bilik yang lebih besar dan menekankan bahawa Abu Sisi telah dikurung dengan ketat. Beliau turut menambah bahawa Abu Sisi juga dilarang daripada berjumpa isteri dan anak-anaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Liga Arab memanggil campur tangan antarabangsa untuk membebaskan pemogok kelaparan

Khamis ,21-02-2013 – Urusetia umum Liga Arab menggesa PBB dan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia agar segera campur tangan untuk menjamin pembebasan pemogok kelaparan Palestin yang ditahan.

Urusetia, dalam dua mesejnya kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan Pesuruhjaya Tinggi Navi Pillay, meminta tindakan antarabangsa menuntut pembebasan Samer Al-Issawi dan rakan-rakannya, yang telah melancarkan mogok lapar selama lebih daripada 200 hari.

Nabil Al-Arabi, Ketua Setiausaha Liga, menyifatkan tindakan berdiam diri sebagai “tidak boleh diterima”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pertempuran ganas di kem pelarian Shuafat

Selasa ,19-02-2013 – Pertempuran ganas telah meletus di lintasan Shu’fat, yang membawa kepada berpuluh-puluh kecederaan termasuk seorang paramedik akibat bom gas pemedih mata dan peluru logam bersalut getah.

Para belia Palestin telah menutup jalan-jalan utama yang menuju ke persimpangan dengan membakar tayar dan membaling batu ke arah tentera Israel yang menembak gas pemedih mata, getah peluru bersalut, dan bom yang membisingkan.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan lemas selepas terhidu gas pemedih mata, termasuk 4 wanita, di samping kecederaan seorang paramedik Moataz Idris oleh getah bersalut peluru logam di pahanya, menurut Persatuan Bantuan Perubatan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Penduduk Halang Penjajah Zionis Dirikan Tembok Pemisah

Selasa ,19-02-2013 – Sekumpulan penduduk Zionis, Rabu (14/2) berusaha membangunkan tembok penempatan di wilayah Ain Jadidah, dekat masjid Al-Ibrahimi (di masjid ini pernah berlaku serangan Yahudi terhadap jamaah umat Islam yang sedang bersolat). Mereka sedang berusaha membangunkan dua tembok di Jalan 1994 Syuhada Hebron yang sebelumnya ditutup sejak tahun lalu. Mereka juga hendak menghubungkan antara penempatan Ramat Yesya dan Jalan Syuhada.

Sementara itu, menurut komuniti pemuda anti penempatan Yahudi dalam penjelasanya mengatakan, para penduduk Zionis berusaha lebih dari sekali meyahudikan Ain Jadidah untuk menjadi tempat peristirahatan bangsa Zionis yang berkunjung ke Hebron.

Salah seorang ahli komuniti pemuda anti penempatan Yahudi, Ahmad Amer meminta seluruh warga Palestin berusaha mempertahankan tanahnya dan menghalang penduduk Zionis menguasai tempat tersebut. Sekatan awal dan mengusir mereka secepat mungkin akan lebih mudah. Pemilik tanah mempunyai hak yang sah dari segi undang-undang untuk mempertahankan tanah milik mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Para tahanan meneruskan mogok lapar hingga berjaya

Selasa ,19-02-2013 – Para tahanan yang mogok mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan mogok lapar sehingga tuntutan mereka dipenuhi meski Israel memberi tekanan untuk menghentikan mogok dan memandang rendah kesungguhan mereka.

Peguam PPS menegaskan, setelah melawat Samer al-Issawi, Jafar Ezzedine dan Tarek Kaadan di klinik penjara bahawa mereka bertekad untuk meneruskan mogok walau keadaan kesihatan yang semakin meruncing.

Peguam tersebut mengesahkan bahawa para tahanan yang mogok berada di dalam keadaan kesihatan membimbangkan di mana pentadbiran klinik penjara cuba memindahkan mereka ke hospital namun mereka menolak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Haneya Bertekad Jayakan Kerjasama

Selasa ,19-02-2013 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan, bahawa ketika ini adalah amat penting menyelamatkan Al-Quds dengan cepat. Al-Quds amat memerlukan perlindungan dan bantuan dari semua pihak(antarabangsa dan domestik) bagi menyelamatkan dari kerakusan dan kezaliman Zionis. Zionis-Israel sekarang ini bersungguh-sungguh membangunkan kuil mereka berhampiran masjid al-Aqsa.sangat penting segera menyelamatkan Al-Quds dengan serius.

Haneya turut menerangkan tawanan Palestin yang kesihatan mereka kini berada amat kritikal.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Hamas seru rakyat Palestin mendaftar bagi menyertai pilihanraya

Jumaat ,15-02-2013 – Hamas menyeru rakyat Palestin untuk mendaftar bagi menyertai pilihanraya Palestin akan datang (untuk Jawatankuasa Kebangsaan Palestin, Jawatankuasa Perundangan dan Presiden)

Gerakan tersebut menekankan dalam kenyataannya pada Selasa bahawa pendafataran itu merupakan keperluan bagi membolehkan rakyat Palestin menyertai pilihanraya akan datang. Ia berkata, pemilihan itu nanti menandakan fasa baru bagi kesungguhan rakyat Palestin dan melengkapkan usaha perjuangan membebaskan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penjajah Zionis merampas tanah warganegara Jerussalem

Jumaat ,15-02-2013 – Kakitangan Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis, beserta Angkatan Khas, telah menyerbu tanah yang dimiliki oleh Khaled al-Zeer warganegara di Bir Ayyub di Silwan, dan menyerahkan kepadanya suatu perintah pengusiran.

Khaled al-Zeer memberitahu Pusat Maklumat di Wadi al-Hilwa bahawa pasukan penjajah memberitahunya bahawa mereka akan merobohkan bilik, di mana di bilik itu dia tinggal bersama isterinya yang sedang mengandung dengan lima kanak-kanak. Penjajah mendakwa bahawa tanah itu adalah “milik Negeri Israel ”

Beliau menegaskan bahawa kira-kira dua minggu yang lalu, Pihak Berkuasa Antikuiti telah menyerbu tanahnya, yang terdiri daripada 11 dunum (keluasan), dan mendakwa kewujudan monumen Yahudi dikebumikan di tanah itu, walaupun telah dinafikan oleh Al-Zeer.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pelan Terbaru Israel Bagi Menawan 120 Dunum Tanah Palestin di Utara Baitulmaqdis

Jumaat ,15-02-2013 – Suruhanjaya Kristian Islam bagi mengawal Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci mendedahkan pelan Israel untuk menambah 120 dunum tanah di Shufat dan utara Beith Hanina di daerah di duduki Baitulmaqdis untuk membina jalan bagi menghubungkan petempatan lain.

Dalam siaran akhbar pada hari rabu, suruhanjaya berkata, perluasan penempatan Israel dan pencabulan terhadap tanah Palestin telah melanggar obligasinya dibawah pelan halatuju dan perjanjian Annapolis.

Ia menambah bahawa pemindahan peneroka yang tinggal di wilayah Palestin di bawah pendudukan Israel juga merupakan pelanggaran konvensyen Geneva keempat dan peruntukan yang berkaitan dengan undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Arahan Israel atas perobohan di al-Khalil, Baitulmuqaddis

Khamis ,14-02-2013 – Regim zionis Israel menyerahkan beberapa arahan terhadap keluarga Palestin atas perobohan rumah mereka di bahagian yang berlainan di al-Khalil, selatan Tebing Barat yang diduduki secara haram.

Regim zionis telah memberitahu perobohan terhadap 11 kemudahan di Beit Ainun timur al-Khalil, dan menerima pakai beberapa skim penyelesaian dalam pelbagai bahagian di wilayah tersebut.

Di bandar-bandar Deir Somit dan Beit Awa di al-Khalil, pasukan penjajah menyerahkan lima arahan perobohan kepada rakyat Palestin yang memiliki pelbagai kemudahan di bahagian timur dua pekan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis pamerkan replika kuil di al-Aqsa

Khamis ,14-02-2013 – Beberapa pelampau Zionis telah membawa masuk replika kuil yang akan mereka dirikan di atas runtuhan al-Quds. Replika itu telah di bawa masuk secara seludup. Di samping itu, pelampau Zionis itu turut memberikan penerangan yang menyatakan kuil itu sepatutnya menggantikan Qubbah Sakhrah. Fakta para pelampau itu jelas palsu dan tiada fakta sejarah. Tindakan itu sengaja ditimbulkan bagi menimbulkan provokasi dari kaum Muslimin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) cetus kekacauan di perbandaran Palestin

Khamis ,14-02-2013 – Rejim Zionis menyerbu kampung Beit Ola pada subuh Khamis dan mencetuskan kekacauan di situ. Satu sumber yang dipercayai dari kawasan barat daya Al-Khalil berkata bahawa tentera-tentera itu terus sahaja memecah masuk kediaman-kediaman. Beliau berkata bahawa pihak tentera memusnahkan ruang dalam dan luar sebelum menggeledah dan turut memusnahkan perabot-perabot.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati