Categories
Berita Semasa

Rizqa: Goldstone tidak berhak menarik balik laporan perang PBB di Gaza

Khamis , 07/04/2011 – Penasihat politik perdana menteri Palestin, Yousuf Rizqa mengatakan bahawa Richard Goldstone tidak mempunyai hak untuk menarik balik laporan PBB tentang perang Gaza kerana ia adalah milik organisasi antarabangsa yang disahkan dan telah diterima pakai.

Dalam satu kenyataan akhbar, Rizqa menekankan Goldstone adalah salah seorang ahli jawatankuasa pencarian fakta PBB dan tidak mempunyai hak undang-undang atau peribadi untuk membatalkan laporan itu, manakala artikel yang ditulisnya hanya mencerminkan pendapat peribadinya sahaja.

“Pendirian terbaru Goldstone itu terhasil dari tekanan yang dilakukan oleh lobi Zionis di Afrika Selatan, Amerika dan entiti Zionis yang lain, bahkan dia juga menghadapi kritikan berat dan menjadi orang buangan di antara komuniti Yahudi berikut laporannya dan permusuhan terhadap dirinya telah meningkat selepas dia menyerahkan laporan mengutuk kekejaman Yahudi itu, “menurut kenyataan rasmi Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Hayya: Jemputan Hamas kepada Abbas masih terbuka

Khamis , 07/04/2011 – Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya berkata, jemputan daripada Hamas kepada Abbas untuk melawat Gaza masih terbuka. Walau bagaimanapun beliau menegaskan lawatan itu sewajarnya bertujuan untuk persefahaman bukan semata-mata lawatan biasa.

Beliau mengeluarkan kenyataan pada sidang akhbar berikutan mesyuarat dianjurkan oleh Hamas yang mengumpulkan pelbagai kumpulan rakyat Palestin termasuk parti saingannya Fatah serta pakar hak asasi dan professor-profesor universiti untuk memaklumkan tentang perancangan perjanjian damai Palestin dan hasil daripada lawatan Hamas ke Mesir.

Beliau menekankan Hamas serius untuk berdamai dengan semua kumpulan di Palestin seterusnya ingin mengakhiri perpecahan serta yakin bahawa dialog-dialog yang diadakan berupaya mencapai kesepakatan dalam meleraikan isu-isu konflik di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas kutuk layanan rejim Zionis terhadap tahanan penjara

Khamis , 07/04/2011 – Ahli Parlimen Hamas bagi wilayah Qaiqilia, Emad Noufal mengutuk perkhidmatan yang disediakan oleh penjara rejim Zionis yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap salah seorang tahanan berketurunan Palestin, Othman Younis yang berasal dari wilayah Qaiqilia.

Beliau berkata dalam satu kenyataan yang dibuat pada Isnin lalu bahawa apa yang dilakukan terhadap Younis merupakan kekejaman terbaru dalam siri layanan yang amat kejam yang dikenakan terhadap tahanan-tahanan penjara berketurunan Palestin di penjara-penjara rejim Zionis.

Menurut Emad yang juga merupakan seorang penggubal undang-undang, siksaan yang dikenakan terhadap Younis seperti yang dimaklumkannya kepada peguammya, melangkaui semua batas kebiasaan, peraturan dan etika. Younis memberitahu peguam daripada Pertubuhan Tahanan Penjara Palestin bahawa 6 orang pegawai penjara telah memecah masuk ke dalam bilik kurungannya serta mengikat dan membelasahnya selepas membogelkannya. Dia tidak dapat bergerak daripada katilnya untuk beberapa hari walaupun untuk ke tandas kerana kesakitan teruk yang dialami.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Majlis Hak-hak Kemanusiaan PBB enggan tarik balik Laporan Goldstone

Khamis , 07/04/2011 – Majlis Hak-hak Kemanusiaan PBB (UNHRC) berkata bahawa pihaknya tidak akan menarik balik Laporan Goldstone berhubung Perang Israel ke atas Gaza yang berlaku antara Disember 2008 sehingga awal tahun 2009. Seorang jurucakap UNHRC berkata dalam satu kenyataan media yang dibuat pada Isnin lalu, laporan PBB tidak boleh dibatalkan hanya kerana satu artikel yang disiarkan media.

Kenyataan itu dibuat berikutan satu artikel yang disiarkan oleh Washington Post yang ditulis oleh Richard Goldstone yang mengetuai jawatankuasa siasatan perang terbabit dan telah menyediakan satu laporan berkaitan. Dalam artikel terbaru itu, Goldstone mendakwa bahawa laporannya pasti berbeza sekiranya dia dibenarkan mengakses maklumat yang baru diketahuinya sekarang. Terdahulu, pegawai-pegawai Palestin mengutuk Goldstone dan menuduhnya tunduk di bawah tekanan rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Dahlan Atur Pertemuan Sulit antara Saiful Islam Khadafi dan Pejabat Israel

Khamis , 07/04/2011 – Sumber dari Fatah menyatakan, Muhammad Dahlan telah mengaturkan dan menjadi orang tengah pertemuan sulit antara Saiful Islam Gadafi dengan Zionis-Israel. Saiful Islam merupakan anak kepada diktator Muammar Ghadafi. Tujuan pertemuan itu adalah bertujuan pembelian senjata bagi menghentikan pejuang revolusi di Libya.

Dahlan turut menerima jumlah komisen yang besar dalam proses jual beli senjata ini. Dia juga dikatakan sudah tidak berminat menyelesaikan masalah Fatah dan rakyat Palestin. Dahlan yang mempunyai hubungan erat dengan Zionis turut mendapat keuntungan besar dalam pelaburan hartanah. Mahmoud Abbas dikatakan telah menyingkirkan Dahlan untuk bersama Fatah.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pesawat Pengintip Zionis Terus Berlegar di Ruang Udara Gaza

Khamis , 07/04/2011 – Beberapa pesawat pengintip Israel terus berlegar-legar di langit Gaza, sejak beberapa hari lalu.

Sumber keselamatan, Selasa (5/4) menjelaskan bahawa pasukan Zionis terus meningkatkan operasinya di ruang udara Gaza. Bunyi bising dari pesawat tersebut begitu memekakan telinga.

Terdapat pesawat-pesawat tersebut terbang sangat rendah, seperi dari Rafah utara hingga Baituna utara. Kehadiran pesawat tersebut mengisyaratkan bahawa kemungkinan mereka akan melakukan serangan terbaru ke Gaza dalam waktu terdekat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera penjajah Israel mengeluarkan seorang kanak-kanak yang diserang kanser

Rabu , 06/04/2011 – Tentera penjajah Israel (IOF) melepaskan kanak-kanak Palestin yang berusia 16 tahun selepas 55 hari dalam tahanan selepas peguamnya meminta pembebasannya kerana keadaan kansernya.

Hak asasi manusia sumber Palestin mengatakan bahawa tentera penjajah Israel ini melepaskan Mustafa Abdulwahab dari desa Ramallah dari Abwin pada hari Isnin selepas dirayu oleh peguam mengutip Tarek Barghut berikutan keadaan kesihatannya yang merosot ketika dalam tahanan.

Kes kanak-kanak ini adalah salah satu dari seratus kes yang sama dalam tahanan tentera penjajah Israel yang menderita penyakit kronik dan serius, akibat kekurangan rawatan perubatan yang tepat tetapi ditahan dari pelepasan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang bina 942 petempatan baru di Gilo dekat Al-Quds

Rabu , 06/04/2011 – Sumber Hebrew mendedahkan bahawa Biro Organisasi dan Pembinaan Petempatan di perkampungan Zionis dekat Al-Quds akan mengadakan mesyuarat pada hari Isnin (4 April) untuk membenarkan pembinaan 942 unit petempatan baru di kawasan Gilo, selatan Al-Quds.

Menurut laman web Yehdiot Aharonot, pelan petempatan itu akan melibatkan kawasan seluas 88,000 meter persegi, di mana 1000 meter persegi dikhusukan untuk ruang perniagaan, 20,000 meter persegi untuk bangunan awam dan 3,500 meter persegi untuk kawasan sukan dan rekreasi, selain merancang untuk meluaskan lagi kawasan untuk tempat tinggal sebanyak 300 unit perumahan.

Radio Zionis melaporkan bahawa pengerusi biro ini, Coby Cahlon, berkata, “pelan ini telah diusulkan sejak bulan Januari lagi, tetapi telah ditunda untuk dibincangkan kerana beberapa perubahan ingin dilakukan terhadap pelan ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Abbas hanya mahu membuat lawatan rasmi ke Gaza

Rabu , 06/04/2011 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, presiden Mahmoud Abbas hanya mahu mengadakan lawatan rasmi ke Gaza tanpa niat untuk berdamai dengan Hamas.

Abbas telah menggariskan syarat-syarat sebelum berlepas ke Gaza untuk rundingan menyatukan kerajaan dengan Hamas setelah perdana menteri Palestin Ismail Haneyya mengundangnya menghadiri dialog berikutan protes seluruh Palestin yang menuntut agar perpecahan politik kini ditamatkan.

Abu Zuhri memberitahu Quds Press bahawa Hamas sangat berminat untuk menyediakan jaminan-jaminan yang perlu sebelum lawatan, tetapi setakat ini Abbas menolak untuk berbincang dengan parti itu di semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Kunjungan Abbas Sekadar Formaliti

Rabu , 06/04/2011 – Dr.Sami Abu Zuhri jurucakap Hamas menyatakan, presiden Mahmud Abbas tidak mahu kunjungannya ke Gaza sebagai pembuka jalan menuju perpaduan sebenar.

Dalam pernyataan akhbar kepada Quds Press Abu Zuhri mengatakan, Hamas sangat terbuka untuk memenuhi kunjungan Abbas, sebagai usaha menuju kesepakatan, menamatkan perpecahan dan mewujudkan perpaduan. Beliau menyatakan rasa hormat dan penghargaanya pada Mesir yang telah berperanan aktif dalam mendorong rekonsiliasi, namun hingga kini, Abbas masih menolak membincangkan berkaitan kunjunganya ke Gaza bersama Hamas.

Hamas telah berulang kali meminta Fatah untuk menghantar delegasi ke Gaza untuk menjelaskan agenda yang akan dibincangkan dalam kunjungan Abbas ke wilayah tersebut untuk dijadikan bahan kesepakatan antara dua gerakan. Namun ternyata, Abbas hanya menginginkan kunjungan tersebut sebagai formaliti saja, tidak ada hubunganya dengan usaha mencapai perpaduan sebenar. Tentu keadaan ini tidak boleh diterima. Sikap Hamas secara tegas adalah kesepakatan dahulu, setelah itu baru ucapan selamat datang semuanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel dakwa Abu Sisi meningkatkan keupayaan pasukan bersenjata Hamas

Rabu , 06/04/2011 – Mahkamah Pusat Israel di Beer Sheba Isnin lalu mendakwa jurutera Palestin yang ditahan, Abu Sisi kerana meningkatkan keupayaan pasukan bersenjata Hamas .

Pihak pendakwaan tentera Israel membenarkan senarai dakwaan terhadap Abu Sisi dikeluarkan termasuk membantu gerakan Hamas dalam memperluaskan liputan roket buatan sendiri dan meningkatkan kemampuannya untuk menembusi kereta kebal tentera Israel.

Dakwaan itu juga termasuk keahlian dalam kumpulan pejuang Palestin dan melakukan pembunuhan serta bersekongkol untuk melakukan kejahatan dan membina senjata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan Muhammad Rayyan selepas pembebasannya dari penjara Abbas.

Selasa , 05/04/2011 – IOF (Israeli Occupation Force) pada hari Khamis (31 Mac) lalu menahan seorang pemimpin Hamas di Ramallah, Muhammad Ahmed Ar-Rayyan, beberapa hari selepas beliau dibebaskan dari penjara Abbas.

Pihak Militan Abbas membebaskan beliau dengan ikat jamin sebanyak 1000 dinar Jordan, namun menghalangnya daripada keluar dari Tebing Barat.

As-Syeikh Rayyan telah menghabiskan dua bulan penuh di dalam penjara Abbas, dan telah dibicarakan lebih dari 10 kali di mahkamah sivil yang masih tidak mampu membuktikan beliau terlibat dalam segala kesalahan yang dituduh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

IOA cadang rampas 662 dunum tanah milik Palestin di Baitulmaqdis

Selasa , 05/04/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) sedang merancang untuk merampas sejumlah 662 dunum ataupun 163.58 ekar tanah milik rakyat Palestin yang terletak antara Kampung Tur dan Kampung Aissawayia di Bailtulmaqdis.

Pada Rabu lepas, Organisasi Kejuruteraan Amim Israel yang mempunyai kepakaran memantau situasi di Timur Baitulmaqdis, berkata bahawa Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan di bawah Dewan Bandaraya Bailtulmaqdis telah memutuskan untuk membina taman-taman dan bangunan-bangunan pelancongan di kawasan terbabit.

Menurut organisasi itu lagi, projek tersebut dijangka akan diluluskan pada Isnin depan. Sebuah “Taman Negara” akan dibina bagi menyertai taman-taman lain yang sudah pun dibina di sekitar pintu-pintu masuk ke Kota Lama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Brigade Al-Quds: Kami Ada Apa Yang Ditakuti Zionis

Selasa , 05/04/2011 – Abu Ahmad, jurucakap Brigade Al-Quds, sayap militan gerakan Jihad Islam Palestin menegaskan, selari dengan kesepakatan nasional pihaknya akan membalas semua tindakan jahat Zionis yang dilakukanya terhadap hak-hak rakyat Palestin. Beliau menyeru kumpulan pejuang yang lain untuk turut menggoncang Zionis.

Dalam pernyataan akhbar ketika mengadakan majlis memperingati para syuhada di Gaza, Khamis (31/3) Abu Ahmad mengatakan,“Sudah menjadi hak pejuang untuk membalas kejahatan Zionis, kerana kejahatan mereka tidak terbatas pada satu pihak saja. Maka kesempatan ini terbuka bagi semua kumpulan pejuang.”

Beliau menambah, serangan terhadap Zionis akhir-akhir ini merupakan permulaan kepada serangan yang lebih dakhsyat lagi. Sederot, Ashkelon berada di belakang mereka. Ketika ini kami memiliki apa yang ditakuti Zionis selama ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel menyetujui larangan kunjungan peguam terhadap tahanan Palestin

Selasa , 05/04/2011 – Jawatankuasa menteri Israel telah meluluskan undang-undang yang memberi kuasa mahkamah untuk melarang kunjungan peguam terhadap tahanan Palestin selama satu tahun selepas penangkapan, amaran Persatuan Tawanan Palestin (PPS).

Israel berusaha untuk menonjolkan dasar perkauman dan tidak berperikemanusiaan dalam bentuk undang-undang, kata PPS.

Undang-undang perkauman seperti ini menunjukkan masyarakat dunia telah mengabaikan lantaran tiada pendirian yang diambil terhadap pelanggaran Israel ini, PPS menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada