Categories
Berita Semasa

Tiga pemuda diculik oleh polis di timur Baitulmuqaddis

Khamis, 19-08-2021 – Polis rejim pada Rabu menculik tiga pemuda Palestin di bandar Hizma dan daerah Silwan, timur Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan. Polis rejim menyerbu bandar Hizma dan menculik dua pemuda yang dikenali sebagai Izzuddin Salahuddin dan Zayed al-Khateeb setelah menggeledah rumah mereka.

Pertelingkahan ganas tercetus semalam di Hizma dengan tentera apabila mereka menyerbu bandar itu dan menyerang rumah-rumah dengan gas pemedih mata dan bom tangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Pertimbang Siasat Kemusnahan Khirbet Humsa

Khamis, 19-08-2021 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague sedang mempertimbangkan kemungkinan akan membuka siasatan ke atas kemusnahan rumah kediaman serta pemindahan berpuluh-puluh orang warga Palestin yang tinggal di desa Lembah Jordan Khirbet Humsa.

Menurut laman web Haaretz, pejabat pendakwa ICC sedang mempertimbangkan untuk menyiasat kejadian di kampung berkenaan sebagai maklumbalas terhadap petisyen yang diajukan oleh organisasi “Combatants for Peace” atau “Penempur Untuk Keamanan”, yang menyifatkan tindakan Israel sebagai satu “jenayah perang.”

Kejadian itu berlaku bulan lalu ketika pihak pentadiran awam tentera rejim menimbulkan kacau bilau di beberapa rumah kediaman dan struktur bangunan dan merampas harta benda kira-kira 60 orang penduduk Palestin di kampung itu, yang terletak di kawasan yang sengaja diisytiharkan oleh tentera sebagai zon tembak. Ini adalah kempen pemusnahan ketiga dalam tempoh satu tahun.

Penduduk kampung memberitahu Haaretz bahawa pada bulan Februari lalu, mereka diberitahu bahawa jika mereka bergerak sejauh 15 kilometer ke barat, mereka akan dibenarkan untuk mendapatkan kembali barang-barang yang telah dirampas dari mereka, tetapi mereka telah menolak tawaran untuk mencari laman web alternatif.

“Walaupun pasukan tentera bertindak mengusir komuniti gembala di Khirbet Humsa, mereka dapat mencari penyelesaian kreatif untuk peneroka yang tinggal di sekitar Kawasan Tembak 903, yang menunjukkan bahawa keperluan untuk “berlatih” hanyalah semata-mata alasan untuk membuat perubahan demografi,” menurut Combatants for Peace dalam rayuannya kepada ICC.

“Selain kenyataan bahawa latihan tentera tidak boleh dianggap sebagai keperluan ketenteraan yang mendesak, alasan itu juga tidak boleh diguna pakai dalam hal Khirbet Humsa, kerana pihak tentera tidak mahu penduduk untuk kembali ke tempat kediaman mereka di sekitar zon tembak selepas tamat latihan,” tulis organisasi itu.

“Sebaliknya, pihak tentera telah mengeluarkan perintah perobohan dan memusnahkan bangunan sementara penduduk, merampas barang-barang mereka yang tidak seberapa dan telah memberi tekanan kepada mereka untuk berpindah ke tempat lain secara sukarela,” tambahnya.

Menurut kumpulan hak sayap kiri B’Tselem, kira-kira 2,700 orang kini tinggal di dalam kira-kira 20 komuniti penggembalaan di daerah yang diisytiharkan oleh pihak tentera sebagai zon tembak serta kawasan-kawasan bersebelahannya di Lembah Jordan.

Penduduk Khirbet Humsa, yang kebanyakannya bekerja sebagai gembala, berasal dari desa As Samu di selatan Tebing Barat. Mereka datang ke Lembah Jordan Utara pada tahun 1970-an, kerana kawasan yang sesuai untuk menggembala mulai berkurang atau sumber air ditutup disebabkan sekatan tentera dan pembinaan penempatan. Selepas perang 1948, ramai keluarga dari As Samu telah hilang tanah mereka, yang akhirnya berada di bawah kawalan Israel di belakang Garisan Hijau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik Warga Palestin dalam Serbuan di Tebing Barat

Khamis, 19-08-2021 – Rejim Zionis telah menculik beberapa warga Palestin ketika kempen di beberapa kawasan Tebing Barat malam tadi dan pada waktu subuh Khamis.

Menurut sumber setempat, rejim itu menyerbu Kampung ash-Shuyukh, timur laut Kota al-Khalil, dan menculik bekas tahanan Hamza Halayka dari rumahnya.

Halayka dibebaskan pada hari Rabu setelah selesai menjalani hukuman penjara selama 16 tahun. Pada tahun 2005, dia diculik dari rumahnya berikutan hubungannya dengan Brige Hamas al-Qassam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar


Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis dan penceroboh serang warga Palestin dekat masjid Ibrahim

Khamis, 19-08-2021 – Tentera rejim Zionis pada hari Rabu menindas warga Palestin yang terlibat dalam satu tunjuk perasaan berdekatan masjid Ibrahim di bandar al-Khalil, sementara puak pelampau penceroboh Yahudi menyerang penduduk awam lain berdekatan pusat komersial.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis membantah demonstrasi aman yang dilakukan oleh penduduk tempatan sebagai protes ke atas projek Judaization yang menyasarkan masjid Ibrahim.

Berpuluh peserta demonstrasi dilaporkan mengalami sesak nafas akibat pendedahan kepada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh rejim Zionis semasa pertempuran berdekatan masjid tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

JNF Rancang Usir Rakyat Palestin, Rampas Tanah: Peace Now Laung Amaran

Jumaat, 13-08-2021 – Kumpulan aktivis Peace Now melaungkan amaran terhadap rancangan Israel mahu merampas tanah Palestin dan mengusir ribuan penduduknya dari Tebing Barat dan timur Jerusalem.

Menurut Peace Now pada Isnin, Tabung Nasional Yahudi (JNF) dijangka memberi lampu hijau untuk meninjau ratusan aset hartanah di luar Garisan Hijau.

Rancangan JNF untuk mendaftar hartanah tersebut bakal mengakibatkan pengusiran besar-besaran penduduk Palestin dari kediaman mereka di Tebing Barat dan timur Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Para pendatang adakan perarakan di kawasan Bab al-Asbat di Baitulmuqaddis

Jumaat, 13-08-2021 – Pendatang Yahudi mengadakan perarakan bersifat provokasi pada petang Ahad di kawasan Bab al-Asbat, Baitulmuqaddis.

Sumber dari Baitulmuqaddis melaporkan bahawa para pendatang tersebut menyuarakan slogan provokasi ke atas warga Palestin sebelum meninggalkan tempat itu.Manakala, polis rejim ditugaskan ke kawasan Bab al-Asbat dan sekitar kota lama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Serbuan, Tangkapan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

Jumaat, 13-08-2021 – Pada hari Isnin malam dan pada waktu subuh hari Selasa, rejim Zionis Israel telah melancarkan kempen penangkapan dan serbuan di pelbagai kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, di mana pertempuran telah berlaku.

Sumber tempatan melaporkan bahawa rejim Zionis menyerbu bandar Burkin, di barat daya Jenin, dan menyerang beberapa kawasan kejiranan, di mana serangan tersebut telah menerima tentangan daripada para pemuda tempatan.

Konfrontasi ganas bersenjata berlaku antara pemuda-pemuda itu dan tentera Zionis. Pertembungan meletus di Deir al-Ghosoun, utara Tulkarem, antara pemuda dan tentera Zionis yang melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup.

Zionis menahan enam warganegara, termasuk dua bersaudara dan seorang pemuda yang cedera.

Di Salfit, Zionis menahan dua pemuda berkenaan dari rumah mereka di bandar Deir Istiya, di barat laut Salfit.

Di Ramallah, Zionis menyerbu kampung Ein Qinya dan menangkap seorang pelajar di Universiti Birzeit setelah menyerbu dan menggeledah kediaman keluarganya dan mengganggu isi kandungannya.

Zionis menahan Baher Salhia setelah memecah masuk rumah keluarganya di kampung Ras Karkar, sebelah barat Ramallah.

Di Bethlehem, Zionis menyerbu kampung Husan, di sebelah barat Bethlehem, dan menangkap Ihsan Hamamra, 25, setelah mereka menyerbu dan menggeledah rumah keluarganya.

Zionis menahan dua bekas tahanan dari bandar Dura, barat daya al-Khalil, setelah menyerbu dan menggeledah rumah mereka.

Pusat pemeriksaan tentera didirikan di pintu masuk ke kota Sa’ir dan Halhul, dan di pintu masuk utara ke al-Khalil, Jourat Balas dan Fah selatan. Zionis juga telah menahan dan memeriksa kenderaan orang awam serta memeriksa kad pengenalan mereka.

Di Baitulmaqdis Yang Diduduki, polis Israel menahan Musab Al-Rifai setelah menyerbu dan menggeledah rumah keluarganya di kota Anata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Banduan Hidap Barah Abu Romuz Dipindahkan ke Hospital

Jumaat, 13-08-2021 – Tahanan Palestin Emad Abu Romuz, yang menderita masalah kesihatan yang serius telah dipindahkan dari Penjara Ofer di Tebing Barat ke Hospital Shaare Zedek di Jerusalem.

Menurut Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Abu Romuz yang menghidap hepatitis viral (radang hati) dan barah testis, dipindahkan ke hospital berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Suruhanjaya berkenaan menggesa agar Rejim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kemungkinan yang menimpa tahanan berikutan kegagalan mereka memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada tahanan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Sheikh Ekrima: Rancangan Israel di Baitulmaqdis bertujuan untuk memilikinya

Jumaat, 13-08-2021 – Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Islam Tinggi di Baitulmaqdis, telah menggambarkan rancangan perluasan Israel dan pembinaan lebih banyak jalan dan projek di Timur Baitulmaqdis sebagai “langkah sistematik yang bertujuan untuk merampas kota suci tersebut.”

Dalam kenyataan media, Sheikh Sabri mengutuk tindakan negara haram Israel di kota suci itu sebagai “haram dan tidak sah”, dan menegaskan bahawa rakyat Baitulmaqdis tidak akan pernah mengiktirafnya.

Dia juga menekankan bahawa rakyat Baitulmaqdis akan tetap teguh mempertahankan kota suci mereka dan tidak akan pernah meninggalkan Masjidil Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Merobohkan Dua Unit Flat Perumahan Palestin Di Silwan

Jumaat, 13-08-2021 – Jentolak milik Israel merobohkan dua buah flat perumahan di kota Silwan, Selasa (10/8) di kawasan selatan Masjidil Aqsa. Menurut sumber tempatan, jentolak milik Israel merobohkan dua buah flat perumahan milik dua orang warga Al-Quds bersaudara, Romah dan Ali Audah di daerah Bir Ayub kota Silwan Al-Quds.

Menurut sumber, pasukan penjajah Israel memaksa keluarga Audah untuk mengosongkan rumah mereka di daerah Bir Ayub sebelum proses perobohan dilakukan. Disebutkan bahawa flat yang dirobohkan merupakan bangunan dua tingkat milik Romah dan Ali Audah.

Warga kota Silwan mengecam keras tindakan merobohkan rumah oleh pihak otoriti penjajah Israel dan paksaan meroboh rumah sendiri dengan alasan remeh. Warga Palestin menuntut dunia antarabangsa membantu menghentikan perobohan yang dilakukan penjajah Israel yang bertujuan mengusir warga Palestin daripada kediaman mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Wanita Palestin cedera terkena tembakan Israel di selatan Nablus

Jumaat, 13-08-2021 – Seorang wanita muda Palestin mengalami kecederaan tembakan pada malam semalam apabila tentera rejim Zionis melepaskan tembakan ke arahnya berdekataan bandar Huwara, selatan Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah wanita tersebut semasa dia berada di persimpangan Salman al-Farsi berdekatan bandar Huwara.

Media Yahudi mendakwa wanita tersebut cuba untuk melakukan serangan tikaman di sekitar perkampungan Yitzhar, menambah bahawa dia ditahan selepas tentera melepaskan tembakan ke arah bahagian bawah badannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestine ditangkap rejim Zionis di Tebing Barat.

Jumaat, 13-08-2021 – Rejim Zinonis menahan dua orang warga Palestine di selatan Tebing Barat pada Ahad yang lalu. Sumber tempatan melaporkan bahawa rejim Zionis telah menangkap Ibrahim Roumi setelah menyerbu dan menggeledah rumah keluarganya yang terletak di Beit Jala.

Saksi di wilayah Al-Khalil turut menyatakan bahawa rejim Zionis telah menyerbu Kota Yatta dan menangkap anggota Gerakan Fatah, Muhammad al-Shawahim yang berusia 50 tahum setelah mereka menggeledah serta merosakkan kediamannya.

Dalam pada itu, tentera Zionis telah mendirikan khemah tentera bagi tujuan pemeriksaan di wilayah al-Khalil serta menggeledah kenderaan dan memeriksa kad pengenalan warga Palestine.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

14 Tahanan Palestin Teruskan Mogok Lapar Terbuka

Rabu, 11-08-2021 – Pada hari Sabtu, empat belas tahanan Palestin di penjara Israel meneruskan mogok lapar terbuka mereka, sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka.

Hassan Abd Rabbo, jurucakap Penguasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tawanan, mengatakan bahawa tahanan yang mogok bertekad untuk meneruskan mogok lapar sehingga tuntutan mereka tercapai.

Dalam wawancara dengan radio Voice of Palestin, Abd Rabbo memperingatkan betapa seriusnya keadaan kesihatan tahanan, terutama dengan gelombang panas yang teruk di Palestin, kerana mereka mengalami keletihan yang teruk, selain penurunan berat badan, dan telah diperlakukan dengan buruk.

Israel menahan 4,850 tahanan Palestin di penjaranya, termasuk 41 tahanan wanita, 225 kanak-kanak dan 540 tahanan pentadbiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Haneyya temui Raisi, presiden baru Iran

Rabu, 11-08-2021 – Pemimpin Hamas, Ismail Haneyya, bertemu dengan presiden baru Iran, Ibrahim Raisi, di ibu negara Tehran pada Jumaat.

Haneyya dan delegasi kanan Gerakan Hamas mengucapkan tahniah kepada presiden Iran atas lantikannya dan mendoakan kejayaannya, demikian menurut kenyataan Gerakan itu.

Delegasi Gerakan tersebut memberikan taklimat ringkas kepada presiden itu tentang perkembangan Palestin terutamanya tentang peperangan Saif Al-Quds dan kesan positifnya terhadap perjuangan dan masa depan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

37 Warga Palestin Cedera Dalam Pertempuran di Beita

Rabu, 11-08-2021 – Sepuluh warga awam Palestin cedera ditembak peluru hidup dan peluru besi bersalut getah manakala yang lain mengalami masalah pernafasan pada Sabtu malam ketika pertempuran dengan Rejim Zionis di bandar Beita, selatan Nablus.

Ahmed Jibril, Pengarah Ambulans dan Kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Nablus, berkata pasukan ambulans membawa seorang warga Palestin yang cedera akibat peluru hidup di tangan ke Hospital Rafidia sementara sembilan yang lain cedera akibat peluru besi bersalut getah, 27 mengalami kesukaran bernafas, dan tiga jatuh semasa konfrontasi berkenaan.

Penduduk Beita telah mengadakan aktiviti tunjuk perasaan siang dan malam di persimpangan bandar berhampiran jalan utama untuk menuntut pembebasan jenazah syuhada Shadi al- Sharfa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar