Categories
Berita Semasa

Netanyahu Tolak Perlanjutan Pembekuan Penempatan Israel

Isnin ,  02/08/2010 – PM Israel Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa mustahil melanjutkan keputusan pembekuan pembangunan di penempatan Israel yang akan berakhir September akhir tahun ini.

Akhbar Israel, Haaretz edisi Khamis (29/7) menegaskan, PM Israel ini menegaskan kepada Menteri Luar Sepanyol, Miguel Moratinos semasa pertemuannya di Jerusalem bahawa perlanjutan tersebut akan menyebabkan pembubaran pemerintahannya. Akhbar tersebut menyiarkannya dari sumber diplomatik Sepanyol dan pegawai tinggi kementerian luar negeri Israel bahawa Netanyahu menjawab pertanyaan berkaitan perlanjutan pembekuan kepada Moratinos bahawa menyetujui permintaan itu bererti membubarkan pemerintahan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Nablus diceroboh, 4 orang di tangkap oleh rejim Zionis.

Isnin ,  02/08/2010 – Tentera Zionis Israel pagi Jumaat lepas telah menahan empat penduduk bandar Bita yang terletak di selatan Nablus, Tebing Barat.  Saksi mata mengatakan tentera Zionis Israel menyerang bandar itu tengah malam dan menyerbu beberapa buah rumah.  Saksi menambah tentera Zionis Israel menangkap Waddah Dweikat (20 tahun), Jihad Dweikat (19 tahun) dan saudara-saudara Mujahid dan Salah Mohamed Bakar Rushdie.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Amerika beri kata dua kepada Palestin

Isnin ,  02/08/2010 – Amerika hanya akan sokong Palestin jika pemimpin Palestin berbincang terus dengan pihak Zionis.

Barack Obama hanya akan memberi jaminan menyokong penubuhan Negara Palestin sekiranya Presiden PA, Mahmoud Abbas bersetuju untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung dokumen-dokumen dalaman Palestin yang terlepas ke tangan pihak media, The Associated Press pada Isnin lepas.

Abbas dan Netanyahu telah bermesyuarat secara tidak langsung sejak Mei lalu dengan perantaraan wakil Amerika, George Mitchell. Akhbar Haaretz melaporkan bahawa perbincangan ini dijadualkan akan berlangsung selama 4 bulan.

sumber : PNN
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

2 kecederaan di Gaza.

Jumaat,  30/07/2010 – Seorang perempuan Palestin cedera parah terkena letupan daripada ‘tubuh yang tak dikenali’ sehingga meninggalkan sisa-sisa disekeliling lapangan terbang antarabangsa Gaza, timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, Masuda Rabah Abu Shalouf (21 tahun) mengalami luka parah dan akan dipindahkan ke Hospital Abu Yousef Najjar di bandar tersebut. Di bandar Beit Hanoun, utara Gaza salah satu pekerja telah ditembak oleh tentera zionis Israel dan dipindahkan ke Hospital Kamal Adwan. Menurut pengurus sektor kecemasan dan ambulans di Hospital Gaza, Muawiyah Hassanein, kecederaannya dilaporkan sederhana.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza Letak Undang-undang baru untuk Kedai Pakaian Wanita

Jumaat,  30/07/2010 – Kerajaan Hamas di Gaza memutuskan untuk mengeluarkan beberapa peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kedai pakaian perempuan untuk membuat jalan-jalan di Gaza sesuai dan warga Gaza merasa selesa.

Peraturan tersebut adalah:

1 – Tiada patung harus ditempatkan di luar kedai.

2 – Tidak ada pakaian keterlaluan dipromosikan di kaca depan kedai.

3 – Pintu kedai harus dibuka setiap masa semasa kedai dibuka.

4 – Tidak ada tempat tertutup di dalam kedai.

5 – Tidak ada kamera atau mana-mana alat perakam walau apa jenis dibenarkan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Filem Dokumentari Kisah Kehancuran Israel Tahun 2048

Jumaat,  30/07/2010 – Televisian Israel berbahasa Ibrani enggan menyiarkan film dokumentari Zionis “Out Of The Forest”, yang diterbitkan baru-baru ini. Ia mengambarkan potret umum sebuah masa depan tanpa entiti Zionis,pada tahun 2048, iaitu setelah seratus tahun pendirian entiti Zionis dan Nakba Palestin.

Pejabat berita “Asy Syarq al Awsath” mengatakan, “Produser dan pengarah filem tersebut, Yaron Kvetori terus mengeluarkan kecaman keras terhadap masalah dalaman pihak Zionis dengan membandingkan dua keadaan dulu dan kini” . Dalam akhbar “The Jerusalem Post”, Kvetori mengatakan, “Aku merasa kita berjalan pada arah yang salah dan menuju kehancuran negara. Ini berlaku bukan kerana ancaman dari luar, tetapi dari dalam.”

Kvetori menyampaikan pendapatnya terhadap entiti Zionis yang telah terpecah dan mewujudkan kelompok-kelompok yang saling berselisih, mereka tidak memperdulikan hal orang lain. Melalui filem dokumenterinya, beliau memberikan gambaran fiksi tentang masa depan yang suram dan keruntuhan masyarakat Zionis pada 38 tahun akan datang.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Penangkapan Syaikh Solah : Zionis tidak akan berjaya takluk al-Quds

Khamis,  29/07/2010 – Zionis semakin rancak melakukan serangan dan tangkapan terhadap rakyat Palestin. Dengan adanya puak pelampau Yahudi, semakin memuncak keinginan untuk menakluk al-Aqsa. Antara pejuang Palestin yang konsisten mempertahankan al-Aqsa ialah Syaikh Raed Solah.

Syaikh Solah seoraong tokoh yang memang konsisten dalam memperjuangkan Palestin. Pengamat politik menyatakan beliau memberi kesan langsung terhadap politik di Palestin. Pelbagai cubaan telah dikenakan kepada beliau antara lain cubaan bunuh, rumahnya dihancurkan dan lain-lain. Meskipun dengan pelbagai kezaliman dan jenayah yang dilakukan oleh Zionis, syaikh Solah terus memperjuangkan nasib al-Quds.

Di samping itu, Syaikh Solah turut menyemarakkan intifadah. Beliau antara orang penting dalam menggerakkan intifadah. Beliau turut menyeru agar fraksi-fraksi Palestin bersatu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kapal India Akan Menyertai “Audacity of Hope”

Khamis,  29/07/2010 – Kapal India bersedia untuk bergabung dengan armada bantuan kemanusiaan bernama “The Audacity of Hope” yang akan bermula pada September belayar ke Jaluran Gaza.

Akhbar “Indian Express” berkata bahawa armada bantuan kemanusiaan “The Audacity of Hope,” yang diinspirasi oleh seorang teman Presiden AS Barack Obama, akan termasuk kapal bantuan dari Eropah, Kanada, India, Afrika Selatan dan Timur Tengah, yang akan belayar untuk mematahkan kepungan di Gaza. Kempen ini muncul di tengah-tengah tekanan antarabangsa terhadap “Israel” untuk mengangkat pengepungan di Semenanjung Gaza.

Armada tersebut akan meliputi sejumlah orang yang berkeperibadian yang terkemuka, termasuk teman Presiden AS Barack Obama, Rashid Khalidi. Akhbar Hindi mengatakan bahawa persediaan sedang diadakan untuk mengumpul 360,000 dolar untuk membeli sebuah kapal untuk membawa 40-60 aktivis, di samping untuk menampung kos operasi.

Khalidi mengatakan bahawa fakta bahawa kapal ini adalah dari Amerika, akan sukar bagi Israel untuk berurusan dengan mereka berbanding mereka berurusan dengan armada kebebasan tempoh hari.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Pelajar Gaza Mendapat Kecemerlangan Menakjubkan

Khamis,  29/07/2010 – Pihak Jabatan Pendidikan mengumumkan bahawa pelajar puteri, Nur Ismail dari Khan Yunis selatan, Semenanjung Gaza menduduki tempat pertama sekolah menengah seluruh Palestin untuk jurusan sains. Dalam majlis tersebut diumumkan juga, empat pelajar dari Gaza termasuk 10 terbaik di jurusan yang sama. Sementara 10 terbaik untuk jurusan sastera, enam di antaranya berasal dari Gaza. Ini bukan berita biasa, tetapi sangat luar biasa. Ini kerana sekolah-sekolah di Semenanjung Gaza yang dihancurkan Israel dan guru serta pelajarnya tahun ini dalam keadaan yang sangat daif dan sukar. Di tambah lagi dengan sekatan yang sangat kejam terhadap Gaza. Semua kesukaran tersebut boleh sahaja menjadi alasan kepada mereka yang mempunyai nilai dan jati diri yang rendah. Barangkali lulus sahaja sudah merupakan satu pencapaian yang besar. Namun ketika tempat pertama di jurusan sains adalah seorang puteri dari Khan Yunis dan 10 terbaik adalah pelajar dari Gaza, maka rasanya pencapaian ini menjadi sangat menakjubkan.

Murid-murid dari Gaza menghabiskan tahun pembelajaran yang lalu dalam keadaan sekolah serba kekurangan dari segala segi sama ada tenaga pengajar, buku, buku tulis, alat-alat sekolah dan kemudahan asas sekolah yang lain. Apatah lagi ketika bekalan letrik sering terputus, memaksa murid mengulangkaji pelajaran dengan lilin atau menggunakan lampu tradisional. Ini belum dilihat lagi dari aspek sekatan yang dilakukan regim Zionis dan serangan militan Israel pada bila-bila masa.

Dari luar, kita merasakan begitu kagum dengan kejayaan tersebut. Namun jika kita memperhatikan keadaan sebenar di Semenanjung Gaza dan keperitan hidup seharian yang mereka tempuhi, maka kekaguman itu akan menjadi berlipat kali ganda.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pesawat rejim Zionis mensasarkan terowong di Rafah.

Khamis,  29/07/2010 – Pesawat pejuang Israel (model F-16) pagi ini telah melancarkan serangan udara berasingan terhadap terowong di sempadan antara Rafah dan Mesir di selatan Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan mengatakan pesawat pejuang F16 Israel menyasarkan sekurang-kurangnya dua buah peluru berpandu ke arah dua terowong di sekitar Al-Salam, timur Rafah dan satu pada terowong ketiga yang telah ditinggalkan di sekitar bandar barat Alsha’ot, walau bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan . Sumber tempatan menambah selepas pengeboman terowong, pesawat pejuang Israel akan menyasarkan sebuah zon bebas di sebelah stesen penjana kuasa di kem Nusayrat, tengah Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneya Puji Sikap Syaikh Raed Shalah

Khamis,  29/07/2010 – Ismael Haneya, perdana menteri Palestin memuji sikap Syaikh Shalah, ketua gerakan Islam di wilayah Palestin jajahan 48. Sikap beliau mewakili sikap rakyat Palestin, bangsa Palestin dan Arab.

Pernyataan ini dikeluarkan oleh Haneya dalam majlis konvokesyen ke 29 di Universiti Islam Gaza, Ahad (25/7). Dalam kesempatan itu, Haneya menyampaikan salam hormatnya kepada Syaikh Shalah dan kepada seluruh tawanan Palestin yang sedang terperosok dalam penjara Israel. Beliau menegaskan, untuk membebaskan Al-Quds serta mengembalikannya ke pangkuan kaum muslimin, tidak boleh dilakukan kecuali dengan membina peribadi-peribadi yang sanggup memikul amanah dan semangat dalam membebaskan negara ini dari penjajahan. Perjalanan menuju pembebasan Palestin juga tidak boleh kecuali perlu melalui jambatan iman dan ilmu, katanya. Dengan kedua itulah kita akan menggapai cita dan pengharapan kita.

Dalam pada itu, Haneya menyambut baik keputusan pihak Hak Asasi Manusia antarabangsa yang berjaya membentuk jawatankuasa bebas untuk menyiasat kes kekejaman Israel terhadap kapal Freedom Flotilla. “Kami sangat berharap tindakan tersebut dapat membentuk keputusan yang boleh mengheret para pemimpin Zionis ke mahkamah antarabangsa dan bukan semata-mata mengetahui sebab-sebabnya sahaja”, ujar beliau.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pelarian Palestin di Brazil failkan dakwaan.

Rabu,  28/07/2010 – Pelarian Palestin yang tinggal di Brazil membantah tentang cara Kedutaan Palestin menangani tuntutan mereka serta protes yang diadakan berikutan kepayahan hidup mereka.

Dalam satu kenyataan media, mereka mendakwa Kedutaan Palestin telah berkonspirasi dengan pihak berkuasa tempatan, dengan menggunakan kekerasan tanpa sebarang justifikasi yang sah, untuk membatalkan perjumpaan yang mereka mulakan di hadapan pejabat kedutaan. Mereka (pelarian) mendakwa bahawa polis Brazil dan ahli jawatankuasa Penduduk Tanpa Rumah meletakkan halangan di semua jalan menuju ke Kedutaan Palestin bagi menghalang para pemprotes memasuki kedutaan tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin menderita kebuluran.

Rabu,  28/07/2010 – Beberapa orang tahanan penjara Israel memaklumkan bahawa makanan yang diberikan kepada mereka adalah tidak sesuai untuk dimakan oleh seorang manusia kerana ianya diproses dengan teruk sekali, kotor, sangat sedikit dan tidak elok.

Pusat kajian ke atas tahanan-tahanan penjara menyatakan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini bahawa, “Halangan untuk mendapatkan yang dikenakan ke atas para tahanan penjara samada melalui pelawat-pelawat mereka ataupun membeli makanan di kantin, serta dana yang diperuntukkan untuk para tahanan penjara adalah tidak tetap, terutamanya yang berasal dari Semenanjung Gaza telah menyebabkan krisis makanan. Makanan untuk mereka adalah tidak mencukupi dan memberi kesan kepada kesihatan mereka.

Pengarah pusat tersebut, Rafaat Hamdouna berkata, “Pihak pengurusan penjara menetapkan undang-undang yang mana mereka mengawal peruntukan kewangan untuk setiap tahanan sebagai satu usaha mengenakan tekanan ke atas para tahanan. Para tahanan juga tidak dibenarkan masuk ke dalam dapur penjara bagi membolehkan mereka memasak dengan cara mereka sendiri.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Ha’aretz: Seksaan fizikal dan mental berlaku di penjara-penjara Zionis

Rabu,  28/07/2010 – Akhbar Israel Haaretz, telah menyebutkan Zionis Israel dan pakar interogasi “Shin Bet” telah menggunakan tekanan fizikal dan mentak terhadap tahanan Palestin. Ini berlaku di seluruh penjara Zionis Israel. Pakar integorasi yang dikenali “Shin Bet” ini menggunakan pelbagai kaedah dalam mencuba mendapatkan maklumat. Antaranya penggunaan bahasa kesat, mencabul kehormatan tahanan dan ahli keluarga mereka serta mengancam keselamatan keluarga tahanan.

Kumpulan “Shin Bet” turut menggunakan bahasa Arab yang fasih. Selain itu, keadaan penjara yang amat kecil dan tahanan tidak tahu siang atau malam ketika dalam penjara.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

30 doktor dari Malaysia akan memasuki Gaza Ramadhan nanti.

Rabu,  28/07/2010 – Konvoi 30 doktor dan doktor pakar daripada 55 sukarelawan Malaysia akan memasuki Semenanjung Gaza semasa bulan Ramadhan. Agensi berita melaporkan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata misi sukarelawan terdiri daripada doktor selain sepuluh wartawan yang lain akan menghabiskan 13 hari di Jalur Gaza dari hari kelapan hingga ke dua puluh dalam bulan Ramadhan dengan diselenggarakan oleh Kelab “Putera 1 Malaysia”.

Selepas pertemuan dengan delegasi media, beliau menambah pasukan perubatan Bulan Sabit Merah Malaysia juga turut serta memberikan perkhidmatan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Misi kemanusiaan melalui pasukan doktor mencerminkan perasaan rakyat Malaysia terhadap nasib penduduk di Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz