Categories
Berita Semasa

Lima warga Palestin cedera, Termasuk empat kanak-kanak, apabila dua objek mencurigakan meletup

Khamis, 08/07/2010 – Selama dua hari, lima orang awam, termasuk empat kanak-kanak, mengalami luka apabila dua objek mencurigakan meletup dalam dua insiden berasingan di Beit Hanoun, di Jaluran Gaza utara, dan Qalqilia, di Tebing Barat utara. Dua kanak-kanak mengalami pendarahan serius.

Menurut siasatan yang dilakukan oleh Pusat Palestin untuk Hak Asasi Manusia (PCHR) sekitar 09:20 pada Isnin, 5 Julai, 2010, tiga orang awam termasuk dua kanak-kanak, cedera di ladang mereka di Beit Hanoun di utara Gaza apabila objek mencurigakan meletup. Senarai antara mangsa yang cedera adalah:

1. Adnan Mohammed al-Za’anin, 38;

2 Mohammed Abdul Jabbar al-Za’anin, 17; dan

3. Sufian al-Za’anin, 9.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   bob

Categories
Berita Semasa

Hamas menyecam Pertemuan Fayyad-Barak

Khamis, 08/07/2010 – Hamas, saingan gerakan Fateh, sangat mengecam pertemuan antara Perdana Menteri Palestin, Dr Salaam Fayyad, dan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.

Hamas mengatakan bahawa Fayyad adalah Perdana Menteri “kerajaan tidak berperlembagaan”, dan pertemuan itu adalah hasil tekanan dari Amerika Syarikat dalam usaha untuk “mengaburi mata rakyat”, terutamanya selepas serangan maut yang dilakukan rejim Zionis kw atas armada Kebebasan(Flotilla) Mei lalu.

Gerakan tersebut juga mengatakan bahawa pejabat Fateh di Tebing Barat mengadakan beberapa pertemuan dengan para pegawai Israel di Ramallah.

Pertemuan tersebut hanya bertujuan meneruskan penyelarasan keselamatan di antara Israel dan pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat, dan menambah bahawa penyelarasan tersebut hanya untuk “menutup kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin yang dikepung di Gaza selama lebih daripada empat tahun “.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Raed Shalah ajak sertai festival dana al Aqsa

Khamis, 08/07/2010 – Ketua Harakah Islamiyah di Palestin 1948, Syaikh Raed Shaleh menyerukan penyertaan seramai mungkin dalam Festival Dana Anak Al-Aqsa kali ke-8 yang akan diadakan di perkarangan masjid al Aqsa. Festival ini turut diraikan oleh negara-negara Arab lain. Festival ini dijangkakan akan di hadiri puluhan ribu dari segenap lapisan rakyat Palestin. Antara lain, festival ini juga bertujuan untuk menegaskan komitmen mereka dalam mempertahankan dan membebaskan al-Quds walaupun dengan harga yang mahal hatta nyawa mereka.

Syaikh Raed juga menyeru agar seluruh dunia terus mengadakan program yang menyokong dan mendokong perjuangan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

8 anggota Hamas ditahan polis Mahmud Abbas di Nablus.

Khamis, 08/07/2010 – Pergerakan Islam, Hamas Selasa lalu melaporkan Pasukan Keselamatan Palestin di bawah Presiden Mahmoud Abbas dari pergerakan Fatah telah menangkap lapan anggota dan penyokong Hamas di Nablus, bahagian utara Tebing Barat.

Jurucakap Hamas menyatakan Suleiman Aref Nasasra, Suleiman Hanani, bekas tahanan Suheib Abu Heit dan Johar Salah Hanani telah ditangkap di kampung Beit Forik, berhampiran Nablus. Abu Heit dan Nasasra adalah mahasiswa dari Universiti al-Najah di Nablus.

Hamas mengatakan pelajar lain dari Universiti al-Najah juga ditangkap di kampung Aseera el-Shimaliyya. Mereka dikenalpasti sebagai Asem al-Tanbour, Moath Ghassan Nofal, dan Ahmad Taher.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   hijjaz

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Langgar 3 Penduduk Palestin

Khamis, 08/07/2010 – Seorang penduduk haram Israel melanggar 3 orang Palestin semalam berhampiran penempatan Efrat, selatan Baitullaham, sumber-sumber Palestin melaporkan.

Ketiga-tiga yang cedera adalah Raed Abu Omar, 33, Bader Al-Shalhom, 12, dan Nezam Al-Jobi, 38.  Sumber itu menambah bahawa mereka yang cedera itu dipindahkan ke Hospital Al-Ahli, Hebron.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : gunx

Categories
Berita Semasa

Abu Sya`ar membidas kerajaan Fatah kerana mempolitikkan urusan haji dan umrah

Khamis, 08/07/2010 – Kerajaan Fatah di Ramallah enggan mengeluarkan visa kepada rakyat Palestin yang berasal dari Gaza dan berhasrat untuk menunaikan haji dan umrah terutamanya dokumen perjalanan (mereka) yang telah dihasilkan atau dikeluarkan di Gaza.

Menteri Awqaf dari kerajaan Palestin, Dr Talib Abu Sya`ar dalam laporannya kepada Quds Press menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan kerajaan Fatah yang cuba melibatkan perbezaan politik dalam ritual keagamaan.

Dia berkata : “kami pada hakikatnya ingin mengenepikan perbezaan politik dalam ritual keagamaan dan kami bekerja atas dasar tidak mencampur adukkan urusan haji dan umrah dalam isu perbezaan politik (antara Hamas dan Fatah), dan kami sentiasa mengharapkan setiap pihak bekerja atas tujuan tersebut. oleh sebab itu, kami berpegang pada pendirian yang lengkap dan sempurna bagi memudahkan urusan keluar kepada mereka yang berhasrat menunaikan haji dan umrah”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Israel menyerang demonstrasi aman anti penubuhan tembok di Beit Jala

Khamis, 08/07/2010 – Pada setiap minggu demonstrasi secara aman diadakan untuk menentang penubuhan tembok pemisah, para aktivis keamanan Palestin dan Israel datang berkumpul pada tengahari Ahad di Beit Jala berhampiran Bethlehem. Tentera rejim Israel melepaskan beberapa das tembakan dari senjata separa merbahaya ke arah para penunjuk perasaan, mencederakan peserta demonstarasi dan pejalan kaki, demikian menurut saksi-saksi kejadian.

Proes yang diadakan pada hari Ahad itu bermula dengan bilangan yang kecil, dalam lingkungan 12 penduduk Palestin dan beberapa penduduk Israel berkumpul di satu tapak pembinaan tembok di Beit Jala. Menurut keterangan saksi Joseph Dana, “Warga Palestin menghampiri tapak pembinaan tembok yang dipenuhi dengan jentera, kerja-kerja menggerudi dan seorang pekerja pembinaan di tapak tersebut.

50 meter dari tapak itu, tentera rejim Israel telah membentangkan beberapa sekatan menggunakan pagar berduri dan menghantar satu unit penguasa untuk menggunakan kaedah menyuraikan penunjuk perasaan iaitu dengan menggunakan bom, pemedih mata berkelajuan tinggi dan penahanan. Selepas 10 minit berdoa dan dengan satu usaha untuk mengalihkan pagar berduri oleh seorang warga Palestin, tentera rejim Israel telah mula menembak gas pemedih mata kepada para penunjuk perasaan dan juga kearah kawasan perumahan berdekatan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   rahina

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis benarkan tahanan Gaza menelefon keluarga

Khamis, 08/07/2010 – Pihak berkuasa kerajaan haram Zionis memutuskan kira-kira sebulan lepas untuk membenarkan tahanan-tahanan dari Semenanjung Gaza menelefon keluarga masing-masing bermula daripada bulan Ramadhan. Keputusan itu dibuat selepas rundingan dan rayuan dibuat oleh pimpinan gerakan tahanan penjara.

Para tahanan di penjara Ramleh berkata bahawa tahanan-tahanan dari Semenanjung Gaza telah mula menghantar surat rayuan kepada pentadbiran penjara untuk menelefon keluarga masing-masing selepas perjanjian tersebut dibuat. Para tahanan memaklumkan bahawa pihak pentadbiran telah menyatakan keizinan mereka untuk membenarkan para tahanan Gaza menelefon keluarga masing-masing sebelum bulan Ramadhan tahun ini.

Para tahanan penjara dari Semenanjung Gaza telah dinafikan pelbagai hak mereka sejak penangkapan seorang tentera muda rejim Zionis, Gilad Shalit, terutamanya hak mereka untuk menziarahi keluarga, membawa masuk barang-barang keperluan serta mereka dilayan seperti penjenayah perang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Israel mencederakan jurugambar, 3 yang lain dalam demonstrasi aman di Beit Jala

Rabu , 07/07/2010 –Tentera Rejim Israel hari ini melepaskan bom gas di demonstrasi aman di Bait Jala yang mencederakan seorang jurufoto dan tiga yang lain.

Sumber tempatan melaporkan bahawa Mahmoud Alian adalah jurufoto yang bekerja dengan akhbar Al-Qudes ditembak dengan bom gas di kepalanya, manakala tiga yang lain mengalami sesak nafas semasa mereka menyertai demonstrasi.

Amar Abu Naser, penyelaras Jawatankuasa Kebangsaan untuk Menentang Tembok Apartheid, mengatakan bahawa pertempuran terjadi di daerah Krimzan di Bait Jala, beliau menyatakan bahawa mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob
Categories
Berita Semasa

3 Kanak-kanak Cedera Parah Akibat Bom Ranjau Meletup

Rabu , 07/07/2010 –Tiga kanak-kanak Palestin menderita luka parah hari ini selepas sebuah bom ranjau meletup di bandar Bait Hanoon, utara Jalur Gaza.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Al-Shefa, Dr Muawiya Hassanein, berkata bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu dipindahkan ke Hospital Kamal Odwan untuk menerima rawatan lanjut, menambah bahawa keadaan mereka yang terkawal.

Israel telah meninggalkan sejumlah bom ranjau di bawah runtuhan rumah-rumah hancur dalam perang Gaza yang lalu. Beberapa dari mereka dijumpai dan meletup oleh Jabatan Dalam Negeri di Gaza, tetapi yang lain masih tertanam di dalam tanah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   ameen
Categories
Berita Semasa

Turki akan putus hubungan dengan Zionis Israel kecuali mohon maaf

Rabu , 07/07/2010 –Menteri Luar Negeri Turki Ahmed Davutoglu mengancam akan memutuskan hubungan Turki dengan Zionis Israel jika Zionis tidak memohon maaf secara terbuka ke atas kezaliman yang telah dilakukan ke atas sukarelawan Turki pada 31/5 yang lalu. Turki menuntut permohonan maaf secara terbuka terhadap yang dilakukan terhadap konvoi keamanan dan menerima hasil siasatan penyelidik antarabangsa.

Menurut akhbar Huriyet, Turki juga telah menutup ruang udara mereka dari digunakan oleh Zionis Israel. Tetapi setakat ini, bukan keseluruhan udara di tutup. Dalam pada itu, Zionis Israel berdegil tidak akan memohon maaf secara terbuka kepada Turki.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair
Categories
Berita Semasa

Profil Ahmad Sa’adat, anggota Barisan Popular Pembebasan Palestin.

Rabu , 07/07/2010 – Beliau merupakan Setiausaha Agung Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) ketika ditubuhkan pada tahun 1967 dan salah seorang daripada beribu-ribu tahanan politik Palestin. Pada tahun 2002, beliau dihukum penjara 30 tahun kerana kejahatan politik yang ‘berkaitan dengan keselamatan’ termasuk terlibat dengan organisasi yangdilarang, dokumen 1993 yang menyatakan bahawa:

“Objektif strategik perjuangan PFLP bersama pasukan revolusi Palestin lain adalah untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan Zionis. Tujuan PFLP alah untuk membentuk sebuah negara demokrasi secara keseluruhan di tanah Palestin dengan ibu negaranya di Baitulmuqaddis. Negara ini akan menjamin hak undang-undang dan kesamarataan untuk semua warganegara tanpa diskriminasi atas dasar agama, jantina, kepercayaan atau warna kulit. FPLP akan menentang Zionisme dan imperialisme dan berorientasikan ke arah kesatuan demokratik dengan negara-negara Arab yang lain .. ”

“Bagi mencapai tujuan ini, penyelesaian radikal dicadangkan demi negara Palestin dan kesiapsiagaan untuk meneruskan perjuangan yang rumit dan akan menghadapi kesukaran berpanjangan (melawan Zionisme), agresif mengamalkan rasis, meluaskan penempatan baru, berentiti peneroka-kolonial bertujuan penghapusan orang-orang kami.” Pengorbanan besar sangat diperlukan untuk menghalangnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz
Categories
Berita Semasa

Israel melanjutkan tempoh penahanan legislator Jurusalem

Rabu , 07/07/2010 –Mahkamah Israel menetapkan pada Ahad lelpas untuk melanjutkan tempoh penahanan penggubal dasar undang-undang Jurusalem; Mohammad Abu Teir, dari parti Hamas hingga 12 Julai. Pertuduhan juga menggesa supaya Abu Teir dihalau dari kediamannya di Jurusalem.

Peguam yang mewakili Abu Teir, Fadi Qawasmi, menyatakan keputusan itu dibuat atas dasar pertimbangan keputusan Peguam Negara Israel menjadi alternatif kepada hukuman buang daerah.

Qawasmi turut menambah, permohonan telah dikemukakan kepada Menteri Dalam Negara Israel agar menyemak kembali keputusan mahkamah yang menghendaki beliau dilucutkan hak menetap di Jurusalem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : faizul
Categories
Berita Semasa

Pertemuan Fayad–Barak Hanya Menutup Kezaliman dan Sekatan Zionis Israel

Rabu , 07/07/2010 –Kementerian Dalam Negeri (KDN) Palestin dengan tegas menolak segala bentuk perundingan dengan penjajah Zionis, setelah mereka menumpahkan darah rakyat Palestin, menghancurkan rumah-rumah mereka dan membuat sekatan yang begitu ketat. Perundingan dengan penjajah Zionis dianggap sebagai tipu daya baru terhadap rakyat Palestin dan seluruh dunia.

Pihak KDN Palestin Isnin (5/7), memberi ulasan terhadap pertemuan Menteri Pertahanan Zionis Ehud Barak dengan ketua pemerintah di Ramallah, Salam Fayad. Pihak KDN mengatakan, “Usaha perundingan ini berlaku ketika penjajah Zionis Israel mengukuhkan Yahudinisasi negara Zionis dan perampasan tempat-tempat suci Islam kemudian mendakwa sebagai warisan nasional Yahudi. Ketika ini juga penjajah Zionis Israel giat melakukan pengusiran terhadap warga Palestin dan pengukuhan tembok pemisah perkauman serta penempatan-penempatan baru Yahudi.”

KDN Palestin mengingatkan tentang akibat dari usaha perundingan dengan penjajah Zionis Israel ini. Ditegaskan bahawa pertemuan ini tidak mendapat apa-apa manfaat bahkan akan mewujudkan suasan tegang. Pertemuan itu hanyalah untuk menutupi kezaliman pembunuhan, penghancuran dan sekatan yang dilakukan Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

Agen Mossad dibicarakan di Belanda

Rabu , 07/07/2010 –Seorang agen Mossad Zionis yang dituduh terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin HAMAS, Mahmoud al-Mabhouh di Dubai pada Januari lalu, sedang dibicarakan sama ada akan diekstradisi ke Jerman atas permintaan kerajaan Jerman.

Jurucakap mahkamah Warsaw, Voezic Malik berkata masih belum diketahui sama ada mahkamah akan membuat keputusan hari ini berkenaan ekstradisi Ori Brodsky yang dituduh bersubahat dalam memalsukan paspot Jerman yang digunakan oleh salah seorang kumpulan agen Mossad yang melakukan pembunuhan, atau ia akan menangguhkan keputusannya.

Brodsky ditahan pada Jun lalu di Poland berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Jerman.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir