
Rabu, 05/08/2009 – Pusat Arahan Tentera Israel meminta kerajaan untuk berundur dari kampung Lebanon Ghajar,sempadan Lebanon dan menyerahkannya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sebahagian inisiatif perdamaian tajaan AS.

Rabu, 05/08/2009 – Pusat Arahan Tentera Israel meminta kerajaan untuk berundur dari kampung Lebanon Ghajar,sempadan Lebanon dan menyerahkannya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sebahagian inisiatif perdamaian tajaan AS.

Rabu, 05/08/2009 – Tiga aktivis berbangsa Ireland berbasikal merentasi Eropah dalam Kembara Ireland-Gaza, yang saiz perjalanan lebih 2 kali ganda jumlah jarak Jelajah Perancis kini berada berhampiran destinasi terakhir mereka iaitu Gaza. Mereka telah sampai di Jerusalam dan akan meneruskan perjalanan mereka menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Rabu, 05/08/2009 – Zakariyya Zobeidi, pemimpin Briged Al-Aqsa yang merupakan sayap tentera pergerakan Fatah yang berkhidmat di Tebing Barat serta 24 anggotanya berketurunan Palestin yang telah diberi ampun oleh Israel, dijangka akan menghadiri majlis perasmian pembukaan Persidangan Fatah Kali Ke-6 di Bailtulham, Tebing Barat pada hari Selasa.

Selasa, 04/08/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang merancang untuk mnjelajah Eropah bagi berbincang dengan rakan sejawantnya di British, Gordon Brown; Canselor Jerman, Angela Merkel; dan Duta Khas US di Timur Tengah, George Mitchell di London.

Selasa, 04/08/2009 – Tahanan-tahanan Palestin di Penjara Salem, Israel melancarkan mogok lapar selama 2 hari sebagai bantahan terhadap kezaliman berterusan yang dilakukan oleh pengawal-pengawal keselamatan Israel serta keadaan hidup yang dahsyat di penjara itu.

Selasa, 04/08/2009 – Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Ilmu Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) mengumumkan di penghujung mesyuarat khusus pada hari Jumaat lalu, perisytiharan memasukkan 35 bahan warisan filem dokumentasi yang tidak ternilai ke dalam rekod ‘peringatan dunia’. Antara bahan yang dimasukkan itu ialah yang berkaitan dengan dunia Arab, iaitu gambar dan filem yang mendokumenkan sejarah pelarian rakyat Palestin.

Sabtu, 01/08/2009 – Pada Khamis lepas, Fatah telah mendakwa Hamas telah menahan beberapa orang pegawai Fatah, anggota Majlis Pusatnya serta pemimpin dan ahli pergerakan itu di daerah-daerah sekitar Selatan Semenanjung Gaza.

Sabtu, 01/08/2009 – Lebih daripada 200 penganut Yahudi yang fanatik telah menyerbu Masjid Al-Aqsa pada pagi Rabu lepas di kawasan Jerusalem yang diceroboh Israel. Penganut Yahudi fanatik tersebut menjalankan upacara keagamaan sempena ulangtahun kejadian yang digelar pemusnahan kuil.

Jumaat, 31/07/2009 – Ahli Parlimen Britain, George Galloway dalam satu wawancara akhbar berkata konvoi bantuan ke Semenanjung Gaza yang terkepung itu tetap diakan teruskan.

Jumaat, 31/07/2009 – PBB telah melaporkan pada Khamis bahawa organisasi itu telah menerima hampir 1500 laporan daripada rakyat Palestin yang menuntut ganti rugi atas pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam kawasan tanah mereka di Tebing Barat. Pegawai Ketiga Jawatankuasa PBB berkata, beliau telah mengkaji beratus-ratus tuntutan tersebut. Satu kenyataan telah disiarkan dalam satu laporan pada hari Khamis. Laporan ini melaporkan kerosakan akibat pembinaan Tembok Pemisah Israel dalam Tebing Barat.

Jumaat, 31/07/2009 – Israel mengumumkan semalam yang mereka akan menutup tiga terminal perdagangan di Semenanjung Gaza pada hari Jumaat, dan tidak menyediakan apa-apa maklumat selanjutnya berkaitan penutupan tersebut.

Khamis, 30/07/2009 –Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah.

Khamis, 30/07/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan semalam, Selasa (28/7) bahawa gerakannya memutuskan untuk tidak membenarkan anggota-anggota ‘Muktamar Keenam’ bagi gerakan Fatah dari Gaza untuk bergerak ke Tebing Barat untuk menyertai muktamar mereka selagi mana Fatah terus memburu para pimpinan HAMAS dan anggota-anggotanya di Tebing Barat.

Khamis, 30/07/2009 –Hamas akan membenarkan pemimpin-pemimpin Fatah yang menginap di Gaza menyertai Kongres Kali Ke-6 pergerakan itu yang akan diadakan di Tebing Barat pada 4 Ogos ini, setelah Fatah berjanji untuk membebaskan 200 anggota Hamas yang ditahan di penjara Tebing Barat.