Categories
Berita Semasa

Bendera Mesir kekal di kedutaan Zionis Israel di Kaherah

Khamis, 25/08/2011 – Bendera Mesir yang dinaikkan oleh Ahmad Shahat di kedutaan besar Zionis Israel di Kaherah masih lagi berkibar. Sebelum ini dikatakan bendera Zionis berkibar, tetapi tidak bertahan lama. Ahmad Shahat telah di berikan penghargaan di atas keberanian dan jatidiri yang tinggi telah ditunjukkan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

OCHA: Serangan udara Israel membunuh 14 rakyat Palestin dan mengakibatkan kerosakan besar

Khamis, 25/08/2011 – Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal-Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di kawasan jajahan Palestin mendokumenkan satu laporan yang dikeluarkan pada Ahad yang menyatakan Israel melancarkan lebih kurang 30 serangan udara yang mengambil nyawa 14 warga Palestin, mencederakan 41 yang lain dan mengakibatkan kerosakan yang teruk dalam satu siri serangan terbaru bermula sejak 18 Ogos lalu.

Laporan itu mengatakan kerosakan melibatkan kediaman-kediaman, sekurang-kurangnya 4 bangunan kerajaan dan 7 badan bukan kerajaan tempatan, 8 kedai dan pasaraya, sebuah masjid, sebuah sekolah dan 1 stesen minyak.

Infrastruktur juga turut terbabit. Sebuah stesen utama pengaliran sisa buangan yang dijangka mula beroperasi pada bulan-bulan akan datang telah musnah sama sekali, menurut dokumen itu. Stesen itu dijangka mampu berkhidmat untuk kem pelarian Nusairat dan Al-Bureij yang terdiri daripada populasi 130,000 orang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel gali terowong baru di wilayah orang Islam kota lama Baitulmuqaddis

Khamis, 25/08/2011 – Israel baru-baru ini telah mula menggali terowong baru di bawah Migharat al-Kitan (Gua Kapas), sebuah kuari di Kota Lama Baitulmuqaddis, menurut Yayasan Al-Aqsa.
Salah satu terowong yang menuju ke selatan berada di bawah sekolah Omari, utara dinding masjid sementara yang lain menuju barat laut ke kawasan berhampiran Bab a-Sahera yang dikenali orang Yahudi sebagai Pintu Herodes, dinding utara Kota Lama.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Yayasan Al-Aqsa, pihak berkuasa Israel merancang untuk menghubungkan terowong dengan rangkaian terowong yang disambung dari daerah Silwan yang terletak di selatan masjid serta berada di bawah Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya. Apabila selesai, rangkaian terowong dijadualkan sepanjang 1.6 km .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi melanggar seorang gadis Palestin

Khamis, 25/08/2011 – Seorang peneroka Yahudi telah melanggar seorang kanak-kanak Palestin berusia 12 tahun di Kota Lama Al-Khalil pada malam Isnin lalu, sumber-sumber tempatan melaporkan.

Mereka berkata bahawa Narmin Al-Tamimi telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju oleh rakyat Israel dan telah dibawa ke hospital di Al-Khalil selepas mengalami kecederaan.

Dalam kejadian berasingan, pasukan tentera Israel teruk memukul rakyat Palestin berusia 30 tahun di satu sekatan jalan raya berhampiran kampung Burqa Isnin lalu semasa beliau dalam perjalanan ke Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Yayasan Al-Aqsa : Zionis buat penggalian baru di bawah bandar lama

Khamis, 25/08/2011 – Yayasan Al-Aqsa untuk Pemeliharaan dan Sejarah mendedahkan dalam sebuah laporan akhbar pada hari Isnin (22 Ogos) bahawa Zionis dan badan eksekutif yang memperkenalkan diri mereka sebagai “Pertubuhan Warisan Zionis” memulakan penggalian terbaru terowong bawah tanah, di bawah gua lama, Gua Al-Kitan, yang terletaak di antara Pintu Amoud dan Sahirah (Herod) di kawasan utara bandar bersejarah Al-Quds. Salah satu terowong tersebut menghubungkan sehingga dibawah Masjid Al-Aqsa dekat kawasa Madrasah Umariah dari arah utara dinding Masjid Al-Aqsa, sementara sebuah lagi terowong yang bermula dari timur ke utara menuju ke kawasan yang dekat dengan Pintu Shairah – salah satu pintu bagi Bandar Al-Quds-.

Berdasarkan maklumat Yayasan Al-Aqsa, Zionis merancang untuk menggali terowong yang akan menghubungkan Bandar Silwan sehingga ke penghujung Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya dan akan bersifat bawah tanah. Ianya akan bermula dari tengah Bandar Silwan dan masuk ke Bandar Bersejarah dan Masjid Al-Aqsa dari selatan dan utara di samping juga mehubungkan di antara kawasan paling utara bandar tersebut, yang melibatkan terowong sepanjang 1600 meter.

Dalam lawatan sekitar bandar tersebut yang diketuai oleh yayasan ini, mereka mendedahkan beberapa tapak penggalian terowong ini, yang sedang dikerjakan oleh beberapa penggali terowong di kawasan hujung Gua Al-Kitan – yang dinamakan secara palsu oleh Zions sebagai Gua Raja Sulaiman atau Gua Tashdikiyahu (masing-masing adalah nama dari kitab Taurat-Talmud) – di mana pada masa itu mereka sedang menguatkan binaan terowong dengan kepingan-kepingan besi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Mesir: Kumpulan Berempat tidak peduli mangsa, campur tangan urusan dalaman

Khamis, 25/08/2011 – Menteri Luar Mesir, Mohammad Amr menyelar tindakan Kumpulan Berempat Antarabangsa yang tidak mengendahkan mangsa-mangsa di Mesir tetapi membincangkan hal ehwal dalaman Mesir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung kepesatan pembangunan di rantau terbabit.

Kata jurucakap kementerian itu, Menha Bakhoum, kritikan Menteri Luar tersebut diucapkannya dalam satu perjumpaan dengan wakil khas EU ke Timur Tengah, Robert Serry. “Mesir menganggap bahawa menangani isu keselamatan di Sinai adalah hal ehwwal dalaman yang membabitkan Mesir dan ucapan kumpulan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan,” kata Amr.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Tambah Bajet Militan Hadapi Perkembangan di Gaza dan Mesir

Rabu, 24/08/2011 – Sumber media Israel menegaskan bahawa pemerintahan Israel akan menambah bajet kementerian pertahanannya, berdasarkan perkembangan terbaru di Gaza dan kawasan perbatasan Mesir.

Akhbar Yediot Aharonot edisi Isnin (22/8) menyebutkan, penambahan bajet kementerian akan ditambah menjadi satu bilion shekel (USD 280 juta) sesuai dengan cadangan jawatankuasa Brudit yang menyetujui penambahan bajet kementerian pertahanan Israel untuk 10 tahun ke hadapan, di samping 620 juta shekel (USD 173 juta) yang telah di masukkan ke akaun pihak keselamatan.

Projek utama mereka adalah untuk membangunkan tembok sempadan untuk memisahkan wilayah Palestin jajahan 1948 dengan Mesir, dijangkakan projek tesebut akan selesai pada akhir tahun 2012.

Menurut akhbar itu lagi, penambahan kekuatan kepada pihak militan dan polis terfokus di wilayah Selatan Palestin, juga beberapa pos militan untuk menjaga sempadan dengan biaya sekitar puluhan juta shekel. Bajet perbelanjan militan Israel untuk tahun ini mencapai sekitar 55.5 bilion shekel yang ditambah dengan mengurangkan bajet kementerian lain.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Dua Rakyat Israel Maut, 10 Cedera Dalam Serangan Pejuang

Rabu, 24/08/2011 – Dua rakyat Israel maut dan sepuluh cedera dalam satu serangan balas pejuang Palestin pada petang Sabtu sebagai balasan serangan berdarah tentera penjajah Israel ke atas Semenanjung Gaza

Media Hebrew melaporkan bahawa roket Palestin gugur di penempatan haram Beer Sheba dan Ofakim, sambil menambah sebuah rumah rosak teruk apabila roket menghentam rumah itu mencederakan empat penduduk.

Pihak berkuasa Israel menyeru semua penduduk untuk berada di rumah. Salah satu roket menghentam sebuah kilang di Ofakim, menyebabkan kerosakan material yang teruk. Briget al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas mengumumkan pada petang Sabtu bahawa mereka melancarkan empat roket ke arah Ofakim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Serangan Israel ke atas Gaza berterusan Mengetepikan rundingan damai

Rabu, 24/08/2011 – Israel tetap menersukan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Ahad walaupun rundingan kedua belah pihak hampir berjaya.

Pada tegah hari Ahad, tujuh rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak terdera selepas jet pejuang Israel menyerang tapak kepunyaan Polis di barat daya Gaza, lapor pegawai perubatan.

Koresponden Pusat Info Palestin berkata bahawa pengeboman itu memusnahkan seluruh tapak itu, dan juga menyebabkan kerosakan ke atas kilang berdekatan.

Pusat latihan al-Naseer milik briget Salahuddin, sayap ketenteraan PRC juga dibom, walaubagaimanpun tiada laporan kecederaan diberikan.

Penduduk tempatan memberitahu sumber PIC bahawa terdapat juga pengeboman berdekatan dengan sebuah sekolah di barat daya Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza di mana sebuah kereta penduduk awam dibom. Juga tiada kecederaan dilaporkan.

Jet pejuang Israel yang lain melancarkan sebuah peluru berpandu ke atas pejuang di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, tetapi pejuang berjaya berundur tanpa kecederaan.

Sementara itu, sumber daripada rakyat Palestin berkata bahawa persetujuan awal telah dicapai untuk ketenangan di Semenanjung Gaza pada malam Ahad pukul 9, selepas usaha daripada pihak Mesir.

sumber yang sama juga berkata bahawa paksi Palestin bersetuju untuk meneruskan perdamaian tetapi juga berkata mereka juga akan bertindak balas ke atas serangan Israel.

15 rakyat palestin maut dan lebih 50 cedera dalam serangan Israel sejak petang Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Abbas menangguhkan pilihanraya bandaran

Rabu, 24/08/2011 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengutarakan isu yang agak kontrevesi iaitu menangguhkan pilihanraya bandaran.

Keputusan itu diikuti perbalahan yang meruncing antara Jawatankuasa Pusat Fatah dengan kumpulan – kumpulan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang dijadualkan bertanding pada 22 Oktober ini. Pihak berhaluan kiri membidas keputusan itu sejurus selepas pengumumannya dibuat. Ia disifatkan sebagai “menyalahi undang-undang” lantaran keputusan mahkamah Ramallah telah membenarkan mereka untuk membantah penangguhan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel ingin mendakwa rakyat Mesir yang membuang bendera Israel dari kedutaannya

Rabu, 24/08/2011 – Israel telah memfailkan dakwaan kepada Pendakwaraya Mesir terhadap Ahmed al-Shahat, warga Mesir yang menjadi wira setelah mengoyakkan bendera Israel dari bangunan Israel di Kaherah.

Media Israel berkata pada Isnin dengan memetik sumber bahawa Tel Aviv telah menugaskan seorang dutanya untuk melaksanakan pendakwaan dengan segera terhadap Shahat kerana mencerobohi keselamatan kedutaan.

Ribuan rakyat Mesir bersorak gembira setelah Shahat berupaya memanjat bangunan 21 tingkat yang terletak bersebelahan kedutaan Israel dan membakar bendera Israel setelah menggantikannya dengan bendera Mesir
dan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: Israel terus serang orang awam

Selasa, 23/08/2011 – Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa tentera Israel terus menyerang orang awam secara terbuka dan menyebabkan jumlah kematian orang awam semakin meningkat.

Kementerian telah menyeru para warga Gaza agar mengelakkan perhimpunan di kawasan sasaran serta membantu memudahkan kru perubatan untuk menguruskan urusan kemalangan jiwa. Pada Ahad, seorang kanak-kanak Palestin mengalami kecederaan teruk akibat letupan bom setelah sebuah pesawat perang Israel menyerang rakyat Palestin di Beit Lahya di utara Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas menuntut Israel bertindak ke atas kekejaman jenayah Israel di Gaza

Selasa, 23/08/2011 – Pergerakan Hamas menuntut Liga Arab untuk mengambil keputusan tegas dan konkrit untuk menghadapi kekejaman Israel terhadapa rakyat Plaestin di Semenanjung Gaza serta pencabulan kedaulatan Mesir.

Hamas dalam satu kenyataan menyeru Liga Arab untuk aktif dalam mesyuarat tergempar pada hari Ahad untuk melakukan pemulauan politik dan ekonomi terhadap pendudukan haram Israel. Ia juga menuntut Liga Arab agar menguatkuasakan resolusi dahulu yang diambil untuk melumpuhkan sekatan di Gaza dan memberi sokongan padu ke atas rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan peneroka Yahudi serang budak lelaki Palestin dengan batang besi

Selasa, 23/08/2011 – Seorang budak lelaki Palestin berusia 10 tahun mengalami luka sederhana selepas diserang dengan batang besi oleh kira-kira 15 peneroka Yahudi berhampiran penempatan Tebing Barat di kota Ramat Migron. Kanak-kanak itu dihantar dengan ambulan ke hospital Ramallah selepas menerima hentakan di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain sehingga menyebabkan kecederaan.

Media Israel berkata polis Israel telah menahan 13 pemudayang disyaki terlibat dalam kejadian itu. Mereka berkata suspek tidak bekerjasama dengan pihak polis, sambil menambah keadaan ketika kejadian itu masih belum jelas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bendera Israel di kedutaannya di Kaherah diganti

Selasa, 23/08/2011 – Seorang pemuda Mesir berjaya menurunkan bendera negara haram Israel yang berkibar di Kedutaan Negara haram Israel di Kaherah dan mengantikannya dengan bendera Mesir semasa protes diteruskan berikutan pembunuhan 5 orang anggota keselamatan Mesir.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Ahmed al-Shahat berjaya memanjat bangunan bersebelahan yang setinggi 23 tingkat. Bendera tersebut terus dibakar sebaik ianya mencecah tanah.

Sementara itu, beribu-ribu orang terus berkumpul di luar kedutaan terbabit yang telah memasuki hari ketiga, selepas tentera rejim Zionis menembak mati 5 orang tentera Mesir termasuk seorang yang berpangkat pegawai pada Khamis lalu di Semenanjung Sinai ketika sedang menjejaki para pejuang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa