Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Musleh: Rundingan Damai Di Tengah-Tengah Kempen

Rabu, 03/11/2010 – Ahli Parlimen Hamas di Ramallah, Mahmoud Musleh telah menyatakan bahawa perbincangan dengan Fatah tentang rundingan damai sementara kempen terus berjalan di Tebing Barat merupakan satu bentuk penipuan kepada orang awam.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin bahawa adalah tidak munasabah untuk bersetuju melaksanakan rundingan apabila pihak yang satu lagi sedang menculik dan mendera warga Palestin. Polisi yang diusahakan oleh pihak keselamatan PA di Tebing Barat tidak akan membuahkan hasil yang baik kepada gerakan Islam, Musleh menekankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pemantau Sains Kristian: Rejim Zionis tahan 100 kanak-kanak dari Silwan di bulan Oktober

Rabu, 03/11/2010 – Akhbar Pemantau Sains Kristian (CSM) melaporkan bahawa rejim Zionis telah menahan 100 orang kanak-kanak secara rawak pada bulan lepas di daerah Silwan, timur Jerusalem. Kebanyakan mereka berusia di bawah 13 tahun.

Sementara itu, polis rejim Zionis mendakwa pihaknya hanya menahan 40 orang awam di timur Jerusalem atas kesalahan membaling batu ke arah anggota polis dan terlibat dalam keganasan semasa dalam perjalanan pergi ataupun pulang sekolah. Demikian dilaporkan oleh akhbar terbabit.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia menyangkal dakwaan polis rejim Zionis itu dengan memaklumkan bahawa mereka menerima banyak aduan yang mengatakan penahanan itu dijalankan oleh pasukan pengintip ketika tiada berlaku kekacauan mahupun pembalingan batu. Kata kumpulan hak asasi manusia itu lagi, kanak-kanak terbabit diculik ketika mereka berada di pintu rumah masing-masing ataupun jalanraya dan lorong-lorong berhampiran yang menjadi tempat permainan mereka. Ada juga kanak-kanak yang diculik daripada rumah mereka pada jam 3 atau 4 pagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

(Panas) Zionis perhebatkan latihan ketenteraan di Tebing Barat

Rabu, 03/11/2010 – Hampir seminggu Zionis Israel melakukan latihan ketenteraan di Tebing Barat. Apa yang pastinya latihan semakin diperhebat. Pesawat tempur di dapati berterbangan membuat latihan intensif. Latihan turut diteruskan di sebelah malam. Terdapat sumber yang menyatakan latihan ini adalah persiapan untuk menyerang Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Fattah dan Hamas dijadualkan bertemu 9hb ini di Damsyiq

Rabu, 03/11/2010 – Sumber lain Pusat Informasi Palestin mengumumkan tarikh untuk pertemuan kedua antara Hamas dan Fattah telah ditetapkan pada hari Selasa minggu depan (9 November) bertempat di Damsyiq, ibu kota Syria untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan rekonsiliasi Palestin.

Dr. Ismael Radwan, salah seorang pimpinan Hamas menyatakan bahawa beliau akan mewakili Hamas dalam pertemuan dengan Fattah di Damsyiq minggu depan, beliau juga menambah, “Menteri Hamas, Dr. Ismael Al-Ashqar akan mengetuai delegasi Hamas dari Gaza.”

Radwan berkata dalam laporan khas untuk Pusat Informasi Palestin petang Isnin (1 November), bahawa pertemuan kali ini akan memberi fokus kepada isu keamanan dan pembaikan semula struktur dan pembaharuan sistem keselamatan untuk peringkat negara, dan untuk mempertahankan dan membela hak-hak warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hammad tidak membenarkan perang terhadap Israel pada masa ini

Rabu, 03/11/2010 – Menteri Dalam Negeri Palestin di Gaza, Fathi Hammad mengatakan bahawa keadaan serantau dan antarabangsa adalah tidak sesuai untuk mengadakan perang yang terbaru terhadap regim Israel di Semenanjung Gaza.

Dia berkata kepada surat kabar Al-Hayat yang berpusat di London, yang diterbitkan pada hari Isnin, bahawa kerajaan tidak takut perang, mendakwa Israel dengan memprovokasi AS untuk melancarkan perang terhadap Iran. Menteri menegaskan bahawa rakyat Palestin akan berdiri cepat dan akan berakhir dengan kemenangan seolah-olah ini adalah perang yang terakhir di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mogok umum di Silwan sebagai memprotes kunjungan datuk bandar Israel

Rabu, 03/11/2010 – Sumber tempatan berkata mogok umum itu diadakan Isnin pagi di sekitar kejiranan kawasan Silwan sebagai protes atas kunjungan provokatif yang dibuat oleh datuk bandar Israel di kota suci, Nir Barakat berdekatan daerah Al-Ras Amud .

Barakat bertanggung jawab mengeluarkan perintah memusnahkan rumah-rumah Palestin di Baitulmuqaddis yang diduduki yang menjadikan beratus-ratus penduduk Palestin tidak mempunyai rumah. Dalam pada itu, pada hari yang sama di Silwan tentera Zionis Israel (IOF) telah menculik ahli jawatankuasa mempertahankan kejiranan, Al-Bustan Adnan Ghaith tanpa dapat dipastikan sebab penahanannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis membuat soal-siasat terhadap pegawai HAMAS di Yabad

Rabu, 03/11/2010 – Seorang Pegawai Perisikan senior menemani Tentera Penjajah Israel (IOF) yang menyerbu dua buah rumah milik tokoh HAMAS di Kampung Yabad, Daerah Jenin, dan melakukan soal-siasat di dua buah rumah itu.

Sumber HAMAS di kampung itu memberitahu Pusat Info Palestin (PIC) bahawa tentera itu mengelilingu rumah Syeikh Ezeddin Amarne, 48 dan menyoalnya dalam rumahnya selama dua jam.

Amarne, yang buta, telah dipenjarakan beberapa tahun di penjara dimiliki Israel.

Sumber itu juga menyatakan pasukan yang sama juga memecah masuk rumah Syeikh Adnan Hamarshe, 46, dan menyoal siasatnya. Hamarshe merupakan tahanan yang berkhidmat dalam pentadbiran paling tua, sebelum dia dibebaskan.

Sumbar itu menambah bahawa pasukan itu memberi mesej berbaur ancaman kepada dua orang iu dan mengarah mereka menyampaikan ancaman itu kepada pemimpin HAMAS. Kedua mereka menolak dan mangatakan bahawa mereka bukan pihak yang mengambilberat hal itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Israel Harus Bayar Harga Shalit

Rabu, 03/11/2010 – Pemimpin gerakan Hamas dan juga Wakil Ketua Parlimen, Dr. Sholah Bardawil menegaskan, Israel harus membayar harga Shalit dan melaksanakan syarat yang ditetapkan faksi pejuang.

Pernyataan tersebut diungkapkan dalam majlis perpaduan yang diselenggarakan oleh Persatuan Tahanan dan bekas Tahanan, Isnin pagi (1/11) di depan pejabat pusat Palang Merah di Khan Yunis bersama para tahanan di penjara Israel.

Bardawil menambah, membebasan tahanan merupakan hutang yang melilit di leher kita masing-masing, ia tidak akan terlepas sampai kita berusaha membebaskan mereka. Kerana itu, kita wajib melepaskan kezaliman yang melilit mereka. Beliau menambahkan, meskipun para tahanan mengalami kezaliman yang dilakukan Israel, namun mereka tetap konsisten dan tetap utuh memegang prinsip.

Tokoh Hamas ini meminta badan hak asasi manusia antarabangsa dan semua pihak berkaitan untuk bekerja dengan serius untuk merealisasikan tuntutan para tahanan dan membebaskan mereka. Beliau menegaskan, Hamas akan terus berusaha sekuat tenaga membebaskan mereka.

Dalam sambutan mewakili keluarga tahanan, beliau menyatakan bahawa para tahanan dilarang menerima kunjungan ahli keluarga, mereka dikurung di sel terasing dan tidak mendapat makanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Ahli politik Eropah akan lawat Jerusalem, Tebing Barat dan bertemu pegawai-pegawai Palestin

Selasa, 02/11/2010 – Delegasi berprofil tinggi yang terdiri daripada ahli-ahli politik Negara-negara Eropah dijadualkan melawat Jerusalem dan Tebing Barat pada hari Ahad untuk menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis di sana serta bertemu dengan pegawai-pegawai dan rakyat Palestin.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perhubungan Eropah-Palestin (CEPR) menyatakan bahawa delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli politik Eropah yang diketuai oleh seorang anggota Parlimen Eropah, Gerald Kaufman akan berlepas ke Jerusalem dan Tebing Barat untuk melihat dengan lebih dekat impak negatif yang berlaku hasil daripada penjajahan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin.

Delegasi itu juga akan melawat ibupejabat Palang Merah di Jerusalem untuk bertemu dengan para penggubal undang-undang dan pegawai Palestin yang menerima ancaman dibuang dari tanahair sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan Yahudi membiarkan seorang rakyat Palestin dalam keadaan kritikal selepas satu serangan kejam

Selasa, 02/11/2010 – Sekumpulan Yahudi menyerang seorang rakyat Palestin ketika beliau sedang berjalan di Hillel Street di Barat BaitulMaqdis sehingga tidak sedarkan diri. Keluarga mangsa mengatakan beliau diberikan rawatan intensif di Hospital Hadasa Ain Karim.

Mereka menambah bahawa mangsa,Fareed Kamil Al-Toubasi dibiarkan dalam keadaan cedera parah setelah beliau menerima beberapa pukulan keras ke beberapa bahagian tubuh, termasuk kepala dan dada. Beliau mampu bangun untuk beberapa saat dan kembali tidak sedarkan diri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Laporan: 3 Terbunuh, Puluhan Lagi Tercedera Diserang Tentera Israel Pada Oktober di Semenanjung Gaza

Selasa, 02/11/2010 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh pasukan perubatan di Semenanjung Gaza mencatatkan kematian dan kecederaan puluhan warga Palestin akibat serangan tentera rejim Israel pada bulan Oktober 2010.

Laporan yang dikeluarkan pada Ahad itu menyatakan, gerombolan tentera Israel melancarkan 3 serangan udara di kawasan-kawasan berbeza lalu menyebabkan 2 terbunuh dan 10 tercedera. Mangsa korban tersebut dikenali sebagai Mahmoud Jabir Washah, 21, dan Mohammed Hisham Zaqout, 22.

Tentera Israel melepaskan tembakan peluru meriam di beberapa lokasi di Semenanjung Gaza dengan menyasarkan ladang-ladang serta kediaman yang mana salah satunya milik Jihad Subhi Afana, 20 di timur Jibalia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Idea untuk Persidangan Antarabangsa cuma Membazir Masa dan Tenaga

Selasa, 02/11/2010 – Pegawai Perhubungan Antarabangsa HAMAS, Osama Hamdan menyatakan usaha kerajaan Mesir yang terbaru untuk menyelamatkan keruntuhan proses damai antara Israel dan Pihak (Mahmoud) Abbas satu pembaziran masa dan tenaga.

Dia berkata dalam satu kenyataan media pada Ahad bahawa apa yang dikatakan proses damai itu telah gagal lama dulu, sambil menambah bahawa lebih baik untuk mengumumkan kegagalan proses itu dan seterusnya membina projek kebangsaan Palestin dalam asas memberi sokongan kepada kebebasan, pertahanan dan hak untuk kembali.

Komentarnya tentang berita bahawa satu gerak kerja baharu Kaherah untuk menganjurkan satu Persidangan Keamanan Antarabangsa, beliau berkata bahawa tiada gunanya untuk persidangan seperti itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu di Washington minggu depan, tiada jadual pertemuan dengan Obama

Selasa, 02/11/2010 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa beliau akan melawat ke Amerika Syarikat pada hari Ahad akan datang dalam rangka lawatan rasmi bagi menghadiri persidangan untuk pertubuhan Yahudi.

Dalam mesyuarat dengan menteri partinya (Likud) pada Ahad lalu beliau memberitahu akan bertemu dengan Joe Biden, wakil presiden Amerika. Beliau menambah pertemuan yang dijadualkan diadakan dengan Presiden Barack Obama dibatalkan kerana maklumat terkini menyatakan Obama mempunyai lawatan ke Asia pada masa yang sama dengan kunjungannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haniyah: Ancaman Israel hanya serangan psikologi

Selasa, 02/11/2010 – PM Palestin Ismail Haniyah menegaskan bahawa ancaman Zionis untuk melancarkan perang dan agresi baru ke Gaza hanyalah sekadar perang psikologi denagn tujuan untuk melemahkan semangat rakyat Palestin dan kumpulan pejuang Palestin. Ancaman itu juga menakut-nakutkan sukarelawan antarabangsa ke Gaza bagi menyampaikan bantuan.

Haneya menyatakan para pemimpin Zionis-Israel masih takut dengan bayang-bayang mereka sendiri, terutamanya laporan Goldstone dan serangan ke atas flotila Mavi Marmara. Pemimpin Zionis Israel juga tidak berani untuk ke luar negara kerana mereka akan berdepan kecaman dari pemimpin negara lain.
Dalam keadaan Zionis-Israel cuba untuk melumpuhkan segala kegiatan di Gaza, Hamas dan rakyat Palestin terus bangkit dalam meneruskan perjuangan dan pembangunan Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Politikus Yaman: Sekatan Bukti Kekalahan Politik Israel

Selasa, 02/11/2010 – Badan kerakyatan untuk perpaduan Palestin mengadakan seminar politik dan peradaban bertajuk “Hapuskan Sekatan”. Majlis ini adalah kerjasama dengan pihak Lembaga Al-Ahmar bidang kajian dan pengenalan tempat suci, Sabtu (30/10). Hadir dalam majlis tersebut, beberapa perwakilan dari gerakan pejuang Islam Hamas di Yaman, seperti, Dr. Abdul Mu’thi Zaqut dan Syaikh Muqbil, pimpinan Ikatan Ulama Palestin di Yaman. Di samping itu turut hadir, Yahya Syami, anggota badan kerakyatan untuk perpaduan Palestin dan Isu Ummah Yaman.

Dalam seminar tersebut, wakil dari Hamas, Dr. Abdul Mu’thi Zaqut mengatakan, Entiti Zionis adalah gabungan antara negara-negara barat dan gerakan Zionis antarabangsa. Ketika ini negara Barat melihat negara Arab, sebagai wilayah strategik yang kaya dengan pengalaman. Berkaitan dengan doktrin Zionis dalam menguasai wilayah Arab, Zaqut mengatakan, bagi Zionis perluasan kawasan adalah sebahagian daripada strategi utama doktrin mereka. Apatah lagi hampir semua parti Zionis sepakat dalam empat hal. Pertama, tidak boleh menyerah dalam isu wilayah. Kedua, tidak ada hak kembali kepada pelarian Palestin. Ketiga, tidak boleh menyerahkan Al-Quds. Keempat, tidak ada kedaulatan penuh bagi negara Palestin.

Dalam pada itu, Zaqut menyeru agar masalah Palestin diperjuangkan sebagai masalah bangsa Arab dan Islam sementra entiti Zionis menuju jalan kemusnahan.

sumber : COMES
penterjemah : osman