Categories
Berita Semasa

Warga Jerussalam akan kekal tabah di sebalik pencabulan Israel 

Jumaat, 26-08-2022 –Timbalan Pengarah Majlis Wakaf Islam Baitulmuqaddis, Sheikh Najeh Bakirat, pada hari Isnin menegaskan bahawa penduduk Baitulmuqaddis akan tetap tabah walaupun Israel berulang kali melanggar hak mereka ke atas kediaman dan pendidikan.

“Salah satu sebab terpenting bagi ketabahan penduduk Baitulmuqaddis adalah perpaduan mereka semasa menentang jenayah rejim Israel,” kata Sheikh Bakirat dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa penentangan adalah satu-satunya cara untuk mencapai kemenangan.

Sheikh Bakirat mengesahkan bahawa jenayah kejam membakar masjid Al-Aqsa 53 tahun lalu, selain menjadi punca kesedihan rakyat Palestin, akan kekal sebagai bukti keganasan kumpulan pelampau Zionis dan serangan yang tidak berkesudahan terhadap tapak suci itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas, Jihad : Gerakan Bersama Bentuk Kejayaan Negara

Jumaat, 26-08-2022 – Hamas dan Gerakan Jihad Islam pada hari Isnin berkata Bilik Gerakan Bersama adalah pencapaian nasional yang melibatkan semua puak penentang dalam rangka kerja bersatu untuk menangani konfrontasi dengan pendudukan Israel.

Dalam satu kenyataan bersama, Gerakan itu menekankan usaha berterusan mereka untuk mengukuhkan peranan dan status Bilik Gerakan Bersama sehingga pembebasan sepenuhnya, dan menambah bahawa penentangan menyeluruh adalah satu-satunya cara membebaskan tanah dan tapak suci Palestin.

“Puak penentang Palestin akan bersatu sambil menentang jenayah Israel,” Gerakan itu mengesahkan, dan memberi amaran bahawa sebarang pengkhianatan yang dibuat terhadap rakyat Palestin akan menyebabkan tindak balas yang tegas dan bersatu daripada puak penentang Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tlaib menggesa tindakan Amerika Syarikat selepas serangan rejim Zionis Israel ke atas NGO Palestin.

Jumaat, 26-08-2022 – Ahli Kongres Amerika Syarikat, Rashida Tlaib menggesa pentadbiran Biden supaya meletakkan Israel bertanggungjawab ke atas serangan dan penutupan pergerakan hak assasi Palestin di kawan Tebing Barat yang dijajah, dalam satu usaha untuk tindakan antarabangsa.“

Hampir 100 hari setelah wartawan Amerika Shireen Abu Akleh telah mati dibunuh oleh penembak hendap rejim Zionis Israel , kerajaan apartheid telah bergerak menutup tujuh organisasi hak asassi manusia di tengah perjuangan untuk nyawa, kebebasan dan kemerdekaan untuk hampir sejuta warga Palestin “ menurut Tlaib di dalam satu kenyataan pada Jumaat lepas. 

“Saya menyeru Rumah Putih untuk mengutuk serangan ke atas rakyat Palestin dan ambil tindakan untuk menghentikan serangan tersebut. “

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Jenayah Israel, Liga Arab Beri Amaran

Jumaat, 26-08-2022 – Sekretariat Agung Liga Arab pada Isnin beri amaran tentang bahaya percubaan berterusan Israel untuk mengubah sejarah dan status undang-undang Jerusalem, yang menimbulkan ancaman dan keselamatan antarabangsa.

“Jenayah serta pencabulan Israel terhadap warga Palestin dan Tanah Suci dilihat semakin meningkat, termasuklah pencerobohan Masjid Al-Aqsa berulangkali selain penangkapan pejuang Palestin,” jelas mereka pada ulangtahun ke-53 serangan kebakaran Masjid Al-Aqsa.

Tegas mereka, jenayah ini bertujuan meyahudikan Jerusalem dan menghapuskan identiti Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

IOA musnahkan lapan rumah warga Palestin di Jericho

Jumaat, 26-08-2022 – Pada Isnin, rejim zionis (IOA) memusnahkan lapan rumah di barat Jericho yang dimiliki oleh keluarga-keluarga penduduk Baitulmuqaddis atas alasan pembinaannya tidak berlesen.

Menurut sumber tempatan, rumah-rumah itu sedang dalam proses pembinan dan dimiliki oleh keluarga-keluarga warga Palestin, yang mengambil keputusan untuk membinanya di tanah mereka di Jericho.

Pemilik rumah-rumah ini adalah Khalil Afana, Ra’ed Smirat, Mar’iee Jaabis, Nasser ash-Shalloudi, Sharif Qaqouri, Yousef al-Asmar, Kamal Barahma dan Ayman Sablaban.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penutupan Institusi Sebahagian Daripada Perang Terbuka Terhadap Palestin

Isnin, 23-08-2022 – Ketua Pengarah Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia (ICHR) Ammar Dwaik berkata pada hari Khamis bahawa keputusan Israel untuk menutup institusi hak asasi manusia merupakan sebahagian daripada perang terbuka terhadap rakyat dan tanah Palestin, dan menyeru supaya perlindungan undang-undang diberikan kepada institusi hak asasi manusia Palestin.

Pengarah institusi al-Haq, Shawan Jabarin telah melabelkan keputusan Israel untuk menutup institusi hak asasi manusia di bandar Ramallah di Tebing Barat itu sebagai satu keputusan politik.

“Institusi kami beroperasi di bawah undang-undang Palestin dan bukan oleh keputusan Gantz,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ramallah, dan menafikan dakwaan Israel yang menuduh kumpulan hak asasi manusia Palestin mengambil bahagian dalam aktiviti “keganasan”.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF menahan 10 warga Palestin di Tebing Barat.

Isnin, 23-08-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan beberapa warga Palestin dari pelbagai kawasan di Tebing Barat pada subuh Khamis.

Menurut sumber tempatan, 10 warga Palestin ditahan ketika kempen serbuan, termasuk dua pemimpin Gerakan Hamas di Jenin.

Mereka adalah Nazih Saeed Abu Oun dan Muhammad Abdel Raouf Hamdan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel enggan bebaskan banduan tamat tempoh tahanan

Isnin, 23-08-2022 – Pentadbiran penjara rejim Israel pada hari Khamis enggan membebaskan tahanan Palestin, Ahmad Abu Jazar walaupun selepas dia menamatkan tempoh hukuman penjara selama 19 tahun.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan, Israel memutuskan untuk melanjutkan penahanan Abu Jazar sehingga 24 Ogos untuk siasatan lanjut selepas menuduhnya menyerang pegawai penjara Israel.

Suruhanjaya melabelkan keputusan Israel itu sebagai satu provokasi perasaan ke atas keluarga Palestin yang bertujuan menghalang mereka daripada meraikan pembebasan anak lelaki mereka, menyeru institusi antarabangsa dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa untuk berusaha ke arah membebaskan tahanan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Gadis Palestin Yang Tercedera ke Türkiye Untuk Rawatan

Jumaat, 19-08-2022 – Seorang gadis Palestin berusia 11 tahun, Rahaf Salman dan abangnya berusia 13 tahun, yang kedua-duanya cedera dalam serangan Israel baru-baru ini di Semenanjung Gaza, meninggalkan wilayah itu pada hari Rabu untuk rawatan di Türkiye.

Keluarga Palestin itu meninggalkan Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah ke Mesir, di mana mereka akan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Türkiye.

Pada 6 Ogos, Rahaf dan Mohammed cedera terkena serpihan peluru berpandu Israel ketika serangan ke atas bandar Jabalia di utara Semenanjung Gaza. Kaki dan tangan kanan Rahaf terpaksa dipotong.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF serang nelayan dan petani di Gaza

Jumaat, 19-08-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Rabu menyerang nelayan dan petani Palestin di barat dan timur Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, bot bersenjata Israel menyerang nelayan dan bot mereka menggunakan peluru hidup dan Meriam air ketika berada dalam lingkungan beberapa batu nautika di utara perairan Gaza, menyebabkan mereka terpaksa kembali ke pantai.

Tiada yang dilaporkan cedera dalam serangan IOF itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dua keluarga Palestin dipaksa robohkan rumah

Jumaat, 19-08-2022 – Pihak berkuasa Israel telah memaksa dua buah keluarga warga Palestin di Baitulmuqaddis yang diduduki untuk merobohkan sendiri rumah mereka kerana didakwa dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa Israel.

Ahli keluarga Shweiki kehilangan tempat tinggal selepas diarah merobohkan sendiri rumah mereka di kawasan kejiranan Al-Thawri yang menghadap masjid Al-Aqsa pada hari Rabu.

Keluarga Abu Raya juga terpaksa merobohkan sendiri sebahagian daripada rumah mereka di kampung Al-Sharafat, selatan Baitulmuqaddis yang diduduki.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Israel mengaku membunuh lima kanak-kanak dalam keganasan terbaru di Gaza

Khamis, 18-08-2022 – Setelah sebelum ini menyalahkan pejuang Jihad Islami, pegawai tentera rejim mengaku pada Selasa yang serangan udara Israel bertanggungjawab ke atas pembunuhan lima kanak-kanak Palestin pada hari terakhir serangan terbaru di Semenanjung Gaza.

Menurut laman sesawang akhbar Haaretz, beberapa sumber tentera mengesahkan yang satu soal siasat ketenteraan dilakukan terhadap kejadian itu, yang berlaku pada 7 Ogos di perkuburan Fallujah, timur Jabalia, merumuskan yang kanak-kanak itu memang terbunuh dalam serangan udara rejim Israel.

Pada masa kematian mereka, beberapa pegawai kanan mendakwa yang lima kanak-kanak itu kemungkinan besar dibunuh oleh roket Jihad Islami yang tersalah ditembak.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mardawi: Perjuangan dan Sokongan Rakyat Meningkat Di Tebing Barat

Khamis, 18-08-2022 – Tokoh Hamas Mahmud Mardawi menegaskan bahawa pejuang Palestin terus melakukan aksi yang didokong oleh segenap masyarakat di seluruh kota Tebing Barat.

Saluran berita, Hurieh News mengutip pernyataan Mardawi bahawa para pejuang perlawanan di Jenin, Tulkarm dan Nablus mula beralih dari keadaan terbuka kepada tertutup dengan sokongan segenap rakyat untuk terus menyerang para penduduk dan tentera zionis.

Para pejuang menghadapi penduduk Israel yang bertebaran di kawasan bukit dan di sejumlah kawasan Tebing Barat. Tindakan ini menimbulkan kesukaran kepada pihak militan Israel untuk berhadapan dengan dua front iaitu di Utara dan Selatan.

Mardawi menyatakan bahawa perlindungan rakyat adalah keutamaan dan mengirimkan pesan bahawa bangsa Palestin komited pada pilihan perjuangan memikul senjata, sebagai satu-satunya pilihan membebaskan diri dari penjajahan.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Delegasi Eropah melawat Gaza untuk menilai keadaan kemanusiaan

Khamis, 18-08-2022 – Satu delegasi diplomat Eropah tiba pada pagi Selasa di Semenanjung Gaza untuk bertemu dengan pegawai dari UNRWA dan organisasi lain serta melawat kawasan yang dibom.

Delegasi itu, termasuk duta dan diplomat dari negara Eropah yang berbeza, akan diberi taklimat mengenai situasi kemanusiaan di Gaza berikutan pendedahannya kepada pencerobohan Israel baru-baru ini.

Delegasi itu akan bertemu dengan pegawai UNRWA dan wakil pertubuhan masyarakat sivil, dan membuat beberapa lawatan lapangan untuk bercakap dengan saudara-mara mangsa dan pemilik rumah yang dibom.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Lanjut Tempoh Kurungan Seorang Diri Manasra

Khamis, 18-08-2022 – Mahkamah Israel di Beersheba memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan bersendirian Ahmad Manasra selama enam bulan lagi pada sesi mahkamah hari Selasa, lapor Pejabat Media Asra.

Menurut peguam Khaled Zabarqa, lanjutan tempoh kurungan seorang diri Manasra bermula pada 21 Mei 2022 dan akan berakhir pada 21 November 2022, walaupun keadaan mentalnya semakin merosot.

Peguam Zabarqa meminta Israel bertanggungjawab terhadap keadaan kesihatan mental Manasra yang semakin teruk berikutan pelanjutan tahanan sendiriannya di samping pengabaian perubatan oleh Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar