Categories
Foto/Video/Muzik

PM Palestin, Ismail Haniya menangis ketika mengimami solat jemaah.

Categories
Berita Semasa

Tangkapan politik di Tebing Barat ancam dialog perpaduan nasional.

Khamis,  12/03/2009 – Ra’fat Nasif, seorang pimpinan HAMAS di Tebing Barat menegaskan penangkapan politik berterusan di Tebing Barat akan mengancam segala persefahaman dan dialog yang sedang berlangsung di antara fraksi-fraksi Palestin di ibu negara Mesir, Kaherah ketika ini.

Categories
Berita Semasa

Hamas tolak Fayyad sebagai Perdana Menteri.

Rabu,  11/03/2009 – Hamas pada hari Selasa menolak Salam Fayyad sebagai Perdana Menteri Kerajaan Gabungan sekiranya kerajaan gabungan berjaya ditubuhkan.

Categories
Berita Semasa

Pembebasan Shalit: Israel mesti terima semua tuntutan HAMAS.

Rabu,  11/03/2009 – Ketua ‘Harakah Islamiyyah’ dan ketua ‘Blok Kesatuan Perubahan Arab’, Abdullah Sarsur membayangkan keganjalannya terhadap sikap degil kerajaan Zionis sepanjang 3 tahun lalu berkenaan isu pertukaran tawanan antara regim tersebut dengan HAMAS.

Categories
Berita Semasa

100 buah kenderaan antara yang diserah konvoi George Galloway kepada HAMAS.

Rabu,  11/03/2009 – Penggubal undang-undang British, George Galloway telah menyerahkan sumbangan berupa bantuan kewangan, perubatan serta kenderaan kepada kerajaan PA pimpinan Ismael Haneyya yang beliau sifatkan sebagai kerajaan PA yang sah di Palestin.

Categories
Berita Semasa

Europe Campaign: Konvoi “Arteri Kehidupan” bukan yang terakhir memasuki Gaza.

Rabu,  11/03/2009 – Europe Campaign merupakan kempen membebaskan sekatan terhadap Gaza yang bermula di UK. Kempen ini sudah tiba di Gaza bersama puluhan trak, kereta dan para aktivis antarabangsa. Bertemakan “Arteri Kehidupan”, kempen ini akan diteruskan oleh kumpulan-kumpulan berikutnya.

Categories
Berita Semasa

Olmert: Tidak ada dialog dengan Hamas.

Selasa,  10/03/2009 – Pergeseran antara Ehud Olmert dan Ehud Barak semakin ketara apabila mereka saling tidak bersependat dalam isu dialog dengan Hamas. Ehud Barak yang optimis dengan dialog dengan Hamas yang mana Mesir menjadi orang tengah. Olmert pula dilihat menentang dialog dan menolak gencatan senjata.

Categories
Berita Semasa

Galloway: Kami akan beri bantuan kepada kerajaan Gaza.

Selasa,  10/03/2009 – Sebaik tiba di Sahat al-Katibah di Gaza pada hari Isnin (9/3), George Galloway seorang ahli Parlimen British dan ketua konvoi ‘Pembuluh Kehidupan’ yang bertujuan memecahkan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza, menyeru semua individu yang merdeka di seluruh dunia agar menghantar konvoi serupa, delegasi dan bantuan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

Categories
Berita Semasa

Resolusi ‘al-Quds sentiasa di hati’ seru tubuh JK pembela.

Sabtu, 07/03/2009 – Badan-badan amal Baitul Maqdis yang beroperasi di Jordan mengkritik ketiadaan pendirian Arab dan Islam yang berkesan bagi memberikan tekanan terhadap pihak berkuasa Zionis agar memberhentikan perancangan mereka yang bertujuan untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan menghalau para penduduknya dari bandar tersebut.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Pemandu traktor berbangsa Palestin dibunuh.

Sabtu, 07/03/2009 – Pemandu sebuah traktor berbangsa Palestin telah ditembak mati, Khamis petang, di pinggir bandar Malha , Baitulmuqaddis, selepas beliau menghentam sebuah kereta polis dan sebuah bas kosong.

Categories
Berita Semasa

Masjid Aqsa bakal runtuh tidak lama lagi ?

Jumaat, 06/03/2009 – Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.

Categories
Berita Semasa

Mish’al: HAMAS bersama Sudan menentang konspirasi Zionis-Amerika.

Jumaat, 06/03/2009 – Khalid Mish’al, ketua biro politik HAMAS mengutuk arahan tangkapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap Presiden Sudan, Umar al-Bashir. Demikian ditegaskan beliau melalui panggilan telefon kepada presiden tersebut sebaik sahaja arahan tahanan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Categories
Berita Semasa

Komander Al Quds syahid dalam serangan rejim Zionis.

Jumaat, 06/03/2009 – Sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islami, Briged Al-Quds mengumumkan berita pembunuhan salah seorang komander mereka. Khaled Sha’lan, 24 tahun di Wilayah Utara Gaza pada malam Rabu lepas. Beliau cedera di dalam satu serangan hendap yang dilancarkan oleh pihak Yahudi laknatullah. Khaled telah meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan parah yang dihidapinya.

Categories
Berita Semasa

Zahhar: Kerajaan perpaduan tidak akan iktiraf Israel.

Jumaat, 06/03/2009 – Pemimpin Hamas serta wakil rakyat Dr. Mahmoud Al-Zahhar telah menegaskan dalam sebuah rencana akhbar Khamis bahawa kerajaan perpaduan tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel.

Categories
Berita Semasa

MP Zeidan dibebaskan selepas 23 bulan dalam tahanan .

Rabu, 04/03/2009 – Penguatkuasa Israel telah melepaskan Abdel-Rahman Zeidan, bekas Menteri Kementerian Kerja Raya dalam kerajaan Palestin yang ke-10 di bawah pimpinan PM Ismail Haneyya. Sumber menyatakan bahawa beliau dibebaskan dari penjara di padang pasir Negev pada hari Isnin 2 Mac 2009 setelah 23 bulan berada dalam tahanan.