kredit : http://wakeupproject.com

Isnin, 02/02/2009 – HAMAS mengecam keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahmud Abbas -Presiden Palestin yang sudah berkahir tempoh pemerintahannya- yang menentang dialog kebangsaan Palestin dan dialog dengan kumpulan-kumpulan pejuang, dengan menganggap kenyataan tersebut menunjukkan krisis parah yang dialaminya selepas tempoh pemerintahannya tamat.

Isnin, 02/02/2009 – Ketua Parti Buruh Mesir, Dr Majdi Hussein mengatakan, perjuangan rakyat Gaza telah mengalahkan serangan Zionis Israel. Dalam pernyataan akhbarnya Sabtu (31/1) setelah pulang dari Gaza Hussein mengatakan, kemenangan perjuangan di Gaza semakin meningkatkan sokongan masyarakat terhadap pilihan perlawanan. Hal ini menunjukkan perjuangan dan kemenangan Hamas telah mengangkat darjat masyarakat Arab dan Islam.

Isnin, 02/02/2009 – Kerajaan PA pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haneyya telah mengecam kenyataan pegawai-pegawai Israel yang mengancam untuk menyerang lagi Semenanjung Gaza, sambil menuduh Israel mencipta alasan untuk menggagalkan usaha damai Mesir.
Parlimen Yaman desak tolak Abbas.

Isnin, 02/02/2009 – Seramai 58 ahli parlimen Yaman yang telah bersetuju dan mendesak kerajaan Yaman agar tidak lagi menerima kunjungan Mahmoud Abbas yang kini telah tamat tempoh sebagai Presiden Palestin. Abbas dikecam kerana telah mengkhianati aspirasi rakyat Palestin dan terbabit dan bersekongkol dengan Zionis-Israel dalam menentang para pejuang kemerdekaan Palestin.

Isnin, 02/02/2009 – Sumber-sumber tentera Zionis telah memberitahu bahawa sebuah bas Zionis telah menjadi sasaran tembekan tentera pejuang ketika cuba merentasi kampong Salwad di barat Ramallah tanpa menyiarkan bilangan yang tercedera dan mati.
Sumber itu menambah lagi sebuah tempat jajahan Zionis di pertempatan Itmar di timur Nablus telah ditembak dari arah kampong Beit Fourik yang berjiran dengan mereka juga tanpa menyiarkan bilangan yang cedera.
sumber : http://www.alqassam.ps/arabic/
penterjemah : ibnu_nashr

Isnin, 02/02/2009 – HAMAS menegaskan kenyataan Blair, wakil jawatankuasa empat pihak (Amerika Syarikat, PBB, Russia dan Kesatuan Eropah) ke Timur Tengah sebagai ulang tayang bagi senario lama dan bahawa semua percubaan mencampuradukkannya dengan proses damai adalah percubaan yang sia-sia dan tidak dipersetujui oleh HAMAS sejak dahulu dan oleh beberapa pihak Arab dan antarabangsa. HAMAS juga menegaskan kenyataan ini dalam masa yang sama adalah pengiktirafan bahawa HAMAS adalah kuasa utama dalam isu Palestin yang mesti diambil kira.

Ahad, 01/02/2009 – Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin

Ahad, 01/02/2009 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bangun meninggalkan sidang ekonomi dunia di Switzerland dalam keadaan berang sebagai bantahan kerana tidak diberi masa yang mencukupi bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Simon Peres, Presiden Israel, yang berucap panjang dan memberikan pelbagai alasan terhadap penyembelihan dilakukan tentera Israel di Gaza.

Ahad, 01/02/2009 – Seramai 8 orang warga Palestin telah di tahan selepas serangan udara bertubi-tubi sejak Rabu lalu. Menurut saksi, tentera Zionis-Israel merempuh masuh dan menggeledah rumah-rumah milik warga Palestin sedang ke semua ahli keluarga di suruh keluar.
Mengingat kembali peristiwa pembantaian rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di kem pelarian Shabra Shatila pada tahun 1982.

Khamis, 29/01/2009 – Satu keputusan yang diambil oleh British Broadcasting Corporation(BBC) untuk enggan mengudarakan rayuan bantuan kemanusiaan ke atas Gaza telah menyebabkan bantahan dari beberapa kumpulan dan pekerja di dalam BBC itu sendiri.

Khamis, 29/01/2009 – Ahli Parlimen Palestin Mohammed Faraj Al-Ghoul daripada kumpulan Hamas mengatakan keganasan Israel terhdapa Gaza baru-baru ini merupakan pembunuhan terbesar dalam sejarah dan beliau menegaskan kerajaan Hamas akan mengajar mereka yang terlibat dan membawa ke muka pengadilan. Beliau berkata demikian semasa menerima lawatan delegasi ahli parlimen Maghribi.