Categories
Berita Semasa

Perlembagaan baru Knesset benarkan pencerobohan ke atas Bukit Golan dan timur Jerusalem

Sabtu,  24/07/2010 – Malapetaka baru untuk wilayah ini diberitakan, dengan lebih banyak lagi malapetaka dijangkakan apabila Knesset Israel sedang dalam proses meluluskan perlembagaan baru bagi memastikan Bukit Golan yang sedang dicerobohnya setelah dirampas daripada Syria selepas perang 6 hari pada 1967 serta timur Jrrusalem yang menjadi milik Palestin tidak akan diserah balik dalam sebarang perjanjian damai. Tindakan itu secara langsung melanjutkan lagi perang dengan Syria yang buat masa ini tergencat sejak 62 tahun lalu dan dijangka lebih banyak perang akan terjadi di wilayah ini.

Usul Bukit Golan dan Jerusalem sekiranya diluluskan oleh Knesset bakal menjadi penghalang utama ke arah perdamaian dengan Syria dan seluruh wilayah (Arab). Ia akan menjadi satu tamparan hebat buat Syria yang sekian lama cuba untuk mendapatkan kembali wilayahnya yang dirampas rejim Zionis pada 14 Disember 1981 melalui Undang-undang Bukit Golan. Percubaan untuk menutup kesalahan rejim Zionis merampasnya dengan cara membuatnya sah dari segi undang-undang, tidak berjaya. Majlis Resolusi Keselamatan PBB 491 telah memutuskan 3 hari selepas itu bahawa tindakan tersebut “tidak boleh diterima dan tidak sah serta tidak mendapat pengesahan antarabangsa.”

Perkembangan terbaru ini akan mengundang bencana kepada Lebanon, sebuah negara kecil, dan konflik Negara-negara Timur Tengah yang terus berbeza pendapat, lebih gemar mengambil pendekatan konfrontasi secara senyap. Tindakan ini telah berlarutan sejak berdekad-dekad lamanya sehingga memusnahkan negara tersebut yang amat memerlukan perdamaian, pelaburan, penyatuan social, pembaharuan dan kestabilan negara, bebas daripada campur tangan orang luar dan yang paling penting bebas daripada peperangan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Badan Hak Asasi Manusia : Israel Tingkatkan Tangkapan Terhadap Wanita

Khamis , 22/07/2010  – Pusat Kajian Pembebasan Tahanan dan Hak Asasi Manusia (HAM) mengecam keras kebiadapan pasukan Israel menangkap Puan Fathiyah Huwaish (57) dari kota Tulkarm pagi Isnin (19/7).

Dalam pernyataan bertulisnya, ketua Badan HAM, Fuad Hufasy menegaskan bahawa pasukan Israel dengan jumlah yang ramai menceroboh dan menggeledah rumah Huwaish serta melakukan kerosakan. Kemudian pasukan militan Israel membawa Puan Fathiyah dengan kenderaan tentera tanpa diketahui kemana sehingga kini.

Hufasy menambah bahawa Puan Fathiyah adalah seorang wanita berkeluarga yang mempunyai seorang anak lelaki. Beliau merupakan adik beradik dengan Ikhlas Huwaish, isteri pimpinan Hamas yang ditahan iaitu Abbas Sayyid yang dipenjarakan Israel seumur hidup. Ini adalah penangkapan pertama terhadap Puan Fathiyah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tembok Pemisah Israel: Satu Bahaya Kesihatan

Khamis , 22/07/2010 – Pada bulan Julai 2004, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintah Tembok Pemisah adalah haram, mengatakan laluannya adalah di Tebing Barat, dan pintu kemasukan yang memerlukan permit, yang melanggar kewajipan oleh Israel di bawah undang-undang antarabangsa , memerintahkan bahagian selesai dirobohkan, dan “semua tindakan perundangan dan peraturan-peraturan yang berkaitan “dicabut atau dianggap tidak sah.”

Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga mengamanatkan Israel untuk memulangkan atau membaiki “kerosakan rumah, perniagaan, dan pemilikan pertanian (dan) untuk mengembalikan tanah, kebun, kebun zaitun, dan harta tetap lain yang disita,” mewajibkan negara-negara ahli untuk menolak pembangunan haram dan meminta Israel patuh dengan undang-undang antarabangsa.

Kebanyakan negara mengabaikan keputusan itu. Israel mencabar dengan meneruskan pembangunan tembok pemisah haram yang sekarang 61% selesai, dan yang lain di bawah pembinaan 8%, dan 31% masih dirancang tetapi tidak bermula. Selepas selesai, panjang tembok ini ialah lebih dari 800 km, dua kali panjang Garis Hijau, empat kali lebih panjang daripada Tembok Berlin, dan di beberapa tempat dua kali lebih tinggi dan sekitar 12% dari tanah Palestin dicuri untuk pembinaan tembok yang mengakibatkan gangguan kepada orang-orang yang terkena.

Berdasarkan pada pembinaan ketika ini, sekitar 33,000 orang Palestin di Tebing Barat yang mempunyai kad IC di 36 komuniti akan terletak di antara tembok dan Pusat Hijau, di Zon Seam dipindahkan bersama-sama dengan penduduk Jerusalam Timur. Sebanyak 126000 yang lain di 31 komuniti akan dikelilingi pada tiga sisi, dan 28000 lebih di sembilan masyarakat sepenuhnya, dengan jalan terowong atau sambungan kepada Tebing Barat, sukar untuk mendapatkan izin masuk .

Pada bulan Julai, Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Kemanusiaan menerbitkan Laporan Terperinci bertajuk, “Kesan Tembok dari segi Kesihatan,” khususnya pesakit dan kakitangan hospital bagi mendapatkan kemudahan khas di Timur Baitulmuqaddis (tidak terdapat di Gaza atau Tebing Barat) kerana mengganggu laluan Tembok dan sistem permit.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Bandar Dura, Hebron diceroboh tentera rejim Zionis

Khamis , 22/07/2010 –Tiga patrol militan menyerang kampung Kharsa, selatan bandar Dura di Hebron, Tebing Barat yang diduduki.

Saksi berkata pegawai perisikan Israel berkeliaran di jalan-jalan kampung dan mengarahkan sebilangan penduduk dan pekerja menghentikan kerja di jalan yang dibaikpulih dan diturap bagi menghubungkan kampung Hebron dengan bandar lain di selatan.

Pasukan perisikan Israel digambarkan sebagai “provokatif”, dan meningkatkan keraguan dan kecurigaan di antara penduduk khususnya ketika mereka mengajukan soalan-soalan dan pertanyaan tentang kerja-kerja di jalan itu dan keadaan daerah tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis Israel Rancang Ubah kawasan al Burak di al Aqsa

Rabu , 21/07/2010 –Gabungan pertubuhan Islam dan Kristian Membela Al Quds telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Zionis Israel akan mengubah kawasan al Burak. Pengubahan itu akan menyebabkan sebahagian masjid al-Aqsa dirobohkan. Tujuan pengubahan itu adalah untuk memenuhi perayaan Taurat dan muzium Taurat.

Selain itu, tanah waqaf umat Islam juga akan di rampas bagi memenuhi tujuan Zionis Israel radikal itu. Terdapat juga rancangan membangunkan kawasan letak kereta di kawasan yang terjejas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis mungkin akan tarik balik sekatan perjalanan ke “kawasan A” ke atas penduduk Israel

Rabu , 21/07/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) pada masa ini sedang mempertimbangkan sekatan yang dikenakan ke atas penduduk Israel daripada memasuki bandar-bandar yang ditadbir Palestin di Tebing Barat dalam usaha mereka untuk membantu ekonomi Palestin dan melemahkan Hamas.

IOF berkemungkinan akan membenarkan perjalanan secara sah oleh penduduk Israel ke bandar-bandar yang ditadbir oleh pihak berkuasa Palestin, PA (pimpinan Mahmoud Abbas) sebagai langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan dan penyelarasan pegawai-pegawai keselamatan rejim Zionis dan Palestin.

Peningkatan koordinasi bersama itu boleh dijelaskan oleh musuh mereka bersama, Hamas, kata sumber pertahanan rejim Zionis kepada akhbar Haaretz semalam.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Ketua Pegawai Operasi UNRWA memberi Maklumat Terkini Kibbutz di Gaza

Rabu , 21/07/2010 –Minggu lalu John Ging, Ketua Pegawai Operasi UNRWA , berbicara di Kibbutz Zikim tentang status di Gaza, kemajuan dan kegagalan dan konflik Israel-Palestin secara menyeluruh.

Kibbutz Zikim adalah dalam kawasan liputan roket Qassam Al-Hamas dan telah dibom oleh mereka dalam beberapa kejadian sebelum ini. Hingga saat ini, sudah lama Kibbutz tidak diserang, sehingga sangat jarang, jelas Arieh Zimmerman, penyelenggara kuliah. Berkata kepada PNN, beliau masih ingat rakyat Palestin yang bekerja dengannya sebelum kepungan. Keluarganya cuba untuk menghantar bantuan kewangan kepada mereka tetapi sangat sukar.

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Kapal Bantuan Libya Memunggah Barangan di Perlabuhan Mesir

Rabu , 21/07/2010 –Kapal bantuan Libya, Amalthea yang menuju ke Gaza telah mengubah haluan ke Mesir dan pemunggahan dilakukan di pelabuhan Mesir El-Arish pada hari Rabu.

Kapal yang ditaja oleh Yayasan Gaddafi Libya, yang dimuatkan dengan 2.000 ton makanan dan bekalan perubatan. Yousseuf Sawani, pengarah eksekutif yayasan, menyatakan bahawa kapal itu telah mengubah haluan ke Mesir selepas lapan kapal perang Israel menghalangnya daripada melanggar kepungan laut Israel di Gaza. “Itu tidak boleh diterima oleh kami untuk masuk ke dalam konfrontasi dan risiko pertumpahan darah,” katanya, dan menambahkan: “Tujuan Amalthea telah tercapai tanpa pertumpahan darah dan hasilnya adalah keuntungan untuk rakyat Palestin.”

Gamal Abdel Maqsoud, pengarah pelabuhan El-Arish, mengatakan bahawa “persediaan perubatan dan penumpang akan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah , sedangkan makanan akan masuk melalui sempadan Awja”. The Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir akan bertanggung jawab membawa barangan ke Gaza dari El-Arish, yang terletak sekitar 45 kilometer dari sempadan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Bethlehem diserang rejim Zionis, tiada penangkapan dilaporkan.

Rabu , 21/07/2010 –Tentera Zionis Israel hari ini menyerbu sebilangan rumah di bandar Baitullaham, selatan Tebing Barat yang diduduki namun tidak ada penahanan dilaporkan.

Pasukan tentera itu menggeledah kawasan Berak Soliman dan mencegah polis Palestin bergerak untuk melaksanakan tugas di situ, menurut sumber tempatan. Mereka menghalang pergerakan penduduk di pintu masuk kampung Tamor Bait berhampiran Baitullaham di mana berlaku kemalangan antara dua kereta penduduk di situ.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel Tahan 2 Warga Palestin di Tebing Barat

Rabu , 21/07/2010 – Tentera Zionis hari ini menahan dua warga Palestin selepas menceroboh rumah mereka di Tebing Barat.  Mereka menyerang rumah Sofian Baher, 34 di Omar Bait utara bandar Hebron, dan kemudian menahannya.Baher dikeluarkan 40 hari lalu selepas menghabiskan 2 setengah tahun di penjara Israel. Tentera Zionis menceroboh persekitaran Hebron pada awal hari ini, sumber-sumber tempatan melaporkan. Di Bethlehem, tentera Zionis menahan Nedal Abu Jlighaf, 30, selepas menceroboh rumahnya.Serangan tentera Zionis di Tebing Barat setiap hari dengan dalih untuk mencari apa yang mereka sebut “orang Palestin yang dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menembak petala di kem Gaza, seorang terbunuh.

Rabu , 21/07/2010 –Tentera Israel menembak sekurang-kurangnya satu butir peluru ke dalam kawasan perumahan Al-Bureij dalam Semenanjung Gaza yang dikuasai/diuruskan oleh Hamas pada hari Selasa,lalu membunuh seorang wanita dan mencederakan lima orang, pakar medic Palestin berkata.

Pakar medik berkata wanita itu telah dibunuh apabila petala tersebut mengenakan rumahnya. Lima orang lain yang tercedera telah dibawa ke sebuah hospital yang berdekatan. Seorang jurucakap wanita tentera Israel mengesahkan kejadian itu, dan mengatakan bahawa “suspek-suspek telah dikenalpasti datang hamper pagar (sempadan) dan sebuah angkatan tentera berdekatan melepaskan tembakan.”   Dia tidak mempunyai butir-butir lanjut, tetapi laman web Ynet melaporkan bahawa kuasa kententeraan Israel itu telah mensasarkan sekumpulan militant yang cuba untuk menembak mortar ke dalam Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  yusra

Categories
Berita Semasa

Penganjur armada umumkan untuk teruskan bantuan ke Gaza

Rabu , 21/07/2010 – NGO Turki, IHH, penganjur Armada Kebebasan ke Gaza pada Mei lepas, mengumumkan bahawa usaha untuk memberi bantuan kepada penduduk Gaza akan tetap diteruskan. Bulent Yildrim, pemimpin IHH, berkata pada satu persidangan yang diadakan di Istanbul, “Lebih banyak armada akan menuju ke Gaza pada bulan-bulan yang akan datang dan ditambah lagi dengan konvoi daratan. Pemberitahuan ini akan disertai lagi dengan lebih banyak kejutan yang akan didedahkan tidak lama lagi.” Dalam pada itu, seorang jurucakap IHH telah mengumumkan dalam satu temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Arab bahawa “Semua ahli keluarga mereka yang telah syahid (dalam serangan ke atas armada oleh Zionis pada Mei lalu) telah menyatakan hasrat mereka untuk turut serta dalam armada yang akan datang.”

Selepas serangan rejim Zionis ke atas Armada Kebebasan pada 31 Mei lepas yang mengorbankan 9 orang rakyat Turki, rejim Zionis telah melonggarkan beberapa sekatan ke atas Gaza yang telah berlarutan sejak Hamas mengambil alih tampuk pemerintahan ke atas Semenanjung Gaza pada 2007. Walaubagaimanapun, sekatan ke atas perairan Gaza masih dikuatkuasakan. Terdahulu, pada 2 hari lepas, sebuah kapal bantuan milik Libya yang dalam perjalanan menuju ke Gaza telah diarahkan berlabuh di Pelabuhan El-Arish, Mesir selepas telah dihalang menghampiri Gaza oleh 8 buah kapal perang tentera rejim Zionis.

Semasa persidangan di Istanbul yang telah disertai oleh aktivis-aktivis Islam dan para peguam, Yildrim menegaskan bahawa, “Hubungan awam rejim Zionis sangat kuat dan kita juga mesti bertindak seperti mereka (menguatkan hubungan).”

sumber : Palestine News Network
penterjemah :  salwa

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) 2 wartawan cedera semasa protes di Beit Ummar.

Categories
Berita Semasa

Protes Terhadap Penggantungan Pilihanraya

Selasa,  20/07/2010 – Ahli parlimen Palestin dan pihak pegawai berkumpul di hadapan Dewan Perundangan di Ramallah bagi menentang penangguhan pilihanraya bandar Palestin yang dijadualkan pada 17 Julai.Pilihanraya ditangguh selepas pertemuan Pihak Berkuasa Palestin pada 10 Jun atas alasan tuntutan dari beberapa negara Arab dan lain-lain “rakan dunia”. Desakan ini memuncak bagi mengelak mengakhiri kepungan di Jalur Gaza.

Qais Abed Al-Karim, Ketua Jawatankuasa Urusan Sosial dari Badan Perundangan, berkata keputusan PA untuk menunda pilihanraya umum itu “tidak sah dan bertentangan dengan Undang-Undang Dasar Palestin”, dan menambah pilihanraya perlu diadakan segera bagi mengakhiri pemisahan Tebing Barat-Semenanjung Gaza” .

Sejak pengumuman pilihanraya pada bulan Januari, Hamas telah menyatakan bahawa tidak akan menyokong sebarang pilihanraya di wilayah kawalan mereka. Oleh kerana itu Pusat Suruhanjaya Pilihanraya Palestin tidak dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan, seperti pendaftaran pilihanraya di Jalur Gaza.

sumber : PNN
penterjemah : syed

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Ceroboh Kem Balata di Nablus

Selasa,  20/07/2010 – Tentera Zionis Israel ceroboh kem pelarian Balata di kota Nablus di utara Tebing Barat yang dijajah hari Ahad, tetapi tiada penahanan dilaporkan.

Saksi mengatakan bahawa sembilan tentera Zionis menyerang kem pelarian Balata pada pukul 2 pagi. Tentera Zionis mundur setelah dua jam menceroboh, saksi menambah.  Pencerobohan Tentera Zionis Israel di Tebing Barat berlaku setiap hari dengan dalih untuk mencari apa yang mereka sebut “orang Palestin dikehendaki”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen