
Rabu, 22 September 2004- Kesatuan sekerja Israel hari ini melakukan mogok yang mana telah melumpuhkan sebahagian besar laluan udara antarabangsa, melumpuhkan pasaran kewangan dan juga perkhidmatan awam. Sehinggakan mayat terpaksa ditangguhkan untuk ditanam.

Rabu, 22 September 2004- 10 rakyat Palestin telah ditahan dalam satu serbuan pengganas Israel di Tebing Barat iaitu di bandar Jenin.

Rabu, 22 September 2004- Kerajaan haram Israel
telah memulakan kempen untuk meyakinkan ahli UN untuk merestui tembok pemisah yang dibina di Tebing Barat sebagai “fait accompli” (sesuatu yang tidak di tarik balik)

Selasa, 21 September 2004-Ketua Biro Politik Gerakan Islam Hamas, Khaled Misy’al menegaskan, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin agar menyelaraskan program-program politik di kalangan mereka setelah pasukan rejim Zionis Israel keluar dari Jalur Gaza. Dia mengingatkan para pemimpin Pihak Berkuasa Tempatan Palestin untuk tidak bertindak gopoh dengan melucutkan senjata mereka dalam usaha memerdekakan bumi Palestin.

Selasa, 21 September 2004-Amerika akan menjual hampir 5000 unit bom kepada Israel yang mana
merupakan penjualan senjata terbesar antara 2 sekutu itu.

Selasa, 21 September 2004-Dalam tempoh kurang dari 24 jam pemimpin briged al Qassam, Abu Salameya dibunuh semalam, Rejim zionis Israel terus melancarkan serangannya ke atas dua aktivis al Qassam, dalam sebuah serangan udara di kota Gaza, Isnin (20/09/2004) malam kemarin.
Selepas Astro, rakyat Malaysia akan menikmati satu lagi saluran TV berbayar tidak lama lagi melalui tv MITV.

Isnin, 20 September 2004- Israel telah membina satu sistem radar yang berkeupayaan mengesan roket dan mampu memberi amaran 20 saat sebelum roket tersebut mengenai sasaran.

Isnin, 20 September 2004- Pop Diva Madonna telah melakukan lawatan ke tempat suci Israel di perkuburan Jerusalem semalam.

Isnin, 20 September 2004- Seorang pemimpin HAMAS syahid (doa) manakala 6 yang lain cedera dalam serangan roket pengganas Israel semalam.

Menurut artikel di palestine-info.co.uk, Jurucakap media HAMAS di semenanjung Gaza, menafikan sebarang tuduhan yang mengatakan kononnya pergerakan HAMAS terlibat dengan pengeboman di Iraq.

Sempena mengingati Isra’ Nabi s.a.w ke masjid Al-Aqsa dan naiknya baginda ke langit daripadanya, telah jelas segala thawabit ummah di Palestin dan wajibnya membersihkan bumi yang suci dari tangan-tangan musuh yang mencengkamnya dari seluruh pelusuk muka bumi yang telah melatakan pembunuhan dan kemusnahan ke atas rakyat dan bumi kita.
![]()
Khamis, 16 September ? Sumber-sumber media Palestin di Hebron menyatakan bahawa seramai 12 warga Palestin di Hebron, di antaranya orang asing yang turut bersama dalam aktiviti protes anti tembok pemisah mengalami cedera akibat kekerasan Israel semalam.

Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pahang (LPDPP) menerbitkan sebuah buku bersempena memperingati tarikh 11 September, di mana berlakunya tragedi yang dikatakan telah membawa perubahan geo-politik dunia.

Khamis, 16 September – 10 rakyat Palestin
, 5 antaranya adalah pejuang dan budak perempuan berusia 11 tahun terbunuh dalam serangan pengganas Israel di Tebing Barat, bandar Nablus dan Jenin semalam.