Categories
Berita Semasa

Berpuluh-puluh syahid dan cedera dalam pembunuhan berdarah Israel di Semenanjung Gaza

Jumaat, 21/03/2025 – Pasukan pendudukan Israel meneruskan pencerobohan berdarah mereka di Semenanjung Gaza dan melakukan banyak pembunuhan beramai-ramai menyebabkan berpuluh-puluh syahid dan kecederaan.

Pada hari ketiga pencerobohan baharu oleh pendudukan selepas rampasan kuasa terhadap gencatan senjata berakhir sejak 19 Januari , berpuluh-puluh serbuan telah dilancarkan, menyebabkan lebih ramai syahid dan cedera.
Menurut sumber perubatan, lebih daripada 95 orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh hilang di bawah runtuhan akibat pesawat tempur Israel mengebom banyak rumah di Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan mengumumkan ketibaan 85 syahid dan133 kecederaan di hospital di Semenanjung Gaza, akibat pelbagai sasaran dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pendudukan sejak subuh hari ini di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata: Sebilangan mangsa masih berada di bawah runtuhan dan usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan mereka . Sumber-sumber mengesahkan ketibaan 34 syahid ke Hospital Gaza Eropah dan 5 syahid ke Hospital Nasser akibat serbuan pendudukan ke atas rumah rakyat di Khan Yunis dan Rafah, manakala 50 syahid tiba di Hospital Indonesia akibat pendudukan yang menyasarkan rumah dan orang yang dipindahkan di utara Gaza.

Tembakan itu menghapuskan seluruh keluarga daripada pendaftaran awam.
Sumber perubatan melaporkan petang ini ketibaan 13 syahid dan40 cedera ke Hospital Gaza Eropah akibat pengeboman pendudukan di selatan Semenanjung Gaza.

Petang ini, pesawat tempur Israel mengebom daratan di timur Khan Yunis, mencederakan sekurang-kurangnya dua orang. Pagi ini, pasukan pendudukan Israel mengumumkan bahawa mereka telah memulakan pencerobohan darat ke paksi pantai di kawasan Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza.

Wartawan kami melaporkan ketibaan 5 syuhada daripada keluarga Al-Batrawi, termasuk pasangan dan tiga anak mereka, ke Hospital Nasser di Khan Yunis akibat pengeboman pasukan pendudukan Israel ke atas rumah keluarga Al-Batrawi di Abasan Al-Kabira, timur Khan Yunis, dan para syuhada adalah:

Pagi ini, pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke atas Rafah.
Pagi ini, pesawat tempur Israel mengebom sebuah rumah milik keluarga Abu Halim di Beit Lahiya, utara Gaza, mengakibatkan beberapa kecederaan.

Syahid terbunuh, cedera dan yang lain hilang akibat pengeboman pendudukan Israel di sebuah rumah milik keluarga Al-Daour di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza.

Wartawan kami melaporkan bahawa beberapa rakyat cedera selepas helikopter Israel mengebom – pada subuh Khamis – sebuah khemah yang menempatkan orang yang terlantar di kawasan kejiranan Al-Zohour, utara Rafah.

Pesawat tempur Israel mengebom tanah pertanian barat laut Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza bersempena dengan tembakan artileri berat.
Syahid terbunuh dan yang lain cedera selepas pendudukan mengebom sebuah rumah milik keluarga Abu Nasr di bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh akibat pengeboman pendudukan Israel di sebuah rumah milik keluarga Jabr di kawasan Musabeh, utara Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.

Dua syahid ditarik dari runtuhan sebuah rumah milik keluarga Al-Amour, selepas ia dibom oleh pesawat tempur Israel di bandar Al-Fukhari, timur Khan Yunis.

Di samping itu, 12 orang awam terbunuh akibat pengeboman pendudukan Israel di sebuah rumah milik keluarga Abu Daqqa di bandar Al-Fukhari, manakala pesawat tempur pendudukan mengebom sekitar gudang untuk mengedarkan bantuan makanan dan ruang solat di kawasan Ma’an, timur Khan Yunis.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Dron Israel menyerang khemah, membunuh 14 warga Palestin

Jumaat, 21/03/2025 – Empat belas warga Palestin dibunuh dan lebih kurang 30 orang lagi cedera pada petang Rabu dalam serangan dron oleh Israel yang menyasarkan khemah di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan melaporkan yang serangan Israel menyasarkan khemah di kejiranan Al-Sultan di Beit Lahia, membunuh dan mencederakan puluhan warga.

Kementerian Kesihatan Gaza telah memaklumkan jumlah kematian dalam serangan terbaru zionis yang bermula pada Selasa.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Pencerobohan darat Israel akan menghancurkan perjanjian gencatan senjata

Jumaat, 21/03/2025 – Pemimpin Gerakan Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata bahawa operasi darat Israel dan kemaraan kenderaan tentera ke arah paksi Netzarim, yang memutuskan hubungan antara utara dan selatan Semenanjung Gaza, akan menghancurkan sepenuhnya perjanjian gencatan senjata.

Abu Zuhri menegaskan bahawa para perantara mesti memikul tanggungjawab mereka sebelum perjanjian itu runtuh sepenuhnya, sambil menekankan bahawa penentangan Palestin bersedia untuk bertindak balas terhadap langkah Israel.

Beliau turut menjelaskan bahawa kegagalan perantara dalam menekan penjajah Israel untuk memulakan rundingan fasa kedua akan mengancam keseluruhan perjanjian tersebut.

Penentangan Palestin di Gaza tidak akan menyerahkan tawanan Israel melainkan penjajah Israel bersetuju untuk menghentikan serangan, menarik diri sepenuhnya dari Semenanjung Gaza, dan menamatkan sekatan yang dikenakan.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi cedera dalam operasi penentangan di Tebing Barat

Khamis, 20/03/2025 – Regim Zionis Israel (IOF) melancarkan operasi memburu seorang pejuang penentangan Palestin selepas seorang pendatang Yahudi ditembak dan mengalami kecederaan sederhana berhampiran penempatan haram Ariel di Tebing Barat pada hari Rabu.

Menurut media Hebrew, pendatang Yahudi tersebut cedera apabila seorang warga Palestin melepaskan tembakan ke arah keretanya berhampiran kawasan perindustrian Ariel sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Pendatang Yahudi yang cedera itu berjaya tiba di kawasan perindustrian Ariel selepas diserang, di mana dia menerima bantuan perubatan, menurut radio IOF.

Susulan kejadian tersebut, tentera Israel mula menutup jalan di kawasan sekitar dan menggunakan pemantauan udara dalam usaha mencari penembak tersebut.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Ratusan peneroka haram yahudi termasuk Glick  mencemari Masjid al-Aqsa.

Rabu, 19/03/2025 – Ratusan peneroka haram Yahudi di beri kawalan oleh pasukan polis rejim Zionis, mencemari Masjid al Aqsa pada hari Ahad dengan sambutan Pesta Purim.

555 peneroka haram Yahudi, termasuk pendita ekstrim Yehuda Glick bersama-sama 25 pelajar fahaman ortodoks, memasuki kawasan masjid dalam kumpulan berbeza melalui pintu Maghriba dan mencetuskan provokasi menurut sumber berita dari laman web al-Qastal. Gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan peneroka haram menjalankan penyembahan dengan meniarap menghadap ke kawasan timur masjid al-Aqsa.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Majlis Perbandaran Gaza: Penghentian Sumber Tenaga Mengancam Kelangsungan Hidup

Rabu, 19/03/2025 – Majlis Perbandaran Gaza memberi amaran mengenai ancaman serius akibat pemberhentian bekalan tenaga dan bahan api susulan penutupan berterusan lintasan sempadan oleh Israel. Sekatan ini telah menghalang kemasukan sumber penting yang diperlukan untuk mengendalikan perkhidmatan asas serta kemudahan utama di bandar tersebut. 

Dalam satu kenyataan pada hari Ahad, majlis menegaskan bahawa gangguan bekalan tenaga boleh melumpuhkan operasi loji air, sistem kumbahan, serta perkhidmatan lain. Keadaan ini hanya akan memperburuk lagi krisis kemanusiaan dan kesihatan yang sudah meruncing akibat sekatan dan serangan berterusan oleh Israel. 

Selain itu, Israel turut mengancam untuk menghentikan bekalan air ke Gaza. Ketika ini, syarikat air Israel, Mekorot, membekalkan kira-kira 70% daripada keperluan harian bandar tersebut. Sekiranya bekalan ini terputus, penduduk Gaza bakal berdepan dengan krisis air yang kritikal, menjejaskan kehidupan seharian, memburukkan kesihatan awam, serta meningkatkan risiko penyebaran penyakit. 

Sehubungan itu, majlis menyeru organisasi antarabangsa untuk segera campur tangan bagi menyelamatkan nyawa penduduk Gaza. Mereka juga mendesak Israel agar menghormati undang-undang serta konvensyen antarabangsa dengan memastikan bekalan tenaga dan air disalurkan tanpa sebarang halangan. 

Pada 2 Mac, tentera Israel telah menutup semua lintasan masuk ke Semenanjung Gaza, menghalang kemasukan barangan dan bantuan kemanusiaan serta memutuskan bekalan elektrik. Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian daripada strategi menekan rakyat Palestin melalui sekatan dan kelaparan.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas bertemu Timbalan Menteri Luar Rusia

Rabu, 19/03/2025 – Delegasi kanan Hamas bertemu dengan Mikhail Bogdanov, Timbalan Menteri Luar Rusia dan wakil khas presiden Rusia ke Timur Tengah dan Afrika pada Ahad lalu di Doha.

Para pegawai membincangkan perjanjian gencatan senjata Gaza dan pelanggaran berterusan Israel terhadap perjanjian itu termasuk sekatan masuk bekalan bahan api, jentera berat, khemah dan karavan ke dalam kawasan yang dikepung.

Kedua-dua pihak juga berbincang mengenai keadaan yang semakin teruk di Tebing Barat dan Baitulmaqdis disebabkan jenayah yang dilakukan oleh Rejim Zionis dan kemusnahan infrastruktur di bandar Tebing Barat dan kem pelarian.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Albanese: Keganasan genosid menular di Tebing Barat

Isnin, 17/03/2025 – Francesca Albanese,wakil khas Palestin PBB, berkata apa yang sedang berlaku di Tebing Barat merupakan satu ujian sebenar kempen pembersihan etnik oleh Israel terhadap warga Palestin, dan menyatakan yang rejim zionis telah mengusir 40,000 orang rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam masa sebulan.

Albanese memberi amaran dalam kenyataan akhbar bersama wakil khas PBB lain di Geneva bahawa keganasan genosid menular di Tebing Barat dan berkata keganasan yang berlaku sekarang semakin serius.

Beliau memberitahu yang jika pengeboman dan keganasan berhenti di Palestin hari ini, genosid akan terus berlaku kerana tiada cara untuk memulihkan kerosakan yang telah dilakukan.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestin Maut Selepas Terjatuh Ketika Dikejar Polis Israel di Jerusalem

Isnin, 17/03/2025 – Polis Israel merampas mayat seorang pekerja Palestin yang meninggal dunia akibat kecederaan parah pada hari Rabu selepas terjatuh di tapak pembinaan di Jerusalem, lapor pejabat gabenor Jerusalem.

Pejabat gabenor berkata bahawa Ra’fat Hammad, seorang bapa kepada tiga anak berusia 35 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan selepas dikejar oleh pegawai polis Israel, menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian lima tingkat di tapak pembinaan itu.

Polis Israel berkata mereka akan melakukan bedah siasat ke atas mayat Hammad dengan alasan untuk mengesahkan identitinya. Bagaimanapun, keluarga Hammad membantah tindakan itu dan mengumumkan mereka akan berusaha membawa pulang jenazahnya ke Silwad, kampung halamannya di Tebing Barat, untuk dikebumikan.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Seorang peneroka cedera dalam serangan tembakan berhampiran penempatan Ariel.

Isnin, 17/03/2025 – Seorang peneroka cedera dalam serangan tembakan yang menyasarkan sebuah kereta Israel berhampiran penempatan Ariel di Tebing Barat yang diduduki utara. Radio tentera penjajah pendudukan berkata, “Keadaan peneroka yang cedera dalam tembakan itu digambarkan sebagai sederhana, manakala pelaku berundur dari tempat kejadian

Israel cedera sederhana selepas ditembak di dalam ladang berhampiran zon perindustrian Ariel.” Dia menambah, “Pasukan tentera yang diperkuat sedang menyisir kawasan itu untuk mencari pelaku.”

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Lelaki Lubnan mati terbunuh dalam serangan dron di Sidon

Isnin, 17/03/2025 – Seorang warga Lubnan telah mati terbunuh dalam serangan dron rejim Zionis di bahagian selatan wilayah Sidon pada Selasa malam, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Kementerian melaporkan dron rejim Zionis Israel menyasarkan kereta di jalan Deir al-Zahrani, menyebabkan seorang warga mati syahid, tanpa lebih terperinci. Tentera rejim Zionis Israel, dalam kenyataan ringkas, rejim Zionis Israel sebuah kapal terbang telah membunuh seorang komander Hezbolah di selatan Lubnan.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Pesuruhjaya EU: Kami menolak dengan tegas sebarang percubaan perubahan demografi di Gaza

Isnin, 17/03/2025 – Kesatuan Eropah dengan tegas menolak sebarang percubaan perubahan demografi atau wilayah di Semenanjung Gaza, kata Pesuruhjaya Tinggi EU, Kaja Kallas.

Kallas juga mengalu-alukan rancangan Pemulihan dan Pembinaan Semula Arab baru-baru ini yang dibentangkan di Sidang Kemuncak Kaherah dan juga diterima pakai oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Ia adalah rancangan serius untuk perbincangan mengenai masa depan Gaza dan kami akan membincangkan idea-idea ini dengan rakan kongsi Arab kami,” katanya.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Ketua Unrwa Beri Amaran Tentang Kelaparan Yang Semakin Teruk Di Gaza.

Isnin, 17/03/2025 – Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini, memberi amaran bahawa keadaan di Gaza semakin merosot dengan pantas selepas Israel sekali lagi menghentikan semua bekalan masuk ke wilayah itu. 

“Apa pun alasan yang diberikan, jelas bantuan kemanusiaan ke Gaza sedang dijadikan senjata,” katanya pada Isnin. 

Beliau menegaskan bahawa bantuan mesti dibenarkan masuk semula bagi mengekalkan kemajuan semasa gencatan senjata dan memenuhi keperluan asas penduduk. Jika tidak, Gaza berisiko kembali mengalami kebuluran teruk seperti sebelum ini. 

Lazzarini juga menyatakan bahawa UNRWA sedang berdepan tekanan hebat akibat kempen maklumat palsu, usaha mengharamkannya di parlimen Israel, serta penggantungan dana oleh penderma utama. 

“UNRWA tidak boleh dibiarkan runtuh,” katanya. 

“Jika ini berlaku, ia akan mewujudkan kekosongan berbahaya di Palestin dan memberi kesan besar kepada Jordan, Lubnan, dan Syria.”  “Tanpa pendidikan untuk kanak-kanak dan akses kepada perkhidmatan asas, keadaan akan menjadi subur untuk eksploitasi dan ekstremisme,” tambahnya.

“Ini bukan sekadar isu Palestin, tetapi ancaman kepada keamanan dan kestabilan serantau serta global.” 

Beliau turut mengakui bahawa keadaan kewangan UNRWA kini sangat kritikal dan tidak menentu.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Cedera Dalam Serbuan Rejim Zionis di Tebing Barat

Rabu, 12/03/2025 – Tiga rakyat Palestin cedera akibat tembakan oleh Israel manakala berpuluh-puluh lagi mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata selepas rejim Zionis menyerbu bandar Dura, selatan al-Khalil, pada petang Isnin.

Sumber setempat mengesahkan bahawa tentera Israel menyerbu Dura, di tengah-tengah tembakan peluru hidup, gas pemedih mata dan bom bunyi, mencederakan tiga orang di bahagian anggota bawah yang kemudiannya dipindahkan ke hospital. Kementerian Kesihatan menyifatkan keadaan rakyat Palestin yang cedera sebagai “stabil”.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Merobohkan Kemudahan Milik Palestin di Bethlehem, Tulkarem

Rabu, 12/03/2025 – Regim Zionis Israel (IOF) telah merobohkan kemudahan milik rakyat Palestin di Jericho dan Tulkarem, sebagai sebahagian daripada dasar berterusan mereka untuk menekan penduduk serta mengenakan realiti baharu di Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menyerbu bandar Al-Auja, utara Jericho, bersama jentolak dan merobohkan asas sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, milik dua beradik, Faisal dan Ayman Abu Jarhoud.

Sementara itu, tanpa sebarang amaran awal, pasukan Israel turut merobohkan sebuah lagi bangunan yang terletak di kawasan Al-Gharasat, tenggara bandar Faraoun, selatan Tulkarem.

Penterjemah : Norshuhada Samudin