Categories
Foto/Video/Muzik

Ucapan Dr Azzam Tamimi semasa “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis”.

“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”

-Dr Azzam Tamimi, 9 Mei 2009, PWTC, KL , Malaysia

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Netanyahu akan bertemu Hosni Mubarak.

Isnin,  11/05/2009 –   Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan yang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan mengetuai delegasi ke Resort Mesir, Sharm Al Sheikh pada hari Isnin ini bagi bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Categories
Berita Semasa

Hammad: KDN akan kukuhkan saf dan bentuk kekuatan dalaman bagi hadapi penjajahan dan kepungan.

Isnin,  11/05/2009 – Fathi Hammad, Menteri Dalam Negeri kerajaan Palestin menegaskan pasukan keselamatan berjaya memelihara infrastrukturnya meskipun telah menerima serangan sengit daripada Zionis sepanjang serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

Categories
Berita Semasa

Syeikh Solah: Zionis mahu menyahudikan bandar al-Quds.

Jumaat,  08/05/2009 – Syeikh Ra’id Solah, ketua ‘al-Harakah al-Islamiyyah’ di Palestin yang terjajah, membongkar satu tragedi baru yang sedang disempurnakan oleh 5 buah kementerian Zionis yang aparteid itu, dan yang menjadikan bandar al-Quds sebagai sasaran.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) 16 lagi rakyat Palestin diculik semalam.

Jumaat,  08/05/2009 – 16 orang awam Palestin telah diculik oleh tentera Israel semasa serangan yang dilakukan sebelum subuh Khamis lalu yang mensasarkan bandar Tebing Barat. Sumber tempatan berkata pencerobohan itu berlaku di bandar Ramallah, tengah Tebing Barat dan satu lagi di bandar Bethlehem, selatan Tebing Barat.

Pasukan tentera tersebut mencari dan menggeledah kediaman sebelum menculik lelaki di lokasi-lokasi penahanan yang tidak dikenalpasti, menurut laporan media tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah :  hijjaz79

Categories
Berita Semasa

Hamas tempatkan pejuang di sempadan ?

Khamis,  07/05/2009 – Gerakan Hamas menafi keras tuduhan ZIonis-Israel yang menyebutkan Hamas meletakkan pejuangnya di sempadan bagi menghalang roket-roket yang dilepaskan ke arah Israel. Dr Ismail Ridwan, menyatakan segalah tuduhan itu palsu. Tuduhan itu jelas bagi menampakkan seolah-olah Hamas tunduk kepada Zionis-Israel. Dia menegaskan Hamas tidak akan menjadi pelindung Zionis-Israel. Pertemuan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin hanya membincangkan hubungan sesama mereka dan bukan bersetuju untuk menamatkan serangan ke arah Zionis.

sumber : COMES 
penterjemah : Abu Awatif 

Categories
Berita Semasa

Bahr: Tindakan Britain merupakan permusuhan terhadap rakyat Palestin.

Khamis,  07/05/2009 – Pemangku speaker Dewan Perundangan Palestin, Dr Ahmad Bahr meminta kerajaan Britain ‘yang takbur’ memohon maaf terhadap tindakan yang diambilnya terhadap Yunus al-Astal seorang wakil rakyat Palestin, bahkan sebaliknya mengambil tindakan yang boleh menebus kesalahan bersejarahnya terhadap rakyat Palestin daripada mengeluarkan keputusan dan tindakan membabi buta serta berbentuk permusuhan.

Categories
Berita Semasa

Lima rakyat Palestin cedera dalam serangan udara Israel.

Khamis,  07/05/2009 – Sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan pada hari Rabu bahawa 5 rakyat Palestin cedera dalam 2 serangan udara F-16 Israel di kawasan sempadan Rafah-Mesir yang dikatakan kawasan berterowong digunakan untuk membawa bahan-bahan makanan dan senjata ke Gaza.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Seorang pemuda mati ditembak di Masjid Ibrahimi.

Khamis,  07/05/2009 – Sumber perubatan Palestin di Hebron, selatan Tebing Barat pada Rabu malam lalu melaporkan askar Israel telah menembak dan membunuh seorang pemuda dekat Masjid Ibrahimi.

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Haneyya seru masyarakat antarabangsa sekat keganasan Zionis.

Rabu,  06/05/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menyeru masyarakat antarabangsa agar berusaha untuk mengekang keganasan yang semakin memuncak dilakukan oleh para pemimpin regim Zionis. Ini perlu dilakukan bagi menghalang mereka melakukan jenayah yang lebih besar terhadap rakyat Palestin.

Categories
Berita Semasa

Bantuan Gaza ke-3 dari OIC akan sampai.

Rabu,  06/05/2009 – Duta Atta al-Mannan Bakheet, Penolong Setiausaha Jabatan Kemanusiaan OIC telah menyatakan bantuan konvoi yang terdiri daripada 40 buah trak bantuan, akan sampai ke Semenanjung Gaza pada Rabu ini.

Categories
Foto/Video/Muzik

(Gambar) Keadaan rumah rakyat Palestin.

Rakyat Palestin berdiri di luar rumah yang diperbuat daripada tanah liat di kem pelarian Rafah di selatan Jalur Gaza. Gambar ini bertarikh 29 April 2009 . Rejim Zionis melarang sebarang kemasukan barang binaan ke Gaza semenjak serangan terbaru mereka Januari lalu.

 sumber gambar dari http://electronicintifada.net/

Categories
Berita Semasa

Belanjawan Zionis 2009 dijangka alami defisit 10 bilion dolar.

Selasa,  05/05/2009 – Kementerian Kewangan kerajaan Zionis menjangkakan akan berlaku defisit dalam belanjawan 2009 sebanyak 44.8 bilion shekel (10.8 bilion dolar) atau menyamai 6% daripada keseluruhan penghasilan tempatan, sambil menegaskan defisit itu berlaku kerana penurunan besar cukai yang dikutip kesan daripada krisis ekonomi global.

Categories
Berita Semasa

‘Asqoul: Generasi muda sedia berkorban untuk capai hak.

Khamis,  30/04/2009 – Dr Muhammad ‘Asqoul, Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi menegaskan bahawa generasi yang sedang dilupakan hak mereka oleh penjajah Zionis merupakan generasi yang paling banyak menghadapi kesukaran dan paling bersedia berkorban dan berusaha apa sahaja demi mengembalikan hak mereka.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Obama mohon undang-undang Amerika digubal supaya Hamas boleh dibawa berbincang.

Khamis,  30/04/2009 – Akhbar Los Angeles Times berkata pada hari Isnin pihak pentadbiran Amerika mahu undang-undangnya digubal agar Hamas boleh dibawa berbincang dimana undang-undang yang sedia ada melarang sebarang perbincangan dengan Hamas sehingga Hamas ikitiraf negara haram Israel, meletakkan senjata, dan mengikitiraf semua perjanjian yang ditandatangani di antara PLO and Israel.