
Selasa, 6/11/07 – Bot pemusnah Rejim Israel telah menembak kedudukan polis marin dan bot-bot nelayan Palestin menyusuri pantai Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada subuh Isnin lalu, menurut sumber-sumber tempatan diberitahu wartawan PIC.

Isnin, 05/11/07 –
Ketua Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam Hamas, Khaled Mish’al menegaskan bahawa pertempuran Hamas hanyalah dengan penjajah Israel. Beliau menyeru
agar diadakan dialog nasional Palestin tanpa syarat.

Isnin, 05/11/07 –
Dr Yousef Al-Mansi, menteri keagamaan telah mengesahkan akan melakukan yang terbaik bagi memastikan musim haji bagi jemaah Gaza dapat dilaksanakan dengan baik meskipun mendapat pelbagai masalah dari kerajaan pimpinan Fayyad.

Isnin, 05/11/07 –Perdana Menteri Palestin yang dilantik secara demokrasi, Ismael Haneyya Ahad lalu berjanji untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan utama penduduk Palestin dalam menghadapi komplot Amerika-Israel yang sengaja membiarkan penduduk Palestin dalam keadaan kebuluran terutama di Semenanjung Gaza, dan menekan mereka supaya menyerah kepada penjajah Zionis.

Jumaat, 2/11/07 – Pegawai-pegawai Rejim Zionis telah menyatakan kebimbangan mengenai keupayaan Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, setelah ia diarah untuk menghadapi Rejim Zionis yang terus mara di pinggir bandar Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan kematian dan mencederakan ramai Rejim Zionis.

Jumaat, 02/11/07 –Hamas kini telah membuka semua pilihan kepada Briged Qassam dan puak-puak penentang untuk bertindak balas dengan apa cara sekalipun untuk membunuh askar Israel, di mana yang terkini mereka mensasarkan anggota polis Palestin di Khan Younis.

Rabu, 31/10/07 – QALQILIA, (PIC)—Tentera Zionis menahan 2 orang ibu Palestin Selasa lalu di Qalqilia, Tebing Barat sebagai usaha untuk memberi tekanan kepada anak-anak mereka dan menahan dua lagi lelaki muda di Bandar itu. Persatuan Nafha yang memperjuangkan hak asasi manusia dan hak-hak tahanan menegcam tindakan rejim Zionis menahan Firdous Al-Samman, ibu kepada aktivis Palestin yang dikehendaki serta Kawther Abu Dhiab,ibu kepada dua lelaki muda yang di tahan di penjara Israel sejak lebih daripada 6 bulan yang lalu.

Rabu, 31/10/07 – GAZA, (PIC)– Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon Selasa lalu telah mengecam langkah-langkah terbaru Israel yang kejam di Semenanjung Gaza dan menggambarkannya sebagai “tidak boleh diterima” dan menambahkan lagi penderitaan penduduk Gaza.

Selasa, 30/10/07 – Sementara dunia bersikap acuh tak acuh, Israel pula sedang memeras 1.4 juta orang awam di Semenanjung Gaza.

Selasa, 30/10/07 – Subuh semalam (29/10/2007) , askar rejim Zionis telah menculik 12 orang rakyat Palestin dari 2 buah kampung di utara bandar Ramallah hanya kerana menyertai satu rali tunjuk perasaan berikutan tanah mereka dirampas.

Isnin, 29/10/07 – GAZA — Ahmed Ali, Timbalan Pengarah Pertubuhan Petroleum Gaza telah menyatakan keputusan Israel untuk memotong bekalan bahan api dan gas untuk Semenanjung Gaza yang sememangnya sedikit akan mendorong kepada satu krisis manusia yang besar.

Khamis, 25/10/07 –
Buat kali yang ke-12, pihak berkuasa Israel memusnahkan semua rumah di kampung Taweel Abu Jaroul yang tidak diiktiraf oleh Israel di Negev pagi Rabu lalu. Mereka turut mengangkut barangan rumah penduduk dengan 8 trak sebelum membuangnya di satu tempat pembuangan sampah.

Khamis, 25/10/07 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin telah menyatakan peningkatan penyeksaan Israel terhadap tahanan-tahanan pemimpin penentang Palestin merupakan satu permulaan bagi persidangan musim gugur yang bermatlamatkan untuk menjatuhkan asas-asas dan ketetapan Palestin.

Rabu, 24/10/07 –Pergerakan Hamas Selasa lalu mengutuk pasukan keselamatan PA yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas kerana melakukan keganasan ketika menyuraikan satu perhimpunan aman yang diadakan di bandar Al-Khalil dengan tujuan untuk menyokong banduan-banduan Palestin yang ditahan di penjara Negev Israel.

Selasa, 23/10/07 –
Pergerakan Hamas Isnin lalu meminta masyarakat dunia untuk campur tangan serta melindungi penduduk Palestin di Semenanjung Gaza daripada usaha penghapusan bangsa Israel yang sistematik bermula dengan sekatan yang ketat dikenakan ke atas mereka lebih 16 bulan yang lalu.