Ketua Badan Ulama Palestin Dipenjara Semula.


Jumaat, 07/09/07 –
Pihak berkuasa Israel menahan semula selama tiga bulan anggota parlimen Palestin serta ketua badan ulama Palestin, Sheikh Hamid Al Bitawi (64 tahun) yang berada di penjara Majdu, Israel.

Rejim Zionis menculik 10 remaja Palestin


Khamis, 06/09/07 – RAMALLAH, Rejim Zionis menculik 10 remaja bawah umur Palestin di sebuah kampung di barat bandar Ramallah awal pagi Rabu lepas atas alasan mereka melontar batu-batu ke arah kenderaan-kenderaan penceroboh Israel.

Hamas: Penolakan Solana untuk Dialog mengingkari erti demokrasi


Rabu, 05/09/07 – GAZA — Pergerakan Hamas pada Selasa lalu mengecam Javier Solana, Penyelaras Hubungan Luar Kesatuan EU kerana menyatakan yang pihaknya tidak akan mengadakan hubungan dengan Hamas, serta menggambarkannya sebagai satu penafian demokrasi Eropah. Sami Abu Zuhri selaku Jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza berkata kenyataan Solana hanyalah bagi satu pihak sahaja dan tidak menggambarkan keadaan sebenar yang mewakili seluruh negara-negara Eropah lain yang telah mempunyai hubungan langsung dengan Hamas manakala negara lain memerlukan hubungan-hubungan seperti Itali, Norway dan Rusia.

HANGAT !! Mesyuarat Rahsia Antara Fayyad dan Bekas Ketua Pegawai Ariel Sharon.


Selasa, 04/09/07 –
Perdana menteri tidak sah kerajaan PA, Salam Fayyad di Ramalah telah mengadakan perjumpaan rahsia bersama Dov Weisghlass, bekas ketua pegawai Ariel Sharon di Jerusalem.Menurut radio Hebrew, Fayyad telah bertemu dengan Weisghlass pada petang ahad lepas di hotel yang diduduki di Bandar suci tersebut.Sumber itu berkata bahawa isi kandungan pertemuan tersebut tidak dijelaskan dan menyatakan bahawa Salam keluar dari hotel tersebut membawa satu CD bersamanya.

Bebaskan Wanita dan Kanak2 Palestin !


Isnin, 03/09/07 –
Abu Obada menyatakan bahawa permintaan Qassam ialah Israel membebaskan wanita, kanak-kanak dan pemimpin yang sakit dan yang meringkuk lama di dalam penjara penjajah Israel. Beliau tidak mengulas panjang mengenai keadaan Shalit dan menambah “kami akan memberikan perakam kaset suaranya tidak lama lagi dan dia akan memberitahu keadaannya. Kami tidak akan mendedahkan pita rakaman lain mengenai keadaan Shalit dalam masa ini”

Jawatankuasa Eksekutif PLO Tidak Relevan !


Isnin, 03/09/07 –Pergerakan Hamas Ahad lalu menuduh Jawatankuasa Eksekutif PLO tidak lebih sebagai golongan yang lemah, kumpulan yang mengikut telunjuk Fatah yang mengawal jawatankuasa tersebut untuk berkhidmat dengan kepentingan-kepentingan peribadi dan parti mereka.

Pergerakan Islam – 48: Tiada siapa boleh menyerahkan walau seinci Mesjid Aqsa


Isnin, 27/08/07 – Sheikh Kamal Al-Khatib, Timbalan Ketua Pergerakan Islam tahun 1948 semasa negara Palestin diduduki, telah memberi amaran mengenai rancangan untuk menyerahkan Masjid Aqsa untuk dikuasai Israel.

Kami tak anggap, US, Barat sebagai musuh


Jumaat, 24/08/07 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, seorang tokoh pemimpin Hamas dan bekas menteri luar PA mengakui bahawa pergerakan Hamas tidak sepenuhnya menentang US.

Eropah Buka Pembohongan Pemerintah Fayyad Berkenaan Elektrik


Jumaat, 24/08/07 – Gaza -Dr. Shalah Bardawil, juru cakap Fraksi Perubahan dan Reformasi di parlimen Palestin menegaskan pihak Eropah membuka kebohongan Fayyad Maliki, Menteri Informasi pemerintahan darurat Palestin pimpinan Salam Fayyad berkenan pemotongan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza.

Ulang Tahun ke 38 Pembakaran Masjid Aqsa.

Tanggal 21 Ogos , genaplah ulang tahun ke 38 pembakaran masjid Aqsa. Marilah sama2 kita perbanyakkan usaha dan kerjasama bagi membebaskan tanah Palestin dan masjid Aqsa dari rejim Zionis.

Tahanan Palestin di Hawara merayu Palang Merah merawat mereka.


Khamis, 23/08/07 – NABLUS, (PIC)– Tahanan-tahanan penduduk Palestin di pusat tahanan tentera Israel Hawara dekat bandar Nablus telah merayu agar Palang Merah dapat melawat mereka dan memeriksa mereka syarat-syarat ketat di penjara.

2 Kanak-kanak Palestin Mati Akibat Serangan Peluru Berpandu Rejim Zionis.


Rabu, 22/08/07 –
Askar-askar rejim Zionis yang ditempatkan di utara Semenanjung Gaza telah melepaskan satu peluru berpandu terhadap sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di bandar Beit Hanun, utara Strip, yang telah membunuh dua orang daripada mereka.

Qadumi: Abbas Sedang Melalui Fasa Hidup Yang Paling Buruk


Rabu, 22/08/07 – Beirut – Faruq Al-Qadumi, ketua urusan politik di PLO menyerang presiden Abbas dengan kenyataannya. Beliau menyatakan Abbas sebagai “diktator” dan sedang berusaha melucut senjata kumpulan pejuang Palestin.

Tentera udara Israel bunuh 6 pejuang pertahanan Palestin di Semenanjung Gaza.


Selasa, 21/08/07 –
Enam pejuang pertahanan Palestinyang bersekongkol dengan Briged Qassan, sayap pertahanan Hamas telah dibunuh Isnin lalu apabila kereta yang dinaiki mereka di rempuh dengan bom serangn udara Israel di timur kem tahanan al Breij, Semenanjung Gaza.

Assad dan Haniya Bincang Tentang Nasib Pelarian.


Selasa, 21/08/07 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri Kerajaan Sementara Palestin, pada Ahad lalu mengunjungi Presiden Syria, Bashar Al-Assad untuk membantu dalam menyelesaikan masalah pelarian-pelarian Palestin yang melarikan diri dari penindasan di Iraq dan terperangkap di sempadan dengan Syria.