
Ahad, 03/01/2010 – Richard Falk, jurucakap khas PBB untuk hak kemanusiaan di wilayah Palestin yang dijajah, telah menyelar Mesir di atas pembinaan tembok besi di sepanjang sempadannya dengan semenanjung Gaza.

Ahad, 03/01/2010 – Richard Falk, jurucakap khas PBB untuk hak kemanusiaan di wilayah Palestin yang dijajah, telah menyelar Mesir di atas pembinaan tembok besi di sepanjang sempadannya dengan semenanjung Gaza.

Ahad, 03/01/2010 – Dalam satu laporan akhbar Haaretz, sepanjang keganasan Zionis-Israel di Gaza, terdapat tren baru yang diperkenalkan oleh tentera-tentera Zionis-Israel.

Ahad, 03/01/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS menegaskan penerusan perjuangan merupakan opsyen strategik bagi HAMAS, demi melengkapkan kemerdekaan Palestin dan mengembalikan haknya.

Ahad, 03/01/2010 –Ahli Parlimen Britain dan aktivis pro-Palestin, George Galloway Rabu lepas menyatakan beliau telah menerima surat daripada Mesir dua minggu lalu yang menuntut agar mendapatkan kelulusan Israel sebelum membenarkan konvoi Lifeline 3 memasuki Semenanjung Gaza, namun beliau tetap menolak segala bentuk kerjasama dengan Israel.

Rabu, 30/12/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan pada hari Selasa lepas bahawa beliau sedang mengadakan konsultasi dengan beberapa tokoh professional dan bebas untuk menyertai kerajaannya.

Rabu, 30/12/2009 – MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa anti pengepongan anti, telah mendesak beberapa organisasi di London, New York, Paris, Istanbul dan negara-negara lain untuk terus memprotes sehingga pengepungan Israel di Gaza dihapuskan.

Rabu, 30/12/2009 – Yayasan Kemanusian Turki ( IHH ) yang beroperasi di Semenanjung Gaza, telah mengeluarkan satu amaran semalam bahawa kadar kematian di Gaza semakin meningkat disebabkan sekatan yang ketat ke atas wilayah itu lebih 3 tahun daripada menerima keperluan harian penduduknya. Jurucakap IHH, Mohamed Kaya, semasa sidang media di Gaza, atas nama hak asasi manusia dan dunia, Yayasan Kemanusia di seluruh dunia menyeru tindakan segera harus diambil bagi menyelamatkan Gaza.

Rabu, 30/12/2009 – Jabatan Urusan Tahanan Palestin melaporkan Selasa lalu bahawa keadaan kesihatan banduan Zamel Shalluf di penjara pusat Beersheba Eichel semakin serius selepas beliau menjalani pembedahan jantung, pada masa sama, turut merayu semua organisasi yang bersangkutan dengan hak asasi manusia dan urusan tahanan agar menyelamatkan nyawa beliau.

Rabu, 30/12/2009 – Salah seorang pimpinan HAMAS, Ezzat Rasyq mengingatkan bahaya yang boleh melanda akibat keputusan kerajaan Mesir membangunkan tembok di sempadan Gaza. Rasyq menyeru agar kerajaan Mesir menimbang semula keputusan itu. Beliau menyatakan apa yang menjadi masalah kepada kerajaan Mesir bukanlah penduduk di Gaza tetapi Zionis-Israel. Sekatan yang di buat oleh Zionis-Israel sudah banyak melanggar hak-hak kemanusiaan. Majoriti yang menjadi mangsa kezaliman ini adalah kanak-kanak. Dengan adanya tembok baru itu, keadaan akan menjadi semakin buruk.

Rabu, 30/12/2009 –Tentera rejim Zionis telah menangkap lima penduduk Tebing Barat, Palestin Selasa lalu termasuk remaja lelaki berusia 15 tahun untuk siasatan, lapor penduduk tempatan.

Selasa, 29/12/2009 – Dr Ahmed Bahr, wakil pertama Pengerusi Badan Perundangan Palestin (PLC), menyatakan pada Rabu bahawa pembinaan tembok besi di sempadan Palestin-Mesir adalah sebahagian daripada polisi hukuman yang dikenakan Mesir ke atas Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya tembok ini memberikan penunjuk negatif tentang permulaan tercetusnya perang baru di Gaza. Beliau juga mengatakan bahawa pembinaan tembok ini bertentangan dengan sarana Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan rakyat Palestin di Gaza kebuluran.

Selasa, 29/12/2009 – Sekumpulan pendatang Yahudi yang ekstremis menyerang rumah keluarga al-Fityan pada petang Isnin lalu di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah, Jerusalem. Penduduk Palestin bergegas mempertahankan rumah tersebut dan mengusir pendatang Yahudi itu.

Selasa, 29/12/2009 – Laman web Palestin, Almajd memberi amaran bahawa tentera Israel yang ditahan, Gilad Shalit mungkin akan mati dalam kurungan akibat pendirian tegas kerajaannya.

Selasa, 29/12/2009 – Kementerian Urusan Tahanan Palestin menegaskan bahawa jumlah tahanan Palestin yang dipenjara lebih dari 20 tahun di penjara-penjara Zionis-Israel telah meningkat kepada seramai 110 tahanan. Jamal Orgiq adalah salah seorang tahanan yang telah menghabiskan tempoh 20 tahun di penjara Zionis-Israel. Jamal di tahan paa Disember 1989 kerana terlibat dengan HAMAS. Seorang lagi tahanan, Nael Barghouti sudah menduduki penjara Zionis-Israel selama 32 tahun.

Selasa, 29/12/2009 – Kementerian pertanian Palestin di Gaza menyatakan Isnin lalu bahawa larangan kepada para petani untuk bertani, menternak haiwan peliharaan dan menggunakan perigi-perigi telah dikuatkuasakan di kawasan-kawasan yang telah dibom oleh pihak Israel dalam perang terdahulu.