Categories
Berita Semasa

Peneroka Potong Elektrik di selatan Nablus

Jumaat , 16-10-2020 –  Puluhan peneroka haram Yahudi menebang tiang elektrik di bandar Jalud, selatan Nablus, pada hari Rabu.

Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang memantau kegiatan penempatan haram di Tepi Barat utara, menyatakan bahawa peneroka haram Esh Kodesh menyusup ke wilayah timur kota Jalud dan menebang beberapa tiang elektrik kayu menggunakan gergaji elektrik.

Daghlas berkata bekalan elektrik terputus selama beberapa jam kerana serangan peneroka. Beliau menambah bahawa telah terjadi peningkatan serangan peneroka haram yang sasarkan warga Palestin dan harta benda mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Para pendatang menyerang seorang warga emas petani Palestin

Jumaat , 16-10-2020 –  Seorang petani warga emas Palestin cedera di kepala setelah para pendatang Yahudi membaling batu kepada sekumpulan petani dekat kampung Na’lin di barat Ramallah pada Selasa.

Sumber tempatan menyatakan yang para pendatang membaling batu ke arah para petani dekat Tembok Apartheid di tanah perkampungan dan mencederakan seorang petani berusia 73 tahun, Khalil Umaira.

Mereka menambah yang para pendatang merosakkan tangga-tangga yang digunakan oleh para petani bagi memetik buah zaitun dan mengoyakkan penutup yang digunakan para petani. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Corona di Palestin: 4 Kematian, 532 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam

Jumaat, 16-10-2020 –  Mai Al-Kailah, Menteri Kesihatan Palestin di Ramallah, mengumumkan pada hari Rabu lalu bahawa 4 kematian dan 532 kes koronavirus baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Beliau menyatakan dalam laporan epidemiologi harian koronavirus bahawa keempat-empat kematian tersebut terdiri daripada seorang warganegara berumur 57 tahun dari al-Khalil, dan seorang warganegara, 72, dari Al-Abidiya di Bethlehem, selain dua kematian di Sur Baher dan Al-Sawana di Baitulmaqdis.

Kadar sembuh koronavirus mencapai 87.6 peratus sementara kadar jangkitan aktif mencapai 11.6 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8% dari semua jangkitan.

Kes sembuh adalah dicatatkan seperti berikut: 103 al-Khalil, 22 Jenin, 41 Tulkarem, 6 Qalqilya, 1 Salfit, 71 Nablus, 29 Ramallah dan Al-Bireh, 93 Jericho dan Al-Aghwar, 2 Tubas, 95 Semenanjung Gaza, dan 139 di Baitulmaqdis.

Pecahan kes jangkitan baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (60), Nablus (48), Bethlehem (32), Qalqilya (25), Ramallah dan Al-Bireh (33), Jenin (55), Jericho dan Al- Aghwar (8), Salfit (15), Tubas (18), Tulkarem (43), Semenanjung Gaza (110), pinggiran kota Baitulmaqdis (11), dan Kota Baitulmaqdis (74).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Jordan Sokong Pemulangan Nizar Al-Tamimi Ke Jordan

Jumaat , 16-10-2020 – Anggota parlimen Jordan, Dimah Thahbub menyatakan sikap Jordan adalah tetap konsisten berkait isu bekas tahanan, Ahlam al-Tamimi yang tidak boleh dilanggar, ditegaskan bahawa warga Jordan tidak boleh menjadi alat pertukaran.

Dalam wawancara dengan Pusat Informasi Palestina, Thahbub menyatakan sokongannya untuk memulangkan suami Ahlam, Nizar al-Tamimi ke Jordan. Ahlam sebagai warga Jordan berhak untuk tinggal bersama suaminya, selagi tidak melanggar undang-undang Jordan.

Tambahan pula Jordan ketika ini berada dalam tekanan nyata, seperti pihak Amerika terbangun dari tidur dan mengatakan selamat pagi dan biarkan kita menekan Jordan untuk menyerahkan Ahlam al-Tamimi.

Namun sikap Jordan masih terhormat, walaupun tetap perlu memperhatikan situasi dan tekanan ini.

Thahbub menegaskan bahswa warga Jordan tak boleh menjadi alat tukar. Menurutnya, setelah terjadi keputuasan pertukaran maka semua isu berkait tahanan harus juga dihapuskan sehingga mereka tidak lagi diburu secara undang-undang dan menyebabkan adanya tekanan. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

22 Pemukim Yahudi Berkeliling di dataran al-Aqsa

Jumaat , 16-10-2020 –  Seramai 22 pemukim yahudi dengan kawalan ketat pasukan penjajah Israel telah menyerbu masuk ke Masjidil Aqsa. Menurut department wakaf Islam di Al-Quds, para pemukim Yahudi menyerbu masuk melalui pintu gerbang Maghoribah, salah satu pintu masuk Al-Aqsa yang berada di bawah kawalan penjajah Israel.

Mereka kemudiannya berkeliling sehingga ke pintu gerbang Babur Rahmah. Serbuan masuk ke Kompleks Masjidil Aqsa ini di lakukan oleh pemukim yahudi dengan izin pihak bekuasa Israel di Al-Quds serta mendapat kawalan dari pasukan tentera Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Puluhan Tahanan Lakukan Mogok Lapar Solidariti Terhadap Al-Akhras

Khamis , 15-10-2020 –  Keadaan di beberapa penjara Israel semakin panas, di tengah tindakan rasis dan menekan yang dilakukan pihak penjara Israel terhadap para tahanan Palestin.Situasi ini disebabkan langkah gerakan tahanan mendukung Maher al-Akhras yang melakukan aksi mogok lapar terbuka hari ke 79.

Pada penghujung malam, pasukan penjara Israel menyerbu ruang-ruang tahanan di penjara Ofer untuk menghentikan aksi mogok lapar yang dilakukan puluhan tahanan Palestin.

Serbuan dilakukan pasca adanya langkah tindakan membela tahanan al-Akhras dan aksi mogok lapar yang dilakukan 32 orang tahanan sebagai solidariti terthadap al-Akhras.

Pihak penjara menahan 32 tahanan yang melakukan mogok lapar dengan menempatkan mereka di sel brasingan.

Dalam pada masa yang sama  unit Motsada menyerbu ruangan 10 di penjara Eishel dan memindahkan wakil tahanan ke suatu tempat yang memicu keadaan genting.

Ketua biro media tahanan, Nahid al-Fakhuri mengingatkan bahawa keadaan ‘panas’ akan masuk ke penjara Eishel disebabkan unit Motsada melakukan gangguan dan penganiayaan terhadap para tahanan dengan mengari tangan ke belakang dan meletakan mereka di lantai.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Para pendatang meletakkan batu dengan cetakan lambang menorah di dalam dinding al-Khalil

Khamis , 15-10-2020 –  Para pendatang Yahudi pada Isnin meletakkan sebiji batu yang diukir lambang Menorah Talmud di bahagian atas pintu gerbang Kota Lama al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, para pendatang yang diiringi oleh tentera rejim meletakkan sekeping batu dengan dengan lambang menorah di atasnya, ke dalam dinding pintu gerbang pasar Qazzazin di kota suci al-Khalil.

Sekumpulan pendatang telah meletakkan batu serupa di gerbang yang sama sebelum para penduduk tempatan mengalihkannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Petani Tebing Barat cedera diserang pendatang Yahudi.

Khamis , 15-10-2020 –  Berpuluh pelampau yang merupakan pendatang haram Yahudi bertindak mengasari dan mencederakan petani warga Palestin dari bandar Burqa, timur Ramallah yang sedang menuai buah Zaitun di ladang mereka.

Sumber tempatan menjelaskan bahawa lebih 50 pendatang Yahudi menyerang sekumpulan  petani yang berada di ladang untuk menuai buah Zaitun yang terletak di bandar itu dengan menyembur serbuk lada dan batang kayu.

Tambah sumber itu lagi, berpuluh-puluh penduduk tempatan datang ke kawasan tersebut untuk membantu dan menolong melindungi petani menuai hasil tanaman mereka manakala anggota tentera Israel masuk campur dengan melindungi pelampau Yahudi dan menghalang penduduk tempatan dari bertindak balas menyerang balik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Corona di Palestin: 4 Kematian, 516 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam

Khamis, 15-10-2020 –  Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada hari Selasa lalu melaporkan 9 kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 serta 516 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dalam satu siaran media, Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kailah memberitahu bahawa dua kematian dicatatkan di Tebing Barat dan dua kematian di Semenanjung Gaza. Kesemua mereka menderita penyakit kronik.

Beliau juga menyatakan bahawa 443 jangkitan baharu dicatat di Tebing Barat dan 73 di Semenanjung Gaza.

Menteri berkenaan juga memberitahu bahawa terdapat 41 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 7 yang ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

Kailah menjelaskan bahawa jumlah jangkitan yang didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan telah mencapai 56,467, termasuk 49,332 yang telah pulih dan 459 kematian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Bahrain sedia mengirim kapal kargo pertama ke pelabuhan haifa

Khamis , 15-10-2020 –  Sumber media Israel mendakwa Bahrain bersedia mengirim kapal kargo pertama dari Pelabuhan Khalifah bin Salman ke Pelabuhan Haifa yang terletak di Palestin Utara, di bawah jajahan Israel.

Ketua Syarikat MSC Israel, Edni Samkin di petik berkata “Pengurusan tertinggi Pelabuhan dan laut Bahrain memberi perhatian besar untuk usaha mengukuhkan hubungan kerjasama dengan Israel”

Bahrain di laporkan sedang menyiapkan pengiriman kapal pertamanya ke Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Moscow sudi menjadi tuan rumah kepada mesyuarat kumpulan-kumpulan Palestin

Rabu , 14-10-2020 –  Pegawai kanan Hamas, Mousa Abu Marzouk mengesahkan yang Moscow menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat setiausaha agung kumpulan-kumpulan Palestin untuk menyumbang kepada kesatuan Palestin dan kerjasama politik.

“Ketika lawatan kami ke Russia, Mikhail Bogdanov, utusan Presiden Putin ke Timur Tengah, menyuarakan kesudian untuk menjadi tuan rumah mesyuarat setiausaha agung kumpulan-kumpulan Palestin,” Abu Marzouk berkata di Twitter.

Satu perwakilan peringkat tinggi daripada Gerakan Hamas pada Khamis lepas tiba di Moscow dan mengadakan mesyuarat penting bersama Bogdanov dan pegawai Russia lain ketika lawatan yang berlangsung beberapa hari itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serang petani Palestin di Burqa.

Rabu , 14-10-2020 –  Berpuluh pendatang haram Yahudi menyerang petani warga Palestin yang sedang menuai buah Zaiton. Kejadian berlaku di perkampungan Burqa, daerah Ramallah.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pendatang tersebut membaling batu ke arah petani menyebabkan seorang cedera di kepala.

Petani tempatan merayu penduduk bandar dan sekitarnya supaya menjauhi kawasan tersebut bagi mengelak dari menjadi sasaran serangan pendatang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Perlawanan membalas kekerasan Israel terhadap tawanan

Rabu , 14-10-2020 –  Gerakan Hamas pada Isnin lepas mengutuk penjajah Israel yang bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap tawanan warga emas mereka, Jamal Abu Haija dan Hasan Salamah di penjara Eishel.

Dalam keterangannya, Hamas menegaskan kesiapan untuk membalas tindakan permusuhan pemerintah penjajah Israel terhadap tawanan. Kekerasan Israel terhadap tawanan di penjara Eishel bukanlah suatu yang baru. Sebelum ini, seorang tawanan Mahir Akhras telah mogok lapar sebagai bantahan terhadap kekerasan yang di lakukan Israel di penjara.

Hamas komited untuk membebaskan tawanan dan rakyat Palestin sanggup membayar harga yang mahal dan sanggup berperang demi kebebasan dan kehormaatan tawanan Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Ulangtahun ke 30, pembunuhan beramai ramai di Aqsa – Sheikh Sabri

Selasa , 13-10-2020 –  Di dalam kenyataan media pada ulangtahun ke 30 pembunuhan beramai-ramai Aqsa, Sheikh Sabri berkata warga Palestin tidak akan melupakan jenayah yang keji yang berlaku pada 30 tahun lalu di Masjidil Aqsa.

Dia menyatakan Masjid Aqsa masih menghadapi pembunuhan beramai ramai dalam bentuk yang berbeza dengan merujuk kepada pemecahan masuk ke dalam Masjid oleh peneroka haram yahudi dan pihak polis Israel serta pendedahan penduduk Jerusalem kepada penahanan berjadual, perpindahan dan di buang daerah dari kawasan Masjid Al-Aqsa.

Dia menekankan bahawa tindakan kekerasan yang berterusan disasarkan kepada penduduk Jerusalem bagi meninggalkan bandar tanah suci bagi mereka mengambil alih Masjid Al Aqsa.

“ Tindakan sebegitu tidak akan menahan kita dari mempertahankan Masjid Agsa dengan segala tenaga yang kita ada. Masjid Al Aqsa akan sentiasa berada di bawah penguasaan orang Islam sehingga hari kiamat. “ tegas pihak berkuasa Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Akhras meneruskan mogok lapar untuk hari ke 73 walaupun kesihatan semakin merudum

Selasa , 13-10-2020 –  Tahanan Maher Al-Akhras meneruskan mogok lapar untuk hari ke 73 di penjara Israel walaupun kesihatan beliau semakin merudum.

Pejabat Maklumat Tahanan menyatakan di laman webnya, “Akhras masih dalam keadaan kesihatan yang teruk. Beliau tidak boleh bergerak dan bercakap serta terbaring di katil sepanjang masa.”

Ia menambah bahawa Akhras tidak boleh bergerak langsung, mengalami rasa pening yang teruk, sakit kepala, dan kini merasa sakit dada kerana masalah jantung. Beliau juga kurang dalam tumpuan, pendengaran dan hilang berat badan dengan banyak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati