Khamis, 30/03/2006 –
Khalid Mishaal, ketua biro politik gerakan Hamas menegaskan bahawa
pihaknya mengambil sikap berimbang berkenaan isu Arab dan menolak campur tangan
dalam konflik antara mereka.
Khamis, 30/03/2006 –
Perdana Menteri PA, Ismael Haneyya telah menegaskan kerajaan baru Palestin akan memohon bantuan Allah, rakyatnya serta kepercayaan daripada ummah untuk berdepan dengan cabaran pada masa hadapan.
Khamis, 30/03/2006
–
Tentera Israel isytihar langkah berjaga-jaga maksima dan menutup semua kawasan di bawah PA dan mengadakan kawalan keselamatan yang ketat menjelang pilihanraya Israel.
Khamis, 30/03/2006 –
Seorang remaja, 16, Hammad Musleh dibunuh pada lewat hari Sabtu (25/03/2006) oleh tentera zionis. Sumber mengatakan syuhada tersebut tidak bersenjata namun dituduh oleh zionis sedang cuba menanam bom. Beliau ditembak semasa mendekati sempadan Tebing Gaza dengan Garisan Hijau (tanah dijajah 1948)
Rakyat Palestin yang sedang melakukan demostrasi pembinaan tembok haram ditahan oleh rejim Zionis
di Tebing Barat iaitu di perkampungan Bil’in berhampiran Ramallah pada Jumaat, 24/03/2006.
Selasa, 28/03/2006 –
Sami Abu Zuhri, jurucakap pergerakan Hamas, Isnin lalu memberi amaran kepada mereka yang cuba membuat kenyataan palsu terhadap pemimpin Hamas dengan harapan untuk mencetuskan kekecohan.
Selasa, 28/03/2006 –
Pihak PA memutuskan untuk menubuhkan satu lembaga khas yang mempunyai kaitan rapat dengan Mahmoud Abbas, akan bertanggungjawab atas semua urusan sempadan Israel dan negara jiran Arab.
Selasa, 28/03/2006 –
Tanas Abu Aita yang telah dilantik untuk memegang portfolio di kementerian pelancongan dalam kerajaan yang dibentuk oleh Hamas berterima kasih kepada Hamas kerana memilihnya untuk jawatan itu, walau bagaimanapun beliau meminta maaf diatas keuzurannya dan sibuk dengan perniagaan persendiriannya.
Selasa, 28/03/2006
–
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyatakan keyakinan bahawa kerajaan yang
telah dibentuknya akan memperolehi sokongan dari dewan parlimen Palestin hari Isnin
ini, beliau menafikan adanya krisis undang-undang antara pemerintah yang akan
dilantik pada hari Rabu, 29/3/06 dan presiden Palestin Mahmoud Abbas
Selasa, 28/03/2006 –
Bakal Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyya menolak dakwaan krisis pentadbirannya di dalam PA sebagai maklum balas kepada kenyataan yang dibuat oleh ketua PA, Mahmoud Abbas, dan menegaskan barisan kabinetnya akan mengangkat sumpah dihadapan Mahmoud Abbas pada hari Rabu (29/3).
Isnin, 27/03/2006 –
Sheikh Ekrema Sabri, Mufti Jerusalem dan Palestine, pada hari Ahad menggesa rakyat Palestin meredah halangan pemisah Israel dan menuju ke masjid Aqsa untuk mempertahankannya daripada cubaan pencerobohan oleh fanatik yahudi.
Isnin, 27/03/2006
–
Delegasi Hamas yang didetuai oleh Khalid Mishaal tiba di Kuwait Sabtu (25/3/06).Kunjungan ini merupakan rangkaian dari lawatan rasmi delegasi Palestin ke
negara-negara Teluk.
Isnin, 27/03/2006 –
Ismail Haneyya, bakal Menteri PA, memberitahu kerajaan baru akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang hilang upaya dan akan menguatkuasakan undang-undang PA untuk memberikan 5% jawatan dalam kerajaan.
Jumaat, 24/03/2006 –
Pengerusi Parti Buruh yang memerintah di Norway berkata negara beliau akan terus menyokong rakyat Palestin melalui Pihak Berkuasa Palestin dan PBB, sambil menegaskan pentingnya mengadakan dialog dengan kerajaan baru Palestin yang akan dibentuk oleh Pergerakan Hamas.
Jumaat, 24/03/2006 –
Parti Kadima yang dipimpin oleh Perdana Menteri sementara Israel, Ehud Olmert (gambar)
secara popularitinya masih mengungguli parti-parti pesaingnya meskipun dijangka
mengalami penurunan dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada 28 Mac ini.