
Selasa , 27/10/2009 – Sumber atasan Mesir melaporkan Kaherah akan menarik diri daripada proses perpaduan Palestin dan akan merujuk proses perpaduan ini kepada Liga Arab.

Selasa , 27/10/2009 – Sumber atasan Mesir melaporkan Kaherah akan menarik diri daripada proses perpaduan Palestin dan akan merujuk proses perpaduan ini kepada Liga Arab.

Selasa , 27/10/2009 – Pasukan Penjajahan Israel (IOF) telah menculik lapan penduduk Palestin dan aktivis luar semasa perarakan aman bagi menyokong para petani Palestin di perkampungan Imar Ard, selatan dari bandar Al-Khalil dan berdekatan dengan penempatan Bahrthata dan Tashebha.
Selasa , 27/10/2009 – Khaled Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS menegaskan pencerobohan terhadap mana-mana bahagian bandar al-Quds sekitar Masjid al-Aqsa adalah umpama pencerobohan terhadap masjid itu sendiri.

Jumaat , 23/10/2009 – Para pelarian Palestin di Brazil mengeluh di atas kesulitan meraka alami kepada pihak PBB. Para pelarian masih lagi menantikan kerajaan Brazil untuk menunaikan janji-janji mereka seperti jaminan kesihatan, bantuan pendidikan dan sosial. Seramai 120 orang pelarian warga Palestin menetap di Brazil setelah mereka di usir secara paksa. Para pelarian turut memohon kepada PBB untuk dipindahkan ke negara lain yang dapat menjamin kehidupan mereka dengan lebih baik.

Jumaat , 23/10/2009 – Pergerakan Hamas menegaskan pada Rabu lepas bahawa mereka ingin menamatkan perpecahan di antara rakyat Palestin dan komited kepada persetujuan yang di capai di Kaherah, tetapi beliau menambah bahawa masalah sebenarnya timbul pada penambahan dan penggubalan yang dibuat ke atas kertas kerja penyatuan Mesir yang tidak di bahaskan sebelum ini.

Jumaat , 23/10/2009 – Ahli Parlimen Palestin dari Pegerakan Hamas, Mushir Al-Masri menyifatkan kesungguhan Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner untuk melawat medan tempur Semenanjung Gaza adalah satu langkah yang betul dalam berurusan dengan Hamas.

Khamis, 22/10/2009 – Mohamed Nasr, anggota biro politik Hamas Rabu lalu mendesak Mesir agar kertas akhir pendamaian selari dengan dengan apa yang telah dipersetujui dalam rundingan di Kaherah dahulu sebelum pergerakan itu menerima untuk memeterai sebarang perjanjian lain.

Khamis, 22/10/2009 – MP Jamal Al-Khudari pada hari Selasa telah mengirimkan surat penghargaan kepada kerajaan Turki pimpinan Recep Erdogan atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap Palestin dan perjuangannya.

Khamis, 22/10/2009 – Jurucakap Hamas di Khan Younis Hammad Al-Ruqub menyatakan Rabu bahawa penglibatan Pihak Keselamatan Palestin (PA) membuat pertemuan dengan para pegawai Israel secara berterusan telah melindungi agenda yahudisasi Zionis yang kian serius di Baitulmuqadis.

Rabu , 21/10/2009 – Dr Yousuf Rezqa, penasihat politik perdana menteri Palestin di Gaza Sabtu lalu menyatakan bahawa kenyataan pedas Mahmoud Abbas terhadap Gerakan Hamas hadir ketika ketika beliau tidak berupaya membela diri selepas skandal politiknya tersebar disebabkan kedudukannya dalam laporan Goldstone.
Isnin , 19/10/2009 – Menurut seorang bekas tahanan, Abdun Nasher Farawnah, Utsman Ali Hamdan merupakan seorang tahanan berpangkat tinggi telah dipenjara selama 27 tahun dan kini masih lagi dipenjarakan oleh Zionis-Israel. utsman ditahan pada 15/10/1982 kerana bekerjasama dengan Fatah menentang Zionis-Israel. Utsman yang mempunyai 7 orang anak yang mana Naji, 37 tahun merupakan yang tertua manakala Nadhal, 27 merupakan anak bongsu.

Jumaat , 16/10/2009 –Ahli Parlimen berkecuali, Jamal Al-Khudari telah mendesak masyarakat dunia yang mewakili pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, aktivis keamanan antarabangsa, agensi dan parlimen untuk memulakan kempen keamanan dan bantuan terbesar untuk para penduduk yang terkepung di Gaza bagi membantu mereka mengatasi keadaan musim sejuk yang semakin buruk.

Jumaat , 16/10/2009 – Pusat Hak Asasi Manusia Swasya menyatakan pada Khamis, bahawa Semenanjung Gaza mengalami kesukaran keadaan persekitaran terutama pencemaran air minuman disebabkan keganasan Israel dalam peperangan baru-baru ini dan kini pula menghadapi sekatan mereka.

Jumaat, 16/10/2009 – Pada tengah malam semalam (Isnin 12/10), satu pasukan tentera Zionis menyerbu ke pintu masuk perkampungan al-選sawiyyah di bandar al-Quds. Pasukan tentera ini diiringi oleh treler yang membawa bongkah-bongkah simen dengan ketinggian 4 meter, bertujuan untuk menutup jalan utama yang menyambung kampung al-選sawiyyah dengan kampung-kampung Arab lain sehingga bandar lama al-Quds. Mengetahui keadaan tersebut, sekumpulan anak-anak muda segera menyerang tentera Zionis tersebut serta menyerbu treler, menurunkan pemandunya dan merampas kuncinya. Setelah pihak tentera Zionis tidak lagi berjaya mengawal keadaan, mereka mengadakan rundingan dengan ketua kampung dan akhirnya persetujuan dicapai agar kunci treler dikembalikan dengan syarat mereka berundur dari kampung tersebut.
Jumaat, 16/10/2009 – Wartawan Sweeden, Donal Bustrm, menyatakan pihak PLO sudah mengetahui kerja-kerja mencuri organ rakyat Palestin yang terkorban yang dilakukan oleh Zionis-Israel.