Categories
Berita Semasa

 Jabatan Perkhidmatan Penjara menolak permohonan untuk pembedahan dan rawatan.

Isnin, 13-06-2022 – Jabatan Perkhidmatan Penjara rejim Zionis Israel , pada hari Selasa telah menolak permohonan tahanan Israa Jaabis yang mengalami kecederaan melecur yang serius untuk menjalani pembedahan plastik,

Peguam tahanan melaporkan Jaabis, seorang penduduk Jabel Mukaber  di kawasan kepungan Jerusalem, telah menghantar permohonan kedua ke Jabatan tersebut setelah permohonan pertama beliau ditolak dalam laporan radio Yahudi. Beliau telah dituduh oleh rejim Zionis Israel atas meletupkan kenderaan beliau di sekatan jalan raya, tuduhan yang beliau nafikan. Kecerderaan melecur beliau adalah akibat letupan yang terjadi oleh masalah tek.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar penodaan gereja di Baitulmuqaddis

Jumaat, 10-06-2022 – Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan para pendatang yang mencemarkan  Greek Orthodox Chapel and Garden dengan kawalan polis pada pagi Isnin.

“Tindakan biadab itu menggambarkan budaya dan roh kebencian mereka yang diamalkan oleh pihak rejim terhadap agama lain dan tempat suci Islam serta Kristian,” Hamas menyatakan pada Selasa.

Gerakan itu mengesahkan yang rakyat Palestin akan bertahan menentang perlakuan tersebut dan melindungi tempat suci mereka serta kebebasan beribadah dan beragama.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

PFLP: Kempen Tangkapan di Tebing Barat Tidak Akan Halang Perjuangan

Jumaat, 10-06-2022 –Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) mengecam kempen penangkapan yang dilancarkan pasukan pendudukan Israel (IOF) di Tebing Barat, menegaskan bahawa kempen sedemikian tidak akan menghalang penentangan Palestin.

“Kempen penangkapan ganas yang dilancarkan IOF selepas menyerbu rumah di kem pelarian Duheisha hanya akan meningkatkan keazaman rakyat kita untuk menentang penjajahan,” kata PFLP dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa.

Setiap kali IOF menggangu PFLP, kadernya akan meningkatkan kekuatannya dan ini tidak akan melemahkan keazaman mereka untuk memerangi penjajahan, tambahnya.

Pada awal pagi, IOF menyerbu rumah syahid Palestin Ayman Muheisen dan dengan ganas mengeluarkan gambarnya di kem pelarian Duheisha di tenggara bandar Bethlehem Tebing Barat.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel ratakan tanah di utara Semenanjung Gaza

Jumaat, 10-06-2022 – Pasukan penceroboh Israel (IOF) menyerbu dan memusnahkan tanah milik warga Palestin di utara Semenanjung Gaza pada hari Selasa.

Menurut Quds Press, enam buah jentolak IOF diiringi oleh kenderaan tentera Israel menyerbu tanah Palestin di Beit Hanoun ke pinggir timur laut Semenanjung Gaza.

“Jentolak IOF memusnahkan tanah pertanian milik rakyat Palestin di Beit Hanoun,” lapor Quds Press.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis Israel menahan remaja Palestin di Jerusalem

Rabu, 08-06-2022 – Polis rejim Zionis telah menangkap seorang remaja Palestin berumur 16 tahun di kawasan Kota Lama Jerusalem pada hari Selasa. Polis rejim Zionis Israel mengumumkan penangkapan remaja Palestin berkenaan di timur Jerusalem. Remaja itu disyaki merancang untuk menjalankan serangan tikaman di kawasan Kota Lama Jerusalem. Menurut laporan laman web Ynet, remaja Palestin yang identitinya dirahsiakan, telah di bawa ke mahkamah dan telah diberikan perintah tahanan selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Senat Kecam Israel, Tuntut Tindakan ke atas NGO Pakistan

Rabu, 08-06-2022 – Dewan Tinggi [Senat] Parlimen Pakistan telah mengecam tindakan tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah di perkarangan Masjid Al-Aqsa dan jurucakap Televisyen Pakistan (PTV) yang baru-baru ini melawat Israel.

Kontroversi mengenai lawatan ke Israel baru-baru ini telah dibangkitkan di dewan tinggi parlimen oleh Senator Jamaat-e-Islami Mushtaq Ahmed yang menuntut agar kerakyatan ekspatriat asal Pakistan yang melancong ke Israel dibatalkan dan NGO yang memudahkan lawatan mereka dibatalkan dan diharamkan.

Beliau berkata lawatan Ahmed Qureshi, yang bekerja untuk TV kendalian kerajaan sebagai sebahagian daripada delegasi, menimbulkan banyak persoalan dan ingin tahu di bawah pihak berkuasa dan dokumen perjalanan yang mana dia gunakan untuk lawatan itu.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel tahan lapan nelayan Palestin

Rabu, 08-06-2022 – Tentera laut Israel menahan lapan orang nelayan Palestin di luar pantai Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada petang hari Selasa.

Zakaria Bakr, penyelaras Kesatuan Jawatankuasa Nelayan, berkata dalam satu kenyataan ringkas bahawa tentera laut Israel menahan lapan orang nelayan Palestin selepas merampas bot mereka yang berada tiga batu dari pantai.

Tentera laut Israel mengganggu nelayan Palestin di Semenanjung Gaza pada setiap hari dan kadangkala mencederakan atau membunuh mereka, atau mencuri peralatan dan bot mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Sheikh Khatib: Perlakuan Israel tidak akan melemahkan rakyat kita

Rabu, 08-06-2022 – Sheikh Kamal al-Khatib, Timbalan Ketua Pergerakan Islam 1948 Palestin yang dijajah, telah mengutuk serangan dan jenayah Israel yang berlaku di kota suci dan di Masjidil Aqsa pada hari Ahad.

“Kekejaman rejim Zionis Israel di Masjidil Aqsa tidak akan melemahkan kami, dan tidak akan mematahkan kehendak kami,” kata Sheikh Khatib.

Beliau menyatakan kepercayaannya bahawa jumlah perkauman dan kebencian yang ditunjukkan oleh peneroka haramYahudi semasa perarakan bendera mencerminkan jenis pilihan dan dasar popular Perdana Menteri Israel Naftali Bennett.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Bot bersenjata Israel menyasarkan boat nelayan di utara Gaza

Rabu, 08-06-2022 – Bot Israel melepaskan tembakan ke arah bot nelayan, di perairan bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza, pada Selasa.

Sumber tempatan menyatakan yang serangan ke atas bot-bot nelayan Palestin tidak menyebabkan kematian.

Bot tentera laut Israel sengaja melepaskan tembakan dan bom gas ke arah bot-bot nelayan di Semenanjung Gaza setiap hari untuk menghalang mereka menangkap ikan, sekaligus menjejaskan pendapatan mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kita ada beberapa pilihan untuk menghadapi perarakan bendera

Rabu, 01-06-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya mengesahkan yang rakyat Palestin dan para pejuangnya ada banyak pilihan untuk menghadapi perarakan bendera yang para pendatang ingin adakan di kota suci Baitulmuqaddis hari ini. Ini termasuk menghadapi sebarang cubaan mereka untuk mencemarkan Masjid Aqsa.

“Kami ada trio yang bersedia untuk menghadapi situasi esok – ummah, rakyat kami dan pejuang – kami sedia untuk semua scenario,” Haneyya berkata dalam kenyataan akhbar pada petang Sabtu.

“Kami sedang berhadapan dengan rejim yang sudah lama, namun kehancurannya semakin hamper,” beliau berkata, menyuarakan kepercayaannya yang perjuangan berterusan rakyat Paletin akan berjaya juga nanti bagi mencapai aspirasi pembebasan dan kembali mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Belia Palestin, Rejim Zionis Bertempur Sekitar Tebing Barat

Rabu, 01-06-2022 – Pertempuran sengit berlaku antara belia Palestin dan Rejim Zionis di sekitar Tebing Barat, selepas pasukan polis menyerbu masuk Masjidil Aqsa bagi mengawal lawatan peneroka pada pagi Ahad.

Berdasarkan laporan tempatan, kawasan terbabit adalah di Jambatan Halhul, kem pelarian Al-Arroub di Al-Khalil, bandar Huwara di selatan Nablus, serta kawasan berdekatan Universiti Al-Quds di Abu Dis dan Universiti Kadoorie di Tulkarem.

Pertempuran sama berlaku berdekatan pusat pemeriksaan Nitzanei Oz di barat Tulkarem, mengakibatkan seorang kanak-kanak Palestin cedera di bahagian mata selepas terkena tembakan peluru getah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin secara beransur-ansur meningkatkan langkah protes mereka

Rabu, 01-06-2022 – Tahanan pentadbiran Palestin di penjara Israel pada hari Ahad menganjurkan mogok duduk di kawasan penjara sebagai protes terhadap dasar penahanan pentadbiran Israel.

Menurut Pusat Kajian Tahanan Palestin, penganjuran mogok duduk itu adalah sebagai sebahagian daripada langkah persediaan untuk memulakan mogok lapar besar-besaran pada penghujung 2022.
Pengarah Pusat Kajian Tahanan Palestin, Riad al-Ashqar berkata bahawa perkhidmatan penjara Israel terus mengabaikan tuntutan tahanan pentadbiran Palestin, yang menyebabkan tahanan Palestin berkeras untuk menganjurkan mogok lapar besar-besaran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

2,000 peneroka haram mencemarkan Aqsa menjelang perarakan bendera di Jerusalem

Rabu, 01-06-2022 – Polis regim zionis Israel menyerbu Masjidil Aqsa awal pagi Ahad, bertempur dengan jemaah Islam dan mengurung ramai daripada mereka di bangunan solat Qibli.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis regim Israel menyerbu selepas solat subuh di halaman dan dataran tinggi Masjid Aqsa, mula mencetuskan pertempuran secara beransur-ansur dengan jemaah Islam dan mengunci beberapa daripada mereka di bangunan Qibli selepas menutup pintunya dengan rantai pada sebelah pagi.

Anggota polis turut dikerahkan di atas bumbung bangunan Qibli yang terkepung.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin


Categories
Berita Semasa

62 Rakyat Palestin Cedera Dalam Serangan Israel di Jerusalem

Rabu, 01-06-2022 – 62 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel dan peneroka Yahudi menyerang mereka yang
melakukan konfrontasi terhadap perarakan peneroka di Jerusalem pada hari Ahad.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, polis Israel melepaskan peluru bersalut getah dan bom gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin di beberapa kawasan di Jerusalem, menyebabkan 62 rakyat Palestin cedera.

Dalam insiden berkaitan, polis Israel telah menahan enam pemuda Palestin di Jalan Al Rasheed di Jerusalem, menjadikan jumlah rakyat Palestin yang ditangkap kepada 30 orang.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pertembungan ganas dengan IOF di W. Bank of Dawha

Isnin, 30-05-2022 – Pertempuran ganas berlaku pada hari Rabu selepas tentera Regim Zionis Israel (IOF) menyerbu bandar al-Dawha, barat Bethlehem.

Menurut sumber tempatan, beberapa lelaki muda mengalami pendedahan kepada gas pemedih mata semasa pertempuran dengan tentera regim Israel di bandar al-Dawha.

IOF juga menyerbu sebuah rumah milik keluarga Ghattas berhampiran pintu masuk barat bandar Beit Jala, barat laut Bethlehem, dan merampas rakaman kamera keselamatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin