Rabu, 29-07-2020 – Dua tahanan wanita Palestin sedang berada di dalam keadaan yang sangat teruk di sel pengasingan penjara Jalamah.
Tahanan-tahanan itu, Fadwa Hamada dan Jihan Hashima, sedang ditahan di dalam sel pengasingan, dipantau oleh tiga kamera keselamatan, dan keperluan asas diabaikan, demikian menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.
“Sejak kami dipindahkan ke penjara pengasingan, kami masih memakai pakaian yang sama. Mereka tidak membawa barang kami. Kami diberi sehelai baju dan ubat gigi beserta berus yang telah rosak,” Suruhanjaya itu memetik kata-kata para tahanan.
Rabu, 29-7-2020 – Pada hari Isnin lalu rejim Zionis telah menaham sejumlah warga Palestin dan bertembung dengan penduduk di beberapa kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis semasa kempen besar-besaran di waktu subuh.
Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 10 warganegara Palestin di kawasan yang berbeza-beza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.
Lebih 20 rumah warga Palestin telah diserbu dan digeledah dalam serbuan itu, tambah mereka.
Bandar Jaba di daerah Jenin telah menyaksikan konfrontasi ganas antara tentera Zionis dan penduduk tempatan yang diserang dengan gas pemedih mata dan bom tangan.
Pemberontakan lain juga meletus di Anza, sebuah kampung berdekatan di mana Rejim Zionis melepaskan peluru logam bersalut getah dan gas pemedih mata secara bertubi-tubi ke arah belia-belia tempatan yang bertindak balas dengan melemparkan batu dan botol kosong.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Rabu, 29-07-2020 – Tentera rejim zionis Israel melancarkan satu operasi terhad dengan menyeberang masuk ke dalam wilayah Semenanjung Gaza, Isnin semalam.
Sumber berita tempatan berkata, beberapa buah jentolak tentera rejim dilihat bergerak memasuki lebih kurang 100 meter ke dalam kawasan Rafah di selatan Gaza.
Sejumlah kawasan tanah pertanian milik penduduk Palestin telah ditolak bersih dalam operasi yang turut diiringi dengan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata itu. Bagaimana pun, tiada yang kecederaan dilaporkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 29-07-2020 – Sekumpulan peneroka Yahudi mencemari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang disertai oleh seorang rabbi dan pasukan polis bersenjata Israel.
Sumber tempatan mengatakan bahawa peneroka tersebut melakukan ritual Talmud semasa lawatan mereka ke laman suci Islam.
Kumpulan fanatik Yahudi telah meminta untuk menodai tempat suci itu secara beramai-ramai mulai hari ini, Isnin hingga Khamis untuk menandakan pemusnahan “Kuil”.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Rabu, 29-07-2020 – Hamas menolak tawaran USD15 billion untuk menamatkan, menyerahkan Jerusalem dan mengasingkan Gaza dari seluruh Palestin, kata Ismail Haneyya, ketua biro politik Hamas.Dalam wawancara dengan laman web Qatar pada hari Isnin, Haneyya mengatakan bahawa pakej perjanjian itu membayangkan pelancaran projek infrastruktur utama seperti pelabuhan laut, lapangan terbang dan lain-lain di Semenanjung Gaza.
Beliau menambah bahawa pihak-pihak yang mengemukakan rancangan itu meminta balasan untuk menggabungkan sayap bersenjata Gerakan dalam pasukan polis Palestin setelah melucutkan senjata, menyerahkan Jerusalem dan mentadbir Semenanjung Gaza secara berasingan.
Pemimpin Hamas menegaskan bahawa Gerakannya tidak akan menerima apa yang disebut “Kesepakatan Abad” atau rancangan serupa lainnya.”Kami ingin mengakhiri pengepungan di Gaza dan memiliki pelabuhan laut,lapangan terbang dan projek lain tetapi hanya sebagai hak untuk penduduknya dan bukan sebagai balasan untuk melucutkan senjata atau pendirian politik tertentu,” tegas Haneyya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 29-07-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengatakan bahawa pada hari Ahad bahawa terdapat empat kematian terbaru yang berkait dengan virus Covid-19, 330 kes positif yang terbaru dan 470 masih dalam rawatan di kawasan Palestin sepanjang 24 jam yang terakhir.
224 kes terbaru ini direkodkan di wilayah Baitulmaqdis di al-Khalil, 3 di Ramallah dan al-Bireh, 8 di Tulkarem, 4 di Bethlehem, 14 di Jenin, 20 di Dablus, 11 di Jericho dan 6 di Qaqilya.
Menurut laporan harian kementerian, kadar pemulihan di kalangan pesakit Covid-19 di Tebing barat dan Baitulmaqdis telah meningkat kepada 36 peratus, kadar kes aktif pula telah menurun sehingga 53.4 peratus dan kadar kematian masih stabil dibandingkan dengan jumlah kes baru iaitu 0.6 peratus.
Oleh itu, jumlah kes aktif telah menurun kepada 8,320, sementara jumlah pesakit yang pulih telah meningkat menjadi 4,726 dan jumlah kematian meningkat kepada 78 orang.
12 daripada pesakit Covid-19 berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan perubatan intensif dan dua yang lain menggunakan bantuan alat pernafasan, menurut laporan itu.
Selasa, 28-07-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) pada subuh Ahad menculik ahli parlimen Palestin Hatem Qafisheh dan Nayef al-Rajoub dari kediaman mereka di al-Khalil.
Menurut sumber tempatan, Qafisheh telah diculik dari Bandar al-Khalil dan al-Rajoub dari Bandar Dura, barat daya al-Khalil.
Tiga pemuda pula telah diculik oleh IOF di Qalqilya. Mereka dikenali sebagai Mohamed Yassin, Wisam Hamada dan Wajdi al-Shanti.
Selasa, 28-07-2020 – Berpuluh-puluh pendatang Yahudi didapati telah menceroboh masuk dan berkeliaran di kawasan perkarangan Masjidil Aqsa dengan diiringi anggota polis rejim Israel.
Menurut sumber berita, sekumpulan pendatang haram Yahudi dilihat berjalan-jalan di sekitar halaman masjid dan ada antara mereka yang membaca doa dalam bahasa Yahudi dengan suara kuat di hadapan pintu Maghariba.
Masjid al-Aqsa semakin kerap diceroboh pendatang Yahudi dan polis Israel samada pada waktu pagi atau petang setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 28-07-2020 – 25 tahanan Palestin di penjara Israel berjaya menyelesaikan masa kuliah universiti dari dalam penjara. Rata-rata mereka mendapat ijazah sarjana dari Universiti Terbuka Al-Quds untuk tahun akademik 2019/2020.
Pihak Otoriti Urusan Tahanan dan bekas tahanan, dalam siaran akhbar hari ini, (26/7) mengatakan, Program Pendidikan bagi para Tahanan di penjara Israel sebagai hasil daripada pejanjian kesefahaman yang ditandatangani antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Otoriti Tahanan Israel dengan Universiti Terbuka Al-Quds.
Jawatankuasa itu menjelaskan, pengajaran ketika ini sedang berlangsung di enam penjara, iaitu: penjara Negev, Raymond, Eshel, Gilboa, Nafha, dan Ashkelon.
Pihak Jawatankuaas menambah, usaha yang tak henti-henti dilakukan staf otoriti tahanan dan Universiti Terbuka Al-Quds untuk memberikan kesempatan kepada para tahanan wanita di kem tahanan Damona untuk menyelesaikan kulian mereka dan mendapatkan ijazah sarjana.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 28-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOF) pada petang Sabtu menculik seorang kanak-kanak perempuan Palestin berhampiran kampung Nazlet Zeid, di barat daya Jenin.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik Rima al-Kilani yang berusia 16 tahun di pusat pemeriksaan tentera berhampiran kampung yang dikenali sebagai Umm al-Rayhan.
Ayahnya, Abdul-Fattah al-Kilani, mengatakan bahawa IOF membawa anaknya ke pusat soal siasat di dalam penempatan Ariel dan kemudian memanjangkan penahanannya selama empat hari setelah membuat tuntutan palsu terhadapnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa, 28-7-2020 – Petang Ahad lalu Rejim Zionis telah menahan seorang pemuda Palestin berhampiran Bethlehem kerana didakwa cuba mencuri senjata askar Israel.
Saluran TV 12 Israel mendakwa bahawa seorang pemuda Palestin cuba merampas pistol askar Israel berhampiran penempatan Gush Etzion di selatan Bethlehem.
Pemuda Palestin berkenaan telah ditahan dan dibawa ke sebuah destinasi yang tidak diberitahu.
Tidak ada maklumat lebih lanjut yang diumumkan mengenai kejadian tersebut mahupun identiti tahanan.
Isnin, 27-07-2020 – Kapal perang Israel melepaskan tembakan amaran dan membuka meriam air terhadap kapal nelayan Palestin di kawasan pantai Gaza pada hari Rabu pagi.
Sumber tempatan mengatakan bahawa kapal senjata Israel melepaskan tembakan ke kapal nelayan Palestin ketika bekerja tiga batu nautika dari laut Gaza barat laut memaksa mereka kembali ke darat.
Sementara itu, tentera zionis Israel melepaskan tembakan senapang dan tabung gas pemedih mata ke arah petani Palestin ketika mereka merawat tanah mereka di sebelah tenggara kota Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Isnin, 27-07-2020 – Anggota Dewan Legislatif Palestin dari kota Hebron, Syaikh Nayef Al-Rajoub, menegaskan bahawa penjajah Israel sedang memanfaatkan peluang untuk mencapai matlamat dan memperkuat cita-cita mereka.
Dalam sebuah pernyataan akhbar seperti dipetik oleh Freedom News, Rajoub menjelaskan bahawa penduduk penjajah Israel memanfaatkan kesibukan dunia yang sedang menghadapi pandemik Corona untuk memaksakan realiti baharu di Masjid Ibrahimi di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.
Rajoub menambah bahawa kejayaaj pendudukan penjajah Israel dalam memotong sebahagian dari Masjid Ibrahimi untuk dijadikan kafetaria untuk penduduk pendatang Yahudi akan membuka pintu yang luas untuk menguasai seluruh masjid Ibrahimi. Beliau menyatakan bahawa setiap kejayaan penjajah Israel di Hebron akan membuka selera orang-orang Yahudi ke Masjid Al-Aqsa yang mereka sebut sebagai Temple Mount.
Rajoub memperingatkan dunia Arab dan Islam bahawa kurangnya perhatian dan ketidakpedulian mereka berkaitan kejahatan Israel terhadap masjid Brahimi akan membuat mereka menyesal kemudian hari.
Rajoub menyeru umat Islam untuk menyedari hari ini sebelum esok, bahawa Masjid Al-Aqsa dan Masjid Ibrahimi berada dalam bahaya nyata.
Perlu dicatat bahwa kumpulan penduduk pendatang Yahudi telah mendirikan kafetaria untuk mereka di halaman Masjid Ibrahimi minggu lalu. Mereka terus bekerja untuk merebut kawasan masjid sebagai bahagian dari proses Yahudinisasi.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 27-07-2020 – Sekumpulan pendatang Israel pada petang Selasa membakar sejumlah besar tanah Palestin di Kampung Madama, Tebing Barat daerah Nablus.
Saksi mata melaporkan kebakaran tersebut memusnahkan puluhan pohon zaitun dimiliki oleh warga Palestin di Madama dan perkampungan berdekatan.Mereka menyatakan yang tentera rejim Israel sengaja mengganggu kru pertahanan awam Palestin yang berkejar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.
Isnin, 27-07-2020 – Rejim zionis Israel bertindak meroboh sebuah rumah yang sedang dibina warga Palestin di kampung Jabal al-Mukabber, selatan Baitulmaqdis.
Sumber tempatan melaporkan bahawa rumah berkeluasan 90 meter persegi itu kepunyaan warga Palestin, Saif en-Din Jom’a.
Menurut Jawatankuasa Menentang Pembinaan Tembok Sempadan dan Penempatan Yahudi, rejim Israel telah menjalankan 313 operasi meroboh sejak bermulanya tahun 2020 di mana 54% darinya dilakukan di wilayah Baitulmaqdis dan al-Khalil.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin