Khamis , 10-09-2020 – Pihak berkuasa Israel (IOA) memaksa keluarga warga Baitulmaqdis untuk merobohkan lima buah kedai mereka di Jabal Mukabbir di sebelah tenggara Baitulmaqdis dengan alasan tiada lesen.
Abed Sarry, salah seorang pemilik kedai, mengatakan bahawa perbandaran Israel memaksa dia dan keluarganya untuk merobohkan kedai-kedai yang menjadi punca pendapatan mereka walaupun telah sepuluh tahun berusaha untuk mendapatkan lesen.
Dia mengatakan bahawa keluarga itu membina kedai-kedai itu empat tahun yang lalu setelah usaha berterusan mendapatkan lesen gagal, dan menambah bahawa mereka didenda 60,000 shekel, yang masih mereka bayar hingga sekarang secara ansuran.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis , 10-09-2020 – Pasukan unit khas Israel “Mistaravim” menangkap seorang pemuda berdekatan pos kawalan kem Shu’afat, utara Baitulmaqdis, Isnin semalam.
Saksi kejadian berkata, sekumpulan anggota Mistaravim menyerbu kem tersebut dan mengejar seorang pemuda yang belum dikenal pasti serta menahannya di dalam sebuah bangunan kafeteria berhampiran pos kawalan.
Mistaravim merupakan unit rahsia persendirian yang berkerja bersama pasukan polis rejim Israel dan digelar dengan pelbagai gelaran termasuk skuad pembunuh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu , 09-09-2020 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas, meminta untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan nasional Palestin dengan tugas-tugas khas untuk mengakhiri perpecahan.
Dalam wawancara dengan TV Palestin rasmi dari ibu kota Lubnan pada hari Ahad malam, Haneyya mengatakan sebuah kerajaan perpaduan nasional di Tebing Barat dan Jalur Gaza akan ditugaaskan dengan tiga objektif utama untuk mengakhiri perpecahan Palestin.
Haneyya menjelaskan bahawa tugas kerajaan adalah menyatukan institusi-institusi Penguasa Palestin di Tebing Barat dan Gaza dan membuat persiapan untuk mengadakan pilihanraya dan presiden yang akan diikuti oleh Majlis Nasional. Tugas ketiga berkaitan dengan mengakhiri pengepungan Israel di Jalur Gaza dan menghadapi penjajahan dan rancangannya di Tebing Barat yang dijajah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Selasa , 08-09-2020 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas, dan delegasi pengiringnya pada Ahad bertemu Hassan Nasrallah, setiausaha agung parti Lubnan Hezbollah.
Nasrallah menerima Haneyya, Sheikh Saleh Al-Arouri, timbalannya dan delegasi pengiringnya di pejabat peribadi beliau untuk membincangkan beberapa isu tentang Palestin.
Ketika mesyuarat, kedua-dua pihak mengulas perkembangan politik dan ketenteraan di Palestin, Lubnan dan serantau serta bahaya yang mengancam perjuangan Palestin.
Selasa , 08-09-2020 – Kementerian kesihatan Palestin melaporkan lima kematian baru yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 632 kes baru dikesan positif, dan 341 pemulihan di kawasan Palestin, termasuk Semenanjung Gaza, dalam tempoh 24 jam.
Menurut laporan harian kementerian, dua daripada mangsa baru COVID-19 berasal dari Gaza (berusia 36 dan 55), dua lagi dari Bethlehem (kedua-duanya berusia 67 tahun) dan seorang dari al-Khalil (berumur 75).
31 pesakit yang sedang kritikal juga telah dimasukkan ke unit rawatan intensif, dan empat daripadanya telah ditempatkan di ventilator.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Selasa , 08-09-2020 – Ketua Lembaga Tinggi Islam di kota Al-Quds terjajah, Khatib Masjidil Aqsha, Syekh Ikrimah Shabri mengingatkan kemungkinan penjajah Israel memanfaatkan wabak corona untuk menutup Masjidil Aqsha al-Mubarak, untuk mengosongkannya dari semua warga Al-Quds dan memudahkan para pendatang zionis untuk memasukinya.
Dalam keterangan akhbarnya, Syekh Shabri menegaskan, penjajah Israel menjadikan wabak corona sebagai alasan untuk mengendalikan keadaan di Masjidil Aqsha, dan menerapkan rancangannya menghapuskan bidang kuasa Wakaf Islam untuk mengelola Al-Aqsha dan kemudian menutupnya. rancangan ini tidak akan kita biarkan, ungkap syekh Shabri.
Syekh Shabri mengatakan, “Al-Aqsha ketika ini terabai dan tidak menjadi prioriti bangsa Arab dan kaum muslimin, kompas sudah melencong dari Al-Quds.Apa yang kita lihat di lapangan mencerminkan semua itu.”
Sejumlah media Ibrani mengungkap rancangan Israel untuk menutup Masjidil Aqsha, dan melarang kaum muslimin menunaikan solat di dalamnya, dengan dalih untuk mencegah penyebaran wabak corona.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin , 07-09-2020 – Rejim Zionis pada pagi Khamis lalu telah menyerahkan keputusan bertulis kepada Salah al-Hamouri untuk melucutkan dokumen kewarganegaraan Baitulmaqdis beliau.
Amjad Abu Asab, ketua jawatankuasa keluarga tahanan Baitulmuqaddis, mengatakan bahawa Rejim Zionis telah memberitahu Hamouri, seorang warga asal Baitulmaqdis, bahawa dia akan dilucutkan dokumen kewarganegaraannya dan hak tempat tinggalnya, dan memberinya 30 hari untuk membantah tindakan tersebut.
Hamouri menghabiskan kira-kira lapan tahun di penjara Israel kerana kegiatan bantahan damainya menentang penjajahan Israel. Dia berkahwin dengan seorang wanita Perancis yang telah dihantar pulang oleh Israel pada tahun 2016.
Isnin , 07-09-2020 – Pertemuan para pemimpin faksi-faksi Palestin pada Khamis 3/9, mencapai keputusan untuk membentuk jawatankuasa bagi membincangkan visi menamatkan perpecahan dan menyumbang dalam wadah organisasi pembebasan Palestin.
Cadangan pertemuan yang dibuat bersama di Ramallah dan Beirut bersetuju untuk hidup dengan satu sistem politik, satu otoriti dan satu undang-undang.
Disebutkan bahawa jawatankuasa pembangunan akan mula bekerja dalam tempoh lima minggu untuk menjayakan misi pertemuan ini.
Dalam konteks berkait, semua pihak Palestin menolak sebarang projek yang berusaha menghapus isu Palestin.
Ketua otoriti Palestin Mahmud Abbas mengatakan di akhir pertemuan bersama pemimpin faksi-faksi Palestin, “Beberapa jawatankuasa telah dibentuk dan disepakati untuk menghadapi sejumlah momentum.”
Mulai hari ini, faksi-faksi Palestin akan terus membentuk jawatankuasa untuk memulakan kerja mereka. Tidak boleh ada pihak memonopoli keputusan yang telah dibentuk jawatankuasa tersebut, ungkap Abbas.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin , 07-09-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) malam semalam dan pada Subuh menyerbu beberapa kawasan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis dan menculik beberapa warga Palestin.
Menurut sumber tempatan di Baitulmuqaddis, polis rejim menculik jurugambar Mohamed Qarout setelah menggeledah rumahnya di daerah Issawiya district dan merampas kamera serta barang lain milik beliau.
Seorang remaja bernama Muntaser Sabta turut diculik oleh polis rejim dari rumahnya di Issawiya.
Jumaat , 04-09-2020 – Tentera rejim Israel (IOA) pada Isnin memaksa dua warga Palestin bersaudara agar memusnahkan rumah mereka di bandar Beit Hanina Baitulmuqaddis.
Mereka berkata mereka dipaksa menggunakan jentolak untuk memusnahkan rumah mereka bagi mengelak membayar denda ribuan shekel kepada Perbandaran Baitulmuqaddis Israel.
Sejak penjajahan Baitulmuqaddis pada tahun 1967, Israel telah memusnahkan lebih 1,900 warga Palestin di kota itu sebagai sebahagian daripada polisi pengusiran warga Palestin secara paksa.
Jumaat , 04-09-2020 – Anggota biro politik Hamas Khalil al-Hayyah menegaskan, Hamas menyetujui gencatan senjata dengan Qatar sebagai moderator. Beliau memberikan tempoh 2 bulan kepada penjajah untuk menyetujui kesepakatan dengan tuntutan strategik menamatkan sekatan.
Dalam wawancara dengan tv al-Aqsha, al-Hayyah mengatakan dialog semalam merupakan usaha pengukuhan kesepakatan sebelumnya. Tuntutan kami sangat jelas, iaitu komitmen penjajah terhadap kesepakatan sebelumnya tanpa penundaan dan memenuhi keperluan warga yang sedang dilanda wabak, terutama keperluan makanan.
Al-Hayyah menjelaskan penyebab kesukaran perundingan adalah perbezaan berkait waktu yang diberikan kepada penjajah untuk melaksanakan sejumlah projek tersebut.
Disebutkan bahawa kebiasaan penjajah adalah menunda penerapan kesepakatan, terutama berkaitan dengan jumlah dana yang diizinkan masuk untuk melaksanakan sejumlah projek kemanusiaan.
Menurut al-Hayyah, wabak corona menjadi sebab penangguhan.Kami sibuk menangangi virus dan tidak mahu membebani warga dengan konflik melawan penjajah serta masuk dalam pusaran konflik baru.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat , 04-09-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah mengenakan perintah berkurung di perkampungan Kisan di Bethlehem timur dan menyerang penduduk tempatan.
Timbalan ketua kampung Ahmed Ghazal mengatakan bahawa sejumlah besar tentera Israel telah menyerbu Kisan, berpecah-pecah di seluruh pelusuk jalan dan mengumumkan perintah berkurung melalui pembesar suara.
Ghazal menambah bahawa anggota tentera telah menghalang penduduk tempatan di jalan-jalan kampung, dan menahan mereka selama berjam-jam serta menyerang mereka secara fizikal.
Dia menegaskan bahawa orang awam dan harta benda mereka di Kisan sering terdedah kepada pencerobohan dan tindakan agresif oleh peneroka haram dan tentera Yahudi.
Baru-baru ini, segerombolan peneroka haram telah menganjurkan perarakan bersifat provokatif di dalam kampung. Anggota tentera juga telah menyerang gembala tempatan dan menghalang mereka daripada menghampiri jalan berhampiran kampung mereka.
Rabu , 2-9-2020 – Gerakan Jihad Islami menyatakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertanggungjawab sepenuhnya kerana membenarkan rejim Israel memasuki wilayah Arab dan negara Islam.
Dalam kenyataan akhbar pada Selasa, ahli kanan Jihad Islami Khader Habib memberi amaran tentang cita-cita Zio-Amerika di wilayah itu, dan menyifatkan Israel seabagai wakil utama AS dan projek koloni besar-besaran yang menyasarkan wilayah Arab dan Islam.
Habib menyatakan yang tindakan AS di wilayah itu sekarang bertujuan membuatkan negara-negara Arab lain menormalisasikan hubungan dengan rejim dan membuat perjanjian yang akan mengancam wilayah Arab dan Islam.
Rabu , 02-09-2020 – Persatuan Tawanan Palestin (PPS) mengatakan bahawa keadaan kesihatan tahanan Palestin Tareq al-Rajabi, dari bandar al-Khalil, adalah semakin merosot berikutan penahanannya baru-baru ini.
Menurut PPS, baru-baru ini tahanan Rajabi telah menderita masalah teruk di kelenjar pituitari, tetapi keperluannya untuk rawatan perubatan yang teratur dan tepat telah terganggu ketika pasukan rejim Zionis menahannya enam hari lalu.
PPS menegaskan bahawa walaupun keadaan kesihatan Rajabi yang kritikal, pihak Israel tetap menahannya di bahagian transit penjara Ofer, di mana kes COVID-19 telah muncul di kalangan tahanan akhir-akhir ini.
PPS telah meminta pembebasan segera Rajabi serta semua tahanan yang menhidapi masalah kesihatan yang kronik dan serius, terutamanya setelah sebilangan tahanan diuji positif koronavirus di dalam penjara Israel.
Rabu , 02-09-2020 – Sebuah pesawat Israel pagi ini (31/8) mendarat di Abu Dhabi setelah berlepas dari lapangan terbang Ben Gurion Israel melalui ruang udara Arab Saudi, dalam penerbangan awam untuk pertama kalinya setelah kedua belah pihak sepakat melakukan normalisasi.
Penerbangan (LY 971) ini membawa delegasi rasmi Israel dan tokoh Amerika, termasuk Jared Kushner, penasihat Presiden AS Donald Trump.
Pada 13 Ogos lalu, telah diumumkan kesepakatan untuk melakukan normalisasi penuh antara Israel dan UEA.
Delegasi Israel-Amerika di Abu Dhabi mengatakan mereka fokus untuk memajukan kerja sama di beberapa bidang antara kedua negara, seperti diungkapkan pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu Selasa lalu.
Pesawat yang bernama “Kiryat Gat” sebuah nama penempatan Israel di atas runtuhan kota Irak Al-Manshiyya setelah serangan Zionis Israel dalam tempoh Nakba 1948 sepanjang 23 kilometer dari Gaza.
Sementara itu, Gerakan Perlawanan Islam Hamas mengatakan, para pemimpin Abu Dhabi bersikap keras melanjutkan dosa normalisasi dengan menandatangani perjanjian yang memalukan bersama entiti Zionis.
Dalam sebuah pernyataan yang dia terima, Pusat Informasi Palestina Isnin malam (31/8), pejabat Hamas mengatakan, penerbangan ini terjadi sehubungan dengan penerusan kejahatan Zionis yang mensasarkan kota Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa untuk menguatkan penempatan Zionis dan pencurian tanah yang mereka lakukan dalam rancangan rampasan dan pemindahan serta pengetatan sekatan yang tidak adil, disamping pergerakan militan yang berpanjangan di Semenanjung Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman