Categories
Berita Semasa

3 Warga Palestin gugur akibat serangan rejim Zionis di timur Gaza.

Isnin, 10/03/2025 – Tiga warga Palestin mati dibunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan rejim Zionis Israel dalam serangan yang tertumpu ke arah perhimpunan warga Palestin di Timur bandar Gaza pada malam Khamis lepas. Sumber tempatan melaporkan dron rejim Zionis Israel melepaskan bom ke arah sekumpulan warga Gaza di kawasan Shuja’iyya, menyebabkan tiga.

Dalam insiden berbeza, satu kebakaran berlaku di kawasan kediaman berhampian bulatan al-Saqa, barat bandar Gaza di selatan Semenanung Gaza. Kebakaran ini terjadi susulan tembakan artileri ke atas kawasan tersebut. Tiada kemalangan jiwa yang di laporkan dalam serangan tersebut.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Abu Ubaida: Laksanakan segala apa yang telah ditandatangani.

Isnin, 10/03/2025 – Jurucakap tentera Briged Al-Qassam, Abu Ubaida, menekankan bahawa apa yang tidak mampu diselesaikan oleh penjajah Zionis dengan peperangan, ia juga tidak akan mampu menyelesaikannya dengan cara ancaman atau tipu muslihat. 

Abu Ubaida menegaskan dalam ucapan video pada petang Khamis lalu bahawa jalan terbaik untuk menyelesaikan isu pada ketika ini adalah dengan menekan musuh untuk melaksanakan segala apa yang telah ditandatangani. Malah menurutnya, ancaman perang oleh musuh hanya akan membawa kekecewaan dan tidak akan membawa sebarang pembebasan tawanannya.

Dia juga memberi peringatan kepada keluarga tahanan bahawa bukti semua tahanan masih hidup dan selamat setakat ini jelas, dan sekiranya berlaku sebaliknya, ia adalah akibat ulah penjajah yang terus-terusan boleh menyebabkan kematian dan penderitaan mereka seperti penolakan pihak musuh terhadap rundingan damai yang sedang berlangsung sekarang.

Menurutnya lagi “Kami sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan”.  

Beliau menegaskan bahawa sebarang peningkatan pencerobohan terhadap rakyat Palestin akan membawa kepada kematian beberapa tawanan musuh di kemudian hari.

 Ancaman musuh untuk kembali bertempur hanya akan mendorong mereka untuk kembali menyelesaikan apa yang masih tersisa daripada rancangan asal tentera pembela.

Beliau mengingatkan sekali lagi bahawa peperangan akan lebih merugikan musuh pada masa depan. Malah menurutnya, ancaman musuh pada ketika ini jelas menunjukkan tanda kelemahan, kehancuran, dan rasa terhina mereka terhadap apa yang terjadi selama ini. Sekaligus ia juga sebaliknya menjadi bukti kekuatan, kebangkitan dan penentangan yang hebat dari rakyat kita.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Zionis Robohkan 4 Buah Rumah di Jenin

Isnin, 10/03/2025 – Rejim Zionis (IOF) merobohkan empat buah rumah di kawasan kejiranan Falouja dan Samaran di kem pelarian Jenin Khamis lalu.

Sumber tempatan melaporkan bahawa jentolak Israel merobohkan lebih daripada empat buah rumah sejak waktu pagi di kawasan kejiranan Falouja dan Samaran, kerana didakwa menurap jalan baharu.

Rumah-rumah turut dibakar oleh IOF di kem Jenin. IOF telah menjalankan operasi ketenteraan di utara Tebing Barat sejak 21 Januari, membunuh sekurang-kurangnya 65 orang dan menyebabkan ribuan rakyat kehilangan tempat tinggal.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Sheikh Akram Sabri Seru Umat Islam Perbanyak Kehadiran Di Masjid Al-Aqsa

Isnin, 10/03/2025 – Penceramah Masjid al-Aqsa, Sheikh Akram Sabri, menyeru umat Islam, khususnya rakyat Palestin, untuk meningkatkan kehadiran di Masjid al-Aqsa sepanjang bulan suci Ramadan.

“Meningkatkan kehadiran di Masjid al-Aqsa adalah satu kewajipan agama,” tegasnya.

Beliau turut mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengunjungi Masjid al-Aqsa.

Beberapa inisiatif Palestin telah dilancarkan bagi memperkukuhkan kehadiran di Masjid al-Aqsa dan mempertahankan kawasan perkarangan masjid tersebut sebagai tindak balas terhadap dasar ‘Yahudisasi’ oleh Israel.

Pada masa yang sama, ribuan umat Islam menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis pada malam keenam Ramadan.

Menurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, kira-kira 85,000 rakyat Palestin berjaya menunaikan solat di Masjid al-Aqsa meskipun berdepan sekatan ketat oleh pihak Israel untuk memasuki Bandar Lama Baitulmaqdis dan kawasan masjid.

Setiap tahun, sepanjang Ramadan, Israel melaksanakan sekatan yang menyukarkan rakyat Palestin untuk sampai ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Bagi rakyat Palestin, sekatan ini dianggap sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar Israel untuk ‘Yahudisasi’ Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, serta menghapuskan identiti Arab dan Islam di sana.

Pada tahun lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan bahawa penjajahan jangka panjang Israel di wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis yang diduduki, adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Beberapa warga Palestin cedera di al-Khalil, Baitulmuqaddis

Jumaat, 07/03/2025 – Beberapa rakyat Palestin cedera dalam serbuan ketenteraan rejim zionis di al-Khalil dan Baitulmuqaddis, termasuk seorang wartawan, pada petang Rabu.

Seorang pemuda ditembak dengan peluru hidup di anggota bawah dan tangannya, manakala puluhan lagi cedera akibat terhidu gas pemedih mata selepas rejim zionis (IOF) menyerbu kem Al-Arroub utara al-Khalil dalam serangan tembakan dan bom gas pemedih mata.Di Baitulmuqaddis, tentera rejim menyerang sekumpulan wartawan setelah memecah masuk bandar Rafat, mencederakan salah seorang daripada mereka.

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Perancis, UK, Jerman Seru Israel Pastikan Aliran Bantuan Ke Gaza Lancar

Jumaat, 07/03/2025 – Perancis, United Kingdom dan Jerman pada hari Rabu menggesa Israel untuk memastikan penghantaran “tanpa halangan” bekalan kemanusiaan ke Gaza, dan memberi amaran supaya tidak menggunakan bantuan sebagai “alat politik”.

“Kami menyeru kerajaan Israel untuk mematuhi kewajipan antarabangsanya untuk memastikan pemberian bantuan kemanusiaan dilaksanakan sepenuhnya dengan cepat, selamat dan tanpa halangan kepada penduduk di Gaza,” kata negara-negara itu dalam satu kenyataan bersama.

Arahan penghentian barangan dan bekalan memasuki Gaza seperti yang diumumkan oleh kerajaan Israel akan berisiko melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata mereka.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan Gaza: Jumlah Syahid Akibat Agresi Israel Seramai 48,405

Jumaat, 07/03/2025 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza mengumumkan pada hari Selasa, bahawa jumlah mangsa terkorban akibat perang genosid yang dilakukan oleh Israel telah meningkat menjadi “48,405 syahid” sejak 7 Oktober 2023.

Kementerian tersebut mengeluarkan laporan statistik mengenai para pejuang Palestin dan yang tercedera di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam terakhir.Seramai 8 orang syahid tiba di rumah sakit di Semenanjung Gaza, termasuk 7 orang yang jenazahnya ditemukan dari bawah runtuhan bangunan, seorang lainnya meninggal kerana cedera parah dan 21 orang tercedera.

Beliau melanjutkan, “Jumlah korban agresi Israel telah meningkat menjadi 48,405 orang syahid dan 111,835 cedera sejak 7 Oktober 2023.”Beliau menunjukkan bahawa ada sejumlah korban di bawah runtuhan dan di jalan, dan kru ambulan dan pertahanan sivil tidak dapat mengeluarkan mereka kerana kekurang peralatan.

Sejak gencatan senjata Gaza dan perjanjian pertukaran tahanan bermula 19 Januari, hingga akhir fasa pertama pada Sabtu malam, Israel telah melakukan lebih dari 900 pelanggaran, menurut Ketua Pengarah Pejabat Media Kerajaan, Ismail Al-Thawabta.

Penterjemah : Dr Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami tidak terlibat dengan pengaruh luar selepas perang Gaza atas syarat persetujuan kebangsaan.

Jumaat, 07/03/2025 – Pergerakan Hamas melaporkan bahawa ianya tidak akan terlibat dengan pengurusan pihak luar selepas Perang Semanjung Gaza atas syarat peresetujuan bersama kebangsaan.

Tidak perlu pihak Hamas terlibat dengan pihak luar bagi penyusunan di Gaza. Kami tidak berminat dengan pengaruh pihak luar “ kata jurucakap Hamas Hazem Qassem kepada agensi berita Anadolu.

“Sebarang aturan keatas masa hadapan Gaza selepas keganasan rejim Zionis mesti berdasarkan persetujuan bersama dan kami akan menguruskan hal ini. Pihak Hamas tidak akan memberi ruang kepada pihak luar untuk campur tangan “ tambah beliau lagi.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

GMO: Pintu Sempadan Ditutup Karm Abu Salem Burukkan Keadaan Gaza

Jumaat, 07/03/2025 – Pasukan Zionis Israel (IOF) terus menutup lintasan sempadan Karm Abu Salem untuk hari ketiga berturut-turut, dalam langkah yang menyalahi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan yang memburukkan lagi bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza, menghalang kemasukan makanan, bantuan perubatan dan bahan api, mengancam nyawa lebih 2.4 juta rakyat Palestin yang terperangkap dalam keadaan tragis.

Ismail Al-Thawabtah, Ketua Pengarah Pejabat Media Kerajaan (GMO), memberi amaran bahawa penutupan ini bermakna mengganggu kemasukan bekalan makanan asas, ubatan dan bahan api, meningkatkan krisis kebuluran dan rawatan kecederaan dan kesihatan.

Zionis bertanggungjawab sepenuhnya  atas kesan buruk pengepungan yang menyesakkan ini dan menyeru masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi tekanan segera kepada Zionis untuk membuka semula lintasan dan memastikan aliran penyampaian bantuan secara kekal dan tanpa sekatan untuk mengelakkan bencana kemanusiaan selanjutnya yang mengancam nyawa ratusan ribu orang awam,  penggunaan berterusan kebuluran sebagai alat perang adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang.  

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas: Sekatan Israel Terhadap Bantuan Ke Gaza Satu Jenayah Perang

Jumaat, 07/03/2025 – Pergerakan Hamas menyeru masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta organisasi hak asasi manusia dan kemanusiaan supaya mengambil tindakan segera bagi menghentikan dasar kebuluran Israel terhadap Semenanjung Gaza, yang disifatkan sebagai jenayah perang. 

Dalam kenyataan pada hari Selasa, Hamas memaklumkan bahawa Israel telah menutup pintu masuk ke Gaza untuk hari ketiga berturut-turut, sekali gus menghalang kemasukan makanan, bantuan perubatan dan bantuan lain, yang jelas melanggar perjanjian gencatan senjata. 

“Tindakan menghalang bantuan masuk ke Gaza adalah jenayah perang yang berlaku di hadapan mata dunia, yang seterusnya memburukkan lagi krisis kemanusiaan.” 

“Masyarakat antarabangsa, PBB, serta organisasi hak asasi manusia dan kemanusiaan mesti segera bertindak untuk menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan yang sistematik serta tidak pernah berlaku ini. Pemimpin Israel perlu dibawa ke muka pengadilan sebagai penjenayah perang, dan bantuan kemanusiaan serta bahan perubatan hendaklah dibenarkan masuk dengan segera.” 

Sementara itu, Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata penggantungan penghantaran bantuan oleh Israel mengancam nyawa kira-kira 2.3 juta penduduk Gaza yang sudah pun keletihan akibat peperangan. 

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Guterres: Tiada masa depan yang mampan untuk Gaza

Jumaat, 07/03/2025 – Setiausaha Agung PBB, António Guterres berkata bahawa Gaza “mesti kekal sebagai sebahagian daripada sebuah Negara Palestin yang merdeka, demokratik dan berdaulat – tanpa pengurangan sedikit pun dalam wilayahnya atau pemindahan secara paksa penduduknya.”

Bercakap pada sidang kemuncak tergempar negara-negara Arab mengenai situasi di Timur Tengah dan pembinaan semula Gaza di Kaherah, Guterres mengalu-alukan usaha yang dipimpin Arab untuk menggerakkan sokongan bagi pemulihan Gaza.

Beliau berkata, “Rakyat Palestin di Gaza telah menderita yang tidak terkira. Dan risiko kemusnahan yang lebih besar muncul. Sidang Kemuncak ini adalah isyarat penting bahawa dunia mempunyai tanggungjawab kolektif untuk menyokong usaha menamatkan perang ini, menghilangkan penderitaan manusia dan mendapatkan keamanan yang mutlak.”

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Zionis Musnahkan Kilang Kemudahan komersial di Jericho

Jumaat, 07/03/2025 – Tentera Zionis merobohkan pada Ahad sebuah kilang pemprosesan kurma dan sebuah pasar raya di utara Kota Jericho, timur Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, kemudahan yang dirobohkan ini terletak di kawasan antara kampung Marj al-Ghazal dan al-Zubaidat.

Dalam beberapa bulan lalu, tentera Zionis telah merobohkan beberapa rumah dan perniagaan di kawasan yang berbeza di wilayah Jericho.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Pegawai PBB: Penghantaran Bantuan ke Gaza Perlu Disambung Segera

Rabu, 05/03/2025 – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Türk, menekankan keperluan untuk menyambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza secepat mungkin.

Dalam laporan globalnya yang dikemukakan kepada Majlis Hak Asasi Manusia pada hari Isnin, Türk menjelaskan bahawa “serangan Israel telah menghancurkan struktur sosial dan fizikal” di Gaza.

Ketua hak asasi manusia PBB itu turut menegaskan bahawa gencatan senjata yang rapuh di Gaza mesti dikekalkan “dan menjadi asas kepada keamanan.”

Türk menerangkan bahawa Gaza telah “musnah” akibat pengeboman berterusan oleh Israel.

“Sebarang penyelesaian terhadap kitaran keganasan mesti berasaskan hak asasi manusia, termasuk hak untuk menentukan nasib sendiri, kedaulatan undang-undang, dan akauntabiliti.”

“Semua tebusan mesti dibebaskan; semua yang ditahan secara sewenang-wenangnya mesti dilepaskan; dan bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti disambung semula dengan segera.”

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin Cedera Akibat Tembakan Israel di Ramallah

Rabu, 05/03/2025 – Seorang remaja Palestin cedera akibat tembakan Israel di bandar Shuqba, barat Ramallah, pada petang Isnin.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah Abdul Rahman Thabet yang berusia 17 tahun ketika serbuan mereka ke bandar itu.

Remaja lelaki itu ditembak dan cedera di perut dan dipindahkan ke Hospital Istishari di Ramallah untuk rawatan.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Hamas: Hentikan Bantuan Adalah Pemerasan Murahan dan Kejahatan Perang

Rabu, 05/03/2025 – Hamas menilai keputusan pemerintah penjajah Israel menutup pintu masuk dan menghalang masuk bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza sebagai “pemerasan murahan dan kejahatan perang total.” Keputusan tersebut dilihat sebagai kudeta terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata.

Dalam sebuah pernyataan pada hari Ahad, Hamas meminta para mediator dan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi menekan penjajah agar menghentikan tindakan hukuman dan tidak bermoral yang mensasarkan lebih dari dua juta orang di Gaza.

Hamas mengatakan bahawa pernyataan pejabat Netanyahu mengenai penerapan proposal Amerika untuk memperpanjang perjanjian tahap pertama, sesuai dengan aturan yang bertentangan dengan perjanjian awal, dengan jelas mengungkapkan usaha terus-menerus Israel untuk mengelak tanggungjawabnya dan menghindar daripada perundingan tahap kedua.

Hamas melihat Netanyahu gagal menerapkan fakta-fakta politik meskipun telah melakukan genosida brutal selama 15 bulan. Sekarang cuba untuk menghindari perjanjian tersebut demi kepentingan perhitungan politik dalaman tanpa menilai kesan kepada tahanan yang ditahan di Gaza dan kehidupan mereka.

Penterjemah : Dr Osman