Categories
Berita Semasa

Tiga Wartawan Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza


Isnin, 20/1/2025 – Tiga lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan pekerja media Palestin yang terbunuh dalam perang genosid selama 15 bulan di Semenanjung Gaza meningkat kepada sekurang-kurangnya 206 orang.

Wartawan Ahmed Al-Shiah maut dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah dapur amal di kawasan Al-Mawasi, barat bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Serangan itu turut meragut nyawa dan mencederakan beberapa individu lain.

Aqel Saleh pula terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sekumpulan penduduk di kem pelarian Shati, barat Gaza City.

Di Nuseirat, Gaza tengah, aktivis Ahmed Abu Alrous dan empat orang lagi turut terkorban apabila serangan udara Israel mengenai kenderaan mereka.

Setakat pagi Rabu, serangan Israel telah mengorbankan 59 rakyat Palestin di seluruh Gaza.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas berkata perjanjian gencatan senjata Gaza kerana ‘keteguhan’ Palestin

Isnin, 20/1/2025 – Pergerakan Hamas berkata perjanjian gencatan senjatanya dengan Israel untuk menghentikan perang pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza adalah hasil daripada “keteguhan” rakyat Palestin dan “penentangan” rakyat mereka sendiri.

“Perjanjian gencatan senjata adalah hasil daripada keteguhan legenda rakyat Palestin yang hebat dan penentangan berani mereka di Semenanjung Gaza selama lebih 15 bulan,” kata Pergerakan itu, sambil menambah bahawa ia membuka “jalan ke arah merealisasikan aspirasi rakyat ke arah pembebasan.”

Hamas juga mengucapkan terima kasih kepada pengantara, yang berusaha keras untuk menyelesaikan perjanjian itu.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera Penjajah Mengumumkan Kematian 3 Tenteranya Di Semenanjung Gaza

Khamis, 16-01-2025 – Tentera penjajah Israel mengumumkan bahawa salah seorang askarnya terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah mereka yang terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu kepada 3, dimana seorang daripadanya berpangkat pegawai. 

Tentera penjajah Israel berkata dalam satu kenyataan pada petang Selasa, bahawa “Sarjan Ido Samach, 20 tahun, dari Briged Nahal, telah terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza.” Bagaimanapun tiada perincian bagaimana askar itu dibunuh.

Untuk rekod, ini adalah tentera penjajah ketiga yang diumumkan mati di utara Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu. Bermula petang Isnin semalam, pihak penjajah mengumumkan bahawa seorang pegawai dan seorang askar terbunuh dan 2 yang lain cedera parah dalam pertempuran di utara Gaza.

Dengan terbunuhnya askar itu, jumlah kematian dalam tentera penjajah sejak permulaan pencerobohan pada 7 Oktober 2023 meningkat kepada 828, termasuk 393 dalam pertempuran darat yang bermula di Semenanjung Gaza pada 27 haribulan yang sama, menurut data dari tentera penjajah Israel.

Tentera penjajah Israel, yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Eropah, telah meneruskan pencerobohannya terhadap Semenanjung Gaza selama 459 hari berturut-turut, dengan pesawatnya mengebom sekitar hospital, bangunan, menara, dan rumah orang awam Palestin, menjajah mereka, dan menghalang kemasukan air, makanan, ubat-ubatan, dan bahan api.

Pencerobohan itu telah melahirkan lebih 155,000 syuhada Palestin dan mangsa cedera. Di mana malangnya, mangsa kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Lebih malang lagi, lebih 11,000 penduduk dilaporkan hilang, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kebuluran yang menghambat berpuluh-puluh jiwa kanak-kanak dan warga tua. Diakui, ini adalah salah satu bencana kemanusiaan yang paling teruk di dunia.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Beberapa warga Palestin terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Jabalia dan Khan Yunis

Khamis, 16-01-2025 – Rejim Zionis (IOF) melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin di Semenanjung Gaza dengan mengebom sebuah rumah kediaman di kawasan Jabalia, utara Semenanjung pada petang Selasa lalu.

Sumber tempatan dan perubatan melaporkan bahawa lapan rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di Jalan Gaza lama di Jabalia al-Balad, utara Semenanjung Gaza.

Saksi mengesahkan bahawa pesawat pejuang Israel mengebom rumah keluarga Rayhan di Jabalia al-Balad, utara Gaza.

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Euro-Med: Israel menggugat keamanan di Gaza

Selasa, 7/1/2025 – Israel sedang melaksanakan strategi berisiko dengan menggugat struktur keselamatan dan keadilan di Semenanjung Gaza, serta mengganggu keselamatan umum di untuk memastikan kemusnahan warga Palestin tanpa menggunakan tindakan ketenteraan secara langsung. Demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Euro-Med Monitor pada Ahad.

“Bagi menyebarkan kekacauan sebagai sebahagian langkah pembunuhan beramai-ramai warga Palestin di Semenanjung Gaza secara keseluruhannya, tentera rejim telah menyasarkan ahli keselamatan, penyelaras aktiviti kemanusiaan, dan polis, sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023.

Euro-Med berkata, “situasi kekacauan itu melemahkan sistem keselamatan dan perbuatan rejim membenarkan kumpulan penjenayah masuk ke kawasan di bawah kawalannya untuk mencuri bantuan kemanusiaan telah menyebabkan peningkatan serangan oleh kumpulan bersenjata.”

Penterjemah : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: Abu Safiya Dilihat di Penjara Sde Teiman

Selasa, 7/1/2025 – Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza, Munir al-Barash, menyeru tindakan nyata bagi pembebasan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Hussam Abu Safiya.

“Abu Safiya dilihat di Penjara Sde Teiman dengan tanda-tanda pukulan dan penyeksaan kelihatan pada tubuhnya. Pada mulanya, Regim Zionis Israel menafikan penangkapannya, namun kemudian mengakuinya,” tambah al-Barash.

Abu Safiya ditangkap pada 27 Disember apabila tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan yang telah dibom selepas hampir tiga bulan sekatan di utara Gaza.

Semua kakitangan perubatan, pesakit, dan ahli keluarga mereka diarah keluar dari hospital dengan senjata api, dipaksa menanggalkan pakaian sehingga tinggal pakaian dalam, dan dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui.

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

GMO: 71 Syahid Palestin Dalam Serangan Udara Israel ke atas Gaza dalam Tempoh 24 Jam

Isnin, 6/1/2025 – Rejim Zionis melancarkan 34 serangan udara ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, mengorbankan 71 rakyat Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain, menurut Pejabat Media Kerajaan (GMO) di Gaza pada hari Khamis.

Ia menyatakan bahawa serangan udara tersebut menyasarkan orang awam yang tidak bersenjata, sambil menambah bahawa hospital-hospital yang masih berfungsi kini sesak dengan pesakit.

GMO menyatakan bahawa keadaan menjadi lebih buruk akibat ketidakmampuan pasukan pertahanan awam untuk mengeluarkan jenazah para syahid yang masih terbaring di jalan-jalan.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Penjajah Membunuh Ketua Pengarah Polis Di Gaza,mahmoud Salah Dan Pembantunya Hossam Shahwan

Isnin, 6/1/2025 – Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara mengumumkan bahawa penjajah Israel telah membunuh Ketua Pengarah Polis di Semenanjung Gaza, Mejar Jeneral Mahmoud Salah, dan pembantunya, Mejar Jeneral Hossam Shahwan, seorang anggota Majlis Pemerintah Polis dalam Khan Yunis.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata: Pada awal pagi, Khamis, penjajah Israel membunuh Ketua Pengarah Polis di Semenanjung Gaza, Mejar Jeneral Mahmoud Salah, dengan menyasarkannya melalui serangan udara semasa dia berada di Wilayah Khan Yunis, diiringi oleh Mejar Jeneral Hossam Shahwan, seorang anggota Majlis Pemerintah Polis, semasa mereka sedang menjalankan tugas kemanusiaan dan berkhidmat untuk rakyat Palestin memandangkan keadaan bencana yang mereka alami akibat pencerobohan Israel. Malah serangan terbaru itu turut membawa kepada kematian sebilangan rakyat awam.

Beliau menegaskan bahawa dengan melakukan jenayah membunuh Ketua Pengarah Polis di Semenanjung Gaza, jelas penjajah berkeras untuk menyebarkan huru-hara di Semenanjung Gaza dan menambahkan lagi derita yang sedang di alami rakyat Gaza. Hal ini jelas secara terang-terangan  telah melanggar semua undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, memandangkan pasukan polis adalah sebuah agensi perlindungan awam yang memainkan peranan kemanusiaan dalam membantu rakyat dan menyediakan perkhidmatan kepada mereka sepanjang tragedi yang mereka alami akibat pencerobohan yang berterusan selama 15 bulan kebelakangan ini.

Beliau menegaskan bahawa Mejar Jeneral Mahmoud Salah telah kembali sebagai seorang syahid dalam bidang perkhidmatan kepada rakyat kita, dan berjaya menobatkan hidupnya dengan Pingat Syahid selepas 30 tahun berkhidmat dalam Perkhidmatan Polis Palestin sejak penubuhannya. Beliau sebelum ini pernah diberikan pelbagai tanggungjawab dan yang terakhir beliau memikul tanggungjawab dan jawatan terkini di dalam Perkhidmatan Polis selama 6 tahun.

Kenyataan itu juga menyebut: Darah Mejar Jeneral Mahmoud Salah dan Mejar Jeneral Hossam Shahwan, yang menghabiskan masa hidupnya dalam pasukan polis berkhidmat kepada rakyatnya, tidaklah lebih berharga daripada darah rakyat, wanita, kanak-kanak, belia dan orang tua kita. Tetapi pada hari ini kita dapati kesucian darahnya bercampur dengan darah ratusan pegawai dan anggota pasukan polis yang telah disasarkan oleh penjajah semasa pembantaian kejam mereka ke atas bumi Gaza, sedangkan mereka menjalankan tugas mereka dengan penuh hormat dalam berkhidmat kepada rakyat kita.

Kementerian menyimpulkan dengan berkata: Kami tidak akan berundur daripada menjalankan tugas kami terhadap rakyat kami, tanpa mengira sebesar mana pun pengorbanan dan cabaran yang ada, dan penjajah tidak akan berjaya mencapai matlamat jahatnya untuk menjejaskan keteguhan agensi Kementerian Dalam Negeri , khususnya polis.  Kami akan terus berdepan dengan segala usaha untuk mengawal keadaan di Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap 7 warga Palestin di seluruh Tebing Barat

Isnin, 6/1/2025 – Rejim Zionis (IOF) menahan tujuh rakyat Palestin selepas menceroboh beberapa pekan dan bandar Tebing Barat pada waktu subuh Khamis lalu.

Di Qalqilya, tentera Israel menangkap semula bekas banduan Sayyaf Salmi dari rumah keluarganya.

Di al-Khalil, IOF menyerbu dan merosakkan rumah keluarga Ramzi Al-Marqatan di Kota Lama sebelum menangkap seorang remaja yang tinggal di bangunan yang sama.

Penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Rejim Israel Jatuhkan Hukuman Dua Tahun Penjara Terhadap Wartawan Palestin

Jumaat, 3-1-2025 – Pihak berkuasa rejim Israel (IOA) pada hari Rabu telah menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap wartawan Amer Abu Arafa, 39 tahun.

Menurut sumber keluarga, IOA mengenakan hukuman penjara selama dua tahun terhadap Amer Abu Arafa, disertai dengan denda. Abu Arafa telah ditahan pada 8 November 2023 selepas tentera Israel menceroboh rumah keluarganya di al-Khalil.

Beliau merupakan bekas tahanan yang telah menghabiskan keseluruhan enam tahun dalam tahanan Israel.

Israel, yang tidak membenarkan wartawan asing memasuki Gaza kecuali dalam tugasan bersama pihak tentera, telah dikecam oleh beberapa organisasi kebebasan media yang kini menganggap wilayah terkepung itu sebagai kawasan paling berbahaya di dunia untuk menjalankan liputan.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

PBB menyeru untuk menolak sebarang percubaan Israel untuk menubuhkan penempatan di Gaza

Khamis, 2/1/2025 – Penolong Setiausaha Agung PBB Khaled Khiari telah menyeru masyarakat antarabangsa untuk menolak sekeras-kerasnya sebarang percubaan Israel untuk menubuhkan penempatan di Semenanjung Gaza atau merampas mana-mana bahagian wilayahnya.

“Sebarang percubaan untuk menubuhkan penempatan di Gaza mesti ditolak sekeras-kerasnya. Tidak boleh ada percubaan untuk mengurangkan atau mencaplok wilayah Gaza secara keseluruhan atau sebahagian,” kata Khiari dalam taklimat kepada Majlis Keselamatan mengenai situasi di Timur Tengah pada Rabu.

Khiari juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberikan sokongan segera kepada kerajaan Palestin untuk menangani cabaran fiskalnya, mengukuhkan kapasiti tadbir urusnya dan menyediakannya untuk memikul semula tanggungjawabnya di Gaza.

“Kita mesti mewujudkan rangka kerja politik dan keselamatan yang boleh menangani malapetaka kemanusiaan, memulakan pemulihan awal, membina semula Gaza, dan meletakkan asas untuk proses politik untuk menamatkan pendudukan dan mewujudkan penyelesaian dua negara yang berdaya maju secepat mungkin. Adalah penting bahawa rangka kerja ini memudahkan kerajaan Palestin yang sah yang boleh menyatukan semula Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis timur, dari segi politik, ekonomi dan pentadbiran sambil membalikkan dinamik yang semakin merosot di seluruh wilayah Palestin yang diduduki,” tambah Khiari.

Pegawai PBB itu mengutuk “penggunaan senjata letupan Israel dengan kesan kawasan luas di kawasan padat penduduk yang telah menyebabkan korban besar dan kerosakan pada bangunan kediaman, sekolah, hospital, masjid dan premis PBB,” menekankan bahawa premis PBB “tidak boleh dilanggar pada setiap masa.”

Beliau juga mengutuk hukuman kolektif berterusan Israel terhadap rakyat Palestin sebagai “tidak wajar.”
“Pengeboman tanpa henti di Gaza oleh tentera Israel, sejumlah besar korban orang awam, kemusnahan menyeluruh kawasan kejiranan Palestin, dan keadaan kemanusiaan yang semakin teruk adalah mengerikan. Kemusnahan dan kemiskinan yang meluas akibat daripada operasi ketenteraan Israel di utara Gaza – terutamanya di sekitar Jabalia, Beit Lahiya dan Beit Hanoun – menjadikan keadaan hidup tidak dapat dipertahankan bagi penduduk Palestin di sana,” katanya.

“Saya mengulangi kecaman tegas saya terhadap pembunuhan dan kecederaan orang awam yang meluas di Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan perampasan keperluan untuk terus hidup. Saya bimbang tentang apa yang boleh dianggap sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam menjalankan permusuhan, termasuk ketidakpatuhan terhadap prinsip perbezaan, kekadaran, dan langkah berjaga-jaga dalam serangan dan terhadap kesan serangan. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa sentiasa terpakai kepada semua pihak dalam konflik, dan penggunaannya tidak bergantung pada timbal balik. Perlindungan orang awam adalah yang terpenting. Mesti ada akauntabiliti penuh untuk sebarang jenayah kekejaman yang telah dilakukan.”

Beliau juga mengulangi bahawa “semua penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis timur, tidak mempunyai kesahihan undang-undang dan melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”

Penterjemah : Juhari Sham

Categories
Berita Semasa

Empat Warga Tebing Barat Syahid, Tiga Cedera Dalam Serangan Udara Israel

Khamis , 2/1/2025 – Empat warga Palestin syahid dan tiga lagi cedera parah pada petang Khamis apabila sebuah dron tentera Israel mengebom sebuah kereta di kem pelarian Tulkarem di Tebing Barat.

Satu letupan kuat menggegarkan kem Tulkarem akibat serangan udara Israel ke atas kereta tersebut, yang menyebabkannya terbakar. Sumber tempatan melaporkan bahawa kereta tersebut membawa pejuang penentang sayap ketenteraan Hamas, Briged al-Qassam. Nama-nama syuhada masih belum diketahui.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru Menteri Kesihatan Arab untuk menyelamatkan sektor kesihatan Gaza

Khamis, 19/12/2024 – Gerakan Hamas menyeru Majlis Menteri-menteri Kesihatan Arab dalam sesi ke-61, yang dihoskan oleh Republik Iraq, untuk menerima pakai keputusan praktikal segera untuk menyelamatkan sektor kesihatan dan hospital di Semenanjung Gaza.

“Kami, dalam Gerakan Penentangan Islam (Hamas), menyeru Majlis Menteri-menteri Kesihatan Arab dalam sesi ke-61, yang dihoskan oleh Republik Iraq, untuk menerima pakai keputusan dan rancangan praktikal segera untuk menyelamatkan sektor kesihatan dan hospital di Semenanjung Gaza, yang telah mengalami kemusnahan sistematik semua keupayaan dan kader perubatan mereka selama lebih daripada setahun, disebabkan oleh pencerobohan dan perang genosida yang dilakukan oleh pendudukan Zionis terhadap rakyat kita di Semenanjung Gaza.”

Gerakan itu menegaskan bahawa “semua hospital di Semenanjung Gaza tidak berfungsi, dan tidak mempunyai keupayaan perubatan yang paling asas, dengan peningkatan bilangan orang yang cedera, cedera dan sakit, sasaran pekerja sektor kesihatan, dan kekurangan semua komponen kehidupan manusia, termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api, menandakan peningkatan dalam jumlah kematian, terutamanya di kalangan kanak-kanak yang cedera, cedera dan sakit, wanita dan orang tua.”

Gerakan itu juga menghargai ucapan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani semasa pembukaan Majlis Menteri-menteri Kesihatan Arab di Baghdad dalam sesi ke-61, menyeru para hadirin untuk menerima pakai rancangan segera untuk menyelamatkan sektor kesihatan di Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Juhari 

Categories
Berita Semasa

Abu Obeida Puji Operasi Menembak di Jerusalem

Khamis , 19/12/2024 – Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Obeida, pada hari Khamis memuji serangan tembakan di Jerusalem yang menyebabkan seorang peneroka Yahudi terbunuh.

“Kami memuji operasi tembakan di Jerusalem yang dilakukan oleh salah seorang pejuang paling berani dari kalangan rakyat kami di Tebing Barat,” kata Abu Obeida.

Abu Obeida turut menyeru para pejuang penentang di Tebing Barat untuk memperhebatkan operasi menentang pendudukan sebagai sokongan kepada Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: Rejim zionis menggunakan senjata yang dilarang di peringkat antarabangsa

Jumaat, 13-12-2024 – Pengarah Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Dr. Munir al-Bursh, berkata yang utara Gaza dan kota Gaza sedang mengalami kekurangan staf perubatan dalam keadaan diserang teruk oleh zionis.

Al-Bursh menerangkan bahawa ramai yang cedera telah meninggal di jalanan akibat kekurangan bekalan perubatan, dan menambah yang lebih 10,000 orang cedera di Semenanjung Gaza.“Rejim zionis menggunakan senjata-senjata yang dilarang di peringkat antarabangsa, dan terdapat testimoni bahawa ada jenazah yang bagaikan lenyap. Juga terdapat jenis-jenis kecederaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” beliau menambah. 

Terjemahan : Nuridawati