Categories
Berita Semasa

Gaza: 44 orang warga Palestin syahid dalam empat kejadian pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh 24 jam.

Jumaat, 13-12-2024 – Kementerian Kesihatan mengumumkan pada Ahad yang tentera Rejim Zionis telah melakukan empat kejadian pembunuhan besar-besaran di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, membunuh 44 orang dan mencederakan 74 yang lain.

Ia menambah dalam laporan harian yang kawasan utara Gaza tidak dimasukkan dalam bilangan kematian kerana sukar untuk berhubung dengan hospital-hospital di situ.

Kementerian itu berkata, jumlah kematian akibat kekejaman Zionis ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 44,708 orang syahid dan jumlah yang cedera kepada 106,050 sejak 7 Oktober, 2023.

Terjemahan : Nuridawati

Categories
Berita Semasa

Israel menyerang dan merampas tanah di Bukit Golan Syria

Jumaat, 13-12-2024 – Jet-jet pejuang Israel melancarkan beberapa siri serangan udara di Syria pada hari Ahad, khususnya di pangkalan tentera al-Mazzeh di Damsyik dan Khalkhalah di wilayah selatan al-Suweida.

Serangan turut dilaporkan di kawasan luar bandar Daraa. Menurut sumber Syria, sasaran serangan termasuk depot senjata, bateri pertahanan udara, dan kemudahan pembuatan peluru berpandu.

Israel sebelum ini telah merampas wilayah di kawasan Bukit Golan milik Syria. Tentera Israel turut memberi amaran kepada penduduk di lima kampung yang berdekatan dengan kawasan strategik yang diduduki Israel supaya “tetap berada di rumah”.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan pasukan Israel untuk mengambil alih zon penampan di Bukit Golan yang telah diwujudkan melalui perjanjian gencatan senjata pada tahun 1974 dengan Syria, selepas kemajuan pantas pasukan pembangkang Syria menamatkan pemerintahan Bashar al-Assad.

Terjemahan oleh : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

WHO: 12,000 Pesakit Perlu Rawatan Kesihatan Pakar Segera di Luar Gaza

Isnin, 02-12-2024 – Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Khamis berkata bahawa 17 pesakit dari Gaza telah dipindahkan ke Jordan untuk menerima rawatan perubatan khusus.

“Enam daripada pesakit memerlukan rawatan kanser, manakala 11 lagi memerlukan rawatan
untuk kecederaan akibat peperangan,” kata Tedros Adhanom Ghebreyesus di X pada hari
Khamis, sambil menambah bahawa mereka ditemani oleh 17 orang. Menurut Tedros, 12 daripada pesakit akan terus menerima rawatan di Amerika Syarikat.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Israel Meratifikasi Perjanjian Genjatan Senjata Dengan Lubnan

Isnin, 02-12-2024 – Pada petang Selasa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapan yang disampaikan selepas mesyuarat kerajaan mengenai gencatan senjata dengan Lubnan, beliau menegaskan bahawa perang tidak akan berakhir sehingga semua matlamatnya tercapai. Tetapi pada masa yang sama beliau mengumumkan bahawa majlis keselamatan kementerian akan bersetuju dengan gencatan senjata di Lubnan malam ini.

Dalam ucapan itu beliau menyatakan “Saya menjanjikan kemenangan kepada anda, dan kita akan mencapai kemenangan itu.” “Kami akan menyelesaikan penghapusan Hamas, mengembalikan semua tebusan kita, memastikan Gaza tidak akan menimbulkan ancaman kepada Israel lagi, dan mengembalikan penduduk di utara dengan selamat ke rumah mereka.”

Malah sambungnya lagi: “Perang tidak akan berakhir sehingga kami mencapai semua matlamat kami, sehingga kami mengembalikan penduduk di utara ke rumah mereka dengan selamat, sama seperti yang berlaku di Selatan.” “Rakan-rakan saya di Utara, saya bangga dengan anda, ketabahan anda, dan saya komited sepenuhnya untuk masa depan anda.” 

Beliau yang juga merupakan Perdana Menteri negara haram Israel berkata, “Hizbullah memilih untuk menyerang kami sejak setahun yang lalu dan hari ini Hizbullah tidak lagi sama. Kami telah berjaya mengembalikan mereka menjadi mundur seperti beberapa dekad yang lalu.”

Dia menambah: “Kami menghapuskan beribu-ribu pengganas dan memusnahkan infrastruktur bawah tanah berhampiran sempadan kami selama bertahun-tahun. Kami menyerang sasaran strategik di seluruh Lubnan dan menembak jatuh berpuluh-puluh menara pengganas di pinggir bandar. Ini semua mungkin terdengar seperti fiksyen sains, tetapi ini bukan fiksyen sains. Kami melakukannya.”

Netanyahu mendakwa dalam ucapan di televisyen bahawa, walaupun perjanjian itu berjalan, dia tetap mengekalkan kebebasan untuk bertindak balas secara paksa kepada sebarang “pelanggaran” gencatan senjata oleh Hizbullah. Dia berkata: “Gencatan senjata dengan Lubnan membolehkan kami memberi tumpuan kepada ancaman Iran, dan saya tidak akan membincangkannya secara terperinci.”

Dia menyambung: “Saya berazam untuk membenarkan tentera kita semua cara untuk memelihara nyawa mereka dan mencapai kemenangan untuk kita. Oleh itu, petang ini, saya akan membentangkan kepada Majlis Menteri-menteri satu rangka tindakan untuk gencatan senjata di Lubnan untuk kelulusan. 

Dalam persefahaman penuh dengan Amerika Syarikat, kita bebas untuk mempunyai kebebasan bertindak sepenuhnya secara ketenteraan. Jika Hizbullah melanggar perjanjian, kami akan bila-bila masa menyerang. Jika dia melancarkan peluru berpandu, jika dia menggali terowong, kita akan menyerang. Kami akan bertindak balas dengan tegas terhadap setiap pelanggaran.”

Beliau mendedahkan bahawa salah satu sebab gencatan senjata di Lubnan adalah untuk tujuan memperkasakan pasukan dan menambah bilangan tentera, serta mengatakan bahawa terdapat kelewatan dalam bekalan senjata dan peluru dan kelewatan ini akan berakhir tidak lama lagi. Beliau menegaskan bahawa menghentikan perang dengan Lubnan akan memisahkan arena Lubnan dari Gaza, menyelesaikan keazaman di sana, dan mengasingkan Hamas dalam pertempuran.

Pada akhir ucapannya, Netanyahu berkata: “Sepanjang tahun lalu, kami telah membalikkan peluru itu. Kami diserang di tujuh barisan, dan kami menentang. “Kami sedang mengubah wajah Timur Tengah.”

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami tidak akan menerima sebarang rundingan yang tidak menamatkan penderitaan rakyat kami

Rabu, 27-11-2024 – Jurucakap gerakan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, tanah Gaza sentiasa dan akan menjadi milikrakyat Palestin, dan menekankan yang rejim zionis berkhayal yang ia akan mencapai matlamatnya.

Abu Zuhri menekankan dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, bahawa menghentikan keganasan Israel adalah keutamaan. Hamas tidak akan menerima sebarang rundingan yang tidak menamatkan penderitaan rakyat Palestin dan menghalang mereka kembali ke rumah mereka.Berkenaan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa ke atas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri tentera Yoav Galant, pemimpin Hamas itu menyatakan, ujian sebenar seterusnya adalah usaha yang perlu dilakukan untuk menahan para pemimpin rejim Zionis.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

Perintah Penangkapan Netanyahu dan Yoav Gallant oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Rabu, 27-11-2024 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas “tuduhan jenayah perang” di Semenanjung Gaza dan mengatakan ada “alasan logik” untuk meyakini bahawa mereka melakukan jenayah perang.

ICC mengatakan dalam sebuah pernyataan pada hari Khamis, ada alasan untuk percaya bahawa Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab dengan serangan terhadap penduduk sivil.

Keputusan tersebut mendapatkan liputan yang luas daripada sejumlah penjawat awam dan masyarakat di seluruh dunia. Terdapat juga seruan untuk melaksanakan keputusan pengadilan tersebut secara nyata dan bukan retorik untuk menghentikan genoside. Namun pada ketika yang sama ICC, mahkamah antarabangsa dan institusi-institusinya akan tetap diragui sehingga kini ini berkaitan dengan ‘double standard’ jika tertuduh adalah dari negara penjajah Israel dan sekutu politiknya.

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh osman rasip

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Rampas 52,000 Dunum Tanah di Tebing Barat pada 2024

Rabu, 27-11-2024 – Ketua Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan, Mu’ayyad Shaaban, mengesahkan bahawa tentera penjajah Israel (IOF) telah merampas lebih daripada 52,000 dunum tanah di Tebing Barat pada tahun 2024.

Beliau menjelaskan bahawa rancangan rampasan ini adalah sebahagian daripada agenda peluasan penjajahan dan pemindahan penduduk yang diumumkan selepas 7 Oktober 2023.

Semasa lawatannya ke Wilayah Jenin, Shaaban menyatakan bahawa suruhanjaya tersebut terus berusaha melawan rancangan rampasan Israel dan serangan pendatang Zionis itu, sambil menyeru pengukuhan tindakan kolektif dan sokongan rakyat untuk menghadapi cabaran ini.

Shaaban turut menekankan kesinambungan operasi perobohan dan pemindahan paksa, terutamanya di pusat populasi Badwi, serta peluasan sekatan jalan tentera dan pembinaan pintu besi di pelbagai kawasan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Majlis Perbandaran Gaza: 70% Daripada Telaga dan 105,000 Saluran Air Musnah

Isnin, 25-11-2024 – Majlis Perbandaran Gaza mendedahkan pada hari Khamis bahawa rejim Israel telah memusnahkan lebih daripada 105,000 saluran air dan 70% telaga air di Semenanjung Gaza. Jurucakap Majlis Perbandaran, Asem Al-Nabih berkata bahawa keupayaan terhad pihak majlis telah menghalang usaha untuk menyelesaikan krisis yang teruk ini dan memaksa sebahagian warga Palestin mengangkut air secara manual ke rumah mereka.

Beliau menjelaskan bahawa harga air yang telah dinyahgaram menyaksikan kenaikan ketara disebabkan oleh peningkatan mendadak dalam harga bahan api, yang seterusnya memburukkan lagi penderitaan warga tempatan untuk mendapatkan air yang boleh diminum.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang berkumpul di Gaza Utara untuk mengambil bantuan tepung.

Isnin, 25-11-2024 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med telah melaporkan pembunuhan beramai-ramai baharu di mana tentera pendudukan Israel membunuh berpuluh-puluh rakyat Palestin yang berkumpul di kawasan Bulatan Sudaniya di barat laut Bandar Gaza, menunggu bantuan kemanusiaan selepas hampir 50 hari sekatan.

Euro-Med Monitor menjelaskan bahawa pasukan tentera Israel secara langsung melepaskan peluru hidup ke arah berpuluh-puluh orang awam Palestin yang sedang menunggu trak bantuan di jalan pantai di barat laut Bandar Gaza sekitar jam 10 pagi pada Rabu, 13 November.

Apabila individu ini cuba mencari perlindungan di rumah berdekatan, tentera Israel mengebomnya, mengakibatkan kematian dan kecederaan ramai, dan beberapa yang lain masih hilang di bawah runtuhan.

Seorang saksi mata mengesahkan bahawa tentera pendudukan menyasarkan sekumpulan orang awam yang telah menderita kebuluran selama berminggu-minggu kerana sekatan tentera Israel menghalang sebarang bantuan atau bekalan makanan daripada memasuki Bandar Gaza dan wilayah utara.

Ketika mereka menghampiri untuk mendapatkan tepung, tentera membedil mereka dengan peluru
dan tembakan, mendorong mereka melarikan diri ke bangunan kediaman dua tingkat berdekatan. Bagaimanapun, tentera Israel dengan cepat mengebom bangunan itu selepas mereka mencari perlindungan di sana, yang membawa kepada kemusnahannya. Jeritan daripada mangsa yang terselamat di dalam boleh didengari merayu untuk diselamatkan, tetapi pasukan penyelamat dan anggota
pertahanan awam tidak dapat sampai ke kawasan itu.

Menurut laporan awal, kira-kira 200 orang berkumpul di kawasan itu, dengan kira-kira 70 terbunuh atau cedera, manakala ramai yang lain masih hilang dan terperangkap di bawah runtuhan. Tiada operasi menyelamat mampu dijalankan kerana sekatan tentera Israel ke atas perkhidmatan pertahanan awam dan ambulans, yang tidak dapat beroperasi kerana pengeboman dan ancaman, serta rampasan dan
pembakaran ambulans dan trak bomba selama 23 hari lalu di utara Gaza.

Euro-Med Monitor telah menggesa campur tangan segera untuk memastikan pasukan pertahanan awam dan penyelamat boleh selamat sampai ke kawasan sasaran, di mana mangsa yang terselamat mungkin masih terperangkap, dan untuk memudahkan pemindahan mangsa ke hospital. Ia menekankan bahawa keadaan, selepas 41 hari serangan Israel di utara Gaza, telah menjadi bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan pengeboman dan perobohan ratusan rumah yang berterusan, pembunuhan dan kecederaan beribu-ribu orang, dan pemindahan paksa puluhan ribu orang dari kawasan itu.

Pihak Monitor juga menggesa penamatan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel di Gaza, yang menggunakan kebuluran sebagai alat utama. Ia menggesa tindakan segera untuk membolehkan bekalan menyelamatkan nyawa memasuki Gaza melalui lintasan dan laluan darat
dengan cekap dan berkesan, terutamanya di Bandar Gaza dan kawasan utara. Ia juga menggesa pasukan perbandaran dibenarkan membaiki dan memulihkan perkhidmatan kesihatan, air dan sanitasi, memastikan makanan yang selamat dan mencukupi untuk seluruh penduduk, termasuk
ketiadaan susu formula bayi yang hampir lengkap di utara Gaza, menyediakan rawatan untuk kelaparan dan penyakit berkaitan kekurangan zat makanan, dan memulihkan sistem pengeluaran tempatan dan barangan komersial.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

Dua askar rejim Zionis Israel cedera dalam operasi di Tebing Barat.

Isnin, 25-11-2024 – Dua askar rejim Zionis Israel cedera pada petang Isnin dalam operasi rempuh Palestin berhampiran bandar al-Khader, di arah barat Baitulaham di kawasan Tebing Barat yang dijajah.Menurut sumber media Yahudi, dua askar cedera di anggota badan dan kepala akibat serangan rempuhan kereta di simpang al-Khader di Jalan 60.

Dalam operasi tentera di bandar al-Khader di Tebing Barat, seorang warga Palestin merempuh keretanya ke arah gerombolan askar rejim Zionis Israel dan melepasi sekatan jalan dalam satu laporan rejim Zionis Israel.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengepung ambulans di Jabalia

Selasa, 12-11-2024 – Beliau menegaskan bahawa pasukan pendudukan Israel masih meneruskan pencerobohan mereka ke utara Semenanjung Gaza, di mana pendudukan telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas kawasan Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia selama lebih daripada sebulan berterusan, dan mengenakan pengepungan ketat di kawasan utara Semenanjung Gaza, dan dengan sengaja mengeluarkan 120,000 rakyat dari rumah mereka secara paksa dan dengan ancaman senjata dan pembunuhan.

Beliau menegaskan bahawa pasukan pendudukan Israel masih meneruskan pencerobohan mereka ke utara Semenanjung Gaza, di mana pendudukan telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas kawasan Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia selama lebih sebulan, mengenakan pengepungan ketat di kawasan utara Semenanjung Gaza, dan dengan sengaja mengeluarkan 120,000 rakyat dari rumah mereka secara paksa dan dengan ancaman senjata dan pembunuhan.

Basal menegaskan bahawa Semenanjung Gaza utara masih mengalami keadaan yang sukar, memandangkan kekurangan air yang boleh diminum, ubat-ubatan dan makanan, dan pencegahan kemasukan bantuan, di tengah-tengah pengeboman udara dan artileri yang berterusan, operasi jentolak dan tiupan di kawasan itu, yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

Dengan sokongan Amerika, pendudukan Israel telah melancarkan perang dahsyat di Gaza sejak tujuh Oktober lalu, yang telah menyebabkan lebih daripada 144,000 syahid Palestin dan cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih daripada 10,000 hilang, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kebuluran maut.

Tanpa menghiraukan masyarakat antarabangsa, Israel meneruskan perang tanpa menghiraukan resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikannya serta-merta dan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai dan memperbaiki keadaan kemanusiaan yang dahsyat di Gaza.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham

Categories
Berita Semasa

WHO: 560,000 Kanak-kanak di Gaza Diberi Vaksin Polio

Selasa , 12-11-2024 – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan bahawa pusingan kedua kempen vaksinasi polio di Semenanjung Gaza telah selesai, dengan keseluruhan 556,774 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun telah divaksin dengan dos kedua vaksin polio.

Vaksinasi polio di utara Gaza berakhir pada hari Rabu dengan 105,558 kanak-kanak menerima dos kedua dan 83,876 kanak-kanak menerima suplemen vitamin A – di tengah-tengah pergolakan yang berterusan, Ghebreyesus menjelaskan di X.

Sekitar 88% liputan berjaya dicapai di utara; 7,000-10,000 kanak-kanak tidak dapat dihubungi untuk dos kedua mereka dan dengan itu terdedah kepada polio, tambahnya.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Ketua pendakwa raya ICC menggesa tindakan tepat dan pantas ke atas jenayah perang di Gaza

Jumaat , 8-11-2024 – Ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempertahankan usahanya dalam mendapatkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan yang lain, menekankan keperluan untuk tindakan tepat pada masanya dalam menyiasat jenayah perang di Gaza.

“Perlukah saya menunggu sehingga semua orang mati?” Karim Khan berkata dalam temu bual dengan akhbar mingguan German, Der Spiegel, menolak dakwaan bahawa beliau membuat keputusan tergesa-gesa berhubung waran tangkap untuk ahli politik Israel dan tiga pemimpin Hamas.

“Jika ayah kamu, ibu kamu, datuk kamu menjadi tebusan, adakah kamu benar-benar mahu saya menunggu? Jika ini anak kamu atau adik perempuan kamu, adakah kamu mahu saya tunggu?” katanya sambil menekankan kepentingan campur tangan undang-undang segera dalam konflik yang berterusan itu.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Rayuan Untuk Menyelamatkan Mangsa Yang Masih Hidup Dan Terperangkap Di Bawah Runtuhan: Utara Gaza

Jumaat , 8-11-2024 – Pertubuhan Pertahanan Awam Palestin (PCDS) melaporkan pada hari Selasa bahawa mereka telah menerima banyak rayuan berkenaan orang yang terperangkap hidup-hidup di bawah runtuhan rumah dan bangunan kediaman yang musnah akibat serangan tentera Israel di Beit Lahia, Gaza utara.

“Kami menerima permohonan segera tentang wukidnya mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan beberapa rumah dan bangunan kediaman yang telah dimusnahkan oleh rejim Israel di kawasan projek Beit Lahia di Utara Gaza,” kata PCDS dalam satu kenyataan.

PCDS menyeru “pertubuhan hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa agar campur tangan segera untuk membenarkan akses pasukan penyelamat bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan.”

Ia juga memberi amaran tentang “kesunyian antarabangsa yang berterusan terhadap pencerobohan dan keangkuhan Israel, yang boleh menyebabkan pelaksanaan hukuman mati terhadap warga yang masih hidup tetapi terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka yang musnah,” yang disifatkannya sebagai “pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

Lazzarini: Kanak-kanak Palestin tiada masa depan tanpa UNRWA

Selasa, 05-11-2024 – Keputusan Israel untuk mengharamkan UNRWA akan memutuskan akses kepada pendidikan untuk ratusan ribu kanak-kanak Palestin, meninggalkan mereka terdedah kepada “keputusasaan, kemiskinan, dan radikalisasi”, kata ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin pada hari Ahad.

Amaran itu disampaikan oleh Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja PBB (UNRWA), selepas Knesset Israel meluluskan dua rang undang-undang yang mengharamkan UNRWA pada hari Isnin. Rang undang-undang pertama menghentikan secara efektif aktiviti agensi tersebut di dalam Israel dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki, manakala rang undang-undang kedua melarang sebarang interaksi antara institusi Israel dengan organisasi itu.

Namun, impak paling segera adalah terhadap pendidikan kanak-kanak Palestin, kata Lazzarini dalam satu hantaran di X. “Sehingga Oktober tahun lalu, UNRWA menyediakan pembelajaran kepada lebih 300,000 pelajar lelaki dan perempuan di Gaza, menjadikan mereka separuh daripada jumlah pelajar sekolah di sana. Kini mereka kehilangan tahun kedua pendidikan.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin