Tujuh Tahanan Teruskan Mogok Lapar di Penjara Israel

Jumaat, 01-10-2021 – Tujuh tahanan Palestin melakukan mogok lapar secara terbuka selama beberapa minggu sebagai protes terhadap penahanan tidak sah mereka tanpa dakwaan atau perbicaraan. Tahanan yang melakukan mogok lapar ini adalah Kayed al-Fasfous, Miqdad al-Qawasmeh, Alaa al-Araj, Hisham Abu Hawash, Rayek Bisharat, Shadi Abu Aker dan Hasan Shouka. Mereka masing-masing melakukan mogok selama 76, … Read moreTujuh Tahanan Teruskan Mogok Lapar di Penjara Israel

Dua Orang Palestin Cedera Semasa Pertempuran Bersenjata di Selatan Jenin

Jumaat, 01-10-2021 – Dua orang pemuda Palestin cedera terkena peluru hidup semasa pertempuran bersenjata dengan pasukan rejim Zionis di bandar Qabatiya, selatan Jenin. Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera Israel dengan 20 kenderaan tentera menyerbu kota Qabatiya sebelum berlakunya pertempuran bersenjata dengan pejuang penentang. Saksi mengatakan bahawa dua pemuda tempatan mengalami kecederaan disebabkan terkena peluru di … Read moreDua Orang Palestin Cedera Semasa Pertempuran Bersenjata di Selatan Jenin

Polis Israel halang warga Palestin 1948 masuk al-Aqsa

Jumaat, 01-10-2021 – Polis Israel menghalang kemasukan pengunjung Muslim dari Palestin yang diduduki 1948 ke masjid al-Aqsa pada waktu subuh hari Selasa dengan alasan “menyebarkan hasutan dan menganggu ketenangan”. Menurut sumber tempatan, polis Israel menghentikan bas dari Umm al-Fahm yang sedang menuju ke masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Subuh. Polis memeriksa setiap pengunjung dan menghalang … Read morePolis Israel halang warga Palestin 1948 masuk al-Aqsa

Rejim Zionis menahan beberapa warga Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem lama.

Rabu, 29-09-2021 – Rejim Zionis menahan beberapa warga Palestin di beberapa lokasi di Tebing Barat dan kawasan taklukan Jerusalem pada hari Rabu lepas. Di Ramallah, rejim Zionis menyerbu kawasan pelarian al-Jalazon dan menahan Subhi Zaid selepas menyerbu rumah beliau. Di Jericho, rejim Zionis menyerbu Bahaa Grouf dan lantas menahan beliau. sumber : http://english.palinfo.compenterjemah : Hairul Ahmad

Gerakan Jihad Islami Tolak Untuk Sertai Pilihan Raya

Rabu, 29-09-2021 – Gerakan Jihad Islami di Palestin menegaskan kembali penolakan menyertai pilihan raya umum jika tiada kesepakatan berkait agenda politik yang jelas dan terancang dalam menghadapi penjajah dan menghentikan perluasan terhadap wilayah dan tempat suci Palestin. Dalam keterangannya, Rabu (22/9), Jihad Islami berpendapat bahawa pilihan raya yang dibayangi penjajah, hanya akan menjadi boomerang baru. … Read moreGerakan Jihad Islami Tolak Untuk Sertai Pilihan Raya

Tahanan Palestin yang mogok lapar diancam kematian tiba-tiba.

Rabu, 29-09-2021 – Pusat Kajian Tahanan Palestin memberi amaran pada Selasa yang nyawa tahanan Palestin yang mogok lapar adalah dalam bahaya kerana Perkhidmatan Penjara Israel masih tidak menunaikan tuntutan mereka. Pusat itu menyatakan IPS bertanggungjawab ke atas nyawa para tahanan. Pengurus Pusat, Riyad al-Ashqar, menyeru organisasi hak asasi manusia dan institusi antarabangsa agar masuk campur … Read moreTahanan Palestin yang mogok lapar diancam kematian tiba-tiba.

Erdogan Seru Tamatkan Pendudukan di Palestin

Rabu, 29-09-2021 – Ketika berucap pada sesi ke-76 Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 76) pada hari Rabu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyeru penamatan pendudukan Israel dan rampasan tanah Palestin serta pembangunan penempatan di wilayah Palestin yang diduduki. Erdogan mengaitkan konflik Palestin-Israel sebagai “salah satu masalah terpenting yang mendorong ketidakstabilan dan mengancam keamanan dan … Read moreErdogan Seru Tamatkan Pendudukan di Palestin

Sheikh Sabri beri amaran rancangan terbaru Israel yang menyasarkan masjid al-Aqsa.

Rabu, 29-09-2021 – Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Tertinggi Islam di Baitulmuqaddis yang diduduki, berkata bahawa tindakan pihak Israel yang membenarkan penceroboh Yahudi memasuki masjid al-Aqsa dalam jumlah yang besar mencerminkan niat sebenar untuk membenarkan kemasukan ajaran baru di tapak suci itu. Dalam satu kenyataan akhbar, Sheikh Sabri menegaskan bahawa “kumpulan penceroboh tidak berani untuk … Read moreSheikh Sabri beri amaran rancangan terbaru Israel yang menyasarkan masjid al-Aqsa.

Puluhan Penduduk Yahudi Menceroboh Perkarangan Al Aqsa

Khamis, 23-09-2021 – Puluhan penduduk Yahudi menyerbu masuk perkarangan Masjidil Aqsha dan melakukan ritual Talmud. Mereka dikawal ketat oleh pasukan penjajah Israel. Sejumlah sumber di Al-Quds melaporkan, 104 penduduk Yahudi menceroboh masuk perkarangan Al-Aqsa melalui pintu gerbang Maghoribah. Mereka berjalan di perkarangan Al Aqsa sambil memprovokasi warga Al-Quds yang berada di kawasan Al-Aqsa. Mereka turut … Read morePuluhan Penduduk Yahudi Menceroboh Perkarangan Al Aqsa

Koordinator Khas UN bagi Proses Damai Timur Tengah Lawat Gaza

Khamis, 23-09-2021 – Tor Wennesland, koordinator khas UN untuk proses perdamaian Timur Tengah, tiba bersama rombongannya di Semenanjung Gaza pada hari Selasa melalui persimpangan Beit Hanun (Erez). Lawatan berkenaan tidak dijadual dan tidak diketahui tujuannya sama ada untuk menyelaras projek UN di Gaza atau pertemuan Wennesland bersama pemimpin Hamas. Dua juta penduduk Palestin di Gaza … Read moreKoordinator Khas UN bagi Proses Damai Timur Tengah Lawat Gaza

Parti utama UK terima usul tolak larang hubungan dagang dengan penceroboh Yahudi

Khamis, 23-09-2021 – Parti Demokrat Liberal British, sebuah parti utama telah membuat undian sebulat suara yang menyokong UK melarang sebarang hubungan dagang dengan penempatan haram Israel di dalam wilayah Palestin yang diduduki.Usul tersebut telah diluluskan oleh parti tersebut pada persidangan tahunannya termasuk “komitmen untuk segera mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas berdaulat oleh kerajaan UK … Read moreParti utama UK terima usul tolak larang hubungan dagang dengan penceroboh Yahudi

Hamas: peristiwa Gilboa menggambarkan kelemahan keselamatan Israel

Rabu, 22-09-2021 – Gerakan Hamas memberi penghormatan kepada wira yang berjaya melarikan diri dari penjara Gilboa, yang menunjukkan kemampuan Palestin untuk menentang penjajahan dalam apa keadaan sekali pun. “Walaupun mereka ditangkap semula, peristiwa itu tetap menjadi bukti kelemahan sistem keselamatan zionis dan kegagalannya menghadapi kesungguhan pejuang Palestin,” Hazem Qasem, jurucakap Hamas menyatakan dalam kenyataan akhbar … Read moreHamas: peristiwa Gilboa menggambarkan kelemahan keselamatan Israel

Rejim Zionis Lancar Kempen Tangkapan Besar-Besaran di Tebing Barat

Rabu, 22-09-2021 – Rejim Zionis melancarkan kempen penangkapan besar-besaran di Tebing Barat dan Jerusalem pada malam hari Ahad dan waktu subuh hari Isnin. Di Qalqilya, rejim itu menangkap bekas tahanan Abdel Naser al-Rabi, setelah menyerbu dan menggeledah rumahnya. Dia menjalani hukuman di penjara Israel selama lebih dari 7 tahun. Di Tulkarem, Rejim Zionis telah menangkap … Read moreRejim Zionis Lancar Kempen Tangkapan Besar-Besaran di Tebing Barat

Mogok Lapar Qawasme Masuk Bulan Ketiga

Rabu, 22-09-2021 – Mogok lapar yang dijalankan oleh Mikdad Qawasme di penjara Israel telah memasuki bulan ketiga pada hari Isnin lalu, sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbirannya, yang dijalankan tanpa perbicaraan atau tuduhan. Qawasme, 24 tahun, seorang bekas tahanan, ditangkap oleh rejim Zionis pada bulan Januari tahun ini dan ditahan di bawah tahanan pentadbiran selama enam … Read moreMogok Lapar Qawasme Masuk Bulan Ketiga

Puluhan peneroka Yahudi masuk ke Masjidil Aqsa

Rabu, 22-09-2021 – Puluhan peneroka Yahudi mencemar Masjid Aqsa di Baitulmaqdis di bawah pengawasan polis Israel. Menurut Institusi Antarabangsa al-Quds, 48 orang peneroka memasuki tempat suci umat Islam itu melalui pintu al-Maghariba dan secara provokasi mengadakanlawatan ke halamannya. Para peneroka Yahudi telah meningkatkan penerokaan mereka ke kawasan suci Islam sementara pihak berkuasa pendudukan Israel menyekat … Read morePuluhan peneroka Yahudi masuk ke Masjidil Aqsa