Isnin, 08/09/2025 – Inisiatif Greek “Perarakan ke Gaza” mengumumkan yang sebuah kapal akan belayar pada hari ini, 8 September, dari pulau Syros di Laut Aegean bagi menyertai “Global Sumud Flotilla” menuju Gaza.
Dalam satu hantaran di Facebook, inisiatif itu menerangkan yang flotilla dilancarkan untuk sekali lagi menegaskan suara rakyat Palestin ingin memecahkan kepungan ke atas Gaza.
Ia menambah, “Sebuah kapal membawa harapan dan kebersamaan akan belayar dari Syros ke Gaza, bagi menyampaikan mesej ketabahan dan perjuangan rakyat Palestin.”
Isnin, 08/09/2025 – Yayasan Hind Rajab telah memfailkan aduan rasmi terhadap seorang pegawai Israel di Mahkamah Agung Greece yang kini berada di negara itu sebagai pelancong.
Menurut Yayasan itu, pegawai Israel berkenaan pernah berkhidmat sebagai komander batalion Briged Givati, yang terlibat di dalam kempen pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Yayasan itu menyatakan bahawa aduan tersebut disokong dengan bukti yang menuding pegawai berkenaan bertanggungjawab secara individu di atas jenayah perang dan perbuatan penyeksaan di Gaza.
Khamis, 04/09/2025 – Tiga rakyat Palestin cedera pada petang Isnin akibat tembakan tentera pendudukan Israel di bandar
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata dalam satu kenyataan bahawa krunya bertindak balas terhadap tiga orang yang cedera dalam sebuah kereta selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mereka di bandar Tammun.
Al-Hilal menyatakan bahawa antara kecederaan itu ialah luka peluru hidup di kepala, luka peluru hidup di bahu, dan luka peluru hidup di kaki. Mereka yang cedera dibawa ke hospital.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan dalam satu kenyataan bahawa tentera pendudukan Israel menyasarkan ambulans dengan peluru hidup ketika ia cuba memasuki kawasan yang diserbu tentera untuk memberikan pertolongan cemas kepada yang cedera.
Sumber tempatan melaporkan bahawa yang cedera adalah seorang bapa dan anak lelakinya, yang ditembak oleh pasukan pendudukan semasa serbuan ke atas Tamoun.
Sumber melaporkan bahawa pasukan pasukan khas Israel mengepung sebuah rumah di bandar itu dan melepaskan peluru tajam ke arahnya. Tiada maklumat lanjut mengenai nasib penduduknya.
Khamis, 04/09/2025 – Ahli biro politik Basem Naim mengutuk sekeras-kerasnya laporan tentang rancangan AS untuk menguasai Semenanjung Gaza, mengosongkannya, dan menukar Gaza kepada zon ekonomi dan pelancongan, seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post.
Dalam kenyataannya, Naim memetik peribahasa Palestin: “Lemaskan ia dan minum airnya,” dan menekankan, “Gaza bukan untuk dijual. Ia bukan tempat yang dilupakan di dalam peta dan geografi, Gaza adalah sebahagian daripada tanah air Palestin.”
Naim menegaskan penolakan rancangan itu oleh Hamas dan juga rakyat Palestin.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan bahawa pasukannya merawat tiga individu yang cedera di dalam sebuah kenderaan selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mereka di Tammun.
Persatuan itu melaporkan bahawa antara kecederaan yang dialami adalah disebabkan serpihan peluru hidup mengenai kepala, akibat tembakan peluru hidup di bahu, manakala seorang lagi ditembak dengan peluru hidup di bahagian kaki. Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital.
Khamis, 04/09/2025 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada malam Isnin telah membakar kawasan luas tanah pertanian di bandar Sa’ir, yang terletak di timur laut al-Khalil di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut penduduk tempatan, Ziyad Al-Shallaldeh, puluhan pendatang dari penempatan haram “Asfar” telah menyerbu Wadi Sa’ir dan membakar puluhan dunum tanah yang ditanam dengan pokok anggur, badam, dan zaitun. Tanah-tanah tersebut dimiliki oleh keluarga Shallaldeh dan Al-Tarwa, antara lain.
Penduduk Sa’ir berkata bahawa serangan berterusan oleh pendatang dan pasukan penjajah adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengusir secara paksa rakyat Palestin dari tanah mereka bagi memberi laluan kepada peluasan penempatan. Mereka juga menyatakan bahawa serangan seumpama ini sering dilakukan oleh pendatang dari “Asfar” dan “Kedumim,” termasuk kecurian puluhan ekor kambing. Penterjemah : Norshuhada Samudin
Selasa, 02/09/2025 – Setiausaha Agung PBB António Guterres memberi amaran tentang “akibat buruk daripada perluasan operasi ketenteraan Israel di Gaza City, memaksa ratusan ribu orang awam yang letih dan trauma untuk melarikan diri sekali lagi”.
Bercakap kepada pemberita di luar dewan Majlis Keselamatan PBB pada hari Khamis sebelum satu sesi majlis, Guterres berkata, “Orang awam di Gaza sekali lagi menghadapi satu lagi peningkatan yang membawa maut “.
Dia menambah bahawa “langkah awal yang diambil oleh Israel ke arah kawalan ketenteraan penuh ke atas Kota Gaza menunjukkan fasa baru dan berbahaya.”
Selasa, 02/09/2025 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menyerbu pada enam buah sekolah Palestin di bandar al-Khalil Tebing Barat pada pagi hari Khamis lepas dan telah menahan beberapa orang guru sekolah.
Menurut sumber berita tempatan, tentera Israel menyerbu sekolah di kawasan selatan bandar dan kawasan kejiranan ash-Sheikh lalu menggeledah bilik mereka dan merampas gambar serta buku-buku.
Semasa serbuan di sekolah, IOF dilaporkan telah menahan dan menganiaya beberapa guru.
Kementerian Pendidikan Palestin mengecam tindakan tentera pendudukan Israel menyerbu sekolah-sekolah ini dan menahan serta menyerang guru-guru.
“Amalan sedemikian merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan, terutamanya konvensyen dan resolusi yang melindungi hak untuk pendidikan,” kata kementerian itu.
Selasa, 02/09/2025 – Gerakan Penentangan Islam, Hamas, berkata pada petang Rabu bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota Majlis Keselamatan PBB, kecuali Amerika Syarikat, adalah langkah antarabangsa penting yang menunjukkan konsensus luas dalam mengutuk pembunuhan beramai-ramai dan perang kelaparan yang dilancarkan oleh pendudukan Israel terhadap lebih dua juta rakyat Palestin yang dikepung di Gaza.
Dalam kenyataan yang diterima Pusat Maklumat Palestin, Hamas menjelaskan bahawa keengganan AS yang berterusan untuk mengeluarkan resolusi mengikat menjadikan Washington rakan kongsi penuh dalam jenayah kemanusiaan dan bertanggungjawab terhadap kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap orang awam Palestin, terutamanya kanak-kanak.
Hamas menyeru Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil langkah praktikal segera untuk menghalang kerajaan Netanyahu, memaksanya menghentikan perang kejam yang telah berlangsung selama lebih 23 bulan, dan meminta pemimpin pendudukan bertanggungjawab atas jenayah mereka terhadap kemanusiaan.
اPergerakan itu menekankan bahawa kenyataan antarabangsa itu menggariskan keperluan untuk gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza dan menekankan bahawa penggunaan kelaparan sebagai senjata perang adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa, memandangkan situasi kemanusiaan yang melanda dan kesan mautnya terhadap orang awam yang tidak bersalah.
Dalam kenyataan selari, ahli Biro Politik Hamas Bassem Naim berkata bahawa pengumuman oleh 14 negara anggota Majlis Keselamatan PBB, tidak termasuk Amerika Syarikat, pada hari Rabu menggesa gencatan senjata segera dan kekal di Gaza mewakili pendirian antarabangsa yang penting pada masa yang sensitif.
Selasa, 02/09/2025 – Pusat Perlindungan Wartawan Palestin (PJPC) telah mengeluarkan rayuan mendesak pada hari Rabu, menuntut pemindahan perubatan segera bagi beberapa wartawan Palestin yang mengalami kecederaan parah akibat serangan langsung Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.
Dalam kenyataan akhbar, PJPC mengesahkan bahawa tiga wartawan mengalami kecederaan yang mengancam nyawa serta masa depan kerjaya mereka. Wartawan yang cedera ialah Mohammed Fayeq, yang mengalami lumpuh separa yang berisiko menjadi lumpuh sepenuhnya; Jamal Baddah, yang kaki kanannya telah dipotong; dan Hatem Omar, yang mengalami kecederaan serpihan peluru di kepala.
Pusat tersebut menegaskan bahawa keengganan berterusan untuk membenarkan pemindahan perubatan bagi wartawan yang cedera merupakan suatu “jenayah berganda,” sekali gus menambah kepada senarai panjang pelanggaran Israel terhadap wartawan Palestin, yang telah membayar harga yang amat tinggi ketika membuat liputan perang demi menyampaikan kebenaran kepada dunia.
Jumaat, 29/08/2025 – Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Jeneral Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), pada Rabu menyatakan bahawa penduduk Palestin di Semenanjung Gaza kini berdepan pilihan yang mustahil – mati akibat pengeboman Israel atau mati secara perlahan akibat kebuluran disebabkan oleh sekatan.
Menerusi hantaran di “X,” Lazzarini berkata, “Tiada tempat yang selamat di Gaza. Tiada siapa yang benar-benar selamat.” Beliau memberi amaran bahawa hampir 700 hari sejak konflik ini bermula, “orang ramai terus terbunuh dan cedera apabila tentera Israel meningkatkan serta memperluaskan operasi mereka.
Beliau menambah, “Hospital, sekolah, pusat perlindungan dan rumah dibom setiap hari. Petugas kesihatan, wartawan serta kakitangan kemanusiaan terbunuh pada kadar yang tidak pernah disaksikan dalam mana-mana konflik sejarah moden.
Jumaat, 29/08/2025 – Empat warga Palestin dibunuh dan beberapa lagi cedera pada petang Rabu apabila rejim zionis melepaskan tembakan ke arah warga yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di kawasan Al-Sudaniya area, northwest of the Gaza Strip.
Wartawan PIC melaporkan yang empat orang dibunuh dan yang lain cedera akibat tembakan oleh rejim zionis ketika menunggu bantuan di kawasan Al-Sudaniya.
Kekejaman Israel ke atas orang awam di zon kutipan bantuan semakin meruncing. Tempat-tempat pengumpulan bantuan sering diserang sejak berbulan-bulan. Pertubuhan hak asasi manusia menyifatkan serangan ini sebagai polisi terancang oleh rejim Zionis.
Isnin, 25/08/2025 – Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Dr. Mohammad Abu Salmiya memberi amaran bahawa 1.3 juta penduduk Gaza berdepan risiko besar sekiranya tentera Israel meneruskan serangan darat.
Beliau berkata hospital kini tidak mampu menampung pesakit kerana ruang rawatan penuh, bilik mayat sesak, manakala ratusan sudah terbunuh termasuk di dalam hospital.
Sejak 7 Oktober 2023, lebih 210,000 orang dilaporkan terbunuh atau cedera akibat serangan Israel, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Lebih 9,000 masih hilang, sementara ratusan ribu lagi dipaksa meninggalkan rumah.
Dianggarkan 1.5 juta daripada 2.4 juta penduduk Gaza kini hilang tempat tinggal, berdepan kebuluran serta kekurangan ubat-ubatan dan air bersih akibat sekatan yang berlanjutan lebih 18 tahun.
Isnin, 25/08/2025 – Ketua Hakim Mahkamah Agung Israel Yitzhak Amit memberi amaran bahawa dunia telah mula membandingkan penjara Israel dengan pusat tahanan Teluk Guantanamo Amerika yang terkenal serta mengkritik larangan yang dikeluarkan ke atas Palang Merah untuk melawat tahanan Palestin yang ditangkap selepas Pertempuran Taufan Al-Aqsa.
Amit menyatakan pendiriannya itu semasa sesi tertutup untuk membincangkan petisyen yang dikemukakan oleh pertubuhan hak asasi manusia. Dalam petisyen tersebut, pertubuhan tersebut menuntut supaya Palang Merah dibenarkan melawat tahanan Palestin. Sesi itu diadakan dengan hanya wakil kerajaan yang hadir, manakala wakil pempetisyen tidak hadir, menurut Haaretz.
Pendedahan itu menyebut bahawa Amit dan Hakim Dafna Barak-Erez mengkritik keengganan kerajaan membenarkan Palang Merah melawat tahanan di Israel dan memberikan maklumat tentang keadaan mereka.
Hakim memberitahu wakil kerajaan, “Sekarang, apa yang didedahkan kepada dunia ialah penjara di Israel adalah seperti Guantanamo,” sambil menambah, “Apa yang dilaporkan di dunia ialah terdapat kebuluran (di dalam penjara), dan bahawa berpuluh-puluh banduan sedang mati. Anda meletakkan kami (mahkamah) dalam perhatian.”
Sesi tertutup itu diadakan selepas beberapa bulan kelewatan kerajaan dalam menjawab permintaan kebenaran Palang Merah melawat banduan. Pertubuhan hak asasi manusia Israel mengemukakan petisyen menuntut wakil organisasi itu dibenarkan melawat penjara di Israel pada Februari 2024.
ANCAMAN BEN-GVIR
Sebagai tindak balas kepada laporan itu, Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir menyerang hakim Mahkamah Agung, mendakwa bahawa kenyataan mereka membahayakan keselamatan Israel. Ben-Gvir mengancam tahanan Palestin dengan larangan berterusan menerima kunjungan daripada mana-mana pihak asing selagi askar yang ditahan oleh pejuang di Semenanjung Gaza juga tidak menerima sebarang lawatan daripada mana-mana pihak asing.
Sejak permulaan pencerobohannya di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023, penjajah Israel telah menangguhkan lawatan Palang Merah ke tahanan Palestin dan menghentikan penyediaan maklumat mengenai mereka. Ben-Gvir telah berulang kali bermegah tentang tindakan kerasnya terhadap tahanan Palestin, mengenakan sekatan ketat terhadap syarat penahanan mereka dan menafikan hak asasi mereka.
Jun lalu, siasatan Haaretz mendedahkan bahawa banduan Palestin di Penjara Megiddo mengalami kekurangan zat makanan, dan ada yang jatuh sakit dan meninggal dunia. Julai lalu, Pejabat Peguam Negara Israel menerbitkan laporan yang menunjukkan kekurangan makanan yang teruk, kebuluran yang melampau, kekurangan air minuman untuk beberapa banduan, dan kekurangan rawatan perubatan asas, menurut laporan itu.
Isnin, 25/08/2025 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) di Gaza mengumumkan pada hari Selasa bahawa jumlah wartawan yang mati syahid sejak permulaan genosid Zionis di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 239, berikutan kesyahidan wartawan Islam al-Komi, yang bekerja sebagai editor dan pencipta kandungan untuk beberapa platform media.
Dalam kenyataan yang tegas, GMO mengutuk sasaran sistematik Zionis pembunuhan wartawan Palestin. Ia menggesa Persekutuan Wartawan Antarabangsa, Kesatuan Wartawan Arab, dan badan media di seluruh dunia untuk mengecam jenayah ini terhadap wartawan dan pekerja media Palestin di Gaza.
Kenyataan itu menyatakan Zionis, pentadbiran AS, dan negara lain terlibat dalam genosid, termasuk United Kingdom, Jerman, dan Perancis, bertanggungjawab sepenuhnya untuk “jenayah keji dan biadab” itu.
Ia juga menyeru masyarakat antarabangsa, organisasi kebebasan akhbar, dan kesatuan profesional di seluruh dunia untuk mengutuk jenayah berterusan Zionis, mendakwa pemimpinnya di hadapan mahkamah antarabangsa, dan mengambil tindakan berkesan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai.
GMO menekankan keperluan mendesak untuk melindungi wartawan Palestin daripada pembunuhan dan pembunuhan berterusan di Semenanjung Gaza.