Categories
Berita Semasa

Peserta Mogok Lapar Semakin Teruk

Khamis , 31/03/2011 – Yayasan Antarabangsa Solidariti untuk Hak Asasi Manusia berkata bahawa keadaan kesihatan seorang tahanan, Abbas Assayed yang kini telah berada dalam mogok lapar selama 22 hari telah semakin teruk di Hospital Penjara Ramle.

Penyiasat untuk yayasan itu, Ahmed al-Betawi berkata bahawa seorang doktor Isreal memberi Assayed tiga unit glukos kerana kandungan gula yang sangat rendah di dalam darahnya.

Berdasarkan Betawi, pemogok lapar itu juga diberikan pil vitamin dan segelas susu, sewaktu perutnya kosong dan menyebabkan tahanan itu berasa pening dan muntah dengan teruk. Matanya juga bergerak dengan laju.

Walaupun keadaan kesihatannya semakin teruk, moral Assayed masih tinggi dan dia sangat kuat untuk meneruskan mogok laparnya sehingga semua tuntutan tahanan dipenuhi, kata penyiasat itu.

Pejuang hak asasi manusia menyeru agar organisasi hak asasi manusia bergerak dengan pantas untuk menghentikan penderitaan semua tahanan Palestin di penjara Israel, terutamanya Abbas Assayed.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamas: serangan Israel terhadap rakyat kami tidak akan melemahkan mereka

Khamis , 31/03/2011 – Gerakan Hamas mengecam keras pihak berkuasa pendudukan haram Israel (tentera penjajah Israel) untuk menghancurkan sepuluh rumah dan menahan banyak warga Palestin di kampung Neir Um di Al-Khalil pada subuh Selasa.

Ini menggambarkan tindakan tersebut sebagai “kejahatan rasis” yang bertujuan memaksa rakyat Palestin untuk berpindah dan meninggalkan tanah mereka.

Gerakan ini menegaskan, bagaimanapun, bahawa kejahatan tentera penjajah Israel tidak akan melemahkan keteguhan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah mereka.

Hamas menyeru kepada rakyat Palestin untuk bersatu dalam menghadapi dasar tentera penjajah Israel yang berbau perkauman, dan meminta kumpulan hak asasi manusia untuk segera campur tangan dalam melindungi rakyat Palestin menghadapi tekanan tentera penjajah Israel dan menghentikan kejahatan rasis tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Sabh: undang- undang baru Israel akan menyebabkan penculik Shalit menambah tuntutan

Khamis , 31/03/2011 – Menteri Hal-Ehwal Tahanan Palestin, Attallah Abu Sabh telah menyeru masyarakat dunia agar campur tangan kerana Israel Knesset dijangka akan meluluskan undang-undang yang yang semakin ketat ke atas tahanan perang Palestin.

Beliau menekankan bahawa undang-undang baru itu bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat.

Ahli-ahli Knesset merangka empat undang-undang yang mengenakan syarat-syarat lebih ketat terhadap rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel. Ia telah dibincangkan oleh jawatankuasa dalaman yang mengambil keputusan untuk menyatukannya kepada satu draf undang-undang yang akan diundi di dalam sesi Knesset seterusnya.

Undang-undang itu dirangka sempena pembebasan tentera Israel Gilad Shalit yang ditangkap pihak pejuang di Gaza tiga tahun lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel siap sedia serang rakyat Palestin di al-Quds

Khamis , 31/03/2011 – Polis Zionis Israel hari ini tidak semena-mena membuat persiapan memerangi rakyat Palestin atas tuduhan akan terjadinya serangan ala guerila oleh rakyat Palestin. Pihak polis Zionis mendakwa terdapat saksi yang nampak sebuah kereta yang ditinggalkan itu dipenuhi dengan bom. Zionis-Israel sengaja menggunakan alasan seperti ini bagi memerangi rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Zahar : Mesir tegas mahu hancurkan kepungan… dan Hamas dengan rekonsiliasi Palestin.

Khamis , 31/03/2011 – Dr. Mahmoud Az-Zahar, anggota Biro Politik Hamas, menegaskan bahawa rakyat Palestin memerlukan langkah serius dan cepat untuk menghentikan perpecahan, terutamanya dengan kedatangan Presiden PA, Mahmoud Abbas ke Gaza selepas persetujuan, dan selepas terpotongnya jalan ke arah rekonsiliasi sebelum ini.

Zahar menambah bahawa Hamas : “telah mengerahkan sehabis tenaga untuk mencapai rekonsiliasi, dan telah memanggil Abbas untuk berdialog secara serius, akan tetapi beliau menolak untuk datang melawatan, secara rasmi dan berprotokol, kerana rakyat sedang menunggu rekonsiliasi yang sebenar-benarnya yang dibina atas dasar politik yang jelas, dan gambaran yang lengkap untuk rakyat Palestin dan kerajaan dengan harapan dapat merealisasikan objektif ini.”

Beliau berkata lagi bahawa Hamas bersepakat dalam isu untuk menghentikan perpecahan, dan untuk mencapai rekosiliasi Palestin, bersatu dalam satu barisan, menjauhkan segala perkara yang menghalang kesatuan, dan merealisasikan cita-cita dan aspirasi rakyat. Beliau berharap agar isu ini ditangani dengan “langkah yang lebih positif” pada masa hadapan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

PS menafikan kunjungan pasukan perubatan untuk tahanan terpencil dan sakit

Khamis , 31/03/2011 – Perkhidmatan penjara Israel (IPA) menolak untuk membenarkan pasukan perubatan untuk menyemak tahanan Palestin sakit yang parah dan terpencil di penjara-penjara penjajahan, kata persatuan tahanan Palestin mengatakan hari Isnin.

Ini ditambah dalam siaran media bahawa IPS dahulu meluluskan lawatan ke beberapa keadaan kritis tetapi kemudiannya menarik balik kelulusan itu dan menyekat kemasukan pasukan pengelompokan doktor pelbagai pakar.

Hal ini menunjukkan bahawa 15 tahananyang seharusnya diperiksa termasuk pemimpin Hamas Abbas yang telah mogok makan selama tiga minggu, pemimpin PFLP Ahmed Saadat, Sheikh Jamal Abul Haija, dan lain-lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Qabaha: Kami meminta Abbas untuk menamatkan penahanan politik sebelum lawatan Gaza

Khamis , 31/03/2011 – Pemimpin Hamas dan bekas menteri urusan tahanan ‘Wasfi Qabaha mengatakan bahawa delegasi yang bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah pada Sabtu memintanya untuk menamatkan penahanan politik di Tebing Barat sebelum lawatnnya keGaza.

Dia berkata kepada PIC pada hari Ahad bahawa delegasinya bersama-sama dengan dewan perundangan Palestin (PLC) pembicara Dr Aziz Dweik dan sejumlah ahli parlimen Hamas dan bekas menteri, meminta Abbas untuk menamatkan penangkapan, penghapusan, penyiksaan, dan pemberhentian kerja bersama dengan amalan-amalan lain untuk memastikan kejayaan dari kunjungannya ke Gaza.

Abbas berkata bahawa semua ini akan berakhir ketika ia tiba di Gaza.Qabaha menambah, bahawa para delegasi berkata kepada Abbas yang berbicara seperti itu tidak cukup dan bahawa gerakan harus mendahului dengan inisiatif apapun untuk memastikan kejayaannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin berkata IOA bertanggungjawab atas nyawa Assayed

Rabu , 30/03/2011 – Kerajaan Palestn pimpinan PM Ismail Haneyya bertegas bahawa pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) bertanggungjawab ke atas nyawa salah seorang pemimpin Hamas yang di dalam tahanan mereka iaitu Abbas Assayed yang telah menjalani mogok lapar selama 20 hari.

Kata beliau dalam satu ucapan pada Isnin lalu, Assayed telah ditempatkan dalam bilik pengasingan di dalam penjara sejak 2002 dan telah dikejarkan ke hospital berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot akibat mogok lapar itu.

Situasi ini telah menyebabkan pihak Palestin dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia peringkat antarabangsa campur tangan demi menyelamatkan Assayed dan bagi mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh IOA terhadapnya berlandaskan
piawaian antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pusat Ahrar melancarkan laman web berbahasa Inggeris untuk mengetengahkan isu tahanan

Rabu , 30/03/2011 – Pusat Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ahrar melancarkan laman web baru berbahasa Inggeris dengan sasaran menyebarkan penderitaan tahanan Palestin di penjara Israel kepada dunia.

Pengarah pusat itu, Fouad al-Khafsh menyatakan bahawa laan web baru itu ialah laman web pertama dalam bahasa Inggeris yang bertujuan untuk melaporkan keadaan tahanan Palestin yang teruk di penjara Israel.

Khafsh menekankan kepentingan untuk mencipta cara baru untuk menyokong isu tahanan ini dan memberitahu dunia tentang kekejaman dan perlanggaran undang-undang ke atas tahanan Palestin di Israel, sambil menyatakan bahawa tindakan mengutuk tindakan Israel hanya sia-sia.

Dia menambah bahawa laman web itu hasil daripada usaha bersungguh-sungguh, dan kerjasama dengan remaja Palestin yang tinggal di Eropah. Mereka akan mengikui perkembangan dan berita tentang tahanan Palestin dan penderitaan mereka di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Jurubedah AS Berada di Gaza untuk kerja Kemanusiaan.

Rabu , 30/03/2011 – Hospital Syuhada al-Aqsa di Gaza menerima delegasi daripada Pakar Bedah dari Universiti California untuk menambah bantuan dalam menckupkan kekurangan di Semenanjung Gaza yang disekat.

Pakar Salur Kencing dijadualkan untuk berada di Gaza untuk melakukan Pembedahan Tahap Tinggi dalam masa lima hari, dan telah menjalankan beberapa ujian sebelum pembedahan itu.

Berdasarkan kepada pihak pengurusan hospital, kementerian kesihatan Gaza melakukan banyak perkara untuk memastikan banyak delegasi perubatan membantu di Gaza dan berkongsi skil perubatan yang diperlukan oleh penduduk tempatan dan menambah pengalaman staff tempatan.

Gaza telah mengalami krisis perubatan yang serius kerana Israel meneruskan sekatan ekonomi di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Gaza Sambut Delegasi Medik Amerika

Rabu , 30/03/2011 – Hospital Syuhada Al-Aqsha, Isnin pagi (28/3) menerima delegasi perubatan Amerika Syarikat, pakar bidang neuorologi yang diketuai Profesor Brof Sakti dari Universiti California.

Delegasi tersebut disambut pengarah pengurusan dan sumber manusia hospital, Dr. Ibrahim Hawar. Pihak pengurusan hospital menyebutkan, delegasi akan tinggal selama lima hari dan akan melakukan pembedahan. Para doktor pakar tersebut sudah memulakan tugas memeriksa pesakit sebagai prosedur awal standard operasi.

Dr. Hawar menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan telah melakukan kerjasama dengan sejumlah pihak untuk merawat pesakit dan meringankan penderitaan mereka, dengan mengirim delegasi perubatan secara berkala dan membawa pakar yang diperlukan pesakit Gaza. Ia juga dapat menambah pengalaman pihak perubatan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serang penduduk kampung di timur Yatta

Rabu , 30/03/2011 – Puluhan pendatang Yahudi menyerang petani dan penggembala serta merosakkan kebun-kebun ketika tentera Israel membuka jalan kemasukan mereka ke Buwaib di timur YAtta, wilayah Al-Khalil pada pagi Isnin.

Serangan ganas itu telah menimbulkan rasa takut dan gentar pada penduduk tempatan, kata Ratib al-Jabour, penyelaras jawatankuasa menentang pembinaan tembok pemisah dan penempatan di timur Al-Khalil.

Para tentera tidak campur tangan untuk menghentikan serangan pendatang-pendatang itu, beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Nunu: Kerajaan Palestin tempa kejayaan dalam kekejaman serangan terbaru rejim Zionis

Selasa , 29/03/2011 – Kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri Ismail Haneyya telah berjaya mematahkan serangan terbaru rejim Zionis ke atas Gaza dengan bantuan penduduk tempatan dan bantuan pihak luar, kata jurucakap kerajaan pada Ahad lalu,
Taher al-Nunu.

Beliau melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sehingga tercapainya matlamat itu serta mengucapkan terima kasih kepada sayap pejuang kerana berdiri teguh dan tenang dalam menghadapi situasi genting ketika ini. Dalam satu kenyataan media, Nunu berkata sayap-sayap pejuang tersebut telah menunjukkan semangat kenegaraan yang tinggi dalam menghidapi situasi terkini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli paramedik Gaza menunggu kelulusan untuk menyertai misi bantuan ke Libya

Selasa , 29/03/2011 – Ahli perubatan Gaza menanti kelulusan Jawatankuasa Utama Ketenteraan yang telah diberikan kuasa di Mesir untuk misi bantuan kemanusiaan bagi memasuki Libya berikutan daripada ketiadaan majoriti staf perubatan kerana mereka telah meninggalkan negara.

16 nama telah dipilih daripada 100 paramedik yang ingin menyertai misi tersebut. Mereka telah bekerjasama dengan Kesatuan Doktor Arab dan akan meneruskan usaha dengan lebih ramai doktor dan lebih banyak peralatan perubatan sewaktu melalui Mesir, demikian menurut setiausaha Kesatuan Paramedik Gaza, Yousef Fahjan.

“Kami sangat memahami kesengsaraan yang dirasai rakyat Libya, memandangkan kami saban hari kami diserang dengan keganasan. Perasaan ini merupakan motivasi terbesar kami untuk membantu rakyat Libya menerusi tanggungjawab kemanusiaan dan professional, terutamanya setelah kebanyakan paramedik telah meninggalkan Libya dan menyebabkan kekurangan paramedik.”

“Inilah sahaja yang mampu kami lakukan untuk membantu rakyat Libya yang telah menyokong kami ketika perang di Gaza. Kebanyakan yang menghubungi kami untuk menaikkan semangat ketika peperangan ialah warga Libya,” Fahjan berkata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Calon Presiden Mesir: Saya Akan Putuskan Gas Mesir Kepada Entiti Zionis

Selasa , 29/03/2011 – Salah seorang calon Presiden Mesir Hamdin Sabahi mengatakan bahawa tindakan pertama yang akan dia ambil jika terpilih menjadi presiden Mesir adalah menghentikan eksport gas Mesir kepada entiti Zionis Israel. Beliau menegaskan bahawa tidak akan menjadi presiden untuk memerangi entiti Zionis namun untuk memerangi kemiskinan, pengangguran dan kerosakan.

Sabahi menyatakan beliau tidak ingin Mesir masuk dalam perang yang mengurangkan potensinya. Beliau menghormati semua kesepakatan yang ditandatangani Mesir, namun menjadi hak rakyat untuk meninjau kembali dan melakukan referendum, termasuk perjanjian damai dengan penjajah Zionis Israel.

Sabahi termasuk tokoh pembangkang, mantan anggota parlimen dan pengkritik kesepakatan Camp David yang ditandatangani Mesir dengan entiti Zionis Israel. Beliau mengkritik perjanjian Camp David kerana keuntungan yang diperoleh Mesir tidak seimbang dengan darah yang ditumpahkan para syuhada. beliau menyatakan bila terpilih sebagai presiden akan meninjau kembali perjanjian tersebut dengan melakukan referendum rakyat.

sumber : COMES
penterjemah : osman