Mengingat kembali peristiwa pembantaian rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di kem pelarian Shabra Shatila pada tahun 1982.

Khamis, 29/01/2009 – Satu keputusan yang diambil oleh British Broadcasting Corporation(BBC) untuk enggan mengudarakan rayuan bantuan kemanusiaan ke atas Gaza telah menyebabkan bantahan dari beberapa kumpulan dan pekerja di dalam BBC itu sendiri.

Khamis, 29/01/2009 – Ahli Parlimen Palestin Mohammed Faraj Al-Ghoul daripada kumpulan Hamas mengatakan keganasan Israel terhdapa Gaza baru-baru ini merupakan pembunuhan terbesar dalam sejarah dan beliau menegaskan kerajaan Hamas akan mengajar mereka yang terlibat dan membawa ke muka pengadilan. Beliau berkata demikian semasa menerima lawatan delegasi ahli parlimen Maghribi.

Khamis, 29/01/2009 – Delegasi ahli parlimen Switzerland amat terkejut dengan tahap kemusnahan di Gaza dan membuat kesimpulan Israel telah membunuh segala-galanya di Gaza. Tambahan mereka menggesa kerajaan Switzerland yang menjadi penaja konvensyen Geneva untuk memberi bantuan segera dan mendakwa penjenayah perang Israel.

Khamis, 29/01/2009 – Briged al Qassam berjaya menghalau keluar beberapa kereta kebal milik Zionis-Israel. 3 mortar yang dilancarkan berjaya mengusir Zionis-Israel yang cuba menyelinap masuk ke Gaza melalui Maghazi.

Khamis, 29/01/2009 – Dr Essam Hijjawi, Ahli Lembaga Jawatankuasa Kesihatan Tebing Barat, telah membongkar fosforus putih yang digunakan Israel telah disatukan dengan Tungsten, iaitu satu unsur kimia atom bernombor 74, kepada orang awam di Semenanjung Gaza.

Rabu, 28/01/2009 – Pesawat perang Israel telah membedil pada subuh hari Rabu (28/1/09) ke arah sempadan Gaza / Mesir di selatan Gaza, yang memusnahkan beberapa buah terowong bawah tanah yang digunakan oleh rakyat Palestin untuk membawa barangan keperluan dan komoditi-komoditi dari Mesir setelah Israel dan Mesir terus menerus menutup pintu sempadan hampir 20 bulan .

Rabu, 28/01/2009 – Lima orang awam Palestin diculik oleh rejim Zionis semasa satu pencerobohan yang mensasarkan pusat bandar raya Tebing Barat , Ramallah dan kampung-kampung berdekatan pada hari Selasa. Di kampung Budrus , sepasukan rejim Zionis mencari dan menggeledah kediaman kemudian menculik tiga orang awam dan membawa mereka ke lokasi-lokasi yang tidak diketahui, saksi melaporkan.

Rabu, 28/01/2009 – HAMAS menegaskan ia telah menerima cadangan Mesir tentang plan perdamaian dengan regim Zionis di Semenanjung Gaza dan institusinya sedang mengkaji cadangan tersebut dengan mendalam serta akan memaklumkan kepada Kaherah tentang pendiriannya terhadap isu tersebut dalam masa dua hari.
lagi gambar di dalam….

Rabu, 28/01/2009 – Presiden Kuwait, Sheikh Subah Al-Ahmad Al-Subah telah mengumumkan bahawa kerajaan Kuwait hanya akan menyalurkan bantuan kewangan ke Gaza melalui Tabung Pembangunan Arab dan tidak akan menyalurkan ke Mahmoud Abbas.
Keputusan itu di buat berdasarkan kebimbangan pihak Kuwait jika bantuan itu di salurkan melalui Mahmoud Abbas, duit itu akan di salahgunakan . Keputusan itu juga di buat setelah beberapa pengamal politik di Kuwait mendedahkan bahawa bantuan yg di beri kepada Mahmoud Abas tidak di salurkan kepada pihak yang bertanggung jawab di kawasan Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mannn_26

Rabu, 28/01/2009 – Presiden Perancis , Nıkolas Sarkozi, menghantar seorang anggota senatnya ke Syria bagi meminta kerajaan Syria membantu dalam usaha membebaskan Gilad Shalit, seorang askar Israel yang ditangkap oleh pejuang Palestin di Gaza pada tahun 2006.

Jumaat, 23/01/2009 – Hamas menyatakan satu kempen yang dilancarkan oleh pemerintah boneka Dayton yang secara sistematik memburukkan Hamas dan kumpulan pejuan lain berikutan kemenangan Hamas dan pejuang lain ke atas Zionis-Israel. Sebaik sahaja Zionis-Israel memberhentikan operasi mereka, media-media terus digunakan untuk memburuk-burukan Hamas. Beberapa pemimpin kerajaan boneka Dayton secara terbuka menghamburkan fitnah(kerajaan boneka Dayton merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh Jeneral Amerika Keith Dayton. Antara pimpinan mereka Salam Fayad, Mahmud al Habbash dan Yasr Abu Rabi).

Jumaat, 23/01/2009 – Pusat Maklumat Penduduk Palestin yang bergabung dengan Pergerakan Hamas Khamis lalu melaporkan kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai oleh Ismail Haniyya memutuskan untuk memberi 40 juta Euro kepada penduduk Semenanjung Gaza yang terjejas akibat serangan Israel.