
Jumaat, 06/03/2009 – Pemimpin Hamas serta wakil rakyat Dr. Mahmoud Al-Zahhar telah menegaskan dalam sebuah rencana akhbar Khamis bahawa kerajaan perpaduan tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel.

Jumaat, 06/03/2009 – Pemimpin Hamas serta wakil rakyat Dr. Mahmoud Al-Zahhar telah menegaskan dalam sebuah rencana akhbar Khamis bahawa kerajaan perpaduan tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel.

Rabu, 04/03/2009 – Penguatkuasa Israel telah melepaskan Abdel-Rahman Zeidan, bekas Menteri Kementerian Kerja Raya dalam kerajaan Palestin yang ke-10 di bawah pimpinan PM Ismail Haneyya. Sumber menyatakan bahawa beliau dibebaskan dari penjara di padang pasir Negev pada hari Isnin 2 Mac 2009 setelah 23 bulan berada dalam tahanan.

Rabu, 04/03/2009 – Muhammad Nazzal, anggota Biro Politik HAMAS mendedahkan beberapa pegawai Palestin dan Arab meminta para pegawai regim Zionis tidak membebaskan Marwan al-Barghouthi dengan alasan pembebasannya akan melemahkan kedudukan Mahmoud Abbas dan akan menguatkan kedudukan politik HAMAS dan menambahkan sokongan terhadapnya.

Rabu, 04/03/2009 – Khatib Majid al Aqsa, Dr. Ikrimah Shabri menyerukan kepada seluruh rakyat Palestin khususnya mereka yang berada di al-Quds agara datang ke Masjid al-Aqsa pada hari Isnin(9/3) bersempena sambutan maulid nabi. Beliau menyatakan menjadi kewajiban seluruh umat Islam mengingati perjuangan Nabi SAW lantas mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Palestin seluruhnya. Di samping itu terdapat juga tazkirah dan majlis ilmu bagi mengingati sejarah Nabi SAW.
Beliau juga menasihati seluruh umat Islam mempertahankan Islam dalam keadaan umat Islam di hina di merata dunia.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Selasa, 03/03/2009 – Keluarga salah seorang anggota Hamas, Abu Juhaisyah yang masih dipenjarakan oleh Israel menyeru semua pihak agar memainkan peranan bagi menghentikan pengusiran terhadap keluarga Abu Juhaisyah. Ini termasuk mantan presiden Palestin Mahmud Abbas agar dapat menggunakan pengaruhnya. Disamping itu, dialog amat diharapkan bagi menghentikan pertembungan politik yang tidak memberi manfaat.

Selasa, 03/03/2009 – Pemimpin Gerakan Pejuang Islam Hamas, Talal Nassar menyatakan ingatan agar negara penyumbang tidak menyalurkan dana pembangunan semula Gaza kepada pihak Autoriti Palestin sebelum terbentuknya sebuah “pemerintah persatuan”. Beliau menyeru agar berhati-hati dan selektif dalam memberikan dana bantuan.

Selasa, 03/03/2009 – Muhammad Nizal, anggota Biro Politik HAMAS menegaskan tindakan mengenepikan pergerakan tersebut dan kerajaan sah di Semenanjung Gaza yang diketuai oleh Ismail Haneyya adalah tindakan yang tidak berpijak di bumi nyata dan ia juga satu petunjuk negatif yang menggambarkan dana pembangunan semula Gaza telah dipolitikkan, di samping ia adalah percubaan untuk mengugut HAMAS.

Isnin, 02/03/2009 – Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas berkata pada hari Sabtu perjuangan menentang penjajahan Israel merupakan pilihan strategik Hamas dan akan berterusan sehingga setiap inci tanah Palestin dibebaskan.

Isnin, 02/03/2009 – HAMAS menolak proses mempolitikkan isu pembangunan semula Semenanjung Gaza juga usaha untuk menghubungkannya dengan pengguguran beberapa hak rakyat Palestin yang utama. Kenyataan ini dikeluarkan pada malam sebelum berlangsungnya sidang antarabangsa mengenai pembangunan semula Gaza di Sharm al-Syeikh, Mesir.

Isnin, 02/03/2009 – Tentera Israel telah menahan seorang pemimpin Fatah dari tebing barat bandar Tulkarem
pada awal Ahad lalu, menurut sumber media Palestin.

Jumaat , 27/02/2009 – Festival Filem Palestin Ann Arbor akan membuat penampilan pertamanya pada 11 Mac 2009 jam 8 pm di pusat teater termasyhur iaitu di Michigan Theatre Ann Arbor, Michigan. Sebagai satu dari beberapa festival filem Palestin untuk mengambil bahagian di Midwest Amerika Syarikat, Festival Filem Palestin Ann Arbor semestinya bakal menarik perhatian penggiat-penggiat seni dan rakyat Palestin.

Jumaat , 27/02/2009 – Mangsa akibat kepungan Israel telah meningkat ke 291 jumlah pesakit selepas kematian seorang pesakit yang berumur 30 tahun bernama Hossam Helles daripada Shujaiyeh , timur Gaza.
Di dalam sebuah kenyataan yang di terima oleh PIC, Kementerian Kesihatan Palestin berkata tentera rejim Zionis telah menafikan hak pesakit untuk menerima rawatan di luar daripada kawasan Gaza, sambil memberi amaran bahawa jumlah pesakit akan meningkat kerana banyak lagi pesakit yang berada di unit kawalan rapi menunggu laluan untuk keluar dibuka
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : fakhrul77

Jumaat , 27/02/2009 – Semua kumpulan pejuang Palestin yang menyertai dialog perdamaian di Kaherah mengumumkan pada hari Khamis (26/2) persetujuan untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional yang akan menjalankan tugas sementara menunggu pilihanraya baru diadakan.

Jumaat , 27/02/2009 – Beberapa aktivis Perancis telah mengadakan gerakan tanda tangan supaya memohon dunia Eropah menerima Hamas. Para aktivis yang dikenali “Mir” merupakan mereka yang menentang perkauman di Perancis. Mereka juga menyeru agar Hamas di keluarkan daripada senarai organisasi teroris.

Khamis , 26/02/2009 – HAMAS dan Fatah mengumumkan persetujuan persefahaman telah dicapai mengenai dialog keamanan nasional yang akan menamatkan secara menyeluruh semua serangan media yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Ia juga akan memberhentikan tangkapan politik dan berjanji untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada pembebasan keseluruhan tahanan.