
Selasa , 26/01/2010 – Hamas Isnin lalu mengucapkan takziah dan menyatakan simpati yang mendalam berikutan pesawat Habsyah yang terhempas di luar pantai Lubnan hanya selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Beirut.

Selasa , 26/01/2010 – Hamas Isnin lalu mengucapkan takziah dan menyatakan simpati yang mendalam berikutan pesawat Habsyah yang terhempas di luar pantai Lubnan hanya selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Beirut.

Selasa , 26/01/2010 –Dr Aziz Duweik, Speaker Dewan Perundangan Palestin mengutuk kenyataan Presiden Mesir, Husni Mubarak yang menegaskan Mesir akan meneruskan pembinaan tembok keluli sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza.

Selasa, 26/01/2010 – Tentera Israel hari ini mengarahkan dua beradik Palestin di Al-Khalil pada hari Ahad agar berhenti membina rumah mereka atas alasan tidak memiliki permit.

Selasa, 26/01/2010 –Seorang rektor salah satu institusi pengajian terkemuka di Norway menyatakan bahawa pihak universitinya akan menyokong diskusi positif pemboikotan universit-universiti Zionis-Israel.

Selasa, 26/01/2010 – Kempen antarabangsa Palestin bagi menamatkan pengepungan di Semenanjung Gaza memberi amaran kesan serius daripada tempoh panjang pemotongan bekalan kuasa di kebanyakan tempat di Gaza akibat kekurangan bahan bakar untuk mengoperasikan satu-satunya stesen janakuasa elektrik di situ.

Selasa, 26/01/2010 – Tiga aktivis solidariti asing cedera pada Sabtu lalu selepas puak Yahudi menyerang dan membaling batu ke arah mereka di timur bandar Al-Khalil.

Isnin , 25/01/2010 – Pejabat Speaker Dewan Perundangan Palestin mengutuk tangkapan yang dilakukan oleh militia Abbas terhadap 6 pegawai yang bertugas di pejabat wakil-wakil rakyat al-Harakah al-Islamiyyah di bandar Ramallah, sambil menegaskan tindakan tersebut menjadi isyarat jelas bahawa perdamaian nasional tidak ingin dicapai oleh pihak-pihak tertentu. Ia juga menjadi bukti terhadap langkah keselamatan buruk yang digunakan di Tebing Barat sekarang yang juga turut disifatkan sebagai tindakan ‘lanun yang jijik’.

Isnin, 25/01/2010 – Hasan Hussein, seorang penulis Palestin dan bekas pengarah dewan kebangsaan Palestin, menyatakan rasa terkejut dengan keputusan Mesir untuk membina sebuah dinding besi di sempadan dengan Gaza atas dasar kedaulatan.

Isnin, 25/01/2010 – Lebih daripada 100 ahli Viva Palestina Malaysia (VPM), sebuah pertubuhan NGO, pada hari minggu telah mengadakan acara Walkabout sekitar lima kilometer di sini untuk menyokong upaya menciptakan negara Palestin yang bebas .

Sabtu, 23/01/2010 –Ezzat al-Resheq, ahli biro politik Hamas berkata pada hari Selasa Mesir harus buktikan kemerdekaannya dengan membuka pintu sempadan Rafah serta tidak tunduk kepada kehendak Israel dengan membina tembok besi di sepanjang sempadan.

Jumaat , 22/01/2010 – Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani pada hari Selasa lepas menyatakan rasa bangga negaranya menyokong gerakan perjuangan rakyat Lebanon dan Hamas. Beliau menegaskan bahawa perjuangan itu merupakan satu-satunya cara untuk berhadapan dengan penjajahan setelah kegagalan proses damai.

Jumaat , 22/01/2010 – Jawatankuasa kerajaan untuk penamatan pengepungan merayu kepada masyarakat antarabangsa dan PBB agar mengenakan tekanan kepada Israel supaya memberi respon kepada laporan Pertubuhan Amnesti Antarabangsa (AI) yang menggesa Israel menamatkan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza yang semakin menderita.

Jumaat , 22/01/2010 –Presiden Parlimen Eropah, Jerzy Buzek telah menyatakan sokongan penuh ke atas kempen antarabangsa pembebasan ahli parlimen Palestin yang dipenjarakan lebih 3 tahun dalam penjara Israel.
Jumaat , 22/01/2010 – Pergerakan popular bagi menyokong hak-hak tahanan Palestin membongkarkan satu rakaman video pada tahun 1988 yang menjelaskan bagaimana tentera Israel menyeksa dan membunuh seorang pemuda Palestin Kristian bernama Khader Tarzi sebelum mengambil bahagian-bahagian tubuhnya.

Masih di peringkat draft. Apa pendapat anda ? Undian boleh di buat di