Categories
Berita Semasa

Haneyya berbincang dengan Presiden UAE tentang perkembangan Palestin

Khamis, 16-02-2012 – Palestin Perdana Menteri Ismail Haneyya pada hari Isnin telah berbincang dengan presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed tentang perkembangan terkini Palestin di hadapan pegawai kanan termasuk timbalan beliau Sheikh Mohammed Bin Rashed Al-Maktoum.

Haneyya mempunyai dialog yang membina dengan Sheikh Khalifa atas beberapa topik penting yang menduduki tempat teratas tentang masa depan sebab Palestin, proses perdamaian, dan isu-isu Baitulmuqaddis serta banduan.

Perdana Menteri menerangkan syarat-syarat yang sukar di Semenanjung Gaza akibat pengepungan Israel terutama kegagalan kuasa dan kesannya terhadap sektor penting.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyah berkongsi perkembangan Palestin bersama Presiden UAE

Khamis, 16-02-2012 – PM Palestin, Ismail Haniyah telah bertemu dengan Presiden UAE, Syeikh Khalifah ben Zaed Alu Nahyan. Turut hadir ialah PM UAE, Syeikh Muhammad bin Rashid Alu Maktum, serta Menteri Kehakiman. Beberapa persoalan telah dibincangkan dalam pertemuan itu terutamanya masa depan Palestin, rekonsiliasi nasional, persoalan al-Aqsa dan tawanan rakyat Palestin di penjara Israel. Haniyah turut berkongsi pengalaman menguruskan kesulitan di Gaza dengan pelbagai halangan oleh Zionis.

Syeikh Khalifah komited akan terus membantu Palestin dan bersama membebaskan bumi dari sebarang cengkaman Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel enggan bebaskan peserta mogok lapar

Khamis, 16-02-2012 – Pada petang Isnin, mahkamah ketenteraan Israel memutuskan untuk tidak membebaskan pemimpin Jihad Sheikh Khader Adnan yang telah menjalani mogok lapar selama 58 hari.

Peguam Jawad Bulous berkata, keputusan itu telah dijangka berdasarkan pengalaman-pengalaman pahit dengan mahkamah tentera sebelum ini, beliau menambah, “kami sentiasa pergi ke mahkamah tentera dengan tidak meletakkan harapan.”

Tiada keadilan langsung di dalam keputusan yang tidak mengambilkira keadaan kesihatan tahanan, Adnan yang sedang menghadapi kematian, kata Bulous.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sebuah Kenderaan Meletup Di Hadapan Kedutaan Besar Israel Di India

Khamis, 16-02-2012 – Kementerian luar Israel, Isnin (13/2) menegaskan bahawa para diplomat Israel di kedutaan besar mereka di India dan Georgia menjadi sasaran serangan.

Sebuah buah kenderaan milik kedutaan Israel di New Delhi meletup, dua orang cedera dalam ledakan tersebut. Pihak polis masih menyiasat punca letupan.  Rajan Baghot menyatakan kepada pihak berita Perancis Press, dua orang tercedera dalam ledakan ini, namun tidak dijelaskan secara terperinci. Pihak kementerian luar Israel di Al-Quds menegaskan berlaku letupan yang mencederakan seorang warga Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya bertemu Larijani bincang pembangunan Palestin

Khamis, 16-02-2012 – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya telah mengadakan perbincangan bersama Speaker Majlis Shoura Iran, Dr. Ali Larijani mengenai pembangunan Palestin, terutamanya isu Israel yang mensasar pendudukan di kawasan Baitulmaqdis.

Perbincangan mendalam yang bertempat di bangunan parlimen tersebut merangkumi isu kempen ekstrem Judaization terhadap kawasan pendudukan Baitulmaqdis, yang menambah kepada pengepungan ke atas Gaza dan serangan berterusan di wilayah tersebut.

Haneyya turut menjelaskan penderitaan tahanan Palestin di penjara Israel dan penahanan speaker perlimen Palestin, Dr Aziz Dweik serta pengusiran para timbalan Baitulmaqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Makhkamah Israel Larang Masjid Nablus Guna Pembesar Suara

Khamis, 16-02-2012 – Makhkamah Agung Israel telah mengeluarkan arahan melarang Masjid perkampungan Burin, dekat selatan Tebing Barat, Nablus daripada menggunakan pembesar suara, juga menghalang penggunaan lampu dari menara masjid.

Radio Israel di sini melaporkan, perintah tersebut dibuat selepas kumpulan pelampau peneroka haram Israel yang berhaluan kanan menghantar gambar yang menunjukkan masjid tersebut yang telah di ubahsuai. Selain itu juga lampu dan pembesar suara dipasang setelah perintah makhkamah yang dikeluarkan 18 bulan yang lalu yang menghalang pembinaan dan pengubahsuain terhadapa masjid tersebut.

Ketua Masjid perkampungan Burin, Alid Eid memberitahu bahawa mereka tidak pernah menerima apa-apa arahan dan mempersoalkan kewujudan undang-undang tersebut dan menambah, ” ia berkaitan dengan motif perkauman,” lapor Rangkaian Berita Palestin.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Gaza bergelap lebih dari 18 jam tanpa bekalan elektrik.

Khamis, 16-02-2012 – Gaza tidak lama lagi akan hanya dibekalkan bekalan elektrik enam jam setiap hari jika tidak dihantar lebih banyak bahan api , pegawai sumber tenaga dipetik berkata pada Isnin.

Pihak berkuasa Gaza, Ahmad Abu al-Amaren dalam satu kenyataan rasminya berkata penghantaran kecil bahan api pada Isnin menghindarkan “blackout” berskala besar, pihak kuasa tidak lama lagi akan terpaksa memperkenalkan satu jadual berkala, dengan memotong bekalan elektrik 16 hingga 18 jam setiap hari.

Satu penyelesaian bagi krisis tenaga elektrik ini bergantung kepada Mesir untuk membenarkan bahan api perlu lulus ke dalam jalur pantai, katanya.

sumber : Maan News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Mengesahkan Hukuman ke atas Tahanan Mogok Lapar yang Sakit

Khamis, 16-02-2012 – Mahkamah Tentera Israel menolak pada petang hari Isnin lalu rayuan yang telah difailkan oleh Persatuan Banduan Palestin (PPS) terhadap perintah tentera mengurung tahanan yang sakit, Adnan Khader, yang mogok lapar sejak 59 hari bagi membantah pemenjaraan haram.

Mahkamah memutuskan untuk mengesahkan keputusan terhadap Khader sebelum ini, lantas mengarahkan beliau di bawah Tahanan Pentadbiran, tanpa apa-apa caj, untuk 4 bulan tambahan. Ketua Unit Undang-undang di PPS, Peguam Jawad Boulos, menyatakan bahawa pengalaman yang lama dengan mahkamah tentera membuatkan PPS tahu dengan mendalam hasil yang tidak menguntungkan ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Radwan beri amaran rejim Zionis bermain dengan api

Rabu , 15-02-2012 – Dr. Ismail Radwan, salah seorang pemimpin Hamas di Gaza memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa sebarang pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa akan menyalakan api kemarahan di seluruh rantau itu. Beliau berkata dalam satu
kenyataan pada Ahad lalu bahawa sebarang percubaan untuk merosakkan Masjid al- Aqsa akan mengakibatkan tindak-balas hebat.

Beliau juga menngesa seluruh rakyat Palestin dan semua sayap penentang supaya menentang sebarang percubaan untuk menceroboh ke tapak suci terbabit. Beliau turut menyeru masyarakat Arab dan Muslim untuk mengadakan bantahan. Radwan mengalu-alukan pendirian tentera Mesir yang memberi amaran kepada rejim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru untuk mempertahankan masjid Al – Aqsa

Rabu , 15-02-2012 – Hamas memberi amaran kepada pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) yang berterusan di dalam percubaan untuk menggempur masjid Aqsa dan melindungi peneroka Yahudi, menerangkan Aqsa sebagai “garisan merah”.

Pergerakan itu dalam satu kenyataan pada hari Ahad mengisytiharkan bahawa mana-mana pihak yang menyalahgunakan masjid Al-Aqsa adalah seperti mengisytiharkan perang ke atas semua orang-orang Arab dan umat Islam.

Hamas memuji rakyat Palestin pada tahun 1948 dalam penjajahan Palestin dan Yerusalem berdiri menahan serangan Israel. Beliau menggesa rakyat Palestin untuk bersatu melindungi masjid Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Qar’awi : Deklarasi Doha setuju untuk Hamas teruskan rekonsiliasi

Rabu , 15-02-2012 – Anggota Majlis Legislatif Badan Reformasi dan Rekonsiliasi, As-Syiekh Fathi Qar’awi menegaskan bahawa konsensus yang dipersetujui oleh pimpinan Hamas dalam Deklarasi Doha, membuktikan komitment Hamas untuk terus berusaha mengimplementasi rekonsiliasi Palestin dan menamatkan perpecahan. Beliau turut memberitahu bahawa deklarasi ini pada masa yang sama menjadi ujian buat Presiden Fatah, Mahmoud Abbas, dan PA sendiri.

Qar’awi dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, pada hari Ahad (12 Februari), memberitahu bahawa deklarasi tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, undang-undang dan politik, dan beliau menyatakan bahawa dalam bahagian undang-undang deklarasi ini masih belum dapat mengambil alih kuasa kementerian Mahmoud Abbas, kerana beliau masih dianggap sebagai Perdana Menteri, namum pada bahagian politik, “ianya dipersetujui bahawa kita boleh mengubahnya dari dalam dan membebaskan sistem itu kerana ianya masih dalam peringkat perubahan.”

Ditanya sekiranya terdapat percanggahan dalam Hamas sendiri berkenaan deklarasi tersebut, Syeikh Qar’awi berkata, “di dalam Hamas terdapat lebih dari satu pandangan dalam kedua-dua kes, pertama, ianya terjadi kerana masing-masing ingin memastikan yang terbaik untuk Hamas dalam menjalankan rekonsiliasi ini dan keduanya, percanggah dalam pendapat bukanlah sesuatu yang memalukan, bahkan sebaliknya ia adalah semangat yang positif.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen

Categories
Berita Semasa

Tekanan semakin tinggi di masjid Aqsa

Rabu , 15-02-2012 – Beratus-ratus Muslim di Palestin kekal berada di dalam masjid suci Aqsa pada hari Ahad lalu selepas menunaikan solat Subuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan ia diserang.

Keadaan sangat tertekan di dalam dan di sekitar masjid selepas ancaman dari Israel untuk menyerang tapak suci itu.
Berpuluh-puluh anggota polis dan pegawai Israel telah dikerahkan untuk berada di kawasan berhampiran perkarangan Aqsa
terutamanya di pintu masuk Maghareba. Ahli-ahli parti Likud Israel telah mengisytiharkan niat mereka untuk menggempur Aqsa pada hari Ahad untuk menggantikannya dengan pembinaan kuil mereka di masjid Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : husna

Categories
Berita Semasa

Hamas: Tiada tarikh ditetapkan untuk lawatan kedua Mishaal ke Jordan

Rabu , 15-02-2012 – Satu sumber dipercayai di Hamas, menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa tarikh untuk lawatan kedua oleh pemimpin utamanya Khalid Mishaal ke Jordan telah ditetapkan.

Beliau memberitahu PIC bahawa perjanjian telah dicapai dengan Amman dalam usaha mengendalikan sejumlah fail dalam jangkamasa tertentu.Beliau berkata, perjumpaan dengan pemimpin Hamas dan pegawai Jordan akan diteruskan dengan mengambilkira kepentingan kedua belah pihak dan juga demi kemaslahatan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Liga Arab Tidak Peduli Ancaman Terhadap Al Aqsa

Rabu , 15-02-2012 – Dewan Liga Arab dalam pertemuannya Ahad (12/2) tidak memperdulikan isu ancaman Zionis terhadap masjid al Aqsa. Dewan Liga Arab memberi fokus pada apa yang didakwa sebagai proses “perdamaian adil dan menyeluruh” dengan entiti Zionis Israel.

Dalam draf keputusannya, Dewan Liga Arab menegaskan semula bahawa perdamaian yang adil dan menyeluruh adalah pilihan strategik dan perdamaian adalah proses menyeluruh yang tidak boleh dipisah-pisahkan.

Liga Arab menegaskan, “Perdamaian yang adil dan menyeluruh dengan Israel hanya terlaksana dengan penarikan entiti Zionis Israel sepenuhnya dari tanah Palestin dan tanah Arab yang diduduki. Termasuk dari dataran tinggi Golan yang diduduki sehingga garis perbatasan 4 Jun 1967, serta tanah yang masih diduduki di selatan Lebanon. Proses menyeluruh itu juga mencakup pendirian negara Palestin merdeka yang memiliki kedaulatan dengan ibukota al Quds timur dan menolak segala bentuk pemukiman warga Palestin di luar Palestin dan terus melakukan penyelesaian yang adil bagi masalah pelarian Palestin.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya: tidak akan iktiraf pendudukan

Rabu , 15-02-2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menyatakan bahawa Gerakan Hamas tidak pernah mengiktiraf negeri yang diduduki Israel dan perjuangan akan berterusan sehingga seluruh tanah Palestin dibebaskan dan rakyatnya dapat kembali ke rumah masing-masing.

Haneyya menyampaikan ucapannya pada hari Sabtu di ibu negara Iran, Tehran pada ulang tahun ke-33 revolusi Iran. Ucapan beliau disiarkan oleh saluran televisyen tempatan. Haneyya turut memberitahu khalayak besar Iran bahawa operasi pendudukan tersebut mahukan Hamas untuk mengiktirafnya, namun ianya tidak akan dapat menghalang Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah