Categories
Berita Semasa

Percubaan Pendatang Israel untuk membakar Masjid Bersejarah di Jerusalem, membuat grafiti anti-Islam dengan semburan cat.

Jumaat , 16/12/2011 – Pada lewat malam Selasa, sekumpulan pendatang Israel telah membuat percubaan untuk membakar Masjid Akasha Bin Mohsin yang kini telah terbiar. Mereka gagal untuk mendapat kebenaran masuk, dan membakar bahagian luar, dan membuat grafiti termasuklah “Mohammed ialah seekor khinzir” pada dinding hitam dengan menggunakan semburan cat.

Masjid tersebut yang telah dikosongkan pada tahun 2003, terletak di Jerusalem Barat bertentangan dengan Lorong Jaffa, dan simbolik kawasan pengkebumian pejuang Islam, Akasha Bin Mohsin (Pengikut Nabi Muhammad S.A.W pada abad ke 10). Ummat Islam percaya bahawa dia telah dibunuh dalam pertempuran, dan disucikan oleh malaikat-malaikat di antara bumi dan syurga. Bangunan tersebut masih mempunyai sebuah menara, tetapi kini dijadikan sebagai ruang simpanan oleh majlis bandaran.

Polis Israel telah mengepung Masjid tersebut dan juga laluan ke situ, dan pihak berkuasa Israel mengatakan bahawa satu siasatan berkenaan kejadian itu akan dijalankan. Buat masa ini, tidak ada sebarang suspek yang telah ditahan atau disoal siasat, dan tidak ada sebarang bukti yang sah.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Pelancaran Pesta Hamas….Beratus-Ratus Ribu Memperbaharui Ikrar Taat Setia Mereka.

Jumaat , 16/12/2011 – Bermula pada petang Rabu (14-12-2011),Perayaan Gerakan Penentangan Pusat Islam “Hamas”,di halaman batalion hijau barat Bandar Gaza sebagai tanda ulang tahun yang ke 24 sejak penubuhannya,dan penyertaan lebih daripada 350,000 rakyat Palestin berkumpul secara teratur di seluruh sektor.

Gerakan Hamas mengesa penyokong dan rakyat untuk mengambil bahagian dalam memperingati penubuhannya yang ke -24 yang diadakan di Dataran Pusat di batalion di Bandar Gaza,yang bertajuk “S. Liberel..wahai Jerusalem..kami akan datang.”

Walaupun begitu,beribu-ribu rakyat tidak dapat hadir ke pelancaran itu kerana kekurangan pengangkutan bagi membawa mereka ke situ,namun pelancaran tetap bermula mengikut jadual.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Ihsanoglu selar rejim Zionis atas hukuman buang negeri yang dikenakan terhadap MP Attoun

Khamis , 15/12/2011 – Setiausaha Agung Gabungan Organisasi Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu dengan tegas mengkritik tindakan pihak berkuasa rejim Zionis (IOF) yang menjatuhkan hukuman dibuang negeri dari tanah kelahirannya, Jerusalem, ke atas penggubal undang-undang Palestin, Ahmed Attoun, tanpa sebab.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, Ihsanoglu menyifatkan tindakan rejim Zionis itu sebagai satu jenayah mencabul undang-undang antarabangsa dan konvensyen Geneva ke-4. Tindakan itu juga membuktikan rejim Zionis terus-terusan melanggar kehendak masyarakat antarabangsa secara umumnya serta hak-hak kemanusiaan penduduk Palestin secara khususnya.

Beliau juga mengutuk tindakan pihak berkuasa rejim Zionis yang meluluskan cadangan rejimnya untuk membina sebuah taman di timur Jerusalem yang akan menyebabkan kemusnahan kawasan kediaman penduduk Palestin di Issawiya, Attour dan Assawwanah yang terletak berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Dua Mujahid Al-Qassam Gugur Syahid Dalam Serangan Israel Di Gaza

Khamis , 15/12/2011 – Dua orang mujahid Al-Qassam, Isham dan Shubhi Al-Batash gugur syahid, sementara sejumlah warga lainnya tercedera dalam serangan udara Israel beberapa seketika tadi di pusat kota Gaza.

Pihak perubatan menyebutkan bahawa dua orang syahid tiba di hospital As-Syifa di Gaza, kedua-duanya berada dalam kereta yang menjadi sasaran serangan Israel di pintu masuk taman kota di jalan Umar Mukhtar pusat kota Gaza.

Brigade Al-Qassam, sayap militan Hamas menyatakan rasa dukacita atas gugurnya Syahid Isham dan Shubhi Al-Batash. Sementara itu pihak wartawan infopalestina menjelaskan bahawa pesawat-pesawat tempur Israel masih berlegar di ruang udara Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Meriam Zionis Israel terus gempur daerah Zaitun, Gaza

Khamis , 15/12/2011 – Kereta kebal dan pelbagai meriam terus digunakan menggempur kawasan Zaitun. Serangan-demi serangan dilancarkan ke atas penempatan Zaitun namun tiada yang terbunuh. Sementara itu, Briged al Aqsa mengaku dan bertanggungjawab menyerang balas dan berjaya menggempur penempatan Zionis yang berhampiran Gaza menggunakan roket buatan sendiri.

Serangan balas di Kibots Shiar, Negev adalah bagi membalas seranga jahat Zionis yang mengakibatkan 2 pejuang Briged al Aqsa terbunuh syahid.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) mengepung dan menembak gas ke arah masjid

Khamis , 15/12/2011 – Tentera rejim Israel mengepung 5 rakyat Palestin di Al-Khalil dan 2 lagi di Jenin pada Khamis dan melepaskan tembakan gas ke arah masjid di bandar Doura dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Akhbar Quds menyebut kata-kata saksi yang memberitahu bahawa pihak tentera melepaskan tembakan gas ke arah sekumpulan lelaki berdekatan masjid pada petang Rabu yang mengakibatkan kebakaran pada permaidani masjid.

Para tentera menahan 5 rakyat Palestin di Al-Khalil pada waktu Subuh, 2 di bandar dan 3 lagi di kampung Sa’eer, sumber tempatan memberitahu dan menambah bahawa tentera memanggil 5 lelaki di Sa’eer untuk disoalsiasat di ibu pejabat di penempatan Etzion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Mengesahkan Komitmennya Kepada Semua Bentuk Penentangan Sehingga Pembebasan dan Pengembalian.

Khamis , 15/12/2011 – Gerakan Hamas menegaskan kepatuhan mereka kepada semua bentuk penentangan dan pengembalian,bersaksikan kepada penindasan Zionis yang memberi kesan kepada kita dalam hartanah dan tempat-tempat suci yang tidak akan meggugat kita.

Kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan bersesuaian dengan ulang tahun pertama intifada yang ke 24 pada hari ini daripada tahun 87,rakyat jelata Palestin bangkit dalam menghadapi perang Zionis dan menyertai pemperontakan di semenanjung Gaza dan Tebing Barat dan Jerusalem dalam kepahlawanan yang epik yang memberi gambaran yang terbaik kepada perpaduan negara dan yang paling mulia dalam bentuk tanah dan tempat-tempat yang suci dan membentuk jenis ketahanan yang unik demi kemerdekaan.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin masih bersabar pada tanah mereka sehingga penubuhan Negara Palestin dengan modal di Jerusalem.walaupun menghadapi kekejaman penjajah dan peperangan terhadap harta benda.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Rabbi Zionis Hadapi Tuduhan Seks di Israel

Khamis , 15/12/2011 – Akhbar harian Israel, Haaretz, melaporkan seorang Rabbi Zionis terkemuka telah dihantar ke Mahkamah Majistret di Baitulmaqdis pada hari Rabu, dan menghadapi tuduhan serangan seksual ke atas 2 orang pelajar yang mendapatkan sokongan rohani daripadanya.

Pihak pembelaan menyatakan Rabbi tersebut, Mordechai Elon, telah bersetuju untuk mengaku salah ke atas beberapa tuduhan, tetapi cuma ke atas tuduhan yang tidak akan menjadi satu pengakuan melakukan jenayah, tambah Haaretz lagi.

Peguambela, Jacob Rubin, menyatakan Rabbi tersebut tidak melakukan serangan seksual ke atas pelajar tersebut, atau apa jua tindakan tidak senonoh.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Peneroka Melepaskan Tembakan Pada Pengembala Palestin di Nablus.

Khamis , 15/12/2011 – Sekumpulan peneroka yang juga pelampau Israel telah melepaskan tembakan, pada hari khamis,kepada sekumpulan pengembala Palestin yang sedang menjaga kambing-kambing mereka dekat Bukit Timur Bandar West Bank Utara Nablus.

Para pengembala tersebut memberitahu Agensi Info dan Berita Palestin, WAFA bahawa empat peneroka yang bersenjata telah menghampiri mereka, berdekatan dengan perkampungan Yonoun, dan terus melepaskan tembakan kepada mereka.

Pengembala-pengembala tersebut sempat melarikan diri daripada terkena tembakan dan dilaporkan tiada pengembala yang tercedera didalam kejadian serangan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Perbandaran Jurusalem Arah Penutupan Pintu Jambatan Al Magharba

Khamis , 15/12/2011 – Ketua Majlis Bandaran di Jurusalem, Nir Barkat, telah mengarahkan penutupan Pintu Jambatan Al Magharba, di Timur Jurusalem yang telah diduduki, atas alasan bahawa jambatan tersebut tidak selamat dan membahayakan nyawa mereka yang menggunakannya.

Sebulan yang lepas, Jurutera di Perbandaran Jurusalem telah mengarahkan agar jambatan tersebut dirobohkan, namun Jordan dan Mesir telah campur tangan dan meyakinkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk tidak mengesahkan keputusan tersebut kerana ianya mampu mencetuskan gelombang baru atau kerosakan di Palestin dan juga dunia Arab.

Pada hari Khamis, Barkat telah mengarahkan Netanyahu untuk menguatkuasakan pemusnahan pintu jambatan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Uthwan: Saya Akan Kembali Ke Al-Quds

Khamis , 15/12/2011 – Anggota Parlimen Al-Quds, Ahmad Uthwan menganggap keputusan Israel menghantarnya keluar dari kota Al-Quds ke Tebing Barat merupakan kezaliman dan sebahagian dari strategi yang diterapkan Israel terhadap warga Palestin di kota Al-Quds.

Dalam wawancaranya dengan Pusat Informasi Palestina, Uthwan menegaskan bahawa beliau adalah warga asal di negeri tersebut, sepatutnya Israel sebagai pendatang yang harus dikeluarkan. “Saya dilahirkan di kota Al-Quds, saya hidup dan membesar di dalamnya, saya juga berharap dapat mati syahid di sana dengan izin Allah dan saya pasti akan kembali ke Al-Quds insya Allah”

Menurutnya, pihak otoriti Israel melalui badan pengadilannya menggunakan strategi ini dengan licik, iaitu penghantaran keluar terancang untuk mengosongkan kota Al-Quds dari warga Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Hamas, PFLP kutuk pembuangan ahli parlimen Jerusalem

Khamis , 15/12/2011 – Pergerakan Hamas mengutuk keras tindakan pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) yang menjatuhkan hukuman dibuang negeri terhadap ahli parlimen Jerusalem, MP Ahmed Attoun dan menyifatkannya sebagai satu jenayah baru terhadap penduduk asal kota suci terbabit.

Satu sumber yang boleh dipercayai daripada Hamas mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu bahawa IOA sebenarnya berniat menghalau keluar semua penduduk asal Jerusalem dari rumah dan kampung halaman mereka.

Katanya lagi, “Tindakan drastik yang bertujuan untuk melemahkan semangat penduduk asal dan penggubal undang-undang Jerusalem itu, tidak akan berjaya. Sebaliknya, ia hanya akan meneguhkan lagi keazaman dan hasrat mereka sehingga hak-hak mereka dikembalikan semula.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Bekas Presiden Israel Mula Jalani Hukuman Penjara 7 Tahun.

Khamis , 15/12/2011 – Bekas Perdana Menteri Israel, Moshe Katsav, mula menjalani hukuman penjara selama 7 tahun, bagi dua tuduhan merogol dan beberapa tuduhan lain berkaitan dengan gangguan seksual.

Pada hari Khamis, 10 November, Makhkamah Agung Israel telah mensabitkan kesalahan terhadap Bekas Perdana Menteri Israel itu selepas menolak rayuan yang difailkan oleh peguamnya. Katsav menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan memberitahu wartawan yang berkumpul diluar kediamannya bahawa ” dia telah dianiaya” dan “tiada bukti dapat mensabitkan kesalahannya”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Fatah Bertemu di Gaza untuk Berbincang Isu-isu yang Belum Jelas

Khamis , 15/12/2011 – Pemimpin-pemimpin Hamas dan Fatah akan mengadakan satu mesyuarat pada waktu petang hari Ahad di Gaza bagi membincangkan isu-isu berbangkit yang memisahkan dua gerakan tersebut, Agensi Berita Ma’an melaporkan tengahari Ahad.

Jurucakap Gerakan Hamas, Fawzi Barhoum, memberitahu Ma’an bahawa pemimpin kedua-dua kumpulan akan mengadakan mesyuarat pada petang hari Ahad ini bagi membincangkanbeberapa isu yang belum jelas, termasuk penangkapan ahli polotik dan isu pasport. Mesyuarat tersebut akan melaksanakan perkara yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin dalam satu mesyuarat yang telah diadakan di Kaherah pada hari Khamis 24 November, dan persediaan untuk mesyuarat kebangsaan yang akan diadakan pada 20 Disember di Kaherah.

Mesyuarat ini adalah yang pertama sejak Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal, mengadakan mesyuarat di Kaherah dan usaha untuk membincangkan secara mendalam tentang perjanjian untuk menyatukan kumpulan-kumpulan saingan dan membuka jalan untuk pilihan raya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Bahar : Pelan Penjajah Zionis untuk Mencerobohi Khemah Perlindungan Rakyat Baitulmaqdis Dalam “Kedudukan Bahaya”.

Jumaat , 09/12/2011 – Ahmad Bahar,Naib Presiden Kanan Majlis Perundangan Palestin menegaskan bahawa Kerajaan Penempatan “bermain dengan api melalui pelbagai pelan untuk mencerobohi khemah perlindungan rakyat Baitulmaqdis di ibu pejabat Palang Merah”,sambil menambah bahawa ia adalah satu peningkatan yang serius,dan mencerminkan kemusnahan melalui rancangan ini.

Bahar berkata dalam sidang akhbar Rabu lalu,memberi amaran kepada perisikan Zionis,Timbalan Muhammad Tohah dan Menteri khaled Abu Arafa,yang terus berlindung di ibu pejabat Palang Merah di Baitulmaqdis dengan meninggalkan khemah perlindungan itu dalam tempoh 48 jam.

Bahar menyeru kepada Bangsa-bangsa Bersatu ,Liga Arab,Pertubuhan-Pertubuhan Kerjasama Islam Parlimen Arab dan Antarabangsa dan Organisasi Hak Asasi Manusia supaya segera campur tangan untuk meghentikan jenayah Zionis yang berterusan terutamanya mengenai rancangan Zionis yang akan mengusir rakyat Baitulmaqdis daripada bandar itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa