Categories
Berita Semasa

Qatar akan menyumbang $12 juta kepada warga Gaza

Selasa, 25-02-2020 – Ketua Hamas di Gaza, Yahya as-Sinwar bertemu dengan duta Mohamed al-Emadi, pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Qatar untuk pembinaan semula Gaza, dan membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Dua parti itu berbincang untuk memperbaiki keadaan kehidupan rakyat Gaza dan saluran paip gas untuk stesen janakuasa, demikian menurut kenyataan Gerakan Hamas.

Mereka turut setuju untuk menyumbang 12 juta dollar kepada 120,000 keluarga yang memerlukan , dan menyumbang dua juta dollar kepada 500 pemuda untuk bernikah, lagi dua juta untuk pengubahsuaian beberapa kediaman milik keluarga miskin dan satu juta untuk para lepasan universiti bagi membantu membayar kos pengajian mereka dan memperolehi ijazah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Brigade Al-Quds berkabung kematian pejuangnya di sempadan Gaza.

Selasa, 25-02-2020 – Brigade Al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islami berkabung kematian salah seorang anggotanya, Mohammed al-Na’em, 27 tahun yang terbunuh selepas ditembak tentera rejim Israel berdekatan sempadan Gaza.

Al-Na’em terbunuh setelah terkena tembakan senjata api dan meriam tentera rejim di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Jentolak tentera rejim dirakam mengilis tubuh al-Na’em berulang kali dan kemudian menyodok, mengangkat dan menghayun ke depan dan belakang di udara mayat mangsa dengan penyodok jentolak, rakaman perbuatan itu tersebar luas dan mengundang rasa marah seluruh penduduk Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

1 maut, 4 cedera dalam serangan terbaru di Gaza

Selasa, 25-02-2020 – Seorang pemuda Palestin terbunuh dengan darah yang dingin manakala 4 yang lain cedera parah selepas terkena terhadap tembakan artileri dan senjata api intensif oleh regim Zionis Israel di kawasan sempadan di tenggara Jalur Gaza pada pagi Ahad.

Menurut sumber tempatan, tiga lagi pemuda turut mengalami kecederaan ketika mereka cuba mendapatkan mangsa dan memindahkannya.

Serangan Israel terhadap pemuda itu berlaku di timur bandar Abasan al-Saghira, timur Khan Yunis di selatan Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tahanan dihantar semula ke hospital selepas kesihatan makin merosot

Selasa, 25-02-2020 – Seorang tahanan yang sedang menderita penyakit kanser Muwafaq Arouk, 77, telah dimasukkan semula ke hospital Israel selepas keadaan kesihatannya semakin merosot, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin pada hari Ahad lalu.

Suruhanjaya itu berkata bahawa Arouk mengalami pelbagai komplikasi kesihatan, termasuk sakit teruk, demam, penurunan berat badan dan ketidakupayaan untuk makan atau minum.

Menurut suruhanjaya berkenaan, Arouk kini diberi ubat penahan sakit, dan hanya mengambil cecair dan analgesik.

Arouk disahkan menghidap penyakit kanser hati dan usus pada Julai 2019, tetapi Perkhidmatan Penjara Israel telah melewat-lewatkan pemindahan beliau ke hospital untuk rawatan kemoterapi sehingga November 2019, hanya selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Terdahulu pada bulan Februari, Arouk telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan di usus tetapi telah dikembalikan ke penjara Ramla hanya dua minggu selepas pembedahan, tanpa menghiraukan keadaan kesihatannya yang serius.

Arouk, 77 tahun, berasal dari wilayah terjajah 1948. Beliau telah berada di penjara Israel sejak tahun 2003 untuk menjalani hukuman penjara selama 30 tahun. Beliau adalah salah seorang daripada 10 orang tahanan di penjara Israel yang menghidap pelbagai jenis kanser.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel mulakan kembali serangan udara ke Gaza

Selasa, 25-02-2020 – Sejumlah warga Palestin cedera, akibat rangkaian serangan yang dilancarkan pesawat tempur Israel ke Semenanjung Gaza, Ahad (23/2).

Kementerian kesihatan di Gaza memaklumkan 4 mangsa cedera dan dibawa ke Hospital Al-Syifa, akibat serangan udara Israel ke kota Gaza.

Antara rangkaian serangan pesawat tempur Israel adalah di Hithin milik Saraya Al-Quds di Khanyunis Barat, kawasan Thuffah di Gaza.Dua orang tercedera akibat serangan Israel ke Rafah. Serangan meningkat sehingga 18 kali ke kawasan Muhajir.

Israel melancarkan serangan menggunakan pesawat pengintai ke kawasan Shujaiyah di Gaza timur. Pesawat tempur Israel turut melancarkan serangan ke kawasan latihan Jihad Islami di Khanyunis Barat dan kawasan Muhajir di Rafah, menggunakan 3 buah roket. Pesawat helikopter Israel turut melepaskan 2 buah roket ke kawasan Ain Jalut, Barat daya Khanyunis.

Sebelum itu, Saraya al-Quds sayap militan gerakan Jihad Islami melancarkan tembakan roket ke sejumlah penempatan Israel di sekitar Gaza sebagai respon atas penahanan jenazah syahid Muhammad Naim, selepas terbunuh di Khanyunis timur.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pegawai kanan Hamas temui Bogdanov di Doha.

Isnin, 24-02-2020 – Pegawai kanan Hamas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov di ibu kota Qatar, Doha.

Pegawai Hamas itu termasuklah pegawai Hubungan Antarabangsa, Musa Abu Marzuk dan bekas Ketua Politik Khaled Mishaal, demikian kenyataan media yang dikeluarkan pihak Hamas.

Bogdanov dalam penerangan ringkasnya ketika pertemuan itu mengulas mengenai perkembangan politik semasa berhubung permasalahan rakyat Palestin dan menyentuh ancaman bahaya disebalik ‘Perjanjian Abad Ini’ tajaan AS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Bilik darjah di perkampungan Tebing Barat dirampas.

Isnin, 24-02-2020 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Rabu merampas satu bilik darjah di sekolah Susiya di timur bandar Yatta di al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel menyerbu Khirbet Susiya di timur Yatta, dan merampas sebuah bilik darjah.

IOF turut menyerang sekumpulan penduduk tempatan dan memukul seorang daripada mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik pegawai Hamas di Tulkarem.

Isnin, 24-02-2020 – Rejim Zionis pada waktu subuh Jumaat lalu telah menculik pegawai kanan Hamas, Ra’fat Nasif, 55, dari kediamannya di kota Tulkarem kira-kira empat bulan selepas pembebasannya dari penjara Israel.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menyerbu rumah Nasif di kejiranan di selatan Tulkarem dan menahannya tanpa alasan.

Nasif telah ditangkap dan dipenjara beberapa kali sebelum ini oleh rejim Zionis. Secara keseluruhan, beliau telah menghabiskan masa selama 19 tahun dalam tahanan, kadang-kala secara pentadbiran tanpa perbicaraan mahupun dakwaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Perumahan haram terus dibina di Baitul Maqdis

Jumaat, 21-02-2020 – Kementerian perumahan rejim telah mula menggerakkan rancangan membina kejiranan Yahudi secara besar-besaran di kawasan timur Baitulmuqaddis yang termasuk dalam peruntukan ‘rancangan damai’ pentadbiran AS untuk pusat pelancongan Palestin, demikian menurut pelbagai laporan berita.

Pada 9 Februari, kementerian menyerahkan rancangan pembinaan yang melibatkan 9000 unit di kawasan bekas lapangan terbang Qalandiya airport (dikenali Israel sebagai lapangan terbang Atarot) dekat kejiranan Baitulmuqaddis Kafr Aqab, yang sudah tidak beroperasi sejak tercetusnya Intifada Palestin pada tahun 2000. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang cedera dalam serangan tentera Israel ke atas pos peninjau di Gaza.

Jumaat, 21-02-2020 – Tentera rejim Israel melancarkan serangan senjata api ke atas sebuah pos peninjau pejuang Palestin berhampiran kawasan timur bandar Khuza’ah, selatan Semenanjung Gaza yang kepung itu.

Pemberita Palestinian Information Center (PIC) melaporkan,  seorang penduduk tempatan cedera dalam serangan itu dan mangsa segera dibawa ke Hospital European Gaza.

Memetik kenyataan pihak hospital pula berkata bahawa mangsa cedera terkena peluru di bahagian bahu dan kaki.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel Bina Stesyen Kereta Bawah Tanah Dekat Tembok Barat Al-Aqsa

Jumaat, 21-02-2020 – Jurucakap Kementerian Perhubungan Israel menegaskan bahawa “Jawatankuasa Infrastruktur Nasional” Israel telah bersetuju membangunkan stesyen kereta berdekatan Tembok Al-Buraq (tembok barat Masjid al-Aqsha) di Kota Tua al-Quds yang diduduki penjajah Israel.

Menteri Pengangkutan Zionis, Biszil Smotrich, menyebut keputusan “Jawatankuasa Infrastruktur Nasional” Israel tersebut sebagai keputusan yang “bersejarah”.

Di sisi lain, Pengarah Pusat al-Quds untuk Hak Sosial dan Ekonomi, Ziyad Al-Hamouri mengatakan bahawa projek ini dan semua projek-projek lain penjajah Israel di sekitar Kota Tua bertujuan hanya untuk melayani penduduk Yahudi di kota tersebut dengan mengorbankan penduduk Palestin. Beliau menambah, “Israel ingin menarik pelancong dan perusahaan ke bandar terowong yang sedang dibina di bawah Kota Tua.

Media-media Israel menjelaskan bahawa pelancaran kereta ekspres ini dimulakan dari Stesyen Yitzhak Navon di pintu masuk kota al-Quds ke Tembok Al-Buraq, semua laluannya akan melalui bawah tanah.

Laluan ini terbentang dari bawah jalan Jaffa Street di al-Quds, pada kedalaman sekitar 80 meter dari Stesyen Navon Yitzhak hingga kedalaman 50 meter ketika mencapai stesyen Tembok Al-Buraq, yang akan diberi nama Stesyen Donald Trump.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

9 warga Palestin dihalang memasuki laluan Allenby

Khamis, 20-02-2020 – Pihak rejim zionis (IOA) pada Isnin menghalang lima warga Palestin daripada melalui laluan Allenby (King Hussein) yang bersempadan dengan Jordan.

Polis PA berkata yang mereka dihalang oleh IOA atas sebab keselamatan yang tidak dijelaskan.

Walau bagaimanapun, 5,164 warga Palestin dan warga asing boleh melalui laluan tersebut daripada dua arah pada hari yang sama, demikian meurut polis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pertembungan Tebing Barat, berpuluh2 sesak nafas angkara gas pemedih mata rejim Zionis.

Khamis, 20-02-2020 – Hari Selasa lalu puluhan rakyat Palestin sesak nafas disebabkan oleh gas pemedih mata yang dilancarkan oleh rejim Zionis ketika konfrontasi di Tulkarem dan Ramallah di Tebing Barat.

Di Tulkarem, sekumpulan rakyat Palestin berarak untuk menyuarakan bantahan terhadap “Perjanjian Abad Ini” yang dipelopori Amerika Syarikat, sambil mengibarkan bendera Palestin dan membakar tayar kereta, sumber tempatan melaporkan.

Rejim Zionis telah menyerang penunjuk perasaan dengan peluru logam bersalut getah dan gas pemedih mata. Berpuluh-puluh orang mengalami kesukaran bernafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Sementara itu di Ramallah, puluhan penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di kampung al-Mughayyir untuk mempertahankan tanah mereka daripada serangan haram oleh rejim Zionis.

Rejim Zionis telah bertindak balas dengan ganas ke atas penunjuk perasaan dengan menembak peluru logam bersalut getah, bom pegun dan gas pemedih mata ke arah penduduk kampung.

Sejumlah mereka sesak nafas disebabkan gas pemedih mata tersebut dan telah menerima rawatan di lokasi kejadian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Yehudah Glick ketuai pendatang Yahudi masuki Masjidil Aqsa.

Khamis, 20-02-2020 – Rabi pelampau Yehudah Glick bersama beratus pendatang haram Yahudi memasuki Masjidil al-Aqsa dengan diberi kawalan ketat anggota polis rejim Israel.

Kata saksi, Glick dan pengikutnya masuk ke dalam Masjid Aqsa melalui Gate al-Maghareb dan berkeliaran melakukan provokasi di ruang dalam masjid sebelum meninggalkannya melalui Gate al-Silsila.

Pada masa sama, polis rejim bertindak mengetatkan sekatan ke atas jemaah Islam Palestin yang ingin masuk bagi menunaikan ibadah dan mengarahkan ramai dari mereka supaya menunggu di luar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Tahanan Tua Palestin Mengidap Penyakit Kronik di Penjara Berzalia

Khamis, 20-02-2020 – Forum Tahanan Palestin, Selasa (18/2) melaporkan, tahanan Muwaffaq ‘Arouq (77 tahun) beasal dari Yafa Nazareth yang masih berada di hospital penjara Israel di Barzalai mengidap pelbagai penyakit kronik, setelah menjalani gastrektomi dan rawatan kanser usus pada awal Februari lalu.

Forum Tahanan Palestin menjelaskan kronologi yang dilalui tahanan ‘Arouq sejak penangkapanya pada tahun 2003.

Beliau didakwa terlibat bersama dua pemuda pelaku aksi pengeboman. Oleh kerana itu beliau dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun. Sewaktu penahananya beliau dipindahkan ke Penjara Beersheba “Eshel”, kemudian ke penjara Hadarim, seterusnya ke Penjara Gilboa tempat ia ditahan selama lapan tahun dan terakhir ia ditahan di Penjara Ashkelon.

Pada bulan Jun 2019 keadaan kesihatannya mula teruk dan disahkan beliau mengidap kanser setelah dilakukan pemeriksaan perubatan. Namun pihak penjara sengaja menangguhkan untuk memberikan ubat hingga November 2019. Sehingga kini, pihak keluarga masih belum dapat mengunjunginya sejak awal tahun ini.

Beliau juga merupakan salah seorang tahanan dari 10 tahanan yang menderita kanser serta termasuk ke dalam 700 tahanan yang mengidap pernyakit kronik di dalam penjara Zionis.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman