Gaza, Rabu, 12/1/2005 – Tidak sampai pun seminggu Mahmoud Abbas dinobatkan sebagai presiden PA, Israel telah menunjukkan belangnya dengan melancarkan serangan ke atas bandar Gaza dan terutamanya di bahagian selatan bandar tersebut. Serangan ini dilancarkan selepas Sharon menghubungi Abbas semalam untuk meneruskan perjanjian damai bersama Rejim Zionis Israel dengan pihak PA.
Author: admin
Gaza, Rabu, 12/1/2005 – Selepas menghentikan serangan-serangan ke arah kepentingan Zionis kerana memberikan laluan kepada pilihanraya pemilihan presiden PA, para pejuang Palestin dari pelbagai fraksi memulakan semula serangan-serangan roket mereka ke arah kepentingan-kepentingan Zionis di Gaza dan sekitar Gaza.
Baitul Maqdis, Rabu, 12/1/2005 – Di kala kesibukan dunia dengan peristiwa Tsunami, pihak rejim Zionis telah sekali lagi melakukan onar terhadap kesucian kota Baitul Maqdis. Segala nama-nama jalan, bangunan, tempat dan juga kesan-kesan lama dari Bahasa Arab kepada Bahasa Ibrani dan juga nama-nama Yahudi.
Gaza, Rabu, 12/1/2005 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, salah seorang pemimpin pergerakan HAMAS di Jalur Gaza, menegaskan bahawa presiden Mahmoud Abbas tiada kuasa utk menghentikan penentangan terhadap rejim Zionis.

Gaza, Selasa, 11/1/2005 – Ismail Abu Haneya, juru cakap HAMAS dilaporkan telah berkata bahawa kemenangan Mahmoud Abbas di dalam pilihanraya pemilihan presiden semalam telah dijangka. Ini, kerana menurut beliau, Abbas tidak menemukan pencabar sebenarnya yang benar-benar mempunyai kredebiliti di mata rakyat Palestin.

Selasa, 11/1/2005 – Laporan separuh rasmi daripada jawatankuasa pilihanraya hari ini mengumumkan 66% pengundi yg layak tidak keluar membuang undi pada pilihanraya Presiden , Ahad lalu (9/1/2005).
Oleh Maszlee Malek ( kolumnis Palestinkini )
Kemenangan Mahmoud Abbas di dalam pilihanraya pemilihan presiden PA adalah sesuatu yang telah dijangka. Ianya adalah seperti menjangkakan kemenangan besar skuad kelab bolasepak Manchaster United ketika menentang skuad bolasepak negeri Selangor.

Gaza, Isnin, 10/1/2005 ? Sejak 14 November yang lalu, di mana tarikh pilihanraya Palestin diumumkan, tentera Zionis-Israel telah membunuh seramai 100 rakyat Palestin.
Isnin, 10/1/2005 –Brigade Izzudin Al Qassam, menyatakan bahawa 29 tentara Zionis-Israel mengalami kecederaan serius berikutan operasi serangan roket yang dilancarkan. Dalam operasi itu empat syuhada gugur syahid.
Jumaat, 7/1/2005 – Gerakan Fatah mengemukakan bantahan terhadap kekalahan di kawasan Shoyokh berhampiran Hebron. Pergerakan tersebut menghantar saman kepada menteri jawatankuasa pilihanraya , Jamal Shubaki menyatakan terdapat kesalahan dalam keputusan tersebut pada minggu lepas.
Jumaat, 7/1/2005 – Pegawai kerajaan Palestin mengkritik keputusan mahkamah Israel menghalang tahanan Palestin daripada mengundi dalam pilihanraya presiden Ahad ini (9/1/2005).
Khamis, 6/1/2005 – Brigade Izz al-Din al-Qassam mengaku bertanggungjawab melepaskan 2 roket kearah pengkalan tentera rejim Zionis semalam (5/1/2005). Wakil al-Jazeera , Wail al-Dahduh melaporkan dari Gaza serangan itu berlaku di pengkalan tentera Nahal Oz, timur Jalur Gaza.
Rabu, 5/1/2005 – PM Turki, Abdullah Gul (gambar) telah melawat masjid al-Aqsa di Jerusalem hari ini dalam rangka lawatan selamat 3 hari bermula Selasa (4/1/2005) berhubung peranan Turki dalam proses damai Israel-Palestin dan Israel-Syria.
Rabu, 5/1/2005 – Serangan terbaru rejim Zionis (RZ) semalam telah mengorbankan 8 orang rakyat Palestin di utara Jalur Gaza iaitu Beit Lahya. Kereta kebal RZ menembak ke arah sekumpulan petani di ladang strawberi di Fad’ous.
Rabu, 5/1/2005 –Royal Bank Of Scotland, sebuah institusi perbankan yang ternama di United Kingdom telah mengambil keputusan untuk menamatkan kemudahan perbankan persatuan Friends O Al-Aqsa (FOA) termasuk menamatkan semua kemudahan bagi Pengerusinya Ismail Patel.