Categories
Berita Semasa

80,000 jemaah menunaikan solat Isya dan Taraweh di Masjid Al-Aqsa

Rabu, 05/03/2025 – 80,000 jemaah menunaikan solat Isya dan Taraweh pada hari ketiga Ramadan, di Masjid Al-Aqsa yang diberkati, manakala tentera penjajah pendudukan menyerbu halaman masjid dan menahan 3 jemaah dari dalamnya, yang identitinya masih belum diketahui.

Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menganggarkan bahawa “lebih daripada 80,000 jemaah menunaikan solat Isyak dan solat Taraweh di Masjid Al-Aqsa”, kebanyakannya dari Kota Suci dan dari dalam wilayah tahun 1948, memandangkan langkah-langkah ketenteraan ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa penjajah pendudukan ke atas laluan masuk ke Masjid Al-Aqsa, Halangan dibuat gabenor supaya ribuan rakyat Palestin Tebing Barat tidak sampai ke Baitulmaqdis untuk menunaikan solat di sana.

Polis penjajah pendudukan telah mengerahkan pasukan tambahan di bandar Baitulmaqdis yang diduduki dan sekitar Masjid Al-Aqsa bertepatan dengan bulan Ramadan, untuk menghalang dan menyekat akses jemaah ke Al-Aqsa.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Pengeboman Dan Operasi Tembakan Israel Terus Berlaku

Selasa, 04/03/2025 – Sebagai rekod, 4 rakyat didapati mati syahid manakala 6 lagi cedera di Semenanjung Gaza pada Ahad, dalam pelanggaran terbaharu perjanjian gencatan senjata di Gaza. Ia mengambil masa hanya kurang dari 24 jam selepas tamatnya fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza.

 Sumber tempatan berkata, seorang pemuda, Mahmoud Medhat Abu Harb, dibunuh oleh penembak tepat Israel di tengah bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza dimana Abu Harb adalah syahid keempat sejak pagi. 4 lagi didapati cedera akibat serangan udara Israel yang menyasarkan perhimpunan rakyat di Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza. 

 Persatuan Bulan Sabit Merah melaporkan bahawa pasukannya telah menguruskan seorang syahid wanita dan dua yang cedera di bandar Al-Faraheen, timur Khan Yunis, serta menyelamatkan dua yang lain dari Rafah tengah. 

Dalam laporan yang lain,   penjajah Israel juga telah mengebom sebuah apartmen di kawasan kejiranan Tal Al-Sultan, barat Rafah. Pertahanan Awam berkata bahawa pasukannya berjaya menyelamatkan dua mangsa dalam siri pengeboman itu.

Peningkatan baharu serangan penjajah Israel berlaku sehari selepas tamatnya fasa pertama perjanjian gencatan senjata. Manakala rundingan untuk fasa kedua yang sepatutnya bermula pada hari ke-16 ketika fasa pertama perjanjian berjalan hanya pada 3 Februari lepas. Netanyahu yang sengaja menggagalkan rundingan tersebut atas niat ingin melanjutkan fasa pertama perjanjian pertukaran untuk membebaskan jumlah terbesar tahanan Israel di Gaza, tanpa menawarkan sebarang pampasan untuk pembebasan itu dimana dia didapati tidak mahu menyempurnakan syarat-syarat yang telah ditetapkan ke atasnya dalam perjanjian pertama tersebut.

Namun cadangan untuk melanjutkan fasa pertama itu telah ditolak oleh Hamas, sekaligus menuntut supaya Israel mematuhi segala apa yang telah ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata fasa kedua, termasuk menyegerakan perundingan dengan Semenanjung Gaza dan memberhentikan sepenuhnya perang ini.

Sejak permulaan gencatan senjata pada 19 Januari, penjajah telah melakukan berpuluh-puluh pelanggaran, mengakibatkan lebih 100 syahid dan ratusan cedera, selain kegagalan untuk melaksanakan protokol kemanusiaan. Dan sejak 7 Oktober 2023, penjajah Israel telah melancarkan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, mengakibatkan kematian syahid 48,388 rakyat, yang majoritinya kanak-kanak dan wanita, kecederaan 111,803 yang lain, serta jumlah korban yang tidak dapat direkodkan, kerana dipercayai masih berada di bawah runtuhan.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

75,000 Jemaah Mengerjakan Solat Malam Di Masjid Al-Aqsa

Selasa, 04/03/2025 – Ribuan umat Islam menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki pada malam kedua bulan suci Ramadan.

Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menganggarkan seramai 75,000 rakyat Palestin berjaya memasuki Masjid Al-Aqsa meskipun berdepan sekatan ketat yang dikenakan oleh pihak Israel terhadap kemasukan mereka ke Kota Lama Baitulmaqdis dan kawasan masjid tersebut.

Namun begitu, pasukan keselamatan Israel dilaporkan menghalang laluan jemaah di Bab al-Amoud dan Bab al-Asbat, memeriksa kad pengenalan mereka, serta menahan sebilangan daripada mereka.

Pergerakan Hamas turut mengecam cadangan terbaru polis penjajah Israel yang mahu mengehadkan akses jemaah Muslim ke Masjid Al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan. Mereka menyifatkan tindakan tersebut sebagai “satu langkah berbahaya” yang “menjejaskan kebebasan beribadat.”

Hamas menegaskan bahawa segala usaha agresif Israel untuk mengubah identiti dan sejarah Masjid Al-Aqsa tidak akan sesekali berjaya.

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Persetujuan Antara Hamas Dan Mesir Dalam Penyelesaian Krisis Penangguhan Pembebasan Kumpulan Terakhir Banduan

Isnin, 03/03/2025 – Kumpulan Pejuang Islam “Hamas” mengumumkan perjanjian dengan pengantara Mesir untuk menyelesaikan masalah penangguhan pembebasan tahanan Palestin yang sepatutnya dibebaskan dalam kumpulan terakhir,  baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dicapai oleh Pusat Informasi Palestin tersebut, kumpulan itu menjelaskan bahawa menurut persetujuan yang telah dicapai, mereka sepatutnya dibebaskan serentak dengan serahan mayat tahanan Israel semasa peringkat pertama, iaitu seiring dengan pembebasan wanita dan kanak-kanak Palestin yang lain.

Delegasi kepimpinan Hamas yang diketuai oleh Khalil Al-Hayya telah mengakhiri lawatannya ke Kaherah, di mana dalam lawatan tersebut, ia bertemu dengan pegawai Mesir, membincangkan perjalanan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata, pertukaran tahanan, dan menjangkakan rundingan untuk fasa kedua.

Delegasi kepimpinan kumpulan itu menegaskan pendiriannya yang jelas mengenai keperluan pematuhan yang lengkap dan tepat kepada segala syarat yang telah dipersetujui. Bagi pihaknya, sumber akhbar telah melaporkan bahawa telah dipersetujui supaya pembebasan tahanan Palestin yang tertangguh itu sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu, di mana pertukaran mayat dilakukan secara serentak mengikut tarikh yang ditetapkan.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Serangan udara rejim Zionis, 2 maut di Lubnan.

Isnin, 03/03/2025 – Dua jiwa terkorban dengan dua mangsa cedera dalam satu serangan udara oleh rejim Zionis Israel di Lembah Bekaa, Selatan Lubnan pada Selasa malam.  

“Dron pihak musuh melancarkan serangan udara di bandar Shaara berhampiran dengan pergunungan Timur Lubnan, mengorbankan dua jiwa dan mencederakan dua mangsa “ menurut laporan berita Agensi Berita Kebangsaan.

Sumber media melaporkan rejim Zionis Israel melepaskan api di Alma al-Shaab dan Naquora di barat Lubnan, dimana terjadinya kebakaran.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Hamas Rayu Pengantara Tekan Zionis Laksana Protokol Kemanusiaan

Isnin, 03/03/2025 – Pergerakan Hamas telah menyeru pengantara di Qatar dan Mesir untuk mengambil tindakan segera untuk menekan kerajaan Zionis Israel supaya menunaikan kewajipannya di bawah perjanjian gencatan senjata, terutamanya berkaitan protokol kemanusiaan.

“Kematian enam bayi yang baru lahir dan beberapa kanak-kanak yang sakit dalam keadaan kritikal akibat musim sejuk yang teruk dan kekurangan alat pemanasan di Gaza adalah hasil daripada dasar jenayah kerajaan Zionis fasis,” kata Hamas dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

Hamas menuduh kerajaan Israel menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan perlindungan ke Gaza.

Hamas juga menyelar masyarakat antarabangsa kerana tidak mengambil tindakan untuk menangani bencana kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Gaza, yang berpunca daripada pencerobohan dan pengepungan Israel.

Hamas menggesa pengantara untuk memastikan kemasukan rumah mudah alih dan bekalan pemanas serta bantuan perubatan segera ke Gaza untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak.

Kematian kanak-kanak terbaharu berlaku ketika Israel terus menyekat kemasukan rumah mudah alih dan keperluan penting lain ke Gaza, walaupun bersetuju membenarkannya di bawah syarat perjanjian gencatan senjata.

Penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Al-Qanou: Sebarang Rundingan Adalah Berdasarkan Prinsip

Isnin, 03/03/2025 – Jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanou, menyatakan bahawa “rundingan fasa kedua, lanjutan fasa pertama, atau penggabungan semua fasa adalah berdasarkan tuntutan gerakan pembebasan dan prinsip utama yang telah ditetapkan.” 

Dalam kenyataan kepada media, beliau menegaskan bahawa “hubungan dengan perantara masih berterusan, dan sebarang idea baharu boleh dibincangkan bagi mengatasi halangan penjajah terhadap perjanjian serta memastikan komitmennya terhadap semua syarat.” 

Menurutnya, “pembebasan baki tawanan hanya dapat dijamin dengan menamatkan perang, pengunduran dari Gaza, dan memulakan proses pembinaan semula.” 

Pada Isnin, Al-Qanou turut menyatakan bahawa kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza “menghalang kemajuan ke arah pembebasan baki tahanan Israel.” 

“Gerakan pembebasan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan baharu selagi penjajah tidak mematuhi perjanjian dan melaksanakan keperluan fasa pertama,” tambahnya. 

Beliau turut mengecam Netanyahu kerana “menghalang pelaksanaan semua syarat perjanjian,” sambil menyatakan bahawa “kegagalan mematuhi protokol kemanusiaan dan penangguhan pembebasan kumpulan ketujuh tahanan membuktikan niat penjajah untuk menggagalkan perjanjian serta ketidaksungguhannya dalam meneruskannya.”

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Serangan Udara Israel Baharu di Rafah, Selatan Gaza

Rabu, 26/02/2025 – Pesawat perang Israel mengebom sasaran di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada petang Isnin.

“Jet pejuang mengebom dua tapak pelancaran roket di Gaza, termasuk satu yang melepaskan peluru awal hari ini,” dakwa tentera Israel pada hari Isnin.
“Terdahulu hari ini, satu pelancaran peluru yang jatuh ke Semenanjung Gaza telah dikenal pasti. Sebentar tadi, [tentera] telah menyerang tapak pelancaran peluru dilepaskan, serta sebuah lagi tapak pelancaran di kawasan tersebut,” tambahnya.

Penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Musab Haniyeh, dari Gaza syahid di penjara Rejim Zionis

Rabu, 26/02/2025 – Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas Tahanan dan Kelab Banduan Palestin menerima maklum balas daripada tentera penjajah pendudukan, berhubung syahid tahanan Musab Hani Haniyeh (35 tahun) dari Gaza, di penjara penjajah pendudukan pada 5 Januari 2025.

Pihak berkuasa dan kelab itu berkata bahawa syahid Haniyeh telah ditangkap dari Bandar Hamad pada 3/3/2024, dan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang ketara sebelum ditangkap, menurut keluarganya, mengetahui bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak tunggal berusia sembilan tahun.

Beliau menambah bahawa penajajah pendudukan tidak berpuas hati dengan membunuh tahanan, malah sengaja mendedahkan nasib mereka dengan memanipulasi tindak balas, dan ini telah berlaku berkali-kali, jadi kami mengesahkan bahawa semua tindak balas yang berkaitan dengan syahid adalah respons daripada tentera penajajh pendudukan dan tidak ada bukti lain tentang kesyahidan mereka kerana penajah pendudukan terus menahan mayat mereka, dan dalam kebanyakan tindak balas penjajah pendudukan menunjukkan bahawa ia sedang disiasat dalam usaha untuk mengelak sebarang akauntabiliti antarabangsa.

Kenyataan itu menegaskan bahawa dengan syahid tahanan Haniyeh, bilangan syahid dalam kalangan banduan dan tahanan di penjara pendudukan sejak bermulanya perang pemusnahan meningkat kepada (59) syahid, dan mereka hanya diketahui identiti mereka, termasuk sekurang-kurangnya (38) dari Gaza, dan jumlah ini adalah yang tertinggi dari segi sejarah, untuk membentuk peringkat ini merupakan peringkat paling berdarah dalam sejarah pergerakan banduan sejak 1967, untuk meningkatkan bilangan syahid pergerakan banduan yang identitinya diketahui sejak 1967 kepada (296)Berpuluh-puluh syahid di Gaza kehilangan paksa.

Kenyataan itu berkata: Kes mati syahid tahanan Haniyeh merupakan jenayah baharu dalam rekod sistem kekejaman Israel, yang telah mencapai kemuncaknya sejak bermulanya perang pemusnahan.

Beliau menegaskan bahawa apa yang berlaku terhadap banduan dan tahanan hanyalah satu lagi wajah perang pemusnahan, dan matlamatnya adalah untuk melaksanakan lebih banyak hukuman mati dan pembunuhan terhadap banduan dan tahanan.

Suruhanjaya dan kelab itu menekankan bahawa kadar peningkatan bilangan syahid dalam kalangan banduan dan tahanan akan berubah menjadi lebih berbahaya dengan peredaran lebih banyak masa sejak penahanan beribu-ribu banduan dan tahanan di penjara penjajah pendudukan, dan pendedahan berterusan mereka kepada jenayah sistematik, terutamanya penyeksaan, kebuluran, semua jenis serangan, jenayah perubatan, serangan seksual, dan sengaja mengenakan keadaan yang membawa kepada penyakit serius dan berjangkit, sebagai tambahan kepada dasar rompakan dan perampasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mereka menganggap penajajah pendudukan bertanggungjawab sepenuhnya atas kesyahidan tahanan Haniyeh, dan memperbaharui seruan mereka kepada sistem hak asasi manusia antarabangsa untuk bergerak ke hadapan dalam mengambil keputusan yang berkesan untuk memastikan pemimpin pendudukan bertanggungjawab atas jenayah perang yang terus mereka lakukan terhadap rakyat kita, dan untuk mengenakan sekatan ke atas penajajah pendudukan yang akan meletakkannya dalam keadaan pengasingan antarabangsa yang jelas, dan mengembalikan kepada sistem hak asasi manusia peranan asasnya yang wujud, dan menamatkan keadaan ketidakberdayaan yang menakutkan yang dialaminya semasa perang pemusnahan, dan menamatkan keadaan kekebalan luar biasa yang diberikan oleh negara-negara penjajah lama kepada negara pendudukan Israel.

Penterjemah : Juhari

Categories
Berita Semasa

Palang Merah Beri Amaran Mengenai Krisis Kemanusiaan di Tebing Barat yang Diduduki

Rabu, 26/02/2025 – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada hari Isnin menyatakan kebimbangannya terhadap kesan serangan Israel yang telah berlarutan selama beberapa minggu di Tebing Barat yang diduduki, menyebabkan puluhan ribu rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.

“ICRC amat prihatin terhadap kesan operasi keselamatan yang berterusan ke atas penduduk awam di Jenin, Tulkarem, Tubas, dan kawasan lain di utara Tebing Barat,” kata kenyataan itu.

“Dengan banyak rumah yang rosak atau musnah, penduduk berdepan kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas seperti air bersih, makanan, rawatan perubatan, dan tempat perlindungan,” tambahnya.

“ICRC sedang bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) untuk menyelaraskan pengagihan bantuan dan pemindahan perubatan. Penduduk yang dipindahkan di utara Tebing Barat memerlukan bantuan segera.”

Penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Mardawi: Penggunaan kereta kebal di Tebing Barat menunjukkan tentangan hebat perjuangan kemerdekaan.

Selasa, 25/02/2025 – Pegawai rasmi kanan, Mahmoud Mardawi menyatakan tentera rejim Zionis menggunakan kereta kebal di Barat Laut Tebing Barat buat kali pertamanya dalam 20 tahun, menunjukkan betapa sengitnya penentangan oleh pejuang kemerdekaan Palestin.

Dalam satu kenyataan pada Ahad lepas, Mardawi menerangkan bahawa peningkatan serangan tentera rejim Zionis me di Tebing Barat sebagai perang saraf dan usaha untuk merendahkan pandangan orang ramai dan juga pejuang kemerdekaan.

Dalam satu kenyataan pada Ahad lepas, Mardawi menerangkan bahawa peningkatan serangan tentera rejim Zionis me di Tebing Barat sebagai perang saraf dan usaha untuk merendahkan pandangan orang ramai dan juga pejuang kemerdekaan.

Penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Kementerian Pendidikan Gaza Umumkan Permulaan Tahun Persekolahan Baharu

Selasa, 25/02/2025 – Kementerian Pendidikan Gaza mengumumkan pada Ahad bahawa tahun persekolahan baharu akan bermula di wilayah pantai yang dilanda perang, meskipun berdepan cabaran besar akibat kemusnahan meluas dalam sektor pendidikan akibat serangan Israel. 

Dalam satu kenyataan, kementerian itu menegaskan komitmennya untuk memastikan semua pelajar di Gaza mendapat hak mereka untuk belajar. Usaha telah dilakukan untuk menyediakan sekolah-sekolah sedia ada serta mewujudkan pusat pembelajaran sementara di pelbagai lokasi bagi mengatasi kekurangan bangunan sekolah. 

Selain itu, kementerian akan terus menyediakan pendidikan jarak jauh melalui platform dalam talian bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah. 

Penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kematian Dan Kecederaan Akibat Serangan Penjajah Di Timur Gaza

Selasa, 25/02/2025 – Seorang rakyat telah terbunuh dan beberapa yang lain didapati cedera akibat tembakan tentera penjajah Israel, hari ini, Ahad, di timur Kota Gaza, akibat  pencabulan berterusan gencatan senjata oleh kerajaan haram Israel. 

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera penjajah telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan rakyat di Jalan Al-Shaaf, timur Gaza, membunuh seorang daripada mereka dan mencederakan yang lain.

Dalam kejadian itu, pasukan penjajah melepaskan tembakan ke arah kenderaan pacuan milik kakitangan bantuan di timur Rafah sehingga mengakibatkan ia terbalik semasa percubaan untuk menjauhkan diri dari jarak tembakan penjajah, sekaligus mengakibatkan kematian seorang penumpangnya dan kecederaan 4 yang lain. 

Dalam laporan berasingan, Kementerian Kesihatan mengumumkan ketibaan 10 syuhada yang berjaya dibawa ke hospital Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia sekaligus mengesahkan bahawa jumlah korban pencerobohan Israel telah meningkat kepada 48,339 syahid dan 111,753 cedera sejak 7 Oktober 2023.

Dalam kenyataan itu, pihak kementerian menegaskan bahawa sebilangan mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan raya, namun malangnya ambulans dan krew pertahanan awam tidak dapat menghubungi mereka.

Penterjemah : Halimah

Categories
Berita Semasa

Hamas Mengecam Keputusan Israel untuk Meluaskan Pencerobohannya di Tebing Barat

Selasa, 25/02/2025 – Pergerakan Hamas berkata bahawa keputusan Israel untuk memperluaskan operasi ketenteraannya di Jenin, utara Tebing Barat ternyata mendedahkan niat jahatnya untuk meneruskan perang serta pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Keputusan Israel untuk meluaskan pencerobohannya di Tebing Barat dan kempen pemindahan secara paksa yang menjejaskan lebih 40,000 rakyat Palestin dari kem Jenin, Tulkarem, Nour Shams dan Al-Far’a, memerlukan semua komponen rakyat Palestin dan puak penentangnya membentuk satu barisan yang bersatu padu untuk menghadapi jenayah kejam ini, kata Gerakan dalam satu kenyataan.

Gerakan selanjutnya menegaskan bahawa “kenyataan yang dibuat oleh Menteri Tentera Israel, Yisrael Katz, untuk mengekalkan tenteranya di kem Tebing Barat utara selama setahun, dan menghalang penduduknya pulang ke rumah mereka, adalah ilusi yang tidak akan menjadi kenyataan.”

Penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Persidangan di Gaza menyeru program pembangunan semula

Isnin, 24/02/2025 – Kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islam serta institusi rasmi di Semenanjung Gaza, telah menyeru pada Rabu agar memulihkan semula kesatuan kebangsaan Palestin dan memulakan program kebangsaan untuk membangun semula Gaza dan menghalang konspirasi pengusiran.

Ini dinyatakan pada persidangan kebangsaan yang diadakan oleh kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islam di Dataran Al-Saraya Tengah Kota Gaza.Dalam ucapannya bagi mewakili kumpulan-kumpulan itu, ahli biro politik Gerakan Jihad Islam, Khaled Al-Batsh, menyeru agar sidang kemuncak Arab yang akan datang agar membentuk projek bersepadu untuk menghadapi perancangan Amerika, dan menekankan yang ini memerlukan kedudukan Palestin, Arab dan Islam yang Bersatu.

Penterjemah : Nuridawati