Categories
Berita Semasa

Hamas Sahut Tanggap Balas Positif Terhadap Perjanjian Tawanan

Rabu, 14-2-2024 – Gerakan Hamas pada Selasa menyiarkan kenyataan bahawa mereka telah menghantar tanggapan balas mereka berkaitan dengan perjanjian rangka-kerja kepada Qatar dan Mesir.

“Gerakan Hamas baru-baru ini menghantar tanggapan balas kami berkaitan dengan perjanjian rangka-kerja kepada rakan-rakan sekutu kami di Qatar dan Mesir, setelah menyelesaikan rundingcara kepimpinan Gerakan bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan penentang,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Gerakan tersebut menangani usul dengan semangat positif, memastikan gencatan senjata yang menyeluruh dan lengkap, mengakhiri keganasan terhadap rakyat kami, memastikan bantuan, perlindungan, dan pembinaan semula, mengangkat pengepungan di Tebing Gaza, dan menyelesaikan pertukaran tawanan,” sambung kenyataan tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Aida

Kenyataan itu datang ketika Setiausaha Negara AS dan Perdana Menteri Qatar mengumumkan berita tersebut semasa sidang akhbar bersama di Doha.

Perdana Menteri Qatar itu menyebut kemajuan dalam rundingan, tetapi menolak untuk memberikan butiran lanjut. “Kami berusaha untuk mencapai perjanjian secepat mungkin dengan kerjasama rakan-rakan kami di Kaherah dan Washington,” katanya. “Perang di Kyoto harus berakhir, dan kami tidak mahu terjadi eskalasi di kawasan ini atau ancaman terhadap navigasi antarabangsa.”

Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani menyambut tanggapan balas Hamas yang “positif” terhadap gencatan senjata baru yang mungkin berlaku di Tebing Gaza.

“Kami telah menerima tanggapan balas Hamas terhadap perjanjian rangka kerja,” kata Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani.

“Tanggap balas Hamas mengandungi beberapa catatan penting, tetapi pada umumnya nampak positif,” tambahnya.

Perdana Menteri Qatar itu menyebut terdapat peningkatan positif dalam rundingcara, tetapi menolak untuk memberikan butiran lanjut. “Kami berusaha untuk mencapai perjanjian secepat mungkin dengan kerjasama rakan-rakan kami di Kaherah dan Washington,” katanya. “Perang di Gaza harus berakhir, dan kami tidak mahu terjadi peningkatan ketegangan di kawasan ini atau ancaman terhadap campurtangan dan pengemudian antarabangsa.”

Categories
Berita Semasa

Antara syahid dan cedera susulan pencerobohan Israel di Homs di tengah Syria

Khamis, 8-2-2024 – Lima orang terbunuh dan yang lain cedera dalam pengeboman udara Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di bandar Homs dan kawasan luar bandarnya di tengah Syria, menurut agensi berita rasmi Syria (SANA).

Menurut agensi berita rasmi Syria SANA, satu kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Syria bahawa “musuh Israel melancarkan pencerobohan udara dari arah utara Tripoli (utara Lubnan) yang menyasarkan beberapa sasaran di bandar Homs dan kawasan luar bandarnya.”

Kenyataan itu menegaskan bahawa pertahanan udara Syria menembak jatuh sejumlah peluru berpandu tanpa memberikan amaran mengenai sasaran, dan mengesahkan kematian dan kecederaan beberapa orang awam.

Sumber hak asasi manusia menunjukkan bahawa 5 orang, termasuk dua orang awam, terbunuh.
Televisyen pemerintah Syria menunjukkan rakaman ambulans bergegas ke lokasi serangan, di kawasan yang serpihan dan runtuhan bangunan sasaran.

Reuters memetik sumber tempatan sebagai berkata bahawa serangan Israel menyasarkan beberapa kawasan, termasuk kedudukan tentera Syria dan pangkalan udara di kawasan itu.

Sumber dalam perisikan tentera Syria yang biasa dengan perkara itu memberitahu Reuters bahawa pengeboman Israel itu juga menyasarkan pangkalan udara Shayrat dan beberapa kedudukan tentera Syria di pinggir Homs.

Para saksi memberitahu DPA bahawa serpihan daripada roket yang meletup itu mendarat di ladang-ladang di kejiranan al-Waer, barat laut Homs, Jalan al-Hamra di tengah-tengah bandar, timur bulatan Palmyra dan di sekitar kilang penapis Homs.

Israel telah meningkatkan serangan ke atas sasaran dan tapak di Syria sejak pertempuran Toufan Al-Aqsa dan perang yang dilancarkan oleh pendudukan di Semenanjung Gaza, dan juga menyasarkan pertahanan udara tentera Syria. Israel selama bertahun-tahun telah melancarkan serangan ke atas apa yang dikatakan sasaran berkaitan Iran di Syria.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh

Categories
Berita Semasa

Genosid Israel Yang Disokong Amerika Memasuki Hari Ke-123

Khamis, 8-2-2024 – Gerakan genosid Israel ke atas penduduk Semenanjung Gaza yang disokong pihak Amerika telah memasuki hari ke-123 pada hari Selasa. Serangan udara dan artileri besar-besaran terus melanda kawasan kejiranan, rumah dan pusat perlindungan serta membunuh lebih ramai orang awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata bahawa rejim Zionis terus menyerang pelbagai kawasan di Gaza, terutamanya Khan Yunis, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh penduduk.

Menurut sumber media, seorang pemuda maut terkena tembakan penembak tepat di pintu masuk utara Hospital Nasser. Beberapa jam sebelum itu,seorang awam turut ditembak mati di kawasan yang sama.

Tentera Israel mengebom sebuah kereta di kejiranan Khirbet al-Adas di Rafah, selatan Gaza, yang membunuh enam anggota polis.

10 lagi rakyat terbunuh dan yang lain cedera parah apabila sebuah pesawat pejuang Israel mengebom sebuah rumah milik keluarga ash-Shanti di kawasan Shasha’ah di timur kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Tentera Israel juga menyerang dua sekolah (Hayat dan Hannawi) yang digunakan oleh keluarga yang dipindahkan sebagai pusat perlindungan di Khan Yunis, membunuh 15 orang awam dan mencederakan ramai yang lain.

Seorang lagi orang awam syahid dan beberapa lagi cedera apabila tentera Israel mengebom kawasan al-Barazil berhampiran sempadan Mesir di Rafah.

Sumber perubatan juga melaporkan bahawa tiga orang syahid telah dipindahkan pada waktu pagi ke Hospital Gaza Eropah di Khan Yunis.

Korban lain dilaporkan di beberapa kawasan berbeza di Gaza berikutan serangan udara, artileri dan tembakan Israel malam tadi dan hari ini.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pada hari ke-122…perkembangan paling terbaru dalam pembunuhan beramai-ramai Regim Zionis di Gaza

Khamis, 8-2-2024 – Pasukan pendudukan Zionis terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-122 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam,sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai berdarah terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.

Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri pendudukan meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Isnin – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah tumpuan pencerobohan ke atas Khan Yunis, Zionis menyasarkan rumah, orang kehilangan tempat tinggal, dan jalan-jalan, membunuh ratusan orang & ada di antara mereka yang syahid dan cedera.

Berpuluh-puluh rakyat mati syahid dan cedera, pada petang Isnin, oleh kerana pesawat dan pengeboman yang menyasarkan kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza.

Tentera Zionis telah melakukan 13 pembunuhan beramai-ramai, mengorbankan 113 mati syahid dan 205 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sumber tempatan di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa tentera pendudukan Israel meletupkan dataran kediaman di kawasan Jourat Al-Aqqad, dan memusnahkan sebuah rumah di barat Hospital Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, yang membawa kepada kematian dan ramai yang cedera yang majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.

Persekitaran Persimpangan Al-Tayaran, barat Kota Gaza, mengalami pengeboman hebat oleh kereta kebal pendudukan, manakala pesawat tentera mengebom bandar kediaman Hamad, barat laut Khan Yunis.

Sumber perubatan berkata, 4 rakyat terbunuh dan yang lain cedera dalam pengeboman Israel yang menyasarkan sebuah rumah di kawasan kejiranan Al-Salam, timur Rafah, selepas pesawat pendudukan itu melakukan serbuan ke atas tanah pertanian di kawasan kejiranan yang tersebut.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq

Categories
Berita Semasa

Briged al-Qassam musnahkan 43 kenderaan rejim Zionis Israel dan beberapa dozen tentera di Gaza.

Khamis, 8-2-2024 – Briged Al-Qassam, sayap pertahanan  bersenjata Hamas, melaporkan pejuang Briged Al-Qassam telah memusnahkan keseluruhan atau sebahagian dari 43 buah kenderaan perisai termasuk kereta kebal dalam beberapa pertempuran di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida berkata pejuang al-Qassam telah menembak mati berdozen tentera rejim Zionis Israel dalam 17 operasi ketenteraan di seluruh Gaza. Ini termasuk 15 tentera rejim Zionis Israel yang mati ditembak jarak dekat dimana seorang pegawai dan askar mati ditembak oleh penembak hendap Briged Al-Qassam.

Abu Obeida melaporkan pejuang al-Qassam menggunakan senjata yang berbeza dalam serangan terhadap serangan rejim Zionis Israel dan kenderaan mereka, dimana serangan mortar, roket, bahan letupan dan tembakan anti-perisai dan anti-tentera.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pegawai perisikan Israel memberi amaran tentang ancaman keselamatan di Tebing Barat

Rabu, 7-2-2024 – Pegawai keselamatan Israel telah menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya konfrontasi dengan Rejim Zionis (IOF) di Tebing Barat.

Akhbar Ibrani, Yedioth Ahronoth berkata pada Isnin lalu bahawa Bahagian Perisikan Tentera IOF dan Perkhidmatan Shin Bet memberikan amaran strategik kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai peningkatan ancaman yang akan datang di Tebing Barat.

Akhbar itu menambah bahawa bulan suci Ramadan, sekitar pertengahan Mac, dijangka menyaksikan konfrontasi sengit yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan IOF kerana perang genosid yang berterusan ke atas Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

PRCS memberi amaran tentang bencana kemanusiaan di hospital al-Amal

Selasa, 6-2-2024 – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memberi amaran tentang bencana kemanusiaan di hospital al-Amal setelah 14 hari sekatan berterusan oleh Israel.

PRCS turut memberi amaran tentang kekurangan bekalan makanan untuk keluarga-keluarga yang diusir, manakala bahan api hanta cukup untuk seminggu bagi hospital beroperasi.

Beberapa bekalan perubatan dan ubat sudah tiada stok, dan kekurangan ubat-ubat penting untuk penyakit kronik juga kritikal, PRCS menambah.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

GMO: 30 rakyat Palestin Terbunuh di Deir Al-Balah

Selasa, 6-2-2024 – Pejabat Media Gaza (GMO) mengatakan bahawa pasukan Israel telah membunuh 30 orang awam dalam kawasan yang diisytiharkan “selamat” di Deir Al-Balah, di bahagian tengah Jalur Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lepas.

“Tentera penjajahan menyerang rumah-rumah yang dilabel selamat warga dengan serangan langsung dari pesawat tentera. Mereka juga meremukkan sebuah masjid di kawasan yang sama, yang mengakibatkan kematian ramai orang awam” kata GMO.

“Kami menyalahkan penjajahan Israel sepenuhnya atas pembunuhan keji ini dan pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin kami. Kami juga menyalahkan masyarakat antarabangsa, pentadbiran Amerika, dan Presiden Biden secara peribadi atas kesinambungan pembunuhan dan jenayah yang melanggar undang-undang antarabangsa dan semua perjanjian dan konvensyen antarabangsa.”

Sejak 7 Oktober, penjajahan Israel telah memulakan peperangan yang menghancurkan di Jalur Gaza, yang telah meninggalkan bencana kemanusiaan besar dan bencana kesihatan dan alam sekitar yang besar.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Seruan menunaikan solat subuh beramai-ramai di Masjid Al-Aqsa

Isnin, 5-2-2024 – Sekumpulan pejuang dan aktivis Baitulmuqaddis telah menyeru orang ramai menunaikan solat subuh pada hari Jumaat di halaman Masjid Al-Aqsa dan berada di tapak suci itu untuk menuntut penarikan balik sekatan dan kepungan yang dikenakan ke atasnya.

Seruan pada hari Khamis menekankan keperluan pengerahan dan lawatan kerap ke Masjid Al-Aqsa bagi mempertahankan tapak suci itu dalam menghadapi rancangan tentera Zionis dan penceroboh warga Israel untuk merobohkannya bagi pembinaan kuil yang didakwa mereka.

Seruan untuk mematahkan kepungan berterusan ke atas Masjid Al-Aqsa telah diperbaharui oleh aktivis yang menekankan bahawa mobilisasi rakyat Palestin di Baitulmuqaddis yang dijajahi dan umumnya wilayah Palestin yang dijajahi semenjak 1948, pasti akan membawa perubahan terutama apabila disertai dengan ketabahan dan keteguhan hati.

Aktivis Palestin juga menyeru penyertaan dalam perhimpunan besar-besaran yang akan bermula selepas solat Jumaat sebagai solidariti bersama Gaza dan untuk menunaikan solat Subuh di masjid-masjid di Tebing Barat, Baitulmuqaddis, dan wilayah Palestin yang dijajah pasca 1948, dalam menyahut seruan yang dilancarkan oleh Abu Ubaidah, jurucakap Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas.

Dalam konteks yang sama, Hamas telah menyeru rakyat Palestin untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan besar-besaran yang akan bermula pada hari Jumaat dari serata masjid di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat untuk menyokong Gaza dan pihak pejuang kebebasan.

Polis Israel telah mengenakan langkah keselamatan yang ketat terhadap kemasukan jemaah Islam ke Masjid Al-Aqsa sejak permulaan perang genosid Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis dan Peneroka Yahudi Jalankan Kempen Serbu dan Sabotaj di Tebing Baratdan Jerusalem

Isnin, 5-2-2024 – Rejim Zionis meneruskan serbuan dan pencabulan mereka di kawasan berbeza di Tebing Barat dan Jerusalem, sambil mengakibatkan kemusnahan dan membinasakan harta benda penduduk
Palestin.

Rejim itu menyerbu bandar Nablus, Jericho, Bethlehem, Al-Khalil dan Jerusalem di Tebing
Barat. Rejim itu juga merampas kenderaan penduduk Palestin ketika penghinaan kepada pemilik
kenderaan dilakukan di dalam keadaan cuaca sejuk di pusat pemeriksaan tentera, menghalang
lalu lintas dan pergerakan orang awam.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina

Categories
Berita Semasa

Pada hari ke-115…perkembangan paling ketara dalam pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza

Jumaat, 2-2-2024 – Pasukan tentera Zionis terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-115 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, tembakan meriam, melakukan pembunuhan beramai-ramai berdarah terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.

Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat tentera Zionis meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Ahad – di setiap bahagian di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah tumpuan pencerobohan ke atas Khan Yunis dengan menyasarkan rumah, perhimpunan orang kehilangan tempat tinggal, dan jalan-jalan, membunuh ratusan orang dan ada syahid dan cedera.

25 terbunuh dalam pengeboman pendudukan sebuah rumah untuk keluarga Hamada di kejiranan Al-Tuffah, timur Kota Gaza.

Pasukan pendudukan menyasarkan tangki bahan api penjana Hospital Al-Amal di Khan Yunis dengan peluru hidup.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengumumkan (sehingga 14:00 tengah hari ini) bahawa jabatan pembedahan di Hospital Al Amal telah menghentikan operasi kerana kehabisan bekalan oksigen.

Ia mengesahkan bahawa pendudukan terus menyasar dan mengepung hospital untuk hari kelapan berturut-turut, di tengah-tengah tembakan dan tembakan berterusan di sekitar hospital.
Dia berkata: Pengeboman itu menyasarkan semua orang yang bergerak di sekitar Hospital Al Amal.

Beliau menegaskan bahawa banyak keluarga telah dipindahkan ke ibu pejabat persatuan dan Hospital Al-Amal kerana ancaman pendudukan pagi ini dengan arahan pemindahan bagi mereka yang tinggal di sekitar hospital dan kejiranan Al-Amal.

Sumber akhbar melaporkan bahawa dua rakyat mati syahid dan yang lain cedera akibat pesawat Zionis yang menyasarkan sebuah apartmen kediaman di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Sumber yang sama berkata bahawa sekurang-kurangnya 5 rakyat cedera akibat dron Israel mengebom Hospital Al Awda di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Ia menunjukkan bahawa serangan ganas dan berterusan Israel menyasarkan pelbagai kawasan di bandar Khan Yunis, dan meletupkan rumah dan kemudahan di tengah bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.

Tentera Zionis mengebom rumah penduduk di beberapa kawasan di tengah Semenanjung Gaza, termasuk kawasan Juhr al-Dik, pinggir timur kem al-Maghazi, kem al-Bureij, dan bandar timur Deir al-Balah di tengah. Semenanjung Gaza.

Tentera pendudukan terus mengepung hospital Nasser dan Al-Amal untuk hari kelapan berturut-turut di bandar Khan Yunis, di tengah-tengah peningkatan serangan udara dan tembakan artileri di kawasan timur dan barat bandar itu.

Sejak pagi tadi, 4 orang syuhada telah tiba di Hospital Gaza Eropah iaitu:

Raafat Shafiq Faraj Abu Maarouf
Badri Ramadan Muhammad Abu Libdeh
Osama Refaat Hussein Al-Raqab
Muhammad Ibrahim Muhammad Abu Rajila

Persatuan Bulan Sabit Merah mengumumkan bahawa Hospital Al-Amal menerima tiga syuhada dan empat cedera, kesemua mereka kehilangan tempat tinggal, menyatakan bahawa dua daripada syuhada telah syahid semasa percubaan mereka untuk memindahkan syuhada, yang masih terbaring di atas tanah, beberapa meter dari hospital.

Pejabat media kerajaan mengumumkan kematian syahid wartawan Muhammad Abdel Fattah Atallah dari Yayasan Media Al-Resala akibat pengeboman Israel di tengah Semenanjung Gaza.Beliau adalah syahid kedua sejak subuh hari ini selepas kesyahidan wartawan Issam Al- Lulu, penyiar dan penyampai di TV Palestin.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru masyarakat antarabangsa mengutuk persidangan penempatan haram Israel

Jumaat, 2-2-2024 – Pergerakan Hamas mengecam sekeras-kerasnya “gabungan pemerintah fasis” di negeri yang diduduki Israel kerana mengadakan persidangan pada Ahad lalu yang menggesa aneksasi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan juga menyokong pengembangan penempatan haram.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Hamas berkata bahawa persidangan itu “menyingkap niat
tersembunyi Israel untuk melakukan jenayah pengusiran dan pembersihan etnik terhadap rakyat
Palestin.”

“Penganjuran persidangan sebegitu mencerminkan entiti penyangak ini mengabaikan undang-
undang dan resolusi antarabangsa, termasuk keputusan baru-baru ini yang diterima pakai oleh

Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan menggesa untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk
menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,”tambah Hamas. Pergerakan itu menyeru masyarakat antarabangsa dan PBB untuk mengambil pendirian tegas terhadap persidangan Israel ini dan mengutuk peganjurannya.

Beberapa menteri dalam kerajaan sayap kanan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bersama
15 anggota Knesset dan ribuan orang menghadiri persidangan di Baitulmaqdis yang Diduduki pada
malam Ahad, yang menyeru penempatan semula Yahudi di Gaza, Menteri keselamatan sayap kanan
Itamar Ben Gvir dan menteri kewangan Bezalel Smotrich juga telah menyampaikan ucapan
perasmian.

Persidangan itu, yang digelar “penempatan membawa keselamatan,” sebahagiannya diketuai oleh
organisasi sayap kanan Nachala, sebuah kumpulan yang menyokong pengembangan penempatan
Yahudi, yang dianggap haram oleh badan antarabangsa dan kemanusiaan. Persidangan itu menggesa Israel membina semula penempatan di kedua-dua Gaza dan kawasan utara Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf

Categories
Berita Semasa

Genosid Israel dengan sokongan AS memasuki hari ke 115

Jumaat, 2-2-2024 – Ketika perang genosid Israel yang disokong AS di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-115 pada hari Isnin, serangan udara dan artileri besar-besaran terus melanda kawasan kejiranan, rumah dan pusat perlindungan serta membunuh lebih ramai orang awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Seorang wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata bahawa tentera pendudukan Israel terus menyerang kawasan berbeza di Gaza malam tadi dan pada pagi Isnin, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh rakyat.

Menurut kementerian kesihatan di Gaza, 25 orang awam mati syahid apabila tentera Israel mengebom sebuah rumah milik keluarga Hamada di kawasan kejiranan al-Tuffah di Bandar Gaza.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Halimihali & Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Gaza: Tentera Israel melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh 24 jam

Selasa, 30-01-2024 – Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan pada hari Ahad bahawa tentera penjajahan Israel melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai di kawasan berbeza di Jalur Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menewaskan sekurang-kurangnya 165 orang awam dan mencederakan lebih daripada 290 orang lain, sementara sebilangan besar mangsa masih di bawah runtuhan bangunan yang dibom atau terbaring di jalan.

Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan menambah bahawa jumlah kematian akibat serangan bom Israel yang berterusan, yang bermula pada 7 Oktober, meningkat kepada 26,422 syuhada dan bilangan yang cedera meningkat kepada 65,087 orang.

Sementara itu, Bulan Sabit Merah menyatakan bahawa Hospital Al-Amal yang terkepung di Khan Yunis kehabisan oksigen untuk pembedahan.

Bulan Sabit Merah menambah bahawa mereka telah berbincang dengan Palang Merah mengenai kemungkinan menyediakan laluan selamat untuk membawa silinder oksigen ke hospital.

Setiap hari, tentera Israel meningkatkan serangan udara dan darat mereka ke atas Jalur Gaza, yang telah terus-menerus diserang sejak operasi lintas sempadan dilancarkan oleh sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, pada 7 Oktober.

Selain daripada jumlah besar mangsa dan penghijrahan besar-besaran, bekalan makanan asas, bahan api, air, dan bekalan perubatan telah habis untuk 2.3 juta penduduk di Gaza disebabkan sekatan Israel yang ketat dan penghancuran besar-besaran infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lain.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Perkembangan terkini hari ke-109 genosid Israel di Gaza.

Isnin, 29-01-2024 – Zionis Israel terus melakukan jenayah genosid di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-109 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam, dan peluru berpandu, sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam di kawasan yang
pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat pengepungan dan
pemindahan lebih daripada 90% penduduk.

Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri zionis meneruskan serbuan dan
pengeboman ganas mereka – hari ini, Selasa – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza,
terutamanya Khan Yunis, menyasarkan rumah, tempat berkumpul, kemudahan awam dan jalanan,
membunuh ratusan syuhada dan ramai lagi cedera.

Sekurang-kurangnya 7 rakyat Palestin yang majoritinya wanita, syahid, dan yang lain cedera, akibat
pengeboman yang dilakukan oleh zionis keatas sebuah rumah di Jabalia, di utara Semenanjung Gaza.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin & Ezatul Marini