Categories
Berita Semasa

PRC menyampaikan kepada UNHRC tentang keganasan Israel terhadap kanak-kanak Palestin

Isnin, 17-07-2023 – Pusat Kembali Palestin (PRC) di London menyampaikan kenyataan lisan sebagai sebahagian daripada Bahan 2 Agenda Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) di Geneva pada Khamis.

“Rakyat Palestin terus menjadi sasaran bom dan polisi pembunuhan tembakan Israel pada kadar yang mengejutkan,” PRC memberitahu UNHRC.PRC memberi amaran bahawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus berada di dalam keadaan yang tegang dan mengejutkan akibat kematian ibu bapa, sahabat baik, saudara-mara dan jiran mereka dalam serangan udara berdarah oleh Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi Serbu Masjid Al Aqsa, Warga Palestin Melakukan Ribat

Isnin, 17-07-2023 – Puluhan penduduk pendatang Yahudi pada hari Khamis (13/7/2023), menyerbu halaman Masjid Al-Aqsha. Mereka mendapat kawalan ketat dari pasukan penjajah Zionis Israel.

Para penduduk pendatang Yahudi melakukan ritual Talmud di halaman masjid dan melakukan tindakan provokatif setelah menyerbu dari Gerbang Mughrabi (gerbang barat masjid yang dikuasai penjajah Zionis Israel).

Sumber Al-Quds melaporkan bahawa 69 penduduk pendatang Yahudi dan 22 anggota perisikan penjajah Zionis Israel menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsha hari ini.

Sehubungan dengan serbuan penduduk pendatang Yahudi, bas-bas yang membawa warga Palestin didatangkan dari wilayah Palestin yang diduduki penjajah Israel sejak tahun 1948 (Palestin 48) untuk melakukan perjalanan ke Masjid Al-Aqsha untuk bersiap-siaga (ribat) di dalamnya dan mengerjakan solat di sana.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Islam dan Kristian menuduh Israel melakukan pembersihan etnik

Jumaat, 14-07-2023 – Pihak berkuasa Islam dan Kristian Baitulmuqaddis dan Tempat Suci telah mengutuk rejim zionis kerana merampas rumah keluarga Sob Laban family di kota lama Baitulmuqaddis dan menyerahkannya kepada pendatang Yahudi pada Selasa.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pihak berkuasa Islam dan Kristian berkata, tindakan ke atas keluarga Sob Laban mengesahkan lagi yang rejim meningkatkan polisi pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin, dan menyifatkannya sebagai “jenayah ke atas kemanusiaan”.

Pihak berkuasa Islam dan Kristian mengesahkan yang warga Baitulmuqaddis terdedah kepada serangan pengganas yang menyasarkan untuk mengusir mereka dari kota mereka serta  menanda keberadaan para pendatang di kejiranan mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Penahanan politik hanya menguntungkan rejim

Khamis, 13-07-2023 – Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya polisi tidak adil pihak berkuasa Palestin (PA) tentang penahanan politik terhadap pelajar dan aktivis yang berkait dengan pihak pembangkangnya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Gerakan Hamas menyatakan yang PA itu melakukan demikian ketika rakyat Palestin menghadapi jenayah dan keganasan rejim yang tidak terjangka.

Gerakan itu turut menyatakan yang kempen hasutan PA dan peningkatan jumlah penahanan politik adalah keji dan pengecut yang menggugat keamanan individu dan masyarakat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Hamas Hassan Yousef berikrar untuk terus mempertahankan Baitulmaqdis

Rabu, 12-07-2023 – Pegawai kanan Hamas Hassan Yousef telah menegaskan bahawa beliau akan terus mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa dengan segala cara yang mungkin.

Dalam satu kenyataan selepas dibebaskan pada Ahad, pemimpin Hamas itu mengulangi kesanggupannya untuk terus mempertahankan Baitulmaqdis, sambil menambah bahawa penahanan terakhirnya adalah atas tuduhan bahawa dia menyertai pengebumian seorang syahid Palestin di Baitulmaqdis.

Awal hari ini, pihak berkuasa Regim Zionis Israel membebaskan Sheikh Yousef selepas beliau menghabiskan 20 bulan di penjara Ofer, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Baraka seru pertahankan Masjid Al-Aqsa daripada dicemari Israel

Rabu, 12-07-2023 – Ahli biro politik Gerakan Hamas di luar negara, Ali Baraka, menyeru agar menentang jenayah Israel dan pencerobohan berulang oleh pendatang Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, Baraka berkata, serbuan oleh pendatang Israel yang semakin meningkat ke atas Masjid Al-Aqsa Mosque menuntut rakyat Palestin dan umat Islam agar melindungi masjid tersebut daripada dicemari Israel.

“Rejim zionis dan pendatang Yahudi bukan sahaja mencemarkan kesucian tempat suci Islam dan Kristian, malah mereka turut menyerang kempen kesatuan rakyat Palestin yang berisiko diusir dan ditahan tanpa sebab,” Baraka menekankan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 380 orang pendatang mencemarkan Masjid Aqsa dengan kawalan polis

Isnin, 10-07-2023 – Kumpulan pendatang pelampau Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Khamis dan kemudiannya pada waktu petang.

Menurut laman sesawang berita al-Qastal, sekurang-kurangnya 383 orang pendatang memasuki masjid dalam kumpulan menerusi pintu masuk Maghariba dengan kawalan ketat polis.

Ketika mereka berada di tempat suci Islam itu, para pendatang mendengar ceramah oleh para rabbi tentang kuil yang didakwa dan sejumlah daripada mereka mengerjakan ibadat Talmud di kawasan timur masjid.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan Israel di Jenin Akibatkan Keroskan Teruk Infrastruktur dan Kediaman

Isnin, 10-07-2023 – Kerosakan dan kemusnahan besar berlaku di kem pelarian Jenin yang melibatkan infrastruktur, rumah, jaringan air dan elektrik akibat daripada serangan biadab dilancarkan penjajah Zionis yang berterusan selama 48 jam.

Jurucakap pemerintah kota Jenin, Bashir al-Tawahin mengungkapkan bahawa pasukan penjajah Zionis Israel menghancurkan jalan raya sekitar 15 kilometer dan menghancurkan jaringan pembuangan sisa pepejal dan penyaringan air hujan serta saluran transmisi elektrik dan air utama di darat sehingga hancur sepenuhnya.

Beliau menjelaskan bahawa sekitar 15 hingga 20 kilometer jaringan air sebahagiannya musnah selain stesyen penyaluran dan sambungan air.

Tentera penjajah Zionis Israel menembak 10 transfomer elektrik dan tangki air di atas atap.

Beliau menyatakan 300 rumah di Jenin tidak dapat dihuni akibat pengeboman, letupan dan dirobohkan oleh jentolak.

Tawahin mengatakan bahawa pekerja Majlis Perbandaran bekerja keras semaksimum mungkin untuk memulihkan kehidupan seperti sediakala namun keadaan sangat sukar. Beliau menyatakan bahawa proses baik pulih dan pembangunan semula menelan belanja jutaan dollar dan ia melebihi kapasiti dan kemampuan pihak Majlis Perbandaran.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel perketatkan sekatan ke atas warga Baitulmuqaddis

Jumaat, 07-07-2023 – Rejim Zionis telah memperketatkan sekatan terhadap para aktivis Baitulmuqaddis, dengan menahan tanpa sebab, tanpa bicara dan mengenakan denda yang berat.

Pada petang Rabu, rejim zionis menahan seorang pemuda Palestin di bandar Silwan, dekat Masjid Aqsa.

Rejim turut menahan seorang aktivis dari Baitulmuqaddis Iyad Abu Sneineh kerana menghalang seorang pendatang daripada memusnahkan mural pro Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF keluar dari Jenin setelah menyerang selama dua hari

Khamis, 06-07-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) mula keluar dari bandar Jenin, Tebing Barat pada Selasa malam, setelah dua hari menyerang hingga membunuh sekurang-kurangnya 12 orang warga Palestin dan mencederakan 100 orang yang lain.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang tentera Israel mula keluar dari kem pelarian Jenin sebagai langkah berjaga-jaga.

Manakala, tentera rejim dihantar secara besar-besaran ke luar kota Jenin, manakala pesawat Israel terus terbang di atas kem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penylaras UN : Israel sengaja menyasarkan rakyat awam di bandar Jenin.

Khamis, 06-07-2023 – Penyelaras Residen PBB bagi kawasan taklukan Paestin, Lynn Hastings telah menegaskan bahawa rejim Zionis Israel dengan sengaja menyasarkan warga Palesitn yang tidak bersenjata dalam serangan berterusan di Bandar Jenin.

Dalam satu kenyataan media pada hari Selasa, Hastings menyatakan rejim Zionis menyerang hospital di mana rakyat Palestin mendapatkan perlindungan di kala serangan berterusan ke atas bandar dan kem pelarian pada hari kedua.

Hastings melaporkan sepuluh rakyat Palestin termasuk 3 kanak-kanak telah terbunuh sejak serangan Israel di Bandar Jenin dan menegaskan rejim Zionis telah menghapuskan infrastruktur di kem pelarian Jenin dengan memusnahkan bekalan elektrik dan air di kem pelarian tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

7 Penduduk Yahudi Cedera Parah Dalam Aksi Berani Mati di Tel Aviv

Khamis, 06-07-2023 – Sekurang-kurangnya 7 penduduk Yahudi cedera parah, Selasa (4/7/2023) dalam dua aksi berani mati di utara Tel Aviv.

Pasukan penjajah Zionis mengatakan aksi melanggar dan menikam dilakukan oleh seorang di utara Tel Aviv dan tidak termasuk aksi penembakan.

Pasukan Zionis menyatakan bahawa kejadian tersebut berbeza dengan latar belakang nasional (iaitu, aksi komando). Pasukan Zionis menambah bahawa salah seorang penduduk menembak suspek di lokasi tersebut dan membunuhnya.

Menurut media Ibrani, seorang warga Palestin melanggar sekumpulan penduduk Yahudi lalu keluar dari kereta dan terus menikam penduduk lainnya.

Sebuah klip video memperlihatkan seorang penduduk Yahudi menembak suspek serangan beberapa kali ketika dia tercedera. Menurut laporan Israel, suspek serangan adalah warga Hebron.

Juru bicara Hamas untuk al-Quds, Muhammad Hamadeh mengatakan bahwa aksi heroik di Tel Aviv dan serangan pejuang palestin di Jenin adalah sebahagian dari reaksi dan respons alami terhadap pembantaian yang sedang berlangsung terhadap rakyat Palestin dan pembelaan diri yang sah melawan penjajah yang melanggar semua norma kemanusiaan.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemerintah Zionis Setuju Dirikan Perumahan Baharu Yahudi Di Galilea

Rabu, 05-07-2023 – Menteri Pembangunan dan Perumahan penjajah Zionis Israel, Yitzhak Golkonov, bersetuju membina koloni penempatan baharu Yahudi di Galilea (Al-Jalil) dengan nama “Ramat Erbil”.

Saluran TV7 Israel menyatakan bahawa pemerintah penjajah Zionis Israel, dalam sidang akhbar baru-baru ini bersetuju membina penempatan baharu Yahudi.Projek tersebut mendapat sokongan daripada Menteri Perumahan, Orit Strok, Menteri Negev dan Galilea, Yitzhak Fisralov dan Menteri Imigrasi dan Kemudahan, Ofir Sofer.

Pada fasa pertama, ratusan juta Shekel akan diperuntukkan bagi tujuan perancangan penempatan. Bahagian Penyelesaian akan ditugaskan untuk mengawasi pembinaan tersebut.

Menteri Perumahan Zionis mengatakan bahawa pembinaan penempatan baharu Yahudi di Galilea akan menambah kehadiran Yahudi di sana kerana pemerintah Israel berusaha mengubah demografi di Galilea dan Negev agar penduduk Yahudi menjadi majoriti di sana.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

IOF musnahkan bekalan elektrik dan air di kem pelarian Jenin

Rabu, 05-07-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin memusnahkan bekalan elektrik dan air ketika serangan besar-besaran di kota Jenin dan kem pelarian.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin, perbandaran Jenin berkata, tentera IOF memusnahkan bekalan utama air dan elektrik di kem, dan menambah yang kru-krunya tidak dapat akses untuk membaikinya.Manakala, Forum Media Palestin menyelar IOF kerana sengaja menyasarkan wartawan Palestin yang membuat liputan terhadap serangan Israel ke atas Jenin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin ditahan selepas didakwa melakukan serangan menikam berhampiran Tel Aviv

Rabu, 05-07-2023 – Seorang  remaja lelaki Palestin ditahan pada petang Isnin selepas didakwa melakukan serangan tikaman berhampiran Tel Aviv di tengah-tengah Palestin yang diduduki 1948.

Menurut klip video, pegawai polis Israel menahan seorang remaja lelaki Palestin, mendakwa dia melakukan serangan tikaman di Bnei Brak.

Sementara itu, sumber media Ibrani berkata bahawa serangan tikaman itu mengakibatkan seorang penceroboh Yahudi cedera, sambil menambah bahawa penyerang berusia empat belas tahun itu telah ditangkap.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin